UM - 4/9/10
SHAH ALAM 3 Sept.- Ahli politik bukan Islam diingatkan supaya tidak menerapkan unsur politik dan menimbulkan perpecahan masyarakat dalam program mereka di masjid atau surau walaupun dibenarkan memasuki kawasan pekarangan rumah ibadat tersebut di negeri ini.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, peringatan itu bagi memastikan masjid dan surau di seluruh negeri ini tidak menjadi alat dan medan pertempuran parti-parti politik untuk menagih sokongan umat Islam.
Katanya, pemimpin politik berkenaan seharusnya sedar dan memahami bahawa kawasan masjid dan surau bebas daripada sebarang politik.
"Adalah wajar mereka mematuhi larangan berpolitik di kawasan rumah ibadah itu walaupun mereka dibenarkan memasuki kawasan tempat ibadat umat Islam ini, kecuali ruang solat.
"Jika ada antara mereka mengadakan aktiviti berunsurkan politik atau berbaur perpecahan, JAIS tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mereka termasuk jawatankuasa pentadbiran tempat ibadat umat Islam itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
/hwa: utusan.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan