G. Palanivel, Khushairi Abd. Talib, R. Ganesan
*****
Pengerusinya, Datuk Khushairi Abd. Talib menegaskan, kenyataan Palanivel bahawa MIC akan menolak sebarang jawatan dalam kerajaan negeri termasuk pegawai khas dan ahli-ahli majlis kerajaan tempatan jika parti itu tidak diberikan jawatan Speaker DUN, amat keterlaluan.
Tindakan Palanivel itu menggambarkan seolah-olah beliau bukan seorang presiden parti komponen BN yang sentiasa berpegang pada prinsip muafakat dan menyelesaikan sebarang perkara melalui saluran BN.
Beliau sepatutnya berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan bagi mengelakkan beliau hilang kredibiliti selaku pemimpin," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Palanivel dilaporkan berkata, MIC tidak akan menerima sebarang jawatan berkenaan jika wakil parti tersebut tidak dilantik sebagai Speaker DUN.
Kenyataan itu menyusul berikutan wujud spekulasi jawatan tersebut yang sebelum ini disandang oleh Timbalan Pengerusi MIC negeri, R. Ganesan akan diserahkan kepada parti komponen BN yang lain.
Dalam pilihan raya umum lalu, MIC yang bertanding di 18 kerusi DUN seluruh negara tewas kesemua kerusi di Perak iaitu Buntong, Jelapang dan Hutan Melintang.
Namun Zambry sebelum ini mengumumkan penambahan jawatan pegawai khas selain Penasihat Menteri Besar dan tambahan jawatan Senator kepada MIC bagi menghargai sokongan kaum India dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
Menurut Khushairi, tindakan Palanivel itu adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab dan amat dikesali memandangkan Zambry sehingga kini tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan kedudukan Speaker.
Beliau tidak seharusnya menjadikan pelantikan Speaker DUN dan Menteri Besar sebagai kambing hitam untuk mengukuhkan kedudukan dalam parti selain menarik perhatian ahli-ahli MIC.
Janganlah beliau mencari alasan lain untuk mengembalikan popularitinya, termasuk mengheret urusan pentadbiran negeri dengan masalah politik yang sedang dihadapi beliau," katanya.
Khushairi yang juga ADUN Slim berkata, pihaknya percaya Zambry tidak akan melupakan masyarakat India dalam pentadbiran negeri.
Malah kata beliau, ketika Palanivel dilihat tidak mengendahkan kedudukan kaum India dalam pentadbiran negeri, Zambry menambahkan jawatan khusus untuk MIC bagi memastikan nasib kaum tersebut sentiasa mendapat perhatian kerajaan negeri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan