Pages

17 Oktober 2010

Sebahagian resolusi Konvensyen Terengganu 2010

MM - 17/10/10

* KESINAMBUNGAN pengisian kemerdekaan mesti diteruskan oleh generasi sekarang demi mempertahankan ketuanan Melayu.

* Tonggak kekuatan Melayu di bumi warisan ini disokong oleh UMNO sejak dahulu, kini dan selamanya. Justeru itu, UMNO perlu terus relevan dan dominan demi meneruskan kelangsungan kuasa dan tampuk pemerintahan di Terengganu. Runtuh UMNO hancurlah Melayu.

* Menginsafi betapa pentingnya Terengganu terus kekal di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN), maka kemenangan mutlak untuk semua kerusi Parlimen dan mengekal serta merampas semula semua kerusi DUN yang dimenangi parti pembangkang direalisasikan dalam PRU Ke-13.

* Selaras dengan gagasan dan semangat 1Malaysia, kestabilan politik Terengganu menjadi wadah kepada agenda perjuangan Melayu ke arah mencipta masa depan anak bangsa yang lebih berdaya saing untuk membangunkan negara demi kesejahteraan rakyat.

* Dalam usaha memastikan hasrat memperkasakan kepemimpinan negeri Terengganu di peringkat nasional tercapai, kepemimpinan pusat sewajarnya menambah bilangan Ahli Parlimen Terengganu dalam barisan Kabinet Malaysia.

* Kerajaan negeri hendaklah meneruskan strategi merakyatkan pembangunan dengan melaksanakan projek-projek pembangunan seperti E-book, Program Pendidikan Terengganu Terbilang (PPTT), peluang melanjutkan pelajaran, hadiah kecemerlangan, pembinaan rumah mampu milik, Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan pemberian biasiswa kepada pelajar cemerlang.

* Kerajaan hendaklah berusaha menjana pelbagai peluang pekerjaan untuk anak negeri yang terlatih. Satu pasukan petugas khusus perlu diwujudkan bagi membantu pihak kerajaan merancang strategi untuk menarik pelaburan dari dalam dan luar negara bagi menjana pelbagai peluang pekerjaan.

* Kerajaan negeri hendaklah menguatkuasakan syarat pengambilan pekerja iaitu sekurang-kurangnya 60 peratus daripada tenaga kerja hendaklah terdiri daripada rakyat Terengganu kepada semua majikan yang melabur di negeri ini untuk menjamin rakyat tempatan mendapat peluang pekerjaan dengan lebih mudah.

* Bagi mengelak pembaziran dan memastikan kepuasan rakyat dipenuhi sistem penyampaian kerajaan terutama pejabat di peringkat daerah hendaklah beroperasi dengan lebih berkesan. Keupayaan semua penjawat awam di peringkat daerah hendaklah dipertingkatkan supaya rakyat dapat menikmati perkhidmatan yang lebih baik.

* Kerajaan negeri perlu menyediakan insentif dan prasarana yang lengkap serta termampu bagi menggalakkan penyertaan ramai rakyat dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.

* Mempertingkatkan penguasaan orang Melayu dalam sektor ekonomi terutamanya hartanah, komoditi, pelancongan, pembuatan dan rangkaian pembekalan serta sektor-sektor lain yang kritikal dengan cara yang strategik.

* Masalah gejala sosial di kalangan remaja seperti penyalahgunaan dadah, mat rempit, buang bayi, ragut dan kes-kes jenayah berat perlu dibendung melalui kaedah yang lebih berkesan berasaskan hasil penyelidikan.

/hwa: utusan.com.my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan