Pages

4 April 2013

Tindakan tinggalkan Anwar perlihat prinsip, harga diri Sidek Baba

KUALA LUMPUR 2 April - Tindakan ilmuan tersohor tanah air, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukan merupakan satu tindakan yang mudah tetapi berasaskan penilaian dan pemerhatian secara mendalam terhadap parti tersebut.
Malah, tindakan bijak Sidek dengan meninggalkan rakan seperjuangan iaitu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim jelas menunjukkan terdapat kelemahan pada sistem dalaman PKR.
Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Anuar Manap berkata, tindakan Sidek itu dipercayai dibuat setelah membuat pertimbangan secara serius.
“Sidek bukan orang pertama yang membuat keputusan sebegitu, tetapi ramai lagi telah sedar tentang keruntuhan moral Anwar, termasuk bekas Timbalan Presiden PKR, Dr. Chandra Muzaffar yang akhirnya memilih untuk meninggalkan Ketua Pembangkang itu," katanya.
Beliau mengulas kenyataan bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Dr. Yusri Mohamad tentang keputusan Sidek meninggalkan Anwar kerana salah laku moral Ketua Pembangkang itu.
Menurut Yusri, keputusan tersebut adalah tepat dan wajar dikaji oleh rakyat Malaysia mengapa Sidek berbuat demikian.
Sementara itu, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abd. Rahman berkata, pendirian Sidek terbukti berasaskan fakta dan kebenaran memandangkan beliau merupakan kawan karib Ketua Pembangkang itu.
“Hal ini memperlihatkan prinsip hidup Sidek sebagai seorang muslim yang mempunyai harga diri yang tinggi," tambahnya.
Sementara itu, Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis), Ramlan Abu Bakar berkata, tindakan Sidek meninggalkan Anwar menunjukkan perjuangannya tidak dipersetujui oleh penyokong PKR sendiri.
Jelasnya, ini disebabkan rakan-rakan yang pernah berjuang bersama Ketua Pembangkang itu menyedari belang sebenar Anwar yang hipokrit dan mementingkan diri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan