BISIK - BISIK AWANG SELAMAT
Khairy dan MukhrizKETUA Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menawarkan diri menyertai Kabinet yang bakal dibentuk oleh Perdana Menteri, Najib Tun Razak.
Menurut Khairy, beliau sedia untuk memainkan peranan bagi membantu Najib dalam Kabinet transformasinya.
Awang percaya sudah sampai masanya Ahli Parlimen Rembau itu menduduki Kabinet atas potensinya dan bagi mewakili suara orang muda.
Ramai yang mengakui Khairy seorang pemimpin muda berkebolehan dan bakatnya boleh dimanfaatkan.
Awang yakin pemilihan pemimpin muda seperti beliau mampu menyuntik kesegaran dalam Kabinet.
Semua orang tahu, Khairy petah berhujah. Beliau boleh dijadikan sandaran untuk mendekati orang muda lebih-lebih lagi pada pasca PRU-13.
Seorang lagi tokoh muda, Mukhriz Mahathir telah pun dinobatkan sebagai Menteri Besar Kedah. Pelantikan beliau bagi menerajui pentadbiran negeri itu telah mendapat sambutan yang positif daripada rakyat negeri itu.
Lihatlah cara beliau berkempen dengan pendekatannya yang sederhana dan merendah diri, membuatkan rakyat merasa selesa.
Awang perhatikan sebenarnya rakyat teruja untuk melihat lebih ramai muka baru di persada kepimpinan sama ada di pusat mahu pun negeri.
Berdasarkan senarai Ahli Parlimen BN yang menang, sebahagiannya berpotensi untuk diketengahkan. Beri peluang dan pendedahan, Awang yakin mereka akan menyinar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan