Pages

8 April 2012

Pas terus tersasar dari Islam

GURUN 5 April - Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pas terus tersasar dari landasan Islam kerana sanggup bersubahat dengan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang moral dan etikanya dipersoalkan.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, pemimpin Pas mendakwa kononnya memperjuangkan Islam namun hakikatnya mereka tidak mengamalkan ajaran agama suci itu.
Menurutnya, Pas bersubahat begini lebih teruk, bersubahat dengan parti yang rakyat tahu moral dan etikanya dipertikai serta dipersoalkan.
"Dalam Islam, kita dituntut agar mengelak dan menjauhkan diri dari perkara yang boleh menyebabkan fitnah.
''Kalau ada begitu bermakna Pas sengaja, kerana muslihat politik dia sengaja ketepikan semua soal itu sebab dia fikir nak menang pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kilang baja Malaysian NPK Fertilizer Sdn. Bhd. di sini hari ini.
Semalam, ahli-ahli akar umbi PKR buat pertama kali dan secara terbuka menuntut supaya Timbalan Presiden parti itu, Azmin Ali menjawab segala dakwaan yang dikaitkan ke atas beliau.
Ketua Penerangan PKR Ampang, Mohd. Isa Mohd. Saidi dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur berkata, mereka turut menggesa Azmin meninggalkan parti jika gagal berbuat demikian dalam masa terdekat demi menjaga nama baik PKR.
Muhyiddin berkata, isu moral dan akhlak Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin termasuk yang dibangkitkan oleh Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr. Hassan Ali sehingga kini masih belum dijawab.
Atas sebab itu, beliau berkata, Pas bukan parti Islam sebaliknya hanya parti politik biasa kerana sejak dari dahulu parti itu sering bertindak dan mengeluarkan kenyataan termasuk fatwa songsang yang bercanggah dengan ajaran Islam.
"Pas pun sudah tidak memperjuangkan negara Islam dan kalau kita lihat sejarah Pas termasuk isu fatwa Hadi Awang sendiri maka banyak yang dilakukan Pas bercanggah dengan ajaran Islam yang menekankan soal budi bahasa yang baik, kepimpinan dan tadbir urus yang cara baik," jelasnya.
/HWA: utusan.com.my | 7/4/12

Tiada ulasan:

Catat Ulasan