SEBAHAGIAN golongan muda dari merata
tempat di Kedah menyertai demonstrasi aman di Dataran Jam Besar Sungai
Petani, Kedah, semalam. - UTUSAN/ABD. RAZAK OSMAN
*****
Mereka turut membawa sepanduk yang mempunyai pelbagai slogan dalam perhimpunan itu termasuk, Perbanyakkan! Modenkan Sekolah Tahfiz, Jangan Jadi Si Kitul Moden, 1511 Melaka Hilang Kesultanan, Kami Sanggup Mati Demi Malaysia dan Beli-Belah di Kedai Melayu dan India.
Bagaimanapun, peserta terlibat enggan menyatakan sama ada mereka mewakili pertubuhan atau parti politik tertentu.
Ketua peserta perhimpunan itu yang enggan memberitahu namanya berkata, sebagai anak muda, mereka berhak menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri kerana masih mampu menerajui negara ini.
Sebagai anak Malaysia, kami mahu negara ini terus berada dalam keadaan aman damai dan sedia menentang mereka yang cuba mengganggu-gugat keamanan yang dinikmati selama ini," katanya ketika ditemui selepas demonstrasi itu.
Mereka juga menyeru orang Melayu agar mengutamakan kedai orang Islam dalam berbelanja bagi memajukan ekonomi orang Islam.
Bagaimanapun, perhimpunan itu berlangsung kira-kira 20 minit sahaja dan semua yang terlibat meninggalkan tempat tersebut sebaik sahaja beberapa buah kereta peronda polis tiba.
Pelbagai wakil media tempatan, termasuk TV3, Bernama dan akhbar-akhbar Cina turut berada di situ untuk membuat liputan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan