Pages

28 Ogos 2010

'Ambil tindakan jika bersalah'

UM - 28/8/10

KUALA LUMPUR 27 Ogos - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) perlu mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang didakwa memasuki dan memberikan ucapan di ruang solat sebuah surau di Kajang, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib Tun Razak bagaimanapun menyerahkan sepenuhnya kepada MAIS untuk menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan jika perbuatan tersebut dianggap bertentangan dengan peraturan dan mencemar kesucian Islam.

"Kita serah kepada MAIS untuk ambil tindakan, mereka ada kuasa penuh dalam perkara ini. Jika dianggap bertentangan dengan peraturan dan mencemar kesucian Islam, maka kenalah ambil tindakan," katanya.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat MT UMNO di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

/hwa: utusan.com.my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan