Pages

23 April 2013

PRU-13: Calon disah bertanding tidak boleh tarik diri - SPR

PUTRAJAYA 22 April - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan melayan mana-mana calon yang disahkan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) menarik diri selepas tempoh penamaan pada Sabtu lalu.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, ia berdasarkan pindaan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) tahun lalu yang tidak membenarkan mana-mana calon yang telah secara rasmi diumumkan oleh pegawai pengurus di pusat penamaan calon menarik diri.
"Kalau calon itu memutuskan untuk menarik diri, itu menjadi hak peribadi mereka, bagaimanapun mengikut undang-undang, SPR tetap akan mencetak kertas undi yang mempunyai nama dan logo calon itu," katanya dalam sidang akhbar di Pusat Media SPR di sini hari ini.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu mengumumkan calon-calonnya di tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Bukit Besi, Kota Putera dan Seberang Takir yang bertindih dengan calon Pas menarik diri daripada bertanding. - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan