KUALA LUMPUR 18 Mei - Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz
Tunku Ibrahim hari ini berkata kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak
harus disokong dan patut diberi peluang dan masa bagi menjayakan
program-program transformasi yang sedang dilaksanakannya sekarang.
Bekas pemimpin DAP yang bertindak keluar dari parti itu Isnin lepas
kerana mempertahankan prinsipnya menentang demonstrasi Bersih 28 April,
sekali lagi mengulangi pandangannya bahawa program transformasi yang
dimulakan Perdana Menteri adalah baik untuk negara.
"Apa yang Perdana Menteri buat sekarang ini adalah betul (is the
right thing), jadi kita kena sokong (support) dia," katanya sambil
menambah kata bahawa transformasi yang Najib usahakan adalah suatu
proses untuk perubahan yang sudah tentu mengambil masa.
“Proses dari segi definisinya pun kena ambil masa sikit. Proses,
bukan produk...produk boleh keluar terus, awak pergi Tesco (pasar raya)
boleh beli (barang)," katanya sambil menegaskan ini termasuk usaha
pentadbiran Najib untuk menambah baik proses demokrasi negara.
Diminta pandangannya sama ada kepimpinan Najib akan mendapat sokongan
rakyat dalam pilihan raya umum akan datang kerana perubahan-perubahan
yang sedang dibawanya, Tunku Aziz berkata: “Saya bukan penganalisa
politik dan tidak mahu membuat spekulasi."
"Tapi proses, kena bagi masa, bagi peluang. Dulu kita dok (sering)
jerit itu, ini, kerajaan tak buat itu dan ini, sekarang kerajaan dah
dengar... (maka) itulah saya kata tak payahlah lagi lah nak buat
protes...(sekarang) nak buat Bersih 4.0 (pula)...mahu apa lagi,"
katanya.
Beliau berkata tunjuk perasaan diadakan untuk menarik perhatian dan mempertingkatkan kesedaran orang ramai.
"Awak fikir kerajaan tak nampak apa rakyat hendak? (dalam perhimpunan
itu) 98 peratus, yang protes nak tukar undang-undang itu ini, tapi yang
dua peratus tu...mereka itu ada agenda lain...mereka buat kacau,"
katanya.
Beliau merujuk kepada tindakan parti-parti politik pembangkang
tertentu yang dikatakan telah “merampas" tunjuk perasaan itu daripada
badan bukan kerajaan menganjurnya dan dikatakan bertanggungjawab
mencetuskan huru-hara pada hari itu sehingga beberapa anggota polis dan
orang awam mengalami kecederaan. - BERNAMA.
/HWA: utusan.com.my | 18/5/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan