KUALA LUMPUR 17 Mei - Tindakan biadab beberapa individu yang cuba
mengganggu ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa
majlis beliau bersama rakyat Malaysia di London, Selasa lalu, langsung
tidak memberi kesan kepada pemimpin nombor satu negara itu.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Najib
seorang negarawan yang sangat terbuka dan beliau tidak mudah melatah
dengan perbuatan beberapa individu tersebut kerana majoriti rakyat
menyokong kepimpinan Perdana Menteri.
“Perdana Menteri seorang negarawan dan pemimpin yang terbuka. Beliau
tidak tertekan dengan kejadian itu kerana majoriti rakyat menyambut baik
kedatangan beliau, mereka yang berniat jahat hanya dua tiga individu
sahaja tetapi program berjalan lancar,’’ kata Muhyiddin.
/HWA: utusan.com.my | 18/5/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan