Pages

4 April 2013

PM pengerusikan mesyuarat khas MT UMNO dan BN pagi ini

PM pengerusikan mesyuarat khas MT UMNO dan BN pagi ini  
 PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempat berjenaka ketika hadir di Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pagi ini. - Foto Yazit Razali
*****
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, bagi mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Tingkat 38, pagi ini.

Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) tiba kira-kira jam 9.30 pagi dengan disambut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Selepas mesyuarat MT UMNO, Perdana Menteri kemudian akan mempengerusikan pula mesyuarat khas Dewan Tertinggi BN, juga di PWTC, kira-kira jam 11.30 pagi.

Difahamkan, antara agenda perbincangan dua mesyuarat khas peringkat tertinggi parti itu ialah mengenai calon termasuk pembahagian kerusi membabitkan komponen BN serta persiapan jentera pilihan raya umum ke-13.

/hwa: bharian.com.my | 4/4/13

Tiada ulasan:

Catat Ulasan