Pages

5 Oktober 2010

Bekas ADUN DAP sertai PPP

Bernama - 2010/10/05

IPOH: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Malim Nawar, Keshvinder Singh yang sebelum ini keluar daripada DAP untuk menjadi wakil Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN), semalam mengumumkan beliau akan menyertai Parti Progresif Penduduk (PPP).

Katanya, beliau memutuskan menyertai parti komponen BN itu selepas dipelawa oleh Naib Presiden PPP, Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff.

“Permohonan akan dikemukakan selepas Presiden PPP, Datuk M Kayveas balik dari luar negara tidak lama lagi,” katanya pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yayasan Bina Upaya (YBU) dan Institut Darul Ridzuan di sini, semalam.

Keshvinder mengisytiharkan keluar daripada DAP pada 15 Jun lalu.

“Setelah mengambil kira PPP adalah sebuah parti yang dianggotai pelbagai kaum dan sesuai dengan jiwa saya maka saya menerima pelawaan itu,” katanya.

Menteri Besar yang juga Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ketika ditemui pada majlis itu, menyifatkan hasrat Keshvinder itu sebagai keputusan yang bijak. – BERNAMA

/hwa: bharian.com.my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan