KUALA LUMPUR 4 Mei - DAP dilihat meraih 'untung
besar' dengan bantuan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang
dikatakan sanggup menjadi kuda tunggangan mereka jika tindakan itu dapat
menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Puad Zarkashi berkata, melalui
pakatan pembangkang, DAP mahukan sokongan orang Melayu di samping
menunjukkan bahawa mereka bukannya parti cauvinis dan diktator.
"Namun apa yang kita dapat lihat, DAP hanya memperjuangkan bagi satu
kaum sahaja. Lihat sendiri dalam Parlimen, adakah mereka memperjuangkan
kepentingan kaum lain seperti kekurangan guru di sekolah agama
rakyat...tapi yang kita lihat hanya mengenai Sekolah Jenis Kebangsaan
Cina.
"Persoalan lain tidak dirisaukan kerana mereka ada Anwar. Selain itu,
pakatan pembangkang juga dilihat memberi manfaat banyak kepada DAP
berbanding Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas yang ditunjukkan dalam
kemenangan kerusi pada pilihan raya umum sebelum ini," katanya.
Beliau mengulas kenyataan Anwar yang rela menjadi kuda tunggangan DAP
jika dapat menawan Putrajaya ketika ceramah perdana sempena Konvensyen
Pakatan Pembangkang Perak di Ipoh baru-baru ini.
Penasihat PKR itu menyatakan lebih mempercayai pemimpin DAP dan
mendengar nasihat mereka berbanding mana-mana pemimpin dalam UMNO.
/HWA: utusan.com.my | 5/5/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan