Pages

4 Mei 2013

PRU-13: Kerajaan BN adalah benteng kesucian Islam - TPM

MUHYIDDIN Yassin bersalaman dengan jemaah lain selepas bersolat Jumaat di Masjid Kampung Baru, Batu 28 di Lenga, Pagoh hari ini. - BERNAMA
*****
PAGOH 3 Mei - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah benteng kepada agama Islam daripada dirosakkan oleh pihak yang cuba mencemari kesuciannya.
Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan BN bukan sahaja akan terus menegakkan syiarnya malah memartabatkan lagi agama Islam yang merupakan agama Persekutuan.
"Usaha ini sudah kita lakukan sejak 55 tahun lalu dan akan diteruskan pada masa akan datang.
"Apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah menegakkan kerajaan yang ada dengan terus menyokong dan memilih BN," katanya pada Majlis Jamuan Bersama Rakyat di perkarangan Masjid Kampung Baru, Batu 28, Lenga selepas menunaikan solat Jumaat di sini hari ini," katanya. - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan