Pages

8 April 2012

Perkasa hairan Anwar gelabah ketika berdepan isu biseksual

KUALA LUMPUR 5 April - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hairan mengapa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu gelabah dan panik dalam isu dakwaan biseksual yang dibangkitkan Datuk S. Nallakaruppan.
Ketua Penerangannya, Ruslan Kassim berkata, reaksi itu berbeza dengan sikap tenang yang biasa ditonjolkan Anwar ketika berdepan dengan lapisan masyarakat, sekali gus menimbulkan pelbagai persoalan mengenai kebenaran dakwaan biseksual itu.
Katanya, selaku pemidato, Anwar sepatutnya berhujah jika tidak setuju dengan kenyataan Ahli Dewan Negara itu bahawa tiada peruntukan dalam Perlembagaan membenarkan biseksual menjadi Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang.
"Saya fikir beliau tidak perlu menyaman Nallakaruppan kerana tindakan itu menunjukkan beliau gelabah dan panik dengan dakwaan biseksual," katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Pada 19 Mac lalu, Nallakaruppan secara terbuka mendakwa Anwar seorang biseksual berdasarkan pengalamannya yang pernah berkawan baik selama 30 tahun dengan Ketua Pembangkang itu dan tidak layak menjadi Perdana Menteri.
Anwar kemudian bertindak menyaman bekas sahabat karibnya itu sebanyak RM100 juta, tetapi Nallakaruppan tidak berganjak daripada dakwaannya dan mencabar Ketua Pembangkang itu supaya mempercepatkan kes berkenaan ke mahkamah.
Dalam pada itu, Ruslan menambah, Anwar sepatutnya meminta Pas dan DAP menyokong beliau dalam usaha menambah peruntukan dalam Perlembagaan bagi membenarkan biseksual menjadi Perdana Menteri.
/HWA: utusan.com.my | 7/4/12

Tiada ulasan:

Catat Ulasan