6 Mei 2008

PAS... Pengecut!

Pengerusi DAP, Karpal Singh terus mempertikaikan tindakan Sultan Perak menitahkan Menteri Besar menarik balik arahan pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury, yang disifatkannya sebagai campur tangan istana dalam pentadbiran negeri.
Sambil mengingatkan Istana Perak supaya memahami kuasa terhad raja-raja, Karpal menekankan bahawa “rakyat kini tidak lagi hidup dalam zaman feudal.’'
‘‘Sultan dan Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak atas nasihat pihak eksekutif (kerajaan). Sultan Perak tidak ada hak di bawah undang-undang untuk campur tangan dalam keputusan kerajaan negeri menukar Jamry sebagai Pengarah JAIP,” katanya pada sidang akhbar di Parlimen yang turut dihadiri anaknya, Gobind Singh Deo (DAP-Puchong).
-- Utusan Malaysia, 06/05/08.
"Di mana suara pemimpin PAS bila Karpal Singh begitu lantang mempertikai tindakan Sultan Perak menarik balik pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP). Karpal jadi begitu berani dan biadab mempertikaikan titah Sultan Perak.
Tetapi apa yang amat malang bagi bangsa Melayu yang mempunyai sebuah parti yang menjadikan Islam sebagai perjuangan terus membisu dan seolah-olah berdiri teguh disisi Karpal Singh.
Kalau kita masih ingat bila istana mencampuri perlantikan Menteri Besar Terengganu selepas PRU ke-12, betapa hebatnya PAS khasnya dewan pemuda mempertahankan keputusan istana, seluruh negeri Terengganu penuh dengan kain rentang menyatakan sokongan akan berdiri teguh di belakang istana.
Wahai pemimpin PAS... sampai bila nak menangguk di air keruh dan diam kaku serta membisu bila tiba saat untuk membela kebenaran. Rupanya pemimpin PAS amat dan sangat PENGECUT!."
-- Putra Lembah Utara.

Tiada ulasan: