
29 Mei 2008
Ahmad Shabery lepas Ketua Penerangan Umno Terengganu

Akar umbi Umno mahu kaji selidik sokongan kepada pemimpin, kata Mukhriz
Pemulihan UMNO : Adab Dan Harapan
Dr Novandri Hasan Basri
Penulis ingin membincangkan empat perkara yang saling berkaitan di antara satu sama lain. Isunya adalah mengenai krisis yang melanda di dalam parti UMNO.
Tan Sri merupakan wanita yang pertama di Malaysia serta wakil wanita Malaysia yang pertama ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (1967 hingga 1972). Beliau menjadi wakil Malaysia ke Persidangan Suruhanjaya Taraf Wanita PBB.
Tan Sri Aishah Ghani berkata bahawa beliau yakin kemelut Dr Mahathir dan Abdullah dapat diselesaikan "jika Pak Lah beransur sikit".
Tan Sri Aishah, 85, berkata sebagai "orang lama" yang membesar di dalam parti beliau sedih dengan apa yang berlaku dalam Umno sekarang.
i. Berapakah sebenarnya jumlah ahli-ahli UMNO yang mahukan Pak Lah mengundur diri?
ii. Bagaimana caranya kita dapat mengira dan mengumpul data-data tersebut?
iii. Jika benar, bagaimana caranya untuk kita menterjemahkan data-data tersebut kepada satu tindakan yang mesti digunapakai oleh kepimpinan tertinggi UMNO?
iv. Bagaimanakah cara dan bila Pak Lah perlu meletak jawatan?
Penulis perlu berasional apabila membincangkan perkara ini kerana kita dituntut untuk berfikir, mengkaji dan execute dengan seragam, bersama-sama dan taktikal agar ianya tampak besar serta mewakili suara majoriti ahli-ahli UMNO.
Dalam masa yang sama, jika suara-pandangan yang lantang meminta Pak Lah meletakkan jawatan itu bukannya suara majoriti ahli-ahli UMNO, apakah ahli-ahli akan berpegang kepada prinsip demokrasi dan kembali bersama-sama memperkuatkan parti UMNO atau pun terus menjadi pressure group atau trouble shooter?
Secara ringkas, ‘polls’ yang terdapat di dalam beberapa bloggers menunjukkan bahawa UMNO memerlukan perubahan kepimpinan. Akan tetapi, petunjuk kepada ‘polls’ tersebut tidak boleh dijadikan sandaran utama kepada persoalan di atas kerana limitasi-limitasi ‘polls’ tersebut.
Blog Datuk Khir Toyo
Sehingga hari ini, 17150 orang telah menjawap ‘polls’. 15195 (88%) mahukan kepimpinan tertinggi UMNO ditukar. Manakala 1955(11%) menjawap tidak perlu.
Web KMU.Net
Apakah Perlu Pak Lah Lakukan?
Meletak Jawatan 89.92% (10115)Terus Menjadi PM 10.08% (1134)
Total Votes: 11249
Blog tunku
Should Pak Lah Resign?
Yes, he has failed 2921 (86%)No, he has strong support 125 (3%)Lets give him another chance 322 (9%)
Votes so far: 3368
Minda Intelek Melayu
Apakah Pak Lah Patut Menawarkan Diri Untuk Bertanding Semula Jawatan Presiden UMNO?
Tidak 444 (87%)Ya 65 (12%)
Votes so far:509
Adab & Harapan
4. Apakah ketiga-tiga perkara di atas dapat disimpulkan menjadi satu keputusan yang dapat meredakan segala kekecewaan, kemarahan dan kebingungan rakyat sekarang?
Kesimpulannya, penulis dapati bahawa kepimpinan UMNO sedang mendengar suara-suara ahli UMNO.
Seperti para pembaca sekalian, penulis juga mahukan tindakan yang efektif dan bukannya sekadar ucapan pemimpin-pemimpin UMNO yang tidak membawa sebarang perubahan.
Akan tetapi secara adabnya, pemimpin tidak boleh dimalukan. Lebih-lebih lagi jika pemimpin tersebut merupakan seorang pemimpin tertinggi di dalam sebuah negara.
Realitinya, kaedah menurunkan pemimpin tersebut akan bakal dicatitkan di dalam sejarah dan akan diperturunkan kepada generasi-generasi seterusnya.
Dan jika berpegang kepada penerangan sms Datuk Seri Hisahammuddin, kita perlu memberi sedikit ruang kepada kepimpinan UMNO yang sedia ada untuk memastikan pertukaran kepimpinan tertinggi UMNO berlaku secara adab dan tidak memalukan sesiapapun.
i. Jika benar beliau tidak dapat memenuhi kategori seseorang pemimpin yang diharapkan oleh sesetengah rakyat tetapi apakah kita tidak sudi untuk memberi muka kepada beliau?
ii. Apakah Pak Lah begitu jahat sehinggakan kita tidak mahu beliau beredar dari arena politik secara terhormat?
iii. Apakah kita begitu marah kepada beliau sehinggakan kita tidak peduli kesan buruk yang pasti ditanggung oleh cucu-cicit dan keturunan beliau?
Dalam masa yang sama, seperti nasihat Tan Sri Aishah Ghani, kepimpinan UMNO perlu menjelaskan tarikh dan mekanisme dengan jelas, segera dan tepat mengenai petukaran kepimpinan tertinggi.
Hanya dengan cara ini sahaja, segala kekeliruan dan kekecewaan ahli-ahli dari akar umbi dapat dibendung dengan efektif dan konstruktif.
Mungkin ada di antara pembaca sekalian yang tidak bersetuju dengan penulis dan mengganggap bahawa penulis sedang memimpikan penyudahan yang tidak mungkin akan terjadi.
Tapi seperti kata Martin Luther King, Jr. (15 Januari 1929-14 April 1968) seorang pemimpin hak asasi terkenal dan lelaki termuda yang dianugerahkan gelaran Hadiah Keamanan Nobel (1964) - Everything that is done in the world is done by hope.
Ya, penulis sedang mengharap.
Jangan ungkit Ketuanan Melayu - Dr. Zambry

Ketua UMNO Bahagian Lumut, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, tindakan bekas Setiausaha Politik Lee Kuan Yew itu bukanlah menghairankan kerana ia merupakan ideologi yang telah lama diperjuangkan oleh DAP sebelum ini.
''Saya tidak hairan dengan tindakan Lim Kit Siang dan DAP yang menolak ketuanan Melayu.
''Ia semakin jelas dan sikap berani melulu Penasihat DAP yang mahu melihat konsep Malaysian Malaysia dilaksanakan di negara ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Kit Siang di Parlimen baru-baru ini yang mendakwa rakyat hari ini telah bosan dengan konsep ketuanan dan kedaulatan Melayu.
Dr. Zambry berkata, Kit Siang tidak sepatutnya mempertikaikan ketuanan Melayu kerana ia sememangnya hak mutlak orang Melayu yang merupakan penduduk asal negara ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Pangkor itu berkata, apa yang menghairankan ialah terdapat orang Melayu yang seia sekata dengan Kit Siang termasuk mereka yang menjunjung pakatan pembangkang.
''Mereka begitu dangkal hanya melihat ketuanan Melayu semata-mata dalam konteks Perlembagaan negara sedangkan apa yang diperjuangkan oleh DAP ialah perjuangan ideologi.
''Saya harap orang Melayu yang terpengaruh dengan Kit Siang kembali sedar dengan permainan beliau itu," katanya.
Katanya, perkara ini tidak perlu dipertikaikan kerana ia telah terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.
''Apa yang dikatakan oleh Kit Siang itu adalah tidak wajar kerana ia sudah termaktub dalam perlembagaan.
''Apa yang diperjuangkannya kini adalah ideologi berterusannya dan akhirnya nanti kedudukan hak-hak istimewa orang-orang Melayu akhirnya turut dipersoalkan.
''Ini apa yang kita lihat sekarang seperti bidang kuasa raja-raja dalam pentadbiran Islam dan saya tidak bimbang mereka juga mempersoalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB)," katanya.
Dr. Zambry berkata, kesemua ini menampakkan kecenderungan berterusan mereka untuk menidakkan kedudukan orang Melayu di negara ini yang tidak perlu diungkitkan lagi.
''Ini merupakan satu peringatan kepada orang Melayu bahawa satu demi satu kedudukan orang Melayu di negara ini mula dipertikaikan," katanya.
Henti cabar orang Melayu

MELAKA 28 Mei - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam meminta Penasihat DAP, Lim Kit Siang menghentikan perbuatannya mengeluarkan kenyataan berkaitan ketuanan Melayu kerana ia mencetuskan suasana tidak selesa di kalangan orang Melayu di negara ini.
Menurut beliau, Kit Siang tidak sepatutnya mempertikaikan ketuanan Melayu kerana ia sememangnya hak mutlak orang Melayu yang merupakan penduduk asal negara ini.
''Kit Siang tidak perlu sibuk-sibuk mengeluarkan kenyataan berkaitan ketuanan Melayu kerana tanah ini hak orang Melayu, jadi, tiada siapa yang berhak boleh mempertikaikannya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Kit Siang di Parlimen baru-baru ini yang mendakwa rakyat hari ini telah bosan dengan konsep ketuanan dan kedaulatan Melayu.
Mohd. Ali berkata, konsep ketuanan dan kedaulatan Melayu jelas tercatat dalam sejarah dan tidak perlu diungkit-ungkit terutama oleh pihak pembangkang.
Kata Ketua Menteri Melaka itu, DAP sengaja membangkitkan isu tersebut semata-mata ingin menarik perhatian rakyat dan pada masa sama tidak mempedulikan perasaan orang Melayu.
Beliau menjelaskan, ketuanan Melayu bukan menganggap kaum lain sebagai hamba dan berlagak sebagai tuan seperti yang dianggap oleh DAP.
''Pembangkang amat jelas tidak memahami konsep tersebut.
''Kit Siang tidak tahu konsep ketuanan dan kedaulatan Melayu sebab itu beliau boleh buat kenyataan sedemikian," katanya.
Sementara itu, Mohd. Ali turut mempertikaikan tindakan kerajaan negeri Selangor mengharamkan sebarang program berkaitan konsep Islam Hadhari yang dilihat lebih bersifat politik dan tidak mementingkan soal masyarakat itu sendiri.
Katanya, penganjuran Islam Hadhari telah diiktiraf oleh para mufti dan ulama tempatan malah disokong oleh negara-negara jiran terutama di kalangan negara Dunia Melayu Dunia Islam.
''Memang jelas pembangkang yang memimpin kerajaan Selangor sekarang tidak tahu langsung konsep Islam Hadhari, mereka hanya ingin mainkan isu ini kerana untuk menarik perhatian rakyat untuk menyokong mereka," katanya.
Perletakan jawatan Idris bukti kelemahan Pak Lah
Idris letak jawatan
Menurutnya, beliau telah menyatakan hasrat tersebut kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu pertemuan di ibu negara hari ini dan Perdana Menteri menerima peletakan jawatan tersebut.
''Saya akan menghantar surat peletakan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu kepada Setiausaha Agung UMNO esok," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Idris memberitahu, tindakannya itu adalah sebagai menghormati keputusan Majlis Tertinggi UMNO yang memilih Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu dalam kemelut yang berlaku selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.
Katanya, peletakan jawatannya juga sebagai menghormati kemahuan Menteri Besar sekarang selain bertujuan untuk menyelaraskan soal pentadbiran politik dan negeri.
Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Rosol Wahid ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini turut mengumumkan peletakan jawatannya.
Beliau berkata, peletakan jawatannya itu berkuat kuasa hari ini sejajar dengan keputusan yang dibuat oleh Idris.
Menurutnya, Idris telah berbincang dengannya mengenai hasrat peletakan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri tiga hari lalu.
Jelasnya, Idris memberi alasan peletakan jawatannya adalah kerana mahu melihat UMNO Terengganu terus bersatu padu.
''Saya cadangkan supaya beliau merujuk perkara tersebut kepada Presiden UMNO.
''Selepas hasrat Idris itu diterima oleh Perdana Menteri, saya juga mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri," ujarnya.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil itu, pelantikan beliau ke jawatan itu dibuat oleh bekas Menteri Besar itu. Sehubungan itu sudah sewajarnya beliau mengambil tindakan yang sama seperti diambil Idris.
Sebelum ini, Idris yang memegang jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri sejak 2004 itu menyatakan tidak akan meletakkan jawatan tersebut walaupun tindakan itu boleh menyebabkan kebuntuan politik di Terengganu.
Katanya, beliau menerima Datuk Ahmad Said selaku Menteri Besar Terengganu yang mempunyai para penyokongnya sendiri tetapi Idris juga mendapat sokongan besar ahli-ahli kerana berjaya memimpin UMNO Terengganu memenangi Pilihan Raya Umum 2004 dan 2008.
Beliau mengulas kenyataan Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Datuk Nasir Ibrahim Fikri bahawa UMNO Terengganu kini berpecah dua dengan satu kumpulan menyokong Idris, manakala kumpulan yang lain menyokong Ahmad sehingga menimbulkan kekeliruan di negeri ini.
Ahmad pula sebelum ini, menyatakan kesediaan untuk memikul tanggungjawab sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri jika dilantik ke jawatan itu oleh pucuk pimpinan parti kerana sudah menjadi tradisi jawatan itu dipegang oleh Menteri Besar.
KHAIRY LIABILITI UMNO - MUKHRIZ
Beliau mendakwa, itulah persepsi ramai terhadap Khairy dan beliau bersetuju mengenainya.
''Saya kira betul, saya sendiri sebut kepada beliau dalam mesyuarat Exco (Pemuda UMNO Malaysia) bahawa rata-rata kalau kita tanya orang di kedai-kedai kopi lepas pilihan raya hari itu, antara sebab kita kalah ialah faktor Perdana Menteri dan faktor Khairy.
''Ini orang sebut secara terbuka,'' katanya dalam temu ramah yang disiarkan akhbar dalam talian, Agenda Daily.
Mukhriz berkata, beliau bersetuju bahawa Khairy adalah satu liabiliti kepada parti kerana campur tangannya dalam soal-soal penting seperti pemilihan calon-calon untuk bertanding.
''Selama ini pun orang bercakap tetapi kita biarkan. Kadang-kadang persepsi itu lebih penting daripada realiti,'' katanya.
Mukhriz ditanya apakah nasihatnya kepada Khairy dalam menghadapi persepsi itu dan beliau berkata, ia terpulang kepada Khairy termasuk dalam soal sama ada hendak bertanding atau tidak jawatan Ketua Pemuda UMNO.
Diminta pandangannya bahawa bila seseorang itu sudah dicap liabiliti kepada sesuatu organisasi maka dia harus menarik diri, Mukhriz berkata: '' Tidak juga, ini apa yang orang cakap, terpulang kepada empunya diri''.
Ditanya lagi pandangannya dalam soal ini, beliau menambah: ''Kita tak ada tempat dalam UMNO nak mengikut cara dia (Khairy)."
28 Mei 2008
DAP dicabar buktikan ketuanan Melayu langgar Perlembagaan

KUALA LUMPUR 27 Mei - Pihak tertentu yang masih mempertikaikan hak istimewa dan ketuanan Melayu adalah golongan yang buta sejarah dan sengaja mewujudkan sentimen bagi kepentingan politik masing-masing.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar (gambar) berkata, ia tidak sepatutnya dipertikaikan lagi kerana kedua-dua perkara itu telah dipersetujui oleh semua kaum sejak zaman sebelum merdeka.
''Jadi, hak istimewa dan ketuanan orang Melayu seperti kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara dan agama Islam sebagai agama rasmi tidak harus dibangkitkan oleh mana-mana pihak.
''Kalau ada yang mempersoalkannya (ketuanan Melayu) terutama DAP, saya cabar mereka untuk buktikan bahawa konsep itu menyalahi Perlembagaan (Persekutuan) negara,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2007 Majlis Amanah Rakyat (Mara) Peringkat Ibu Pejabat, Wilayah Persekutuan dan Selangor di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan dua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Dr. Tan Seng Giaw yang mengatakan konsep ketuanan dan kedaulatan Melayu kini tidak lagi relevan serta harus digantikan dengan konsep ketuanan Malaysia.
Pada persidangan Dewan Rakyat di Parlimen semalam, kedua-dua pemimpin DAP itu mendakwa rakyat negara ini sudah bosan dengan konsep ketuanan Melayu dan perkara itu diterjemahkan apabila pihak pembangkang menang di lima negeri pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.
Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang dan Pengerusi Alumni Kelab-Kelab UMNO Luar Negara menambah, orang Melayu yang merupakan penduduk asal negara ini telah banyak berkorban terhadap hak mereka.
Menurutnya, hak-hak warganegara Malaysia yang lain seperti kebebasan memilih kerajaan dan kebebasan beragama tidak pernah disekat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).
Justeru, beliau menasihatkan DAP agar tidak memainkan isu sensitif sebegitu yang hanya akan mengelirukan rakyak.
23 Mei 2008
Ahli Umno tidak akan dilantik pegawai masjid di Selangor
21 Mei 2008
Parlimen jadi Central Market pula, kata ketua penyokong kerajaan

Sikap sesetengah anggota Parlimen yang membawa masuk pelawat untuk tujuan tertentu menimbulkan rasa tidak senang di kalangan anggota Parlimen yang lain.
Apa tidaknya sekumpulan kira-kira 20 lelaki dan wanita dipercayai penyokong Hindraf yang pada mulanya mengadakan sidang akhbar dan akhirnya bertukar menjadi majlis sambutan Hari Jadi semasa sidang berhenti rehat jam 1 tengah hari.
Majlis hari jadi itu adalah untuk anak kepada pemimpin Hindraf P Waythamoorthy, Wvaishnari, 6, dan kumpulan itu bernyanyi beramai-ramai “Happy Birthday To You” di lobi Parlimen berdekatan tempat rehat anggota Parlimen berhampiran tangga keluar.Sebiji kek dengan enam lilin diletakkan di atas meja kawasan lobi berkenaan.
Bukan setakat sekali, malah berkali-kali lagu itu dinyanyikan dan Ahli Parlimen Padang Serai dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), N Gobalakrishnan dilihat mendukung anak kecil berkenaan dan membawa bertemu Ahli Parlimen lain.
Ahli Parlimen yang berada berdekatan pula diberi bunga ros merah, bagaimanapun keadaan terkawal dan tidak ada kejadian tidak diingini berlaku.
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC), Datuk Tiong King Sing mengingatkan Ahli Parlimen pembangkang bahawa Parlimen bukan tempat sewenang-wenangnya membawa orang luar masuk.
"Dulu macam pasar kini macam Central Market pula.Sebagai institusi tertinggi dalam negara tak seharusnya orang luar dibawa sewenang-wenangnya.
"Perkara ini saya akan bawa kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.Beliau berkata Ahli Parlimen pembangkang tidak harus menggunakan isu Hindraf dan kanak-kanak untuk menjadi juara isu berkenaan.
— Bernama,
20 Mei 2008
Bush mohon maaf insiden Al-Quran dijadikan sasaran menembak
Stesen televisyen tempatan hari ini melaporkan, kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri menyatakan, Bush telah menyampaikan permohonan maafnya kepada Nuri melalui satu panggilan telefon yang dibuat lewat malam tadi.
“Perdana Menteri telah menerima permohonan maaf daripada Presiden AS George W. Bush berhubung insiden askar AS menjadikan naskhah al-Quran sebagai sasaran latihan menembak,” lapor stesen Al-Iraqia.
Menurut laporan itu, Nuri telah memaklumkan kepada Bush tentang kekesalan dan kemarahan rakyat serta kerajaan Iraq atas tindakan keji askar AS terbabit.
“Bush memberitahu askar berkenaan akan dibicarakan,” lapor Al-Iraqia.
Kabinet Iraq yang bermesyuarat hari ini menuntut askar berkenaan dikenakan tindakan keras dan memberi amaran “tindakan keras” akan diambil jika insiden serupa berulang lagi.
Semalam, komander tertinggi tentera AS, Mejar Jeneral Jeffrey Hammond telah bertemu pemimpin masyarakat dan mengeluarkan kenyataan memohon maaf mengenai insiden yang berlaku pada 11 Mei itu, dan berjanji akan mengambil tindakan tegas ke atas askar berkenaan.
Askar AS terbabit yang turut menulis kata-kata menghina di dalam kitab tersebut telah pun diarah meninggalkan Iraq.
Mukhriz tidak akan keluar UMNO

"Saya akan menjadi suara lantang dalam UMNO yang menegur kepimpinan parti," katanya pada sidang akhbar di sini petang ini.
Serentak dengan itu beliau mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi segera meletakkan jawatan.
Syarat Dr Mahathir mustahil dipenuhi?
19 Mei 2008
Penubuhan JPP Bertentangan Dengan Demokrasi, Kata Nik Aziz
Kuasa ‘kepenghuluan’ sekat suara akar umbi UMNO

JELEBU 18 Mei – Kuasa ‘kepenghuluan' yang diamalkan sesetengah pemimpin negeri menyebabkan berlaku sekatan bersuara dalam UMNO dan mengakibatkan pemimpin atasan tidak tahu masalah sebenar di peringkat akar umbi.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, amalan kuasa ‘kepenghuluan’ menyekat perbahasan usul dalam Perhimpunan Agung UMNO dan menjadikannya cuma pertemuan ‘untuk berpantun, senyum dan gelak ketawa’.
Menurut beliau, para pemimpin UMNO di peringkat bahagian terpaksa memberi penghormatan dan menurut kehendak pemimpin negeri masing-masing.
“Apabila keadaan ini wujud, maka berlakulah sekatan bersuara dan (gejala) ditentukan terlebih dahulu apa yang hendak dihujahkan pada perhimpunan. Inilah yang ditentukan oleh sistem ‘kepenghuluan',” ujarnya.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan program perjuangan dan cabaran pasca Pilihan Raya Umum Ke-12 di Dewan Budaya di sini hari ini, Rais memberitahu, implikasi budaya politik itu amat serius.
“Bila suara akar umbi dikekang dan tidak dapat disampaikan seperti yang dilunaskan oleh parti, maka pucuk pimpinan hanya dapat cerita pantun, senyum dan gelak ketawa.
“Pemimpin tidak tahu apa luahan sebenar yang datang dari akar umbi,'' tegas beliau.
Beliau yang juga Menteri Luar berkata, parti-parti lain di Malaysia tiada memiliki kuasa ‘kepenghuluan' di negeri-negeri tetapi UMNO ada Menteri Besar yang mempunyai kuasa yang kuat dan besar.
Beliau meminta budaya itu ditukar. “Jika tidak diubah pada pemilihan UMNO hujung tahun ini, ia hendaklah diubah selepas pemilihan parti berlangsung,” katanya.
Dalam pada itu, Rais juga mengkritik ‘elemen subsidi’ dalam bentuk kuota pencalonan pada pemilihan parti selain mencurigai angka keahlian UMNO yang mencecah lebih tiga juta orang.
Beliau berpendapat angka sebesar itu tidak mencerminkan kedudukan sebenar parti.
“UMNO terlalu konservatif. Dalam keadaan itu, generasi muda banyak yang menghindarkannya.
“Bagi saya, dalam keadaan ini jugalah, pemilihan pucuk pimpinan parti daripada jawatan Naib Presiden hinggalah kepada Presiden, kalau boleh perlulah diasaskan oleh suara rakyat yang sebenar,'' ujar beliau.
Mengenai langkah beberapa pemimpin menyatakan hasrat untuk bertanding termasuk bagi jawatan Naib Presiden UMNO, Rais meminta ahli-ahli UMNO tidak membuat penilaian negatif.
18 Mei 2008
Insentif: Selangor dalih lagi

SHAH ALAM 17 Mei - Insentif pelajaran RM1,000 untuk anak-anak Selangor yang memulakan pengajian di peringkat diploma dan ijazah pada tahun ini akan dihadkan kepada golongan miskin berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan sahaja.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, insentif itu tidak dapat diberikan kepada setiap anak negeri pada tahun ini seperti janji dalam manifesto pilihan raya kerana kekurangan peruntukan.
"Belanjawan bagi tahun ini sudah banyak dipakai dan tidak banyak baki yang tinggal. Kita akan rangka rancangan kewangan bagi tahun depan supaya janji-janji negara berkebajikan yang telah kita buat semasa pilihan raya umum dapat dipenuhi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis sambutan Hari Guru Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sini, hari ini.
Pemberian insentif atau hadiah sebanyak RM1,000 kepada setiap pelajar negeri itu yang berjaya melanjutkan pengajian di IPT merupakan antara kandungan manifesto Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac lalu.
Dianggarkan seramai 20,000 anak Selangor berjaya melanjutkan ke IPT setahun.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr. Halimah Ali baru-baru ini memaklumkan bahawa pemberian insentif tersebut masih diteliti dan ditawarkan kepada calon yang mendapat tempat bagi kursus ijazah sarjana muda sahaja.
Menurut Abdul Khalid, mereka yang berhasrat untuk memohon insentif RM1,000 supaya mendapat pengesahan pendapatan keluarga daripada pegawai daerah atau wakil rakyat di kawasan masing-masing terlebih dahulu.
Beliau menjelaskan, kerajaan negeri juga sedang menyediakan prosedur bagaimana orang ramai boleh memohon insentif yang terbuka kepada semua kaum dan kursus di peringkat diploma dan ijazah itu.
Azam Mukhriz jika dipilih Ketua Pemuda

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jerlun berkata, tanggungjawab untuk merampas semula negeri-negeri yang jatuh ke tangan parti pembangkang itu merupakan cabaran terbesar pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
"Oleh itu, sesiapa juga yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan ini harus bersedia untuk memikul tanggungjawab dan cabaran besar ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap sebagai ahli panel pada Forum UMNO Pasca Pilihan Raya: Suara Hati Rakyat di Hotel M. Suites di sini hari ini.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac lalu, pakatan pembangkang terdiri daripada Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya menawan Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
BN juga tewas di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selain gagal merampas kembali Kelantan daripada Pas.
Mukhriz berkata, negeri yang ditawan parti pembangkang itu boleh ditawan semula sekiranya semua ahli UMNO bersatu padu dan bersama-sama memperjuangkan matlamat parti bagi menebus semula maruah agama, bangsa dan negara.
"Ini semua mampu kita laksanakan jika kepentingan rakyat menjadi keutamaan dan bukan kepentingan peribadi, keluarga, saudara mara mahupun rakan-rakan.
"Untuk menebus semula maruah bangsa, kita tidak harus mengamalkan sifat takut atau tidak berterus terang kerana itu semua tidak memberi kebaikan kepada parti," katanya.
Mukhriz berkata, bagi memastikan UMNO sentiasa relevan, pemimpin harus bijak menyelesaikan masalah rakyat dan meyakinkan mereka dengan dasar-dasar yang diterapkan.
Selain beliau, beberapa individu termasuk bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo juga menyatakan kesediaan bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO yang dikosongkan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein setelah memimpin sayap itu sejak sedekad lalu.
Selain itu, dua lagi calon yang disebut-sebut ialah Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor.
16 Mei 2008
Batu Putih berpihak kepada kita

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, keyakinan itu bersandarkan hujah dan fakta yang dikemukakan pasukan pakar perundangan negara sepanjang prosiding yang bermula 6 hingga 23 November tahun lalu.
Menurutnya, segala fakta itu berkait rapat dengan sejarah, perjanjian, hujah kependudukan dan kawalan serta terma menurut rekod yang ada pada Malaysia.
"Kesungguhan pasukan kita dengan semangat serta nilai yang tinggi menjurus ke arah kemenangan Malaysia," katanya selepas taklimat tertutup Isu Kedaulatan Batu Putih kepada kerajaan Johor di sini hari ini.
Turut hadir pada taklimat lebih sejam itu ialah Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, ahli Exco kerajaan negeri serta ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Johor.
Rais kemudian turut menghadap Sultan Johor, Sultan Iskandar Ismail di Istana Bukit Serene tengah hari ini berhubung kes pulau tersebut.
15 Mei 2008
Peluang kedua kepada usahawan gagal
Usah Jaga Tepi Kain UMNO, Hubungan Penasihat PKR Dengan Penjenayah Perang Iraq
Tan Sri Yang Di Pertua, saya ingin menyentuh sedikit mengenai apa yang telah dikatakan oleh YB dari Gombak yang telah menyatakan bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim adalah insan yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia. Saya tertanya-tanya mengenai tiga perkara yang telah dilaporkan dalam media asing tetapi tidak diberi liputan oleh media tempatan.
Yang pertama mengenai artikel dalam majalah TIME dalam edisinya bertajuk “The 2008 TIME 100”. Laporan mengenai Dato Seri Anwar ditulis oleh rakan karibnya, Paul Wolfowitz - bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat merangkap ketua strategist Perang Iraq untuk George W. Bush. Mengapa harus Dato Seri Anwar bersekongkol dengan pembunuh lebih 1 juta rakyat Iraq ini?
Yang keduanya mengenai artikel dalam akhbar Israel, iaitu Jerusalem Post, yang menggambarkan Dato Seri Anwar sebagai “Malaysia’s Future Prime Minister” seperti yang telah disebut oleh YB dari Gombak dalam dewan yang mulia ini.
Adakah ini bukti bahawa Israel juga setuju Dato Seri Anwar menjadi perdana menteri Malaysia? Dan kalau setuju, mengapa?
Yang ketiganya ialah mengenai sebuah badan bukan kerajaan atau NGO yang bernama Foundation of the Future. NGO ini menerima dana sebanyak US$35juta dari Jabatan Negara atau State Department, kerajaan Amerika Syarikat, US$10 juta dari Bahrain dan US$11 juta dari lain lain sumber yang tidak diketahui.
Pengerusi Foundation of the Future ialah tak lain tak bukan Dato Seri Anwar Ibrahim, insan yang dikatakan bakal Perdana Menteri Malaysia. Di NGO ini jugalah, Dato Seri Anwar mengambil kerja Shaha Riza, teman wanita Paul Wolfowitz yang telah mencetuskan kontroversi di Bank Dunia tempohari.
Soalnya, adakah Dato Seri Anwar Ibrahim yang terlibat secara langsung dalam organisasi yang diragui latarbelakangnya, dan berkawan rapat dengan pengikut fahaman Neo Conservative yang membunuh rakyat Islam di Iraq, Paul Wolfowitz, hendak kita benarkan mengambil alih kepimpinan negara tercinta ini?
Sudah tentu tidak! Selagi nyawa dikandung badan, UMNO tetap akan mempertahankan kedaulatan negara kita.
“Tsunami Politik”
Tan Sri Yang Di Pertua, apa yang berlaku didalam pilihanraya yang lepas sebenarnya memberikan hikmah dan pengajaran yang besar kepada UMNO. UMNO sudah mendengar dan memahami isihati rakyat, dan akan membuka satu lebaran yang baru.
Sejarah UMNO telah membuktikan setiap kali ia jatuh ia akan bangun dengan lebih gagah dan perkasa. UMNO tidak akan berpeluk tubuh berdiam diri dan membuang masa.
Percayalah kami akan menunaikan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat. Setiap apa yang kami lakukan dan bakal lakukan pembangkang harus gusar dan gentar kerana perubahan dan kebangkitan semula UMNO sudah bermula. Ia akan mendatangkan seribu satu impak positif kepada semua pihak.
Pihak pembangkang tidak perlu masuk campur atau menjaga tepi kain UMNO, kerana kami tahu bagaimana untuk mengurus dan menjaga parti yang kami cintai ini.
Dan sesungguhnya tsunami politik akan berlaku di dalam pilihanraya yang akan datang - cumanya, pada ketika itu pihak pembangkang pulalah yang akan dilanda badai tersebut.
Oleh itu, diatas dasar perjuangan agama, bangsa dan tanahair, saya ingin mengajak Ahli2 Yg Berhormat dari pihak pembangkang kembali ke pangkal jalan dan menyertai kami.
Tan Sri Yang DiPertua, oleh itu saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Skim Cepat Kaya Ahli Politik
‘Cukup untuk hidup senang-lenang 3 generasi’
KUALA LUMPUR 14 Mei – Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, jumlah yang ditawarkan untuk beliau melompat menyertai parti pembangkang sangat besar hingga cukup untuknya “hidup senang-lenang sehingga tiga generasi.”
Beliau berkata, jumlah sebenar yang ditawarkan oleh ‘utusan’ khas yang dihantar untuk bertemunya itu hanya akan didedahkan bila tiba masa yang sesuai.
“Utusan ini pun kawan-kawan juga. Saya tak mahu kata ia diutuskan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi secara umum tak salah untuk beranggapan begitu kerana beliaulah yang beria-ia hendak tubuhkan kerajaan.
“Ada dua kali mereka berjumpa saya iaitu minggu lalu dan minggu sebelumnya,” kata Abdul Rahman kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Semalam, dalam ucapannya ketika perbahasan menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Abdul Rahman mendedahkan beliau telah ditawarkan sejumlah besar wang untuk menyertai parti pembangkang.
“Mereka datang jumpa kita kata hendak tubuh kerajaan yang bebas rasuah, tapi dalam pada itu mereka tawarkan habuan pula kepada kita. Bukankah itu sendiri satu bentuk rasuah?” jelasnya.
13 Mei 2008
Karpal Singh jadi macam biawak
Pemuda BN ikrar taat setia kepada raja-raja Melayu

Hishammuddin Tun Hussein bercakap kepada wartawan Utusan Malaysia, Azman Ibrahim selepas menghadap Raja Nazrin Shah di kediaman baginda di Seksyen 16 Petaling Jaya, semalam.
PETALING JAYA 12 Mei - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pertemuan keduanya dengan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini adalah untuk membincangkan isu berkaitan orang Melayu selain menyatakan taat setia Pemuda UMNO kepada raja-raja Melayu.
Menurut beliau, dalam pertemuan tersebut, isu perpaduan dan ketuanan Melayu yang dilihat semakin dipertikaikan oleh pihak tertentu turut dibincang.
Kata Hishammuddin, beliau turut menyampaikan mesej daripada Pemuda UMNO dan Pemuda Barisan Nasional (BN) yang menyatakan taat setia tidak berbelah bahagi terhadap raja-raja Melayu.
Beliau berkata, dua perkara yang menjadi kepantangan dan sensitiviti orang Melayu di negara ini adalah mengenai agama dan raja-raja di negara ini.
''Maka dalam hal ini, Pemuda UMNO tidak pernah berkompromi dan tidak akan bertolak ansur. Kita tahu apa amanah kita, kita tahu tanggungjawab kita, kita tahu apa kesetiaan kita.
''Kita juga tahu apa yang diperlukan untuk menyatupadukan orang Melayu. Ini sedikit sebanyak merupakan satu perkara yang penting di dalam jiwa perjuangan saya sendiri secara peribadi untuk menyampaikan kepada Raja Dr. Nazrin yang juga Raja Muda Perak,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di luar kediaman Raja Muda Perak di sini hari ini.
Turut mengiringi Hishammuddin di kediaman rasmi Raja Muda Perak itu ialah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gerik, Wan Azizi Wan Mohamed dan Ahli Jawatankuasa Putera UMNO, Mohd. Faizul Mohd. Dahan.
Kelmarin, beliau menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Muda, Raja Dr. Nazrin Shah selama hampir dua jam di Istana Changkat, Bukit Persekutuan di sini.
Hishammuddin menambah, pihaknya menyatakan sokongan kepada Raja Dr. Nazrin supaya Raja Muda Perak itu terus-menerus menjadi penaung dan payung kepada semua orang Melayu terutamanya kepada orang Melayu di negeri Perak.
''Saya percaya tanggungjawab dan juga amanah yang dipikul Raja Dr. Nazrin itu merupakan tanggungjawab yang dipikul dengan bersungguh sungguh.
''Saya berasa begitu terharu kerana kita mempunyai pemimpin-pemimpin kita yang boleh terus menjadi payung untuk kita bernaung di bawahnya,'' ujarnya.
Ketika ditanya adakah beliau turut membincangkan mengenai isu Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mempertikaikan kuasa sultan dan raja Melayu, Hishammuddin sambil ketawa menafikan berbincang mengenai perkara berkenaan.
12 Mei 2008
UMNO belum pudar - Najib

KUALA LUMPUR 11 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan ucapan Presiden UMNO pada Sambutan Ulang Tahun ke-62 parti itu mencerminkan dengan jelas bahawa parti tersebut belum pudar atau hilang pengaruhnya di negara ini.
Timbalan Presiden UMNO itu berkata, parti keramat orang Melayu itu masih relevan dalam senario politik dan menjadi penentu hala tuju negara ini.
"Ini pengertian yang lebih daripada biasa kerana kita hendak menegaskan bahawa UMNO adalah parti yang masih relevan serta penentu untung nasib serta masa depan rakyat Malaysia," katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-62 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Beliau menambah, ucapan Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjelaskan secara terperinci wadah penting perjuangan Melayu masa kini dan bagaimana UMNO perlu bergerak dalam kerajaan.
Mengenai pengumuman penting bagi membantu meringankan beban rakyat esok seperti disentuh Abdullah dalam ucapannya, Najib berkata, ia adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk melakukan segala-galanya dalam melindungi kepentingan rakyat.
"Kita akan buat sesuatu untuk kekang kenaikan harga barangan atau inflasi kepada rakyat tetapi ia juga tertakluk kepada kemampuan kewangan kerajaan," katanya.
-- UM, 12/05/08
11 Mei 2008
Jiwa dan semangat UMNO

Keputusan sudah dibuat. Sekarang bukan masa untuk bersedih tetapi untuk bekerja semula. Cukuplah dua bulan lalu, ahli-ahli UMNO 'bersilat' mempertahankan diri dan pada masa yang sama menuding jari mencari silap.
Sempena hari ulang tahun kelahiran UMNO ini, eloklah setiap ahli merenung kembali slogan Bersatu Bersetia Berkhidmat sebagai azimat meneruskan perjuangan.
Selain 3B ini, penulis juga tertarik dengan slogan 3B yang menjadi amalan UMNO dan BN Wilayah Persekutuan (WP) iaitu Bersama Bersatu Berjaya. Maknanya WP yang diterajui oleh Zulhasnan Rafique mahu ahli-ahli UMNO bekerja sebagai satu pasukan bukannya individu. Bak kata orang berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Susah senang tetap bersama!
Cukuplah dengan pergolakan yang berlaku bukan sekadar di WP malahan di banyak negeri yang BN dan UMNO kalah teruk apabila ada suara-suara yang mahu pemimpin tertentu meletak jawatan dengan segera. Sebagai parti yang mempunyai mesyuarat di peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi, eloklah keputusan menurun dan menaikkan seseorang dilakukan melalui pemilihan.
Seperti kata Zulhasnan baru-baru ini: "Saya tidak mengambil serius saranan UMNO Cheras (supaya meletak jawatan). Saya dilantik oleh Presiden UMNO sebagai Pengerusi Perhubungan. Terpulang kepada Pak Lah menentukan kedudukan saya,". Rasanya cukuplah sekadar itu UMNO membincangkan kedudukan pemimpin selepas kejutan politik baru-baru ini.
Janganlah ada yang syok sendiri mengeluarkan pelbagai kenyataan sehingga akhirnya boleh merosakkan imej UMNO . Bak kata orang meludah ke langit terkena batang hidung sendiri. Sekarang adalah masa untuk memperbetulkan keadaan serta kelemahan, bukannya bergaduh sesama sendiri. Kukuhkan semula jentera parti.
BertanggungjawabJika setiap orang khususnya pemimpin rasa bertang-gungjawab di atas kekalahan yang lalu, mereka tidak seharusnya mudah mengalah dengan desakan. Adalah tidak wajar meninggalkan suasana yang goyah kepada orang lain kerana belum pasti orang yang ditinggalkan itu mampu meneruskan agenda perjuangan. Takut-takut nanti apabila pemimpin sudah tidak ada, habis yang dipimpin pula hilang semangat.
Dalam perkara ini, penulis tertarik dengan semangat seorang pemandu teksi di Pulau Pinang. Ketika menaiki teksi beliau untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas baru-baru ini, beliau yang ditanya mengenai pilihan raya umum baru-baru ini berkata:
''Saya apa pun yang terjadi tetap ahli UMNO dan sokong UMNO,'' Terkejut juga mendengar kata-kata itu kerana pada mulanya tentulah akan mendapat reaksi yang memihak kepada Pakatan Rakyat (PR) yang memerintah Pulau Pinang. Umpanan penulis untuk mendapatkan rekasi menyokong pembaharuan itu tidak berjaya. Penulis tersilap kerana bertanyakan perkara itu kepada orang UMNO. Tetapi melihat semangatnya, penulis sedar betapa beliau amat prihatin dengan 'kekalutan' politik di negeri itu.
Beliau membuka bicara mengenai nasib Melayu di pulau itu apabila UMNO tidak mendapat sokongan rakan-rakan komponen BN yang lain untuk terus memerintah. Sebaliknya DAP menguasai negeri itu.
''Jangan kita dok salahlahkan UMNO saja, jangan dok lemahkan Pak Lah. Bantu Pak Lah,'' katanya penuh semangat dan berulang kali berkata tetap menyokong UMNO walaupun pendiriannnya itu diperlekehkan oleh rakan-rakan lain yang mula beralih arah.
Beliau sedih kerana generasi hari ini yang sudah menerima banyak manfaat daripada kerajaan BN yang diterajui UMNO sangup melupakan jasa-jasa yang dibuat.
''Generasi hari ini sudah mendapat hak mereka melalui perjuangan UMNO dan BN. Mereka tidak bimbang apa-apa lagi tetapi bagaimana nasib anak-anak saya dan cucu-cucu saya?,'' katanya sambil menyentuh peluang- peluang dalam Dasar Ekonomi Baru. Beliau bimbang beberapa kemudahan yang diberi kepada orang Melayu di bawah DEB akan berakhir begitu sahaja.
Banyak lagi yang mahu diceritakan oleh pemandu itu tetapi masa amat terbatas, seperti terbatasnya ruang ini. Tujuan penulis membangkitkan cerita ini ialah tentang semangat dan jiwa cintakan UMNO. Beliau yakin tidak ada parti lain yang mampu membela orang Melayu di negeri itu. Semoga semangat pemandu teksi ini ada bersama ahli-ahli UMNO lain. Jangan lari meninggalkan kapal yang sedang bocor kerana kapten memerlukan kerjasama anak-anak kapal mengatasi kebocoran itu. Jika tidak kapal akan karam.
- HASSAN MOHD NOR,
62 tahun bersama rakyat

Begitulah landskap politik selepas pilihan raya umum lalu. Perubahan bukan sekadar di Pulau Pinang tetapi juga di Kedah, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Hasrat mengambil balik Kelantan tidak kesampaian. Barisan Nasional (BN) kecundang kepada Pakatan Rakyat (PR) - Pas, PKR dan DAP - yang gagasannya hanya diumumkan secara rasmi selepas pilihan raya umum.
Setelah lebih lima dasawarsa menguasai pentas politik negara, pilihan raya umum lalu merupakan detik yang sukar dilupakan oleh Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO. Sebaliknya ia perlu dijadikan iktibar untuk terus melangkah ke hadapan bagi memastikan kewujudan parti Melayu terulung itu tidak hilang di bumi ini.
Hari ini usia UMNO genap 62 tahun selepas ditubuhkan pada 11 Mei 1946 di Johor Bahru. Walaupun dimatikan seketika pada 4 Februari 1988 tetapi perjuangan UMNO atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Pekembar) berterusan. Ini kerana antara tujuan penubuhan UMNO ialah memajukan dan memperbaiki keadaan orang Melayu dan selagi ada Melayu di bumi Malaysia ini - maka perjuangan itu tidak boleh dibiarkan mati. Maka sekali pun pemimpin silih berganti bermula daripada Datuk Onn Jaafar (1946 - 1951), Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj (Ogos 1951 - September 1970), Tun Abdul Razak Hussein (September 1970-Januari 1976), Tun Hussein Onn (Januari 1976 - Jun 1981), Tun Dr. Mahathir Mohamad (Jun 1981- Oktober 2003) dan kini Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, perjuangan untuk Melayu tetap diteruskan.
Namun keputusan pilihan raya umum lalu menyebabkan ahli-ahli UMNO mulai gusar. Apakah UMNO masih relevan? Adakah kewujudan UMNO akan dapat terus dipertahankan sehingga mencapai usia sekurang-kurangnya 100 tahun? Apakah kuasa yang ada padanya juga dapat dipertahankan? Atau adakah ia akan mengalami kemerosotan pengaruh seterusnya disingkirkan daripada arena politik nasional seperti dialami parti-parti yang seusianya di negara-negara lain?
Hakikatnya, jika mengikut teori pendulum atau putaran hidup, apa yang naik akhirnya akan turun. Dan UMNO sebagai pertubuhan politik tidak dapat mengelak daripada mengalami zaman kemerosotan dan kejatuhan. Malahan dalam sejarah tamadun manusia, tidak ada kerajaan yang boleh bertahan hingga bila-bila. Maka ada yang berkata selepas 50 tahun, UMNO akan memasuki era menopaus, ketahanan untuk melawan 'penyakit' juga berkurangan.
Adakah apa yang dialami pada Mac lalu sebagai tanda- tanda awal ke arah itu? Apakah dalam usianya yang mencecah 62 tahun, UMNO perlu mengalah?
Jalan keluarSebenarya masih ada jalan keluar, asalkan ia sentiasa bersedia dan sanggup memperbaharui diri. UMNO tidak boleh membiarkan parti itu menopaus. Seperti amanat Abdullah pada sambutan 11 Mei tahun lalu, beliau mahu orang Melayu sentiasa berjuang mempertahankan UMNO bagi memastikan parti itu terus memimpin kerajaan.
''Saya harap pada masa 100 tahun kita merdeka, UMNO masih ada, masih kuat, masih memimpin dan masih ada dalam kerajaan bersama-sama parti komponen BN yang lain kerana agenda membangunkan bangsa dan negara belum selesai,'' katanya.
Sebagai parti politik Melayu, keunggulan UMNO masih belum dapat disaingi oleh mana-mana parti Melayu lain yang memang berusaha menjadi alternatif kepada UMNO. Justeru, UMNO tidak mampu untuk mengalah hanya disebabkan 'tsunami politik' baru-baru ini yang kesannya masih terasa sehingga sekarang.
"Apa yang perlu dilakukan ialah UMNO mesti merakyat semula. UMNO memerlukan pendekatan yang sama ketika mula-mula ditubuhkan di mana ketika itu ia benar- benar mewakili suara hati Melayu,'' kata Ketua UMNO Bahagian Lumut Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir.
Beliau berkata, merakyat bermaksud UMNO tidak boleh dilihat sebagai parti elitis yang tidak lagi mementingkan masalah-masalah asas masyarakat atau pemimpin di cawangan tidak lagi mewakili permasalahan yang mewakili jiwa nurani rakyat di peringkat akar umbi.
Baginya, UMNO belum mengalami 'gerhana politik' - yang merujuk kekalahan di lima negeri yang sebenarnya turut mempunyai hubung kait dengan prestasi parti-parti komponen BN. Tetapi pada masa yang sama segala kelemahan dalam UMNO sebagai tulang belakang BN perlu diperbaiki.
Dalam hal ini penjenamaan semula UMNO perlu dilakukan supaya parti itu tidak lagi digambarkan seperti mempunyai semangat cara lama sedangkan banyak perubahan sudah berlaku dalam masyarakat hari ini khususnya di kalangan generasi baru.
"Bahasa politik kini sudah lain, contohnya apabila kita memperkatakan semangat ketuanan Melayu. Apakah cara untuk memberi keyakinan kepada generasi baru mengenai ketuanan Melayu, hak dan sikap kita kepada raja-raja,'' katanya.
Dr. Zambry juga menarik perhatian mengenai sikap ahli-ahli yang terus mahu 'berperang' di peringkat bahagian dengan politik wang yang menggejala seolah-olah mereka berasa parti begitu kuat dan tidak merasai gegaran politik yang berlaku baru-baru ini.
"Mereka harus ingat ketika mereka sedang berperang dan berkelahi di bawah, ada parti politik lain yang cuba untuk menjadi lebih efektif bagi mewakili rakyat,'' katanya.
Bagi pensyarah politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Mustafa Mohamad Ishak, beliau berpendapat UMNO dan kepimpinannya mesti menunjukkan bahawa mereka masih mampu memimpin, mengawal dan menguasai keadaan.
"Krisis keyakinan perlu dipulih segera. Semua peringkat pimpinan perlu bertindak supaya tidak terlambat,'' katanya yang mengakui bahawa UMNO memerlukan kepimpinan yang mampu untuk menyatukan semula parti di segenap pimpinan bagi memikat semula hati rakyat.
Pada masa yang sama, UMNO juga perlu berusaha untuk membantu memulihkan parti komponen BN yang juga dikatakan dalam kecelaruan punca dan arah.
"Tidak cukup jika sekadar UMNO memperbaiki diri. BN perlu kuat untuk menghadapi Pakatan Rakyat secara gentleman. Jangan remehkan mereka tetapi kritiklah dengan tegas dan yakin mengenai risiko jika negara berpecah belah,'' katanya.
Maksudnya negara tidak mampu bersaing malahan akan tertinggal di belakang apabila ada dua dasar yang saling bercanggah berjalan serentak iaitu satu di peringkat pusat dan satu lagi di peringkat negeri.
Berdasarkan kenyataan dan pandangan ini, jelaslah bahawa UMNO masih mempunyai peranan besar dan akan terus relevan sekiranya beberapa pembaharuan dilakukan. Dan pada masa yang sama biar apa pun cabaran yang dihadapi oleh UMNO pada hari ini, slogan parti berasaskan kepada 3B iaitu Bersatu, Bersetia, Berkhidmat perlu menjadi pegangan ahli-ahli. Mereka tidak mampu lagi bertelagah sebaliknya selesaikan segala kemelut yang melanda secara hikmah.
Ingatlah, perjuangan UMNO belum selesai biarpun di luar musuh-musuh parti itu berkata, parti berusia 62 tahun itu sudah tidak relevan. UMNO perlu menoleh ke belakang untuk melihat sejarah kejayaan tetapi pada masa yang sama harus memandang ke hadapan. Bukannya undur setapak. Bukanlah masanya untuk bernostalgik atau terlalu taksub dengan kejayaan yang lepas kerana akhirnya membuatkan ahli-ahli begitu selesa atau complacency.
Budaya selesa inilah akhirnya membuatkan ahli-ahli hilang arah dan haluan perjuangan lebih-lebih lagi di kalangan generasi yang tidak pernah merasai pahit getir perjuangan generasi lama UMNO.
Justeru idealisme perjuangan parti perlu diterapkan kepada ahli-ahli dan komitmen terhadap idealisme itu perlu terus digilap sesuai dengan perubahan masa.
Mungkin apabila disebut idealisme perjuangan, elok juga direnung kembali ucapan terakhir (1977) 'Singa UMNO' ketika memimpin Pemuda UMNO Malaysia. Allahyarham Tan Sri Syed Jaafar Albar antara lain berkata: Dalam perjuangan, kita mestilah serius. Selain dari serius, dalam keadaan serius kita juga, kita mestilah jujur. Inilah dua syarat yang penting untuk mencapai atau sampai ke matlamat yang kita tuju. Kalau kita tidak serius, (atau) kalau kita serius tetapi untuk kepentingan diri, bencana dan celaka juga padahnya kepada bangsa dan keturunan kita yang akan datang''.
Begitu juga bait-bait terakhir sajak Perjuangan yang belum selesai cetusan Dr. Mahathir bahawa: Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita, bukan sekadar merdeka dan mengisinya tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan buat selama-selamanya. Hari ini jalan ini pasti semakin berliku kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa. Perjuangan kita belum selesai kerana hanya yang cekap dan tabah dapat membina mercu tanda bangsanya berjaya,"
Maka pada ulang tahun kelahiran ini, ahli-ahli UMNO tidak seharusnya kecewa dengan situasi politik yang berlaku pada hari ini sebaliknya berusahalah untuk bangkit meneruskan perjuangan yang belum selesai.
-- MM, 11 Mei 2008.
8 Mei 2008
Pemuda Akan Terus Pertahan Kedaulatan Sultan Dan Raja-Raja Melayu

Oleh S.A Najmuddin
Kuala Lumpur -- Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pergerakan itu akan sentiasa menjadi benteng kepada kedaulatan Sultan dan Raja-Raja Melayu agar ianya tidak akan diancam.
Justeru beliau meminta Pemuda UMNO dan Pemuda BN Perak supaya tampil mempertahankan keputusan Sultan Perak, Sultan Azlah Shah berhubung isu pertukaran dan pelantikan semula Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury.
"Kenyataan Karpal sungguh angkuh dan sombong sedangkan Menteri Besar Perak sendiri telah menghadap Sultan Perak dan memohon maaf di atas tindakannya
"Saya berharap pemimpin BN dan juga rakan-rakan kita di Perak terus bangkit dan menunjukkan kesetiaan mereka yang tidak berbelah kepada Sultan Perak," katanya yang juga Pengerusi Pemuda BN pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Semalam, beberapa pemimpin UMNO termasuk Datuk Seri Hishammuddin sendiri menyifatkan tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singah terus mempersoalkan keputusan Sultan Perak berhubung isu JAIP sebagai perbuatan biadab.
Menurut mereka tindakan Karpal yang juga Ahli Parlimen Gelugor itu bukan sahaja biadab malah mencabar kedaulatan sultan.
Kelmarin pada sidang akhbar di lobi Parlimen, Karpal mempertikaikan tindakan Sultan Perak menitahkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menarik balik arahan pertukaran Pengarah JAIP, Datuk Jamry Sury, yang disifatkannya sebagai campur tangan istana dalam pentadbiran negeri.
Hishammuddin yang juga Pengerusi Pemuda BN seterusnya menegaskan pergerakan itu langsung tidak dapat menerima tindakan Karpal.
Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Pahang Kharuddin Yaakob berkata tindakan biadap Karpal Singh itu menunjukkan bahawa kuasa raja-raja perlu dipertingkatkan seperti yang dicadangkan dalam Kongres Permuafakatan Melayu, baru-baru ini.
Menurut beliau jika kuasa raja itu lebih kuat dari sekarang, maka tidak akan ada mana-mana pihak yang mengkritik institusi sosial tertinggi Melayu itu.
"Kedudukan raja agak lemah pada masa ini yang menjadikan mereka boleh dikritik atau ditegur pemimpin politik biasa. Mungkin apa yang diutarakan peserta-peserta Kongres Permuafakatan Melayu itu ada benarnya, kuasa raja perlu diperkukuhkan agar mereka menjadi benteng kedaulatan Melayu yang sebenar.
"Apa yang berlaku di Perak itu bukan lagi isu negeri berkenaan tetapi berkaitan dengan kedudukan dan kedaulatan raja Melayu secara keseluruhan," katanya dalam kenyataan kepada laman webPemuda, di sini hari ini.
Semasa Kongres Permuafakatan Melayu berlangsung dari Jumaat hingga Ahad lalu di Johor, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu mencadangkan kuasa raja-raja Melayu dikukuhkan kembali bagi membolehkan raja menjadi benteng menjaga kedaulatan dan hak orang Melayu di negara ini.
NGO Melayu berkenaan mencadangkan perkara itu memandangkan kedudukan dan kedaulatan Melayu dilihat semakin terhakis terutama selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu.
Khairuddin yang juga Ketua Pemuda Bentong seterusnya berkata satu tindakan berbentuk holistik perlu diambil termasuk memperkukuhkan kuasa-kuasa raja dan ia perlu diberikan perhatian semua pemimpin bukan sekadar di Perak sahaja.
Tegas beliau Karpal perlu bersikap sensitif terhadap perasaan orang Melayu di negara ini ketika mengeluarkan sebarang kenyataan.
"Percayalah, orang Melayu pun boleh keluar macam-macam kenyataan, tetapi tidak ada perlunya kita berbuat demikian jika ia hanya akan menyinggung perasaan kaum lain," katanya.
Karpal... Sah Menderhaka!
Saya tidak berniat hina sultan – Karpal Singh

Justeru, Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu memberi amaran kepada para pemimpin UMNO supaya jangan mempolitikkan kenyataannya berhubung soal itu sehingga menjadi isu perkauman.
Menurut Karpal, beliau hanya membuat komen dari sudut undang-undang tetapi ia telah disalah tafsir.
“Saya tidak tahu mengapa pemimpin-pemimpin UMNO mahu mempolitikkan isu ini sehingga menjadikannya sebagai isu perkauman,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.
Semalam, Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan Karpal yang terus mempertikaikan keputusan Sultan Perak menitahkan Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menarik balik arahan pertukaran dan melantik semula Pengarah JAIP sebagai perbuatan biadap.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Syed Hamid Albar pula berkata, tindakan itu bukan sahaja biadab malah mencabar kedudukan dan kedaulatan sultan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut melihat tindakan Karpal mempertikaikan kuasa Sultan Perak dalam hal ehwal agama negeri itu jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Karpal memberitahu, beliau tidak menentang Sultan Perak dan tidak mempunyai sebarang niat untuk mempersoalkan kedudukan baginda.
“Dalam apa cara sekali pun, saya tidak mahu menghina atau menentang Sultan Perak,” ujarnya.
Bagaimanapun, beliau mengulangi pandangannya bahawa urusan pertukaran pegawai kerajaan terletak dalam bidang kuasa kerajaan negeri dan bukannya di bawah kuasa Sultan.
PENGERUSI DAP, Karpal Singh berkata semalam, beliau tidak berniat menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah ketika membuat kenyataan mengenai campur tangan istana dalam isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury yang dianggapnya sebagai urusan pentadbiran kerajaan negeri.
Justeru, Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu memberi amaran kepada para pemimpin UMNO supaya jangan mempolitikkan kenyataannya berhubung soal itu sehingga menjadi isu perkauman.
Menurut Karpal, beliau hanya membuat komen dari sudut undang-undang tetapi ia telah disalah tafsir.
Pemimpin Pas elak ulas Karpal
Meskipun beberapa pihak menyifatkan tindak tanduk Karpal itu sebagai biadap, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Mat dan Naib Presiden parti itu, Datuk Husam Musa enggan mengulas, seolah-olah cuba mengelak daripada turut terjebak dalam isu itu.
Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak boleh memberikan sebarang komen kerana bimbang ia akan dijadikan isu oleh pihak tertentu.
Meletup"Itu saya tidak mahu (mengulas mengenai kenyataan Karpal)... meletup kena kepala saya, jangan," katanya ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco di Kota Darulnaim di sini hari ini.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan beberapa pihak menyifatkan Karpal biadap kerana terus mempersoalkan keputusan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berhubung pertukaran dan pelantikan semula Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury.
Sementara itu, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa pula memberikan alasan tidak dapat memberi komen kerana tidak mengetahui isu tersebut.
"Saya tak perasan (berita) dalam surat khabar... dia (Karpal) tu orang istimewa," katanya yang enggan mengulas lanjut.
6 Mei 2008
PAS... Pengecut!
Sambil mengingatkan Istana Perak supaya memahami kuasa terhad raja-raja, Karpal menekankan bahawa “rakyat kini tidak lagi hidup dalam zaman feudal.’'
‘‘Sultan dan Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak atas nasihat pihak eksekutif (kerajaan). Sultan Perak tidak ada hak di bawah undang-undang untuk campur tangan dalam keputusan kerajaan negeri menukar Jamry sebagai Pengarah JAIP,” katanya pada sidang akhbar di Parlimen yang turut dihadiri anaknya, Gobind Singh Deo (DAP-Puchong).
Karpal pertikai sultan - Sifatkan istana campur tangan pentadbiran negeri Perak
KUALA LUMPUR 5 Mei – Pengerusi DAP, Karpal Singh terus mempertikaikan tindakan Sultan Perak menitahkan Menteri Besar menarik balik arahan pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury, yang disifatkannya sebagai campur tangan istana dalam pentadbiran negeri.
Sambil mengingatkan Istana Perak supaya memahami kuasa terhad raja-raja, Karpal menekankan bahawa “rakyat kini tidak lagi hidup dalam zaman feudal.’'
‘‘Sultan dan Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak atas nasihat pihak eksekutif (kerajaan). Sultan Perak tidak ada hak di bawah undang-undang untuk campur tangan dalam keputusan kerajaan negeri menukar Jamry sebagai Pengarah JAIP,” katanya pada sidang akhbar di Parlimen yang turut dihadiri anaknya, Gobind Singh Deo (DAP-Puchong).
Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu memetik kes Mahkamah Persekutuan pada 1982, yang menurutnya jelas menunjukkan urusan membabitkan kakitangan awam sama ada patut dipindah dan ke mana hendak dipindah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
“Sultan Perak sendiri pernah jadi Ketua Hakim Negara, takkan tidak sedar kes ini,” kata Karpal.
Dalam hal ini, beliau berpendapat kerajaan negeri Perak tidak sepatutnya ‘tunduk’ kepada tekanan pihak istana.
‘‘Masalahnya Menteri Besar Perak (Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin) sudah meminta maaf kepada sultan. Kerajaan negeri tidak sepatutnya dipengaruhi istana.
‘‘Arahan Sultan Perak supaya Jamry dilantik semula adalah tidak sah mengikut undang-undang. Jamry patut ditukar seperti keputusan awal kerajaan negeri. (Mohammad) Nizar tidak perlu minta maaf... tiada apa yang salah,” katanya.
Karpal turut menggesa Kerajaan Pusat memastikan sultan dilarang daripada campur tangan dalam pentadbiran kerajaan negeri agar apa yang berlaku di Perak tidak menjadi ikutan negeri-negeri beraja yang lain.
Menurutnya, walaupun sultan merupakan ketua agama Islam tetapi pelantikan kakitangan awam terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
Menteri Besar Perak dilaporkan akan menghadap Sultan Azlan Shah Selasa ini bagi menyerahkan watikah memohon ampun atas tindakan beliau mengarahkan pertukaran serta-merta Pengarah JAIP baru-baru ini.
Perbuatan Mohammad Nizar itu melanggar tradisi di Perak kerana semua pelantikan Pengarah JAIP sebelum ini dibuat dengan perkenan Sultan Perak.
“Saya amat menghormati dan dengan rendah diri akan sentiasa patuh dengan apa juga keputusan yang dibuat oleh baginda Sultan Perak.
“Saya akan memohon menghadap dan menyerahkan watikah memohon ampun kepada baginda secepat mungkin,” kata Mohammad Nizar dalam satu kenyataan Sabtu lalu.
Jamry, yang bertugas sebagai Pengarah JAIP sejak 2004, diarah bertukar serta- merta ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas.
Mohammad Nizar yang mengeluarkan arahan itu pada 29 April mendakwa Jamry tidak memberi kerjasama kepada kerajaan negeri.
Pertukaran itu dikatakan ada kaitan dengan isu-isu pentadbiran agama dan usaha kerajaan negeri yang baru untuk menukar senarai ahli jawatankuasa masjid di seluruh Perak.
Pada Jumaat lalu, Sultan Azlan Shah menitahkan Mohammad Nizar supaya menarik balik arahan pertukaran tersebut.
Arahan itu terkandung dalam kenyataan akhbar tiga muka surat yang dikeluarkan atas titah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah selepas Mohammad Nizar menghadap baginda di Istana Raja Muda Perak.
Istana Perak menyifatkan perbuatan Mohammad Nizar menukar Jamry sebagai membelakangkan kedudukan Sultan Perak sebagai Ketua Agama Islam dan Raja Muda Perak selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIAMP).
5 Mei 2008
Kalau Dah Nyanyuk!
Pemimpin UMNO kesal Karpal, Koo Ham cabar titah Sultan Perak
Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Manong, Datuk Ramly Zahary berkata, pandangan itu tidak benar kerana telah wujud konvensyen antara kerajaan negeri dan istana membabitkan pentadbiran agama Islam di Perak.
''Pihak istana berhak menentukan arah tuju peraturan agama Islam negeri berlandaskan konvensyen itu," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar berbahasa Inggeris yang memetik Karpal Singh sebagai berkata, sebarang kenyataan yang dibuat oleh Sultan Perak perlu mendapat nasihat daripada pegawai undang-undang dan sultan tidak berhak untuk memecat atau menukar mana-mana pegawai kerajaan termasuk di JAIP.
Kelmarin, Sultan Perak, Sultan Azlan menitahkan pertukaran serta-merta yang diarahkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap Pengarah JAIP, Datuk Jamry Sury ditarik balik.
Istana Perak menyifatkan perbuatan Mohammad Nizar menukar Jamry Selasa lalu telah membelakangkan kedudukan Sultan Perak sebagai ketua agama Islam dan Raja Muda Perak selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIAMP).
Sementara itu Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendesak anugerah Darjah Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang diterima oleh Koo Ham ditarik balik memandangkan sikap kurang ajar pemimpin DAP itu mencabar titah Tuanku Sultan Azlan Shah.
Katanya, kedaulatan raja mengatasi kedaulatan DAP yang mahu 'mengDAPkan' Perak.
''Gunakan kedaulatan istana untuk mengajar Pengerusi DAP Perak yang melanggar bahasa terhadap Tuanku Sultan Perak," katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Kurau, Datuk Najmudin Elias Al-Hafiz pula berkata, sepatutnya DAP lebih menyedari bahawa kerajaan negeri kena bertindak membela rakyat dan menyanjung tinggi kedaulatan raja berperlembagaan.
Katanya, kalau terhadap tuanku sultan pun pemimpin DAP boleh membantah, apatah lagi rakyat biasa.
''Mereka tidak boleh anggap diri mereka masih pembangkang. Di mana janji mereka selama ini yang mahu menjadi kerajaan yang berhemah, beretika dan patuh kepada arahan tuanku sultan?
''Sikap DAP sebegini akan menimbulkan kemarahan rakyat terutama dalam kalangan orang Melayu.
"Jangan suka mencari dan menyalahkan orang lain. Sepatutnya mereka mencari jalan untuk memajukan negeri seperti yang dijanjikan," kata Najmudin.
Ketua Pemuda UMNO Perak, Zainol Fadzi Paharudin berkata, Sultan Azlan mempunyai hak di sisi perlembagaan negeri dalam konteks hal ehwal agama Islam negeri.
Katanya, telah bertahun-tahun segala urusan berkaitan dengan adat resam dan agama Islam perlu dirujuk dan diperkenankan oleh sultan.
''Karpal Singh tiada hak bagi memberi apa jua pandangan. Ingat, Sultan Perak pernah jadi Ketua Hakim Negara.
''Jangan Karpal lupa akan sejarah Perak dan jadi seperti JWW Birch," katanya.
Zainol Fadzi mencabar Mohammad Nizar selaku Menteri Besar supaya menyatakan pendirian sama ada bersetuju dengan kenyataan kedua-dua pemimpin DAP tersebut.
Sementara itu, Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak, Khairul Azwan Harun berkata, Pemuda UMNO memberi amaran kepada Karpal Singh supaya jangan mempertikaikan adat resam orang Melayu dan agama Islam.
''Kita akan pertahankan kedaulatan dan hak orang Melayu ini," katanya.
Beliau juga membidas Koo Ham kerana turut membuat kenyataan berbau perkauman yang meminta mana-mana pegawai kerajaan yang tidak berpuas hati dengan kerajaan baru supaya meletakkan jawatan.
''Kenyataan itu berbau perkauman kerana 80 peratus daripada pegawai kerajaan Perak adalah orang Melayu," katanya.