Pages

24 Mei 2012

Anwar pemimpin 'tanpa wajah'

KUALA LUMPUR 23 Mei - Seorang penulis Barat, Jonathan Smith, mendedahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pemimpin tanpa wajah yang boleh berubah mengikut arus, persekitaran serta rasa hati demi kepentingan peribadi.
Malah Smith yang juga seorang bekas perisik berkata, sikap tersebut sudah diketahui badan perisikan antarabangsa seperti Agensi Perisikan Pusat (CIA), agensi perisikan Rusia (KGB) dan agensi perisikan Britian (MI-6) lebih awal sebelum Anwar dibawa menyertai UMNO.
Dalam bukunya bertajuk The ''I'' Files, Smith mengakui beliau sudah lebih tiga dekad mengumpul maklumat mengenai Anwar untuk disalurkan kepada 'ketuanya' dan mendakwa, buku berkenaan juga hasil susunan maklumat perisik-perisik Barat yang lain.
"Ketua-ketua badan risikan CIA, MI-6, dan KGB mahu tahu dari mana Anwar datang dan di mana kesetiaannya itu? Dengan UMNO, Pas atau Arab Saudi? Anwar sebenarnya manusia tanpa wajah yang boleh menjadi sesiapa sahaja mengikut arus, persekitaran dan hatinya.
"Pada satu masa, beliau seorang muslim fanatik yang mengimpikan negara Islam ala Iran, berkiblatkan Arab Saudi, berfahaman wahabi dan tiada tolak-ansur dalam menangani kemungkaran tetapi pada masa yang lain, beliau pengikut tulen Tun Dr. Mahathir Mohamad.
"Anwar mengikut Dr. Mahathir dari segala segi kecuali satu, iaitu di hati sanubarinya di mana Dr. Mahathir melihat Melayu memerlukan perlindungan, Anwar melihat Melayu perlu 'kesempurnaan'," kata Smith sebagaimana dipetik daripada prolog beliau dalam buku The ''I'' Files.
Buku tersebut boleh dibaca dalam talian di http://ifilesjs.wordpress.com dan setakat ini hanya prolog serta bab satu hingga empat sahaja yang dimuat naik kepada pembaca.
Sementara itu, beberapa laman blog tempatan seperti anwaraidc.com dan gerakan-anti-pkr.blogspot.com turut menyiarkan pendedahan Smith dan menyifatkan buku berkenaan perlu dibaca kerana menampilkan sudut yang belum pernah didengar mengenai Anwar.
Menurut blog gerakan-anti-pkr, identiti sebenar Smith tidak penting kerana yang jelas daripada maklumat yang didedahkan dalam buku berkenaan, beliau ternyata mempunyai pengetahuan mendalam mengenai politik serta pemikiran rakyat Malaysia.
"Apa yang pasti, Smith telah membuat kesimpulan siapa Anwar? Manusia tanpa wajah, lama sebelum Malaysia atau pun Dr. Mahathir mengenali beliau, Smith terlebih dahulu membaca kesilapan Dr. Mahathir selepas ura-ura Anwar akan dibawa masuk ke dalam UMNO," katanya.
/hwa: utusan.com.my | 24/5/12

Tiada ulasan:

Catat Ulasan