Pages

7 Mei 2013

BN pastikan aku janji ditunai

Oleh Norfatimah Ahmad, Sophia Ahmad dan Syed Azwan Syed Ali
 
Kebaikan, kepentingan rakyat serta negara diutama
Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan memastikan mandat yang diberi rakyat kepada Barisan Nasional (BN) akan digunakan untuk kebaikan dan kepentingan rakyat serta negara.
Perdana Menteri berkata, komitmen itu akan diterjemahkan BN dengan melaksanakan khidmat kepada rakyat dan memastikan semua aku janji BN dilaksanakan sepenuhnya.
"BN terima apa juga keputusan rakyat untuk melangkah ke depan bagi mengisi agenda transformasi nasional untuk wawasan negara," Datuk Seri Najib Razak"
“Kita akan pastikan untuk tempoh lima tahun ini, akan berlangsung pentadbiran yang boleh meyakinkan rakyat.

“Walaupun mendapat tentangan hebat bukan saja sepanjang kempen, tetapi sejak lima tahun lalu, tetapi Alhamdulillah BN tetap kembali berkuasa,” katanya di hadapan penyokong BN di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, awal pagi kelmarin.

BN berjaya menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah dengan memenangi 133 kerusi, sekali gus meneruskan tradisi memerintah negara sejak 55 tahun lalu.

Parti itu juga dapat merampas kembali Kedah yang dirampas pakatan pembangkang pada 2008.
 
BN kemudi wawasan
Perdana Menteri berkata, amalan demokrasi terbuka yang diamalkan BN adalah jelas walaupun berhadapan putar-belit pembangkang, termasuk isu membawa masuk pekerja Bangladesh dan menimbulkan isu perkauman.

“Pelbagai fitnah yang dilemparkan terhadap BN, tetapi akhirnya rakyat memilih juga BN dan ia akan membolehkan parti ini terus berkuasa tanpa henti,” katanya.

Beliau berkata, seperti mana BN menerima keputusan PRU, beliau mengharapkan pembangkang juga berbuat demikian dan tidak membazir masa dengan berpolitik hingga terlupa bahawa rakyat dan negara lebih penting.

“BN terima apa juga keputusan rakyat untuk melangkah ke depan bagi mengisi agenda transformasi nasional untuk wawasan negara,” katanya. 
 
BH/7MEI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan