Pages

15 Mei 2013

Tolak ego, bertolak ansur demi perpaduan ummah

ALOR SETAR 13 Mei - Agenda perpaduan antara UMNO dan Pas wajar dijalankan demi penyatuan ummah di negara ini dan perbincangan mengenainya harus digerakkan bermula sekarang.
Aktivis Pas, Datuk Muslim Othman (gambar) berkata, pemimpin kedua-dua parti itu harus mengetepikan ego masing-masing dan bertolak ansur untuk menyatukan kedua-dua parti itu.
"Tidak mustahil untuk kita melihat UMNO dan Pas bersatu sebab kedua-duanya parti orang Melayu yang beragama Islam, cuma jalan ke arah itu mungkin ambil masa panjang.
"Kedua-dua pemimpin perlu duduk berbincang dan bertolak ansur sebab penyatuan ini adalah satu jalan ke arah kebaikan dan kita harus sokong," katanya.
Beliau mengulas desakan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa yang mahu agenda perpaduan melibatkan umat Melayu Islam menerusi 'lapangan' kerjasama UMNO dan Pas diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan bangsa serta agama Islam dapat diperkasakan sepanjang zaman.
Menurut Muslim, perbincangan ke arah perpaduan UMNO dan Pas itu perlu dijalankan segera memandangkan perpecahan antara umat Melayu Islam semakin ketara pada masa kini.
"Sudah-sudahlah orang Melayu bergaduh sesama sendiri, seeloknya memang kita patut bersatu sejak dari dulu lagi," ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan