Pages

9 April 2012

PAP dan DAP

Harap-harap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak melenting kalau Awang mahu bertanyakan satu perkara. Benarkah beberapa hari lalu, terdapat rombongan 30 orang ahli Parlimen dari parti PAP Singapura melawat Pulau Pinang?
Rombongan tersebut dikatakan turut mengunjungi beliau. Khabarnya lawatan itu tidak uar-uarkan dan tiada liputan termasuk oleh media pembangkang. Awang sekadar ingin bertanya apakah tujuan lawatan tersebut? Apakah ia mempunyai kaitan dengan kerjasama yang kian kukuh antara kerajaan DAP Pulau Pinang dan PAP Singapura?
PAP dan DAP mempunyai hubungan sejarah yang bermula ketika Singapura berada dalam Malaysia. DAP ditubuhkan bagi menggantikan PAP pimpinan Lee Kuan Yew ketika itu, yang disingkirkan keluar daripada Malaysia pada tahun 1965. Ia antara lain disebabkan PAP mahu menguasai politik tanah air dan menentang hak-hak orang Melayu. Konsep Malaysian Malaysia yang diideakan oleh Kuan Yew terus dinyalakan oleh DAP.
Sejak DAP menguasai Pulau Pinang selepas pilihan raya umum lalu, beberapa pemimpin utama Singapura termasuk Kuan Yew melawat negeri tersebut. Guan Eng juga kerap ke Singapura sama ada secara rasmi mahu pun tidak. Awang melihat hubungan strategik antara PAP dan DAP memasuki tahap yang terbaik.
Jika benar adanya lawatan itu, Awang musykil dan tertanya-tanya apa agendanya. Juga jika benar, parti-parti di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) juga boleh meniru pendekatan PAP. BN boleh menjalin hubungan langsung dengan parti dan pihak pembangkang di Singapura. Untuk apa lagi menjaga hati PAP semata-mata, jika kita tahu permainan mereka.

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT.
/HWA: utusan.com.my | 8/4/12

Tiada ulasan:

Catat Ulasan