Pages

13 Mei 2013

Pembangkang pencetus huru hara, main emosi rakyat: Tengku Adnan

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agong Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pihak pembangkang adalah pencetus huru hara pilihan raya kerana memainkan emosi rakyat terutama anak muda.

Beliau berkata, ini kerana pembangkang sanggup membawa remaja belasan tahun ketika mengadakan perhimpunan haram yang diadakan di Kelana Jaya, minggu lalu.
"Sebelum ini rakyat hanya dengar pembangkang yang menuduh kerajaan tidak adil dan melakukan perkara buruk ketika pilihan raya, tapi pembangkanglah yang melakukan pelbagai angkara itu untuk menjadikan perjalanan pilihan raya supaya tidak tenteram.


"Pada hari mengundi, mereka bersorak seperti orang hilang akal hingga menakut-nakutkan pengundi dalam kawasan kurang dari 50 meter tempat pengundi. Mereka tuduh kita kita yang buat, tetapi sebenarnya itu kerja mereka, bukan kerja BN," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat tertutup bersama Ahli Parlimen BN, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebentar tadi.

Tengku Adnan yang menang di Parlimen Putrajaya berkata, sekiranya pembangkang membantah keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mereka seharusnya menolak keseluruhannnya tetapi menerima keputusan di negeri yang dimenangi mereka.

"Jika mereka tidak terima keputusan SPR, mengapa mereka terima keputusan di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan? Adakah SPR di negeri itu berbeza dengan SPR di negeri lain?," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pembangkangpencetushuruhara_mainemosirakyat_TengkuAdnan/Article/ | hwa 13Mei

Tiada ulasan:

Catat Ulasan