APABILA YB Azan Ismail, ahli Parlimen PKR kawasan Indera Mahkota agak
kurang turun padang untuk ‘mengasak’ isu loji nadir bumi Lynas di
Gebeng, ramai kalangan anggota parti itu ‘pening kepala’.
Ini berbeza sama sekali dengan seorang lagi, ahli Parlimen dari
Kuantan, Fuziah Salleh. Dengan Gebeng terletak antara Indera Mahkota dan
Kuantan, sepatutnyalah Azan juga sekerap Fuziah untuk bersama-sama
melemparkan fitnah terhadap loji yang begitu menjadi rebutan pelabur
asing untuk penghasilan nadir bumi - bahan asas dalam pembuatan
barangan.
Ini tidak. Seakan-akan sedar Lynas bukanlah isu yang membahayakan
penduduk Gebeng, Azan barangkali lebih berpengetahuan dari Fuziah bahawa
nadir bumi amat diperlukan untuk penghasilan scandium dalam pembuatan
peralatan aeroangkasa. Atau Thulium untuk penghasilan lengkap mesin
X-Ray mudah alih.
Fuziah tidak ambil peduli dah, biarpun diakui oleh pemimpin DAP,
Leong Ngah Ngah seperti disiarkan dalam tabloid Cina yang projek Lynas
merupakan satu kejayaan besar kerajaan dalam mendapatkan pelaburan asing
dalam jumlah yang besar. Naib Presiden PKR ini juga bersikap ‘lantak
lah’ akan pengesahan pakar radioaktif yang juga Ahli Parlimen Pas Hulu
Langat, Dr. Che Rusli Che Mat bahawa projek Lynas tidak berbahaya malah
mengikut piawaian antarabangsa.
Ketidaksepakatan Azan dan Fuziah jika dilihat dari gerakan agresif
kedua-duanya menghentam isu Lynas, adalah antara antara tompok-tompok
keraguan yang semakin bersarang dan berlegar dalam kepala ramai pemimpin
PKR negeri dan ‘ahli akar umbi’ parti itu.
Itu belum lagi isu-isu besar bagaikan tsunami yang melanda
kepemimpinan PKR saat ini. Sama ada kita sedar atau tidak dalam tempoh
beberapa bulan ini rakyat Malaysia semakin membuka mata terhadap
tembelang yang mula muncul satu persatu dari kemelut PKR ini.
“PKR semakin mengelirukan masyarakat Malaysia. Dan sejak dahulu lagi
saya sentiasa berpegang bahawa PKR ini lebih tertumpu kepada soal
individu yang berbeza langsung dengan DAP dan Pas yang perjuangkan
sesuatu yang lebih besar,” kata bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan,
Dr. Chandra Muzaffar kepada penulis Rabu lalu.
Sebenarnya ramai kalangan rakyat Malaysia yang cintakan kestabilan
negara terkejut akan perihal Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah
Ismail yang masih tidak keluar mulut sehingga hari ini untuk
mempertahankan timbalannya, Azmin Ali apabila bekas rakan baik suaminya,
Senator Datuk S. Nallakaruppan baru-baru ini mendedahkan yang Anwar
Ibrahim pernah menjalin hubungan sulit dengan isteri Azmin, Shamsidar
Taharin.
Berdiam diri
Sebagai isteri, Wan Azizah sepatutnya menafikan dakwaan Presiden
Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) itu yang nampaknya tetap berpegang
teguh mengatakan Anwar merupakan seorang biseksual. Dan dia berani pula
menghadapi tindakan saman daripada Anwar walaupun sehingga RM500 juta.
Sikap berdiam diri Wan Azizah itulah yang mengundang pelbagai persepsi
dalam kalangan masyarakat Malaysia yang kini tertanya-tanya akan
kebenaran di sebalik pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap Anwar selama
ini.
Demikian juga ramai kalangan pengikut dan penyokong PKR tersentak
apabila Azmin ketika diminta mengulas desakan ketua penerangan PKR
Cabang Ampang, Mohd. Isa Mohd. Saidi dan turut dihadiri naib ketuanya,
H.M.Tan baru-baru ini supaya menjawab segala dakwaan yang dikaitkan
dengannya, dia boleh pula sekadar menjawab: “Hanya orang buta dan tuli
saja yang tidak tahu”. Jawablah! Kalau di pentas ceramah bukan main
lagi.
Azmin juga tidak menjawab untuk mempertahankan dirinya apabila bekas
Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali mahukan penjelasan
daripadanya terhadap lima perkara termasuk sumber kewangan Ahli Parlimen
Gombak itu serta isterinya yang membeli saham bernilai RM2 juta antara
tahun 1992 hingga 1994. Dia juga enggan menafikan dakwaan bahawa dia
serta isterinya termasuk seorang ipar memiliki saham bernilai RM8.5 juta
pada awal tahun 1990-an adalah tidak benar. Timbalan kepada Wan Azizah
ini juga sengaja memekakkan telinga terhadap tuduhan yang dibuat dalam
buku karangan Syed Hussin Al-Attas bertajuk Tuhan, Politik dan Seks yang
diterbitkan pada tahun 2010 termasuk cabaran penulis-penulis blog untuk
menentukan kesahihan nasab biologi seorang lagi ahli keluarga beliau.
Kalau diteliti, bukan sahaja Cabang Ampang yang mengambil tindakan
demikian. Awal bulan ini kira-kira 50 ahli parti itu dari Cabang Ladang
Perbadanan turut mengambil tindakan serupa. Tetapi lebih drastik dengan
keluar parti. Mereka malu dengan sikap wakil rakyat PKR yang tidak
tunaikan janji.
“Dahulu bukan main tabur janji, apabila sudah menang, muka pun tak
pernah nampak. Apabila ditanya rakyat, kami selaku pemimpin PKR
peringkat cabang turut tumpang malu,” kata ketua Cabang Ladang
Perbadanan, M.Muruli yang menjelaskan antara sebab tindakan keluar PKR
juga kerana kecewa dengan sikap pemimpin parti itu menganaktirikan kaum
India di negeri itu.
Di sebalik ini, sebenarnya adalah ‘tragedi luar biasa’ sekiranya
sebilangan rakyat Malaysia masih menyokong dan mengundi Anwar pada
PRU-13 nanti. Dengan isu moral yang semakin banyak dihadapi pemimpin
pembangkang tersebut dan segala tipu muslihat di sebalik ‘perawakan
alim‘ yang didedahkan sendiri oleh bekas pengikut setianya dan lebih 30
pemimpin kanan, Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN PKR yang pernah taksub,
obses dan setia kepadanya tetapi akhirnya lari meninggalkannya, kita
tentu tidak terkata apa.
Curiga
Ini kerana tuduhan itu pula bukan dibuat secara membuta-tuli.
Sebaliknya berdasarkan bukti yang ada dan pengalaman mereka sendiri
ketika bekerja dengan Anwar dalam tempoh yang lama. Tetapi Anwar biasa
sahaja. ‘Buat bodoh’ seolah-olah tak ada apa. Boleh pula tu buat road
show lagi ke seluruh negara. Itu tidak termasuk sokongannya terhadap
keselamatan Israel dan elemen pluralisme kerana cuba beralih kepada
sokongan kaum bukan Melayu dan bukan beragama Islam. Ramai kian curiga.
Kepada tokoh akademik, Tan Sri Ibrahim Abu Shah,” Anwar cukup terkenal sebagai individu yang hebat dalam memanipulasi keadaan.”
Kerana itu, ada pihak membangkitkan pentingnya supaya dilarang sama
sekali golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) daripada
menjadi ahli Dewan Rakyat serta Dewan. Kita tidak mahu ‘Perdana Menteri
kita’ pusing satu dunia dengan pasangannya yang sama jenis. Ini akan
memberi impak buruk kepada negara.
Bekas orang kuat Anwar di Pulau Pinang, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim pula memberi komen begini:
“Bagi saya, Wan Azizah memang tidak boleh terkata apa dah. Sebagai
isteri, dia tidak mahu cerita kotor suaminya menjadi perbualan ramai dan
seboleh-bolehnya cuba tutup, kerana itu menjadi Perdana Menteri
sahajalah jalannya. Dengan menjadi Perdana Menteri, segala keraguan
suaminya boleh tertutup.”
Di Pulau Pinang, penulis dikhabarkan PKR sudah tidak relevan lagi.
Asyik mengalah sahaja. Takut nak takut tegur ‘si khalifah Umar Abdul
Aziz’, yakni jolokan yang dimahukan sendiri Setiausaha Agung DAP yang
juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Bukan sahaja rumah kos
rendah dan sederhana rendah untuk orang susah sudah hilang di bahagian
pulau negeri itu dengan pembinaan rumah-rumah kos tinggi belaka, sekolah
dan masjid pun hilang juga. Mana hilangnya ‘sengat’ ADUN Batu Maung,
Abdul Malik Kassim dan ADUN Penanti, Mansor Othman?
Sekarang ini, apa sahaja yang dibuat oleh kerajaan Pusat akan adalah
yang tidak kena di mata PKR dan sekutunya. Bila ditubuhkan Jawatankuasa
Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung penambahbaikan proses pilihan
raya dan diterima cadangan-cadangan yang dibangkitkan sendiri oleh
pembangkang, tak puas hati pula. Lantas, mahu diadakan satu lagi
perhimpunan haram. Rakyat nampaknya sudah jelak dan faham benar maksud
yang tersirat - setidak-tidaknya adalah isu pembangkang dalam sebulan
dua ini.
Namun, kalau kita boleh duduk sebentar dan renung-renungkan sejenak
tentang PRU-13 yang akan menjelang, kita pastinya akan gusar.
Setidak-tidaknya akan terbit sekelumit rasa gundah gulana atau gerak
hati kita kalau-kalaulah tersilap percaturan memberikan undi kepada yang
tidak sepatutnya. Sedangkan yang berhak diangkat sebagai pemimpin
dengan partinya sekali, diketepikan dan ditulikan. Bayangkan, dalam
tempoh lima tahun sahaja segala yang ada di depan mata - soal Islam,
soal Melayu, soal kestabilan dan lebih penting masa depan anak-anak kita
akan tergadai begitu sahaja. Pemimpin pula boleh senang diperas ugut
oleh pihak asing gara-gara begitu banyak ‘rahsia’ tersimpan oleh peguam,
penghulur dana pilihan raya dan penyokong LGBT seberang laut.
PRU-13 amat penting. Ia penentu masa depan rakyat Malaysia. Jika
memberi mandat kepada yang salah dan tidak berhak, nak mengundur payah
sekali. Kita kena realistik. Rakyat Malaysia yang diyakini bijak menilai
tentu akan ‘buka mata’ seluas-luasnya soal ini.
/HWA: utusan.com.my | 15/4/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan