Pages

13 Mei 2013

BISIK - BISIK AWANG SELAMAT: Siapa hasut Cina?

Siapa hasut Cina?
BUKU bertajuk Mengapa Kami Meninggalkan Anwar yang menghimpunkan pengakuan ramai tokoh dan aktivis, mendedahkan lagi siapa sebenarnya Anwar Ibrahim.
Antaranya ialah kisah pengasas Pemuda Keadilan Wilayah Persekutuan, Azwanddin Hamzah yang telah meninggalkan parti itu dan kini mengetuai Jaringan Melayu Malaysia (JMM).
Beliau menceritakan Anwar telah memanggil satu mesyuarat tertutup dengan Pemuda Keadilan selepas keluar penjara sekitar awal 2000.
‘‘Beliau mahu kami menjelajah ke seluruh negara bakar perasaan orang Cina supaya marah kepada orang Melayu dan agar UMNO dilihat jahat selain hentam Raja-Raja Melayu, '' katanya.
Nampaknya strategi Anwar menjadi. Apa yang telah lama dibakar itu kini menyala-nyala. Peranan Anwar adalah antara faktor mengapa majoriti orang Cina menolak kerajaan BN pada PRU-12 dan membawa tsunami lebih besar pada PRU-13.
Awang mahu rumuskan semua itu dengan meminjam tajuk buku yang pernah popular di Indonesia tidak lama dulu. Siapa yang menabur angin, akan menuai badai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan