Pages

20 Mei 2012

Tindakan biadab tidak jejaskan PM

KUALA LUMPUR 17 Mei - Tindakan biadab beberapa individu yang cuba mengganggu ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa majlis beliau bersama rakyat Malaysia di London, Selasa lalu, langsung tidak memberi kesan kepada pemimpin nombor satu negara itu.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Najib seorang negarawan yang sangat terbuka dan beliau tidak mudah melatah dengan perbuatan beberapa individu tersebut kerana majoriti rakyat menyokong kepimpinan Perdana Menteri.
“Perdana Menteri seorang negarawan dan pemimpin yang terbuka. Beliau tidak tertekan dengan kejadian itu kerana majoriti rakyat menyambut baik kedatangan beliau, mereka yang berniat jahat hanya dua tiga individu sahaja tetapi program berjalan lancar,’’ kata Muhyiddin.
/HWA: utusan.com.my | 18/5/12

Tiada ulasan:

Catat Ulasan