25 April 2009
8 ketua baru Umno negeri
Perlembagaan UMNO akan dipinda
Perkara itu dipersetujui oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang bermesyuarat buat pertama kali hari ini selepas pemilihan parti Mac lalu.
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat itu berkata, sebuah jawatankuasa juga telah ditubuhkan untuk mengendali cadangan berhubung pindaan dan perubahan tersebut.
“Cadangan perubahan ini akan dibawa untuk pertimbangan MT sebelum dibawa ke perhimpunan agung khas dalam tahun ini,” katanya.
MT pada mesyuarat hari ini juga kata Najib, turut mengambil kira perubahan-perubahan yang telah diumumkan oleh kerajaan dengan beliau memberi penjelasan mengenai dasar liberalisasi serta pembubaran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
“Majlis Tertinggi faham kenapa keputusan perlu dibuat, ini bukan bererti kita ubah sesuatu dasar dan komitmen kita tetapi adalah satu usaha untuk mengelakkan pertindihan antara tugas-tugas kementerian supaya lebih fokus, tetapi dasar kementerian berkenaan akan kita teruskan,” jelasnya.
Najib berkata, beliau juga telah menerangkan bahawa dasar liberalisasi tidak dibuat secara mengejut.
Sebaliknya jelas beliau, satu kajian mendalam telah dilakukan selama dua tahun oleh timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menerajui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Katanya, selepas Muhyiddin berpindah kementerian, ia diambil alih oleh Datuk Mustapa Mohamed yang telah membawanya ke pertimbangan beliau dan Exco Majlis Ekonomi.
Beliau berkata, setelah diteliti secara mendalam, MT berpuas hati bahawa perubahan yang dilakukan terhadap dasar itu adalah baik dan boleh diterima semua pihak termasuk kaum bumiputera yang terlibat dalam 27 subsektor berkenaan sebelum pengumuman mengenainya dibuat.
Katanya, dasar liberalisasi adalah sejajar dengan perubahan yang dilakukan di setiap negara ASEAN dan Malaysia merupakan yang terkebelakang sekali membuka sektor perkhidmatannya berbanding negara serantau lain.
Pembaharuan UMNO
Oleh Aznan bakar, Arshad Khan dan Saiful AIzan Hasam pengarang@utusan.com.my
Malah lima daripada lapan negeri terbabit menyaksikan pelantikan barisan kepimpinan tertinggi parti sebagai Pengerusi Badan Perhubungan.
Presiden UMNO itu sendiri mengetuai Badan Perhubungan UMNO Selangor manakala timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin memimpin UMNO Wilayah Persekutuan.
Semua tiga Naib Presiden UMNO buat pertama kali turut diberi tanggungjawab menerajui UMNO negeri dengan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memimpin Terengganu bagi menggantikan Datuk Ahmad Said. Ahmad dilantik sebagai timbalan.
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pula mengambilalih teraju Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Sementara Datuk Seri Shafie Apdal diberi tanggungjawab untuk mengemudi UMNO Kedah.
Tiga lagi negeri iaitu Kelantan diterajui oleh Datuk Mustapa Mohamad, Perak oleh Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Perlis oleh Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu.
Pengumuman yang dibuat oleh Najib selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO buat pertama kali selepas pemilihan parti Mac lalu itu sekali gus menyaksikan beberapa nama digugurkan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.
Mereka ialah Datuk Seri Shahidan Kassim di Perlis, Datuk Seri Mahdzir Khalid (Kedah), Tan Sri Muhammad Muhd. Taib (Selangor) dan Tan Sri Annuar Musa (Kelantan).
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang dikatakan akan digugurkan pula kekal sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu.
Najib pada sidang akhbar selepas mesyuarat itu berkata, pelantikan barisan kepimpinan tertinggi parti sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri bukan bermakna parti tersebut ketandusan pemimpin.
“Naib Presiden layak jadi Pengerusi Badan Perhubungan. Kalau dia jadi Naib Presiden tak kan dia tak boleh jadi pengerusi perhubungan?
“Itu ikut atas pertimbangan saya, ada keperluan dilantik Naib Presiden, kita lantiklah,” jelasnya.
Pada sidang akhbar itu, Najib turut mengumumkan pelantikan 12 ahli MT termasuk masing-masing satu wakil daripada Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri.
Antara yang kembali dilantik menganggotai MT ialah bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dan bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz.
Turut di lantik ialah Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.
Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman menjadi satu-satunya Menteri Besar yang dilantik ke jawatan MT.
“Menteri Besar yang tidak dilantik akan dijemput hadir sebagai antara yang turut hadir dalam mesyuarat MT,” jelas Najib.
Najib turut mengekalkan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai Setiausaha Agung dan melantik Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sebagai Bendahari Agung yang baru menggantikan Datuk Seri Abdul Azim Zabidi.
Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan pula dilantik Ketua Penerangan UMNO bagi menggantikan Muhammad.
Mengenai pelantikan semula Rafidah dan Shahidan, Najib berkata: “Mereka boleh beri sumbangan pada parti, jadi kita ada kesinambungan dan kita ada pembaharuan.”
24 April 2009
Terima kasih Malaysia - Susilo
Menurut Susilo, Malaysia dan Indonesia sepakat untuk terus menangani sebarang masalah yang timbul dengan baik.
"Terimakasih kepada Malaysia, kita sepakat akan terus mengatasi masalah yang muncul melibatkan warga negara Indonesia dengan baik," katanya pada sidang akhbar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas kedua-duanya mengadakan perbincangan dua hala di Istana Merdeka, hari ini.
Susilo turut berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana menyediakan sekolah dan pusat kesihatan di kawasan pedalaman seperti di Sabah.
Langkah itu, menurut beliau, membolehkan anak-anak warga Indonesia yang yang bekerja di pedalaman negeri berkenaan mendapat pendidikan dan kemudahan kesihatan yang baik.
PM: Indonesia jiran penting

*****
Perdana Menteri yang dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Indonesia berkata, sebagai jiran terdekat, republik ini bukan sahaja mempunyai sejarah yang panjang serta persamaan budaya dengan Malaysia tetapi juga penting dalam semua bidang.
‘‘Hakikatnya jiran kita ini sangat penting dalam semua aspek ditambah lagi dengan bilangan penduduk yang lebih 10 kali ganda daripada penduduk Malaysia sekali gus menyumbang kemantapan dalam semua bidang,” katanya pada sidang akhbar bersama selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Indonesia, Susila Bambang Yudhoyono di Istana Merdeka di sini hari ini.
Sebelum itu, Najib diberi penghormatan memeriksa kawalan kehormat pasukan khas pengawal Presiden selain diberi tembakan hormat 19 das dalam upacara rasmi di Istana Merdeka.
Pada sebelah pagi Najib mengunjungi Makam Pahlawan Kalibata dan meletakkan kalungan bunga.
Indonesia merupakan negara pertama yang dilawati oleh Najib sejak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru pada 3 April lalu.
Sehubungan itu Perdana Menteri berharap hubungan akrab ini dapat diteruskan bukan sahaja di peringkat pucuk pimpinan tetapi juga di peringkat sektor kerajaan dan swasta serta antara rakyat kedua-dua buah negara.
Beliau berkata, hubungan akrab ini juga diharap menjadi satu isyarat dan galakan kepada kedua-dua negara untuk membuktikan kerjasama yang lebih erat dan manfaat di semua peringkat pada masa hadapan.
Menurut Najib, Malaysia akan menggunakan dua pendekatan asas dalam mengeratkan hubungan dengan Indonesia iaitu meneruskan kesinambungan dan meningkatkan pencapaian di atas apa yang telah disepakati dan diusahakan oleh kedua-dua buah negara itu.
Perdana Menteri berkata, perbincangan dua hala dengan Susilo hari ini merupakan lanjutan dan kesinambungan daripada kata sepakat yang telah dicapai oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika menghadiri Majlis Perundingan Bersama Malaysia-Indonesia baru-baru ini dan sembilan perkara telah dicapai pada pertemuan tersebut.
Kata beliau, Malaysia dan Indonesia akan berusaha memajukan bidang-bidang yang telah dikenal pasti itu selain bersetuju meneroka kerjasama baru secara bersama.
Antaranya, kata beliau, memantapkan strategi dalam industri kelapa sawit dengan membina lebih banyak pusat penapisan minyak kelapa sawit di negara ini bersesuaian dengan status Malaysia dan Indonesia sebagai pengeluar utama minyak kelapa sawit dunia yang menguasai 90 peratus pasaran selain memantapkan lagi program tanam semula.
‘‘Dalam bidang pertanian pula, Malaysia bersedia membeli beras dari negara ini jika terdapat lebih pengeluaran serta makanan ternakan seperti jagung bagi kurangkan kos input pertanian,” katanya.
Menurut Perdana Menteri lagi, kerjasama yang serupa juga akan dilaksanakan dalam sektor berteknologi tinggi seperti industri aeroangkasa, pertahanan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Kedua-dua negara juga, kata Najib, turut menyentuh mengenai kerjasama dalam bidang pelancongan berhubung pendaratan lebih banyak pesawat terutama di kawasan bandar-bandar kecil dan sederhana.
‘‘Tumpuan juga akan diberikan kepada pelancongan kesihatan kerana Malaysia berupaya menawarkan kemudahan kesihatan dan rawatan bertaraf dunia dengan kos yang begitu kompetitif, '' ujarnya.
Perdana Menteri berkata, dengan jumlah perdagangan antara Malaysia dan Indonesia berkembang pesat dengan lonjakan sebanyak 11 peratus pada tahun 2008, trend itu diharapkan dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang walaupun perkembangan ekonomi untuk tahun 2009 tidak begitu menggalakkan.
Mengenai tenaga kerja Indonesia di Malaysia pula, Najib berkata, tenaga kerja warga Indonesia memainkan peranan penting dan Indonesia berpuas hati dalam aspek-aspek tertentu termasuk kebenaran penyediaan keperluan pendidikan bagi rakyat Indonesia yang bekerja di sektor peladangan di Sabah.
23 April 2009
Amanat Dan Wawasan Y.B Menteri Di JPM
Majlis Amanat & Wawasan Y.B Senator Mejar Jeneral (B) Dato' Jamil Khir Hj Baharom, Menteri di JPM telah diadakan pada 17 April 2009 di Auditorium D8, Putrajaya. Majlis pertemuan bersama semua agensi di bawah Y.B Menteri di JPM ini diadakan buat pertama kali selepas beliau dilantik sebagai Menteri Di JPM yang baru.
Dalam amanatnya, beliau merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pucuk pimpinan negara atas kepercayaan yang diberikan kepada beliau untuk meneruskan kesinambungan usaha dan agenda yang telah dilaksanakan oleh Mantan-Mantan Menteri di JPM.
Beliau juga menyatakan bahawa adalah menjadi hasrat dan cita-cita beliau agar agensi agama berupaya lahir sebagai 'versatile' dan sentiasa kehadapan dalam apa jua tindakan. Agensi agama juga mestilah menjadi pemangkin Islam dengan bersikap proaktif, positif dan komited dalam mencapai misi dan visi perjuangan.Kearah mencapai hasrat tersebut, semua agensi agama disarankan supaya menerapkan prinsip 6M iaitu:
- Musyaratah - menepati syarat kejayaan (pre-requisite)
- Muatabah - menghakis sifat-sifat buruk (self restraint)
- Muaqabah - mengekalkan tindakan yang benar secara berterusan (self educating)
- Muraqobah - mengawal diri secara berterusan (God consciousness)
- Muhasabah - menilai diri (self evaluation)
- Mujahadah - berusaha bersungguh-sungguh (struggle)
Diakhir amanatnya, beliau menyeru supaya semua agensi agama bersama-sama menyokong antara satu sama lain dan memperjuangkan konsep yang dibawa oleh kerajaan : 1 Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
#
Saya tidak dimaklumkan calon DUN penanti jadi TKM: Lim
PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata beliau tidak dimaklumkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM1) bakal diisi oleh calon PKR jika ia menang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.
21 April 2009
Raja Nazrin Bimbang Trend Penulisan Buku Burukkan Individu

Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah (tengah) menunjukkan Buku Keberanian Menggapai Harapan hasil nukilan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ketika majlis pelancarannya di Kuala Lumpur, pada Selasa. Turut hadir Pengerusi Institut Terjemahan Negara Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh (kiri) dan Duta Amerika Syarikat di Malaysia James R.Keith (kanan). Buku tersebut adalah terjemahan buku "Audacity of Hope" oleh Presiden Amerika Syarikat yang ke-44 itu dan dialih bahasa oleh Institut Terjemahan Negara. Foto: Mohd Faizol
Lim ibarat menepuk air ke dulang - Azhar
PULAU PINANG 21 April — Ketua Pembangkang Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga) mempertikaikan kewibawaan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam membuat keputusan melantik Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM1) kerana terlalu tunduk kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya tindakan Lim itu seperti ’menepuk air ke dulang, terkena muka sendiri’ kerana Lim pernah membuat tuduhan terhadap bekas Ketua Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon kononnya terlalu tunduk kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
“Lain kali jangan suka mengata pada orang lain, akhirnya kembali kepada diri sendiri,” katanya dalam perbahasan pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Azhar mempersoalkan kewibawaan Lim sebagai ketua menteri yang mempunyai kuasa untuk melantik TKM1 bagi menggantikan Mohammad Fairus Khairuddin yang mengosongkan jawatan itu pada 8 April lepas.
MB Terengganu akur keputusan berhubung Badan Perhubungan Negeri
20 April 2009
Ahli politik harus terima dengan jelas peringatan Sultan Perak - Rais
PUTRAJAYA 20 April — Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata ahli-ahli politik, terutama pihak yang membangkang yang tidak semena-mena mengeluarkan kata-kata kesat sama ada secara ucapan, menerusi blog atau media yang lain, harus menerima dengan jelas peringatan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.
Beliau berkata apa yang dititahkan oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah itu sebenarnya adalah peringatan kali kedua, apabila sebelum ini baginda telah menegaskan tentang betapa pentingnya institusi raja itu disisihkan daripada pergolakan politik.
Sehubungan itu, katanya, dengan titah baginda yang baru dan dengan titah sembah oleh puteranya, Raja Dr Nazrin Shah mengukuhkan lagi hujah bahawa institusi raja itu perlu mengikut tahap tradisinya dan kepentingan Perlembagaan Negara.
“Apabila kita bercakap mengenai Satu Malaysia, institusi diraja tidak boleh diketepikan malah ia merupakan tonggak besar dan tiang seri kepada kenegaraan dan kepada kerajaan itu sendiri.
“Ahli-ahli politik harus menerima imbasan yang jelas daripada titah ucapan itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan dokumen serah tugas kepada Menteri Luar yang baru Datuk Anifah Aman di sini hari ini.
Peringatan Sultan Azlan
Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN pengarang@utusan.com.my

KUALA KANGSAR 19 April – Tindakan kumpulan politik tertentu yang menghasut rakyat untuk mencetuskan huru-hara selain mencemar institusi diraja dengan menyemai rasa benci merupakan satu perbuatan ‘menyalakan api dalam sekam.’
Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bertitah, perbuatan seumpama itu bukan sahaja amat berbahaya tetapi juga boleh memusnahkan kerukunan rakyat dan negara.
Titah baginda, seseorang raja sebenarnya berada ‘di atas politik’ dan tidak boleh turun berdebat secara terbuka dalam memberi jawapan dan penerangan untuk menangkis tohmahan serta fitnah yang dilemparkan oleh kumpulan politik terbabit.
“Betapa perbuatan kuasa politik telah mencemar dan mempamerkan wajah hodoh dengan membenarkan kelakuan orang-orang sedemikian. Matlamat kini dibenarkan menghalalkan cara.
“Betapa kumpulan politik tertentu merasakan mereka tidak pernah silap serta memiliki kekebalan. Betapa pula beberapa individu politik yang merasakan diri mereka tidak pernah melakukan kesalahan, memiliki imuniti daripada sebarang tindakan undang- undang sehingga undang-undang diketepikan atas matlamat untuk mendapatkan kuasa,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian pada majlis istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena ulang tahun keputeraan baginda yang ke-81 di Istana Iskandariah di sini hari ini.
Berangkat sama ialah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun dan kerabat-kerabat di raja yang lain. Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir.
Pada hemat baginda, rakyat negara ini terlalu berlebihan berpolitik sehingga menjejaskan produktiviti ekonomi dan imej negara di kaca mata antarabangsa.
Tegas baginda, dalam menghadapi kemelut ekonomi yang sedang melanda dunia ketika ini, aktiviti-aktiviti politik secara keterlaluan kerana perebutan kuasa tidak akan memberi manfaat kepada warga, malah rakyat biasa akan menjadi mangsa kerana terpaksa bergelut untuk memiliki keperluan hidup harian.
Justeru titah Sultan Perak, para pemimpin yang mewakili kumpulan politik berbeza perlu mencari titik pertemuan dan kaedah bekerjasama antara mereka demi kepentingan negara dan rakyat.
Baginda mengakui hakikat sepanjang perjalanan hampir 52 tahun kemerdekaan negara sememangnya berlaku kepincangan dan salah laku serta insiden penyalahgunaan kuasa dalam urus tadbir di negara ini.
Jelas Sultan Azlan Shah, baginda sendiri dari semasa ke semasa turut menzahirkan teguran, pandangan dan nasihat baik secara terbuka mahu pun tertutup berkaitan perkara-perkara yang tergelincir daripada dasar dan garis perundangan.
“Namun kesilapan yang berpunca daripada beberapa individu atau yang berpunca daripada kumpulan tertentu jangan sampai ke peringkat mendorong warga dan bangsa berfikiran singkat mahu meruntuhkan sistem dan institusi sehingga boleh mencetuskan keadaan tidak seimbang, hatta membawa kepada keadaan huru-hara.
“Barang dijauhkan Allah, bangsa menghadapi nasib malang ‘menang sorak kampung tergadai’, akhirnya terpaksa mengemis di bumi sendiri,” titah baginda.
Sultan Azlan turut mahu tafsiran bahawa raja berperlembagaan adalah raja sekadar lambang tanpa sebarang kuasa diperbetulkan segera.
“Raja pemerintah bukanlah daripada kalangan insan yang buta penglihatan, pekak pendengaran dan bisu pertuturan, bahkan segala perkara yang berlaku dalam negara ini adalah dalam ruang penglihatan, pendengaran dan pertuturan raja pemerintah.
“Perlu ditegaskan bahawa raja berperlembagaan itu memiliki tiga hak iaitu hak untuk menyampaikan nasihat dan pandangan, hak untuk memberi galakan dan dorongan serta hak untuk memberi peringatan dan teguran,” titah baginda.
Tegas baginda, peranan raja pemerintah adalah mengatasi apa yang tersurat dalam peruntukan Perlembagaan.
Raja pemerintah, titah baginda, mempunyai tanggungjawab yang lebih luas dalam memastikan semangat Perlembagaan, falsafah di sebalik setiap undang-undang yang tersurat, kepentingan negara dan warga negara agar sentiasa dilindungi.
Justeru, berlandaskan semangat penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, kata Sultan Azlan Shah, raja-raja mempunyai peranan Perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja-raja, melindungi agama Islam, melindungi bahasa Melayu dan melindungi kepentingan sah kaum- kaum lain.
18 April 2009
Menyusahkan, bazir wang
Oleh HASNURUL MOHAMED utusanpenang@utusan.com.my
Rata-rata mereka yang ditemui Utusan Malaysia memberitahu, pilihan raya kecil kali ketiga yang diadakan dalam tempoh 14 bulan itu sebenarnya tidak perlu diadakan.
Selain pilihan raya umum pada Mac 2008, penduduk di Penanti turut menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, Ogos lalu.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan peletakan jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang mengosongkan kerusi bagi memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut seorang pengundi, Abdullah Hassan, 70, sudah semestinya pilihan raya kecil Penanti nanti bakal membabitkan peruntukan kewangan yang bukan sedikit jumlahnya.
"Sekarang, tolonglah letak calon yang sesuai. Yang boleh bekerja untuk rakyat dan membantu masyarakat kerana rasanya dah tak larat lagi asyik-asyik mengundi, mengundi, mengundi," katanya ketika ditemui di tapak pasar malam di Permatang Pasir di sini hari ini.
Katanya, pilihan raya kecil tidak boleh dianggap satu pesta sebaliknya penentuan untuk memilih seorang wakil rakyat yang berwibawa.
Seorang lagi pengundi N12 Penanti, Abu Hassan Kassim, 62, berkata, dia tidak kisah siapa pun calon yang diletakkan untuk bertanding di Penanti kelak.
Katanya, kekosongan jawatan di situ perlu diganti namun kekerapan diadakan pilihan raya juga menyusahkan rakyat.
"Memanglah sebagai pengundi, kita perlu keluar mengundi tetapi takkan dalam tempoh 13 bulan kerajaan negeri di sini ditubuhkan, ada lagi pilihan raya diadakan.
"Harap-harap selepas ini tiada lagi pilihan raya kecil,'' katanya.
Abdullah Hussin, 60, pula berpendapat, kekosongan DUN Penanti sememangnya tidak harus berlaku kerana pengundi telah membuat pilihan pada Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu.
"Nak kata menyusahkan sangat, tidaklah. Tetapi keadaan yang berlaku itu menunjukkan senario yang tidak konsisten dalam arena politik.
"Pun begitu, saya tidak boleh nak komen lebih perkara peletakan jawatan ADUN Penanti sudah berlaku dan kita harung sahajalah apabila tiba masanya untuk pilihan raya kecil," ujarnya.
Fauziah Idris, 50, pula berkata, dalam setiap pilihan raya pastinya duit rakyat yang akan digunakan dan apabila terlalu kerap ia merupakan satu pembaziran.
"Sekarang nak buat satu lagi pilihan raya kecil. Dulu, keadaan seperti ini jarang-jarang berlaku tetapi sekarang agak kerap pula," katanya.
Dia berharap pada pilihan raya kecil itu nanti, parti-parti yang terlibat meletakkan calon yang benar-benar sesuai dan layak untuk bertanding.
17 April 2009
'Bukan punca berpuak'
Sebaliknya, Timbalan Pengerusinya, Datuk Tengku Putera Tengku Awang menegaskan kejadian tersebut sebagai satu 'kemalangan' yang berpunca daripada salah faham.
Tegas beliau, sikap berpuak-puak dalam parti pernah berlaku sebelum ini, namun program pemulihan telah dilakukan dan berjaya membentuk kesepakatan dalam parti.
''Semua barisan kepimpinan UMNO dan BN Terengganu kini berdiri dan bersatu di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Tengku Putera yang juga Speaker DUN berkata, tindakan untuk menangani perkara itu juga lewat diambil sehingga ia menjadi satu isu besar dan tidak terkawal.
''Alasan dan sebab ketidakhadiran ADUN-ADUN terlibat ke sidang DUN tidak dimaklumkan kepada saya pada hari tersebut menyebabkan ia tidak ditangani dengan segera dan keadaan menjadi celaru," katanya.
Beliau memberitahu, tiada tindakan disiplin akan diambil ke atas 10 ADUN yang tidak hadir ke persidangan DUN.
''Ini kerana apa yang berlaku akibat 'salah faham' dan tiada tindakan disiplin akan diambil," jelasnya.
Tengku Putera meminta isu berkenaan tidak lagi berpanjangan dan perhatian diberikan kepada usaha membangunkan negeri ini.
''Kepimpinan UMNO akan mengadakan program penerangan berhubung perkara ini kepada rakyat apabila ia selesai dalam tempoh terdekat ini," katanya.
Mohammad Fairus letak jawatan
ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, dalam kenyataan empat perenggan yang dihantar melalui emel kepada Bernama berkata, keputusan itu dibuat bagi membolehkan beliau memberi tumpuan penuh terhadap usahanya melanjutkan pelajaran ke pascasiswazah dan sekaligus memberikan masa kepadanya untuk bersama dengan keluarga yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasannya.
"Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tohmahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini," kata Mohammad Fairus, yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Mohammad Fairus, 32, yang meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan Pengerusi Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat Negeri berkuat kuasa 8 April lepas, berkata tindakannya itu dibuat setelah mengambil kira landasan perjuangan dan kepentingan rakyat yang beliau wakili serta demi memelihara kepentingan PKR.
Ketua Menteri Lim Guan Eng sepatutnya melantik TKM I Pulau Pinang yang baru minggu lepas tetapi beliau memberi masa seminggu kepada Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membuat keputusan tentang calon akan menggantikan Mohammad Fairus.
Beliau melanjutkan tempoh itu semalam apabila penasihat PKR itu tidak memberi sebarang nama.
Di PULAU PINANG, Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim berkata, beliau dimaklumkan bahawa Mohammad Fairus telah menghantar surat kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Abdul Halim Hussain hari ini.
Ketika dihubungi beliau berkata perbincangan untuk meletak jawatan dibuat antara Anwar dengan Mohammad Fairus.
"Urusan itu antara mereka berdua dan saya hanya dimaklumkan sahaja. Perkembangan lanjut, tolong dapatkan dari Speaker," katanya.
Ahli Parlimen PKR tidak setuju Selangor kekalkan Elizabeth
KUALA LUMPUR 16 April - Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menegaskan beliau tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan negeri Selangor mengekalkan kedudukan Elizabeth Wong sebagai Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan.
Selain meminta Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan pimpinan kerajaan negeri yang lain mengkaji semula keputusan tersebut, Zulkifli juga mengambil pendirian untuk memufaraqah atau memisahkan dirinya daripada keputusan tersebut.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan, pendirian itu diambil kerana menghormati keputusan Elizabeth sebelum ini yang mahu melepaskan jawatan Exco dan ADUN Bukit Lanjan.
"Elizabeth telah memilih untuk meletak jawatan dan telah pun meletakkan jawatan. Itu adalah hak peribadi beliau.
"Saya yakin Elizabeth mengetahui dan memahami benar masalah yang dihadapi, sebab itu beliau memilih untuk meletakan jawatan sebagai Ahli Exco dan ADUN,'' katanya dalam kenyataan media yang disiarkan di laman blog beliau hari ini.
Dalam kenyataan media tersebut, Zulkifli yang juga seorang peguam turut mempersoalkan alasan kerajaan negeri dalam memutuskan isu tersebut apabila menuding jari menyalahkan pihak polis yang didakwa melengahkan siasatan.
Kata beliau, semua pihak sedar dan tahu bahawa siasatan polis terpaksa dilengahkan kerana tiada kerjasama orang disyaki yang memilih untuk tidak membantu siasatan sehingga ke hari ini.
"Apa lagi bukti kukuh yang dikehendaki oleh Menteri Besar dan Exco Selangor apabila Elizabeth sendiri yang membuat keputusan meletakkan kedua-dua jawatan beliau,'' tegasnya.
Tambah Zulkifli, dalam hal ini soal simpati secara peribadi dan memaksa Elizabeth terus menjawat jawatan awam sebenarnya adalah dua isu yang berbeza.
"Saya sangat bersimpati pada Elizabeth dengan masalah yang beliau hadapi, malahan saya antara orang yang pertama membuat kenyataan terbuka mempertahankan beliau dan mendesak tindakan keras dan tegas diambil terhadap petualang durjana yang telah mengambil dan menceroboh serta mencabul kehidupan peribadinya.
"(Namun) soal bersimpati secara peribadi terhadap beliau dan memaksa beliau terus menjawat jawatan awam adalah dua isu yang berbeza,'' jelasnya.
Dalam pada itu Zulkifli berkata, Menteri Besar dan kerajaan negeri telah memberi gambaran seolah-olah mereka tidak menghormati keputusan Elizabeth apabila terus memaksanya untuk mengekalkan kedua-dua jawatan berkenaan.
Katanya, beliau cukup yakin yang Elizabeth telah menimbang keadaan sekeliling dan pelbagai faktor lain sebelum membuat keputusan tersebut.
"Keputusan Menteri Besar dan kerajaan negeri ini juga akan menambahkan tekanan terhadap Elizabeth. Sudah pasti akan ada pihak mengambil kesempatan mengenakan tekanan terhadapnya.
"Keputusan ini juga pasti memberi tekanan yang hebat kepada sebahagian penyokong, pendokong dan komponen pakatan pembangkang,'' jelasnya.
Shahrizat umum Ketua, Naib Ketua Wanita Perhubungan Negeri
KUALA LUMPUR 17 April — Ketua Wanita Umno Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengumumkan perlantikan Ketua dan Naib Ketua Wanita Umno Perhubungan negeri dan Wilayah Persekutuan.
Berikut adalah senarai nama diumumkan Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerusi satu kenyataan di sini:
Perlis: Ketua Wanita : Rela Ahmad Naib Ketua : Mariah Abdullah
Kedah: Ketua Wanita : Datuk Maznah Abdul Naib Ketua : Marlia Abdul Latiff
Pulau Pinang: Ketua Wanita : Zabariah Wahab Naib Ketua : Norliza Abdul Rahim
Kelantan: Ketua Wanita : Datin Rahimah Mohamad Naib Ketua : Roslinah Mohamad
Terengganu: Ketua Wanita: Senator Fatimah Hamad Naib Ketua : Rohani Abdullah
Pahang: Ketua Wanita : Datuk Rosni Zahari Naib Ketua : Roslin Abdul Rahman
Perak: Ketua Wanita : Datuk Rusnah Kasim Naib Ketua : Arbaishah Othman
Selangor: Ketua Wanita : Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah Naib Ketua : Senator Datin Paduka Norhayati Onn Wilayah Persekutuan: Ketua Wanita : Senator Datuk Azizah Abd Samad Naib Ketua : Mariany Mohammad Yit
Negeri Sembilan: Ketua Wanita : Datuk Norhayati Omar Naib Ketua : Zainab Nasir
Melaka: Ketua Wanita : Datuk Rabiyah Ali Naib Ketua : Noradiah Abdullah
Johor: Ketua Wanita : Senator Sharifah Azizah Syed Zain Naib Ketua : Noriah Mahat
Sabah: Ketua Wanita : Senator Datuk Armani Mahiruddin Naib Ketua : Datuk Azizah Mohd Dun
—
Prinsip 6M perlu diamalkan semua agensi agama
PUTRAJAYA 17 April— Pendekatan prinsip 6M akan diberi tumpuan oleh semua agensi agama bagi memastikan agensi berkenaan serba boleh dan sentiasa memandang ke hadapan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom hari ini.
Beliau berkata prinsip 6M itu ialah Musyatarah (menepati syarat kejayaan) Mua’tabah (menghakis sifat-sifat buruk) Mu’aqabah (mengekalkan tindakan yang benar) Muraqobah (mengawal diri secara berterusan) Muhasabah (menilai diri) dan Muhajadah (bersungguh-sungguh).
Dalam amanat sulungnya pada perhimpunan bulanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di sini, katanya prinsip ini adalah komitmen untuk melahirkan keseragaman ketetapan dan matlamat serta pendapat yang merupakan cabaran besar yang perlu ditangani oleh semua agensi ini.
16 April 2009
'Kes ADUN Bukit Lanjan mainan wayang kerajaan Selangor'
Ketua Pembangkang Negeri Selangor, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo berkata, beliau telah menjangkakan tindakan itu bakal dilakukan sejak isu gambar separuh bogel wakil rakyat itu tersebar di Internet pada Februari lalu dan kini ia menjadi kenyataan.
Katanya, keputusan itu jelas menunjukkan kerajaan Selangor yang diterajui gabungan Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak konsisten dalam membuat sebarang keputusan lebih-lebih lagi jika melibatkan orang tertentu.
Beliau mengambil contoh kes di Bukit Selambau, bekas ADUNnya, V. Arumuggam dari PKR dibenarkan meletak jawatan kerana tidak tahan dengan ancaman kononnya beliau mahu melompat ke Barisan Nasional (BN) pada 9 Februari lalu dan pilihan raya kecil diadakan pada 7 April.
''Tetapi bagi kes Elizabeth ini kerajaan negeri tidak membenarkannya letak jawatan.
''Ini jelas mereka (kerajaan negeri) takut menghadapi pilihan raya kecil di Bukit Lanjan jika wakil rakyat tersebut dibenarkan berbuat demikian.
''Mereka akan membuat keputusan yang hanya memihak kepada mereka sahaja,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mohd. Khir menyatakan demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan mesyuarat Exco kerajaan negeri yang menawarkan kepada Elizabeth supaya menyambung semula tugasnya esok dan Elizabeth menerimanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Mohd. Khir menambah, kerajaan negeri gusar untuk berhadapan dengan pilihan raya kecil kerana rakyat Selangor sudah sedar sejak lebih setahun memerintah tiada perubahan yang dibawa.
TKM 1: Anwar tertekan?
Guan Eng juga tidak menolak bahawa Anwar berada dalam keadaan tertekan untuk mengemukakan calon yang sesuai bagi menyandang jawatan paling kanan dalam pentadbiran kerajaan pakatan Pas-DAP-PKR itu.
"Saya tidak akan umumkan apa-apa hari ini, semuanya ada dalam satu kenyataan akhbar yang telah saya sediakan, minta maaf ...," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan peruntukan sebanyak RM1.5 juta kepada 28 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di sini hari ini.
Guan Eng memaklumkan mengenai tempoh lanjutan itu kepada media dalam kenyataan Ketua Menteri itu yang diedarkan kepada pemberita selepas majlis tersebut di sini hari ini.
Ketua Menteri itu kemudian bergegas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas bagi menghadiri majlis upacara angkat sumpah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas di Istana Negara, Kuala Lumpur hari ini.
Sebelum itu, puluhan wartawan menunggu sidang media Guan Eng yang dikatakan akan membuat pengumuman mengenai Timbalan Ketua Menteri 1 yang dipilih bagi menggantikan penyandangnya iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Mohammad Fairus Khairuddin yang melepaskan jawatan tersebut pada 8 April lepas.
Guan Eng juga enggan menjawab pertanyaan pemberita berhubung tarikh baru bagi mengumumkan individu yang terpilih untuk mengisi kekosongan jawatan itu.
Beliau menegaskan kelewatan itu juga tidak bermakna bahawa Anwar tidak berusaha untuk menyelesaikan masalah berkenaan secepat mungkin.
Guan Eng berkata, antara soalan yang mungkin diasak kepada Anwar ketika ini ialah mengapa kekosongan itu tidak diisi oleh ADUN Sungai Bakap, Maktar Shafee kerana beliau antara calon PKR yang layak.
Selain itu, mungkin Anwar menghadapi kesukaran untuk memilih antara Maktar dengan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abdul Kassim dan kelewatan dikaitkan dengan strategi jika pilihan raya kecil DUN terbabit diadakan.
Guan Eng juga yakin bahawa Anwar mempunyai penjelasan tersendiri berhubung perkara tersebut selepas calon yang sesuai dilantik nanti.
Sementara itu, Abdul Malik yang juga Setiausaha PKR Negeri berkata, kelewatan Anwar mengemukakan nama bagi mengisi kekosongan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 tidak menjejaskan hubungan baik antara PKR dan DAP.
Beliau berkata, kedua-dua parti masih kukuh dan sentiasa bekerjasama berganding bahu mentadbir negeri ini.
Pemilihan individu untuk mengisi jawatan Timbalan Ketua Menteri 1, katanya, mestilah daripada PKR.
"PKR negeri telah membuat keputusan untuk serahkan kepada Anwar untuk buat pemilihan dan kita semua percaya dengan kewibawaan beliau," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat delegasi Wilayah Henan, China di sini hari ini.
Abdul Malik juga tidak menafikan bahawa Ketua Menteri mempunyai kuasa penuh bagi melantik timbalannya, bagaimanapun PKR juga mempunyai peluang untuk mengadakan perbincangan berhubung calon yang sesuai.
Mengulas kemungkinan berlaku krisis dalaman dalam PKR berhubung kelewatan itu beliau menegaskan bahawa tiada sebarang masalah yang berlaku dan parti itu tetap kukuh dan terus kukuh.
"Proses pemilihan adalah di tangan Anwar dan kami akan berikan keputusan yang benar-benar menepati kehendak rakyat," tambah beliau.
14 April 2009
10 Adun boikot selagi tiada jaminan keselamatan
KUALA TERENGGANU: Sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mendakwa mereka memboikot hari kedua persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu selagi tidak mendapat jaminan keselamatan berikutan ugutan bunuh yang diedar menerusi sistem pesanan ringkas (SMS).
Muhyiddin akan panggil MB Terengganu
Jaminan polis: 10 Adun tetap tidak hadiri sidang DUN
MB tidak tahu wujud SMS ugutan bunuh
KUALA TERENGGANU: Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata beliau tidak tahu langsung mengenai SMS ugutan bunuh hingga menyebabkan 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional tidak hadir pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
Katanya, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat mengenai SMS ugutan bunuh yang didakwa diterima Adun berkenaan.
"Saya tak berani komen apa-apa sebab saya tak tau cerita. Saya balik pagi tadi jam 2.30 dari Kemaman, jadi pagi ini saya tak tahu apa-apa.
"Mengenai laporan polis pun saya tidak tahu. Hanya pagi tadi masa minum pagi dewan berehat, saya baru tahu. Kalau dah lapor polis, kita serahkan kepada polis," katanya ketika ditemui pada sesi rehat sidang DUN tengah hari tadi.
-
7 April 2009
Selamat Bertugas Datuk Seri Najib Tun Razak
Pemimpin parti komponen BN jumpa PM bincang bentuk Kabinet
Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon masing-masing dilihat memasuki Bangunan Perdana Putra kira-kira pukul 10.50 pagi dan 11.30 pagi.
Kedua-duanya meninggalkan pejabat Perdana Menteri sejam kemudian.
Tee Keat dan Tsu Koon bagaimanapun tidak menghentikan kereta untuk memberi sebarang ulasan kepada pihak media yang menunggu berhubung tujuan mereka menemui Perdana Menteri.
Dalam pada itu, beberapa pemimpin BN ketika dihubungi Utusan Malaysia memberitahu, mereka belum menerima apa-apa panggilan untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri.
Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas berkata, beliau dan beberapa pemimpin BN masih menunggu giliran untuk berjumpa Perdana Menteri.
”Kebiasaannya presiden parti komponen akan dipanggil untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri sebelum barisan Kabinet yang baru diumumkan.
”Saya bagaimanapun belum dimaklumkan tentang pertemuan sedemikian, mungkin PPP akan dipanggil tidak lama lagi,” katanya.
Tambahnya, beliau kini berada di Taiping untuk membantu BN menghadapi pilihan raya kecil di kawasan Parlimen Bukit Gantang.
Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Bersatu (UPKO), Tan Sri Bernard Dompok ketika dihubungi pula berkata, beliau berada di Batang Air dan tidak mungkin dapat berjumpa dengan Perdana Menteri pada hari ini.
”Saya tidak berada di Putrajaya kerana sedang giat berkempen untuk BN di Batang Air, jadi tidak dapat berjumpa dengan Perdana Menteri hari ini,” katanya.
Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Liew Vui Keong pula berkata, beliau menyerahkan kepada Najib untuk menentukan barisan Kabinet yang baru.
”Saya baru pulang daripada berkempen di Batang Air dan akan meneruskan kempen di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
“LDP buat masa ini hanya menumpukan perhatian menghadapi tiga pilihan raya kecil yang akan dijalankan,” katanya.
6 April 2009
Berikan saya peluang – Najib

Perdana Menteri berkata, beliau juga beriltizam untuk memahami apa jua aspirasi rakyat dan akan melakukan yang terbaik daripada segi kepimpinan sama ada membabitkan sudut dasar, pelaksanaan dan program yang akan dilakukan.
“Saya cuma berharap rakyat akan bersikap terbuka dan positif menilai kepimpinan saya dan beri saya peluang tunjukkan kepimpinan saya... mudah-mudahan rakyat boleh menerima kepimpinan saya,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa ditanya pengacara Ally Iskandar Mohd. Mardzi dalam program wawancara khas Perdana Menteri ke-6 yang disiarkan oleh TV3 di sini malam ini.
Menurut Najib, beliau sentiasa mengingatkan dirinya supaya berpijak di bumi yang nyata dan bersikap mesra rakyat, tegas tetapi penuh dengan perasaan bertimbang rasa kepada orang lain dalam menjalankan tugas.
Katanya, walaupun pada awal menceburkan diri dalam dunia politik adalah satu kejutan kepadanya kerana pada usia muda, beliau terpaksa menyesuaikan diri dalam tempoh yang singkat dan meletakkan kepuasan diri membantu orang lain sebagai suatu perkara yang sesuai dengan hati nuraninya.
Ditanya sama ada terdapat perbezaan semasa beliau mula menerajui kerajaan berbanding semasa ayahandanya menjadi Perdana Menteri, Najib berkata, walaupun terdapat perbezaan namun kegetirannya hampir sama.
“Kegetiran itu boleh dikatakan amat mencabar sebab waktu Allahyarham (menjadi Perdana Menteri), beliau berdepan suasana yang tegang selepas tragedi hitam 13 Mei (1969) dan ketidaktentuan politik di Perak, Selangor dan Pulau Pinang.
“Saya (berdepan dengan keadaan) getir juga sebab saya bermula dengan keadaan politik di mana (Barisan Nasional) kalah di lima negeri dan kini dapat kembali satu. Berdepan dengan pembangkang yang lebih agresif dan bilangan lebih besar di Parlimen dan keadaan krisis ekonomi dunia,” kata Perdana Menteri.
Mengenai pembaharuan yang akan dilakukan, Najib berkata, tumpuan kepada golongan muda yang semakin bertambah menjadi pengundi bukanlah satu pilihan tetapi satu kemestian.
Katanya, selain bilangan yang ramai, orang muda yang berumur 40 tahun ke bawah mempunyai tenaga, semangat selain pengaruh dan kesan yang begitu kuat kepada keluarga berbanding bilangan mereka.
“Saya tidak menganggap mereka ini semestinya anti-establishment. Kalau kita anggap mereka ini tak boleh dipupuk, dibelai (susahlah)... dan saya tidak menolak jika kena pada gaya dan dasar, saya percaya mereka boleh menerima apa yang boleh disuarakan oleh kerajaan,” katanya.
Mengulas mengenai 100 hari menduduki kerusi Perdana Menteri apabila apa jua tindakannya sentiasa mendapat perhatian, Najib berkata, beliau tidak mempunyai tempoh bulan madu politik seperti yang diperkatakan oleh sesetengah orang.
“Saya tak fikir ada tempoh 100 hari sebab kegetiran yang ada sekarang ini.
“Saya terpaksa melepasi dua ujian yang begitu cepat, satu pembentukan Kabinet baru dan ucapan sulung sebagai PM. Kalau kedua-dua ini diterima baik oleh rakyat saya percaya rakyat akan lebih terbuka menerima kepimpinan saya, insya-Allah,” katanya.
Najib juga bersyukur bahawa kesabaran, ketabahan dan kesetiaan yang merupakan ciri perwatakan beliau selama ini akhirnya membawa beliau sampai ke kemuncak.
Kepada keluarganya, Perdana Menteri berkata, beliau adalah orang yang sama, bapa yang sama dan suami yang sama, tidak ada perubahan mengenai itu.
“Apa yang saya sandang ialah jawatan formal tapi secara individu saya sama.
“Saya perlu kasih sayang yang sama. Saya perlu ada masa untuk mereka dan mereka perlu ada masa dengan saya.
“Kita perlu melihat sebagai seorang manusia tak kira apa juga jawatan (yang dipegang) paling tinggi ke, (atau) buruh biasa kita pada kesudahannya seorang manusia dan ada keperluannya dari segi emosi, fizikal psikologi,” katanya.
Dr. M di Bukit Gantang, Bukit Selambau hari ini

Sejak berita kemasukan semula negarawan itu ke dalam UMNO diumumkan, para pengundi sama ada penyokong BN mahupun pembangkang tertunggu-tunggu bilakah bekas Perdana Menteri itu akan turun padang.
"Justeru atas permintaan ramai, Dr. Mahathir akan turun berkempen di Bukit Gantang menerusi perjumpaan besar-besaran dengan rakyat di Jalan Taiping pada pukul 10 pagi esok.
"Ini akan diikuti pertemuan dengan pegawai-pegawai kerajaan di Kamal Lodge pada sebelah tengah hari. Selepas itu beliau akan terus ke Bukit Selambau, Kedah," kata Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri bersyukur selepas setahun meninggalkan parti, Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali akhirnya kembali ke pangkuan UMNO.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan ibu bapa dan guru Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Sin Min dekat Simpang, di sini hari ini.
Dalam hal ini, beliau turut menolak tohmahan kononnya Dr. Mahathir akan cuba mempengaruhi pemerintahan negara di bawah kepimpinan baru termasuk menentukan barisan Kabinet Najib.
"Buat apa? Seperti mana ucapan sulung Najib sebagai Perdana Menteri, beliau telah menggariskan sendiri asas-asas pentadbirannya di bawah konsep 'Satu Malaysia'.
"Walaupun Dr. Mahathir memberikan pandangannya, ia sekadar pandangan berguna untuk mengukuhkan parti dan negara. Orang lain pun diajak menyumbang idea," katanya.
Tegas Muhyiddin, setahunya, bekas Perdana Menteri itu tidak mahukan sebarang jawatan dalam kerajaan dan penyertaannya semula ke dalam UMNO adalah bagi membantu menyumbangkan idea untuk memperkukuhkan parti dan negara.
Justeru dakwaan kononnya bekas Perdana Menteri itu akan mempengaruhi pentadbiran kerajaan di bawah Najib selepas menyertai UMNO adalah dakwaan yang tidak berasas.
"Itu tuduhan pembangkang. Sudah tentu ia disebarkan oleh pihak-pihak yang tidak seronok dengan peralihan kuasa dan kepimpinan negara (yang berjalan secara teratur)," katanya.
4 April 2009
Gagasan Najib

Saya komited memastikan kepimpinan terus berdiri teguh bagi menghadapi krisis ekonomi yang kini melanda seluruh dunia termasuk di negara kita.
Rakyat diutamakan akan merentasi seluruh lapisan masyarakat dan kumpulan etnik di setiap pelosok tanah air. Tidak ada sesiapa yang patut merasakan diri mereka tercicir atau terpinggir daripada wacana nasional.
Najib angkat sumpah PM ke-6

*****
Najib, 55, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.
Beliau mengikut jejak Allahyarham ayahandanya, Tun Abdul Razak Hussein, yang menerajui negara dari tahun 1970 sehingga 1976 sebelum meninggal dunia akibat leukemia.
Segak berbaju Melayu hitam, Najib tiba di Istana Negara pada 9.42 pagi diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Pasangan itu kemudian memasuki Balairong Seri pada 10 pagi diikuti Abdullah dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah.
Kenamaan lain yang turut hadir termasuklah anggota Kabinet, Menteri Besar dan Yang Dipertua Dewan Negara serta Speaker Dewan Rakyat.
Seramai 319 tetamu kehormat hadir pada majlis bersejarah itu termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.
Acara penuh istiadat itu bermula apabila Tuanku Mizan dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah berangkat memasuki Balairong Seri pada pukul 10.05 pagi.
Upacara dimulakan dengan lagu Negaraku dimainkan oleh pancaragam Angkatan Tentera Malaysia.
Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Menyimpan Rahsia oleh Najib sebagai Perdana Menteri dimulakan pada 10.10 pagi.
Najib kemudian membaca ikrar mengangkat sumpah taat setia serta menyimpan rahsia sebelum menandatangani keempat-empat Suratcara Pelantikan, diikuti dengan bacaan doa selamat.
Keempat-empat Suratcara Pelantikan itu kemudiannya ditandatangani oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff sebagai saksi yang kemudiannya diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Pada majlis yang sama, Abdullah dikurniakan anugerah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) manakala Jeanne menerima anugerah Seri Setia Mahkota (SSM), kedua-duanya membawa gelaran Tun, daripada Seri Paduka.
Najib dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang, pada 23 Julai 1953 dan merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak dan Tun Rahah Mohd. Noah.
Pelantikan Najib hari ini cukup signifikan kepada sejarah negara kerana ini merupakan kali pertama anak kepada perdana menteri dilantik ke jawatan yang sama.
Karisma kepimpinannya dalam politik mula terserlah apabila beliau dilantik sebagai Ketua Pemuda Umno Bahagian Pekan pada 1976 sebelum mencatat sejarah pada tahun yang sama sebagai anggota Parlimen termuda, pada usia 22 tahun, dengan memenangi tanpa bertanding kerusi Pekan dalam satu pilihan raya kecil apabila ayahanda meninggal dunia.
Bermula dari situ, Najib secara beransur meniti kejayaan dalam bidang politik dan pentadbiran kerajaan sehingga menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri.
3 April 2009
Teks Perutusan Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Berikut adalah teks perutusan Datuk Seri Najib Tun Razak, yang disiarkan televisyen Jumaat, sempena penerimaan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia Keenam.
Raja Petra diperintah bayar RM1 juta kepada Abdul Azim
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) — Editor blog Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin, diperintah membayar ganti rugi RM1 juta kepada Bendahari Umno Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berhubung artikel berunsur fitnah yang disiarkan tahun lepas.
Penolong Kanan Pendaftar Nor Hatini Abdul Hamid memerintahkan Raja Petra membayar RM500,000 sebagai ganti rugi am, RM300,000 bagi ganti rugi teruk dan RM200,000 untuk ganti rugi teladan kepada Abdul Azim yang juga Ketua Umno Bahagian Bukit Bintang.
Nor Hatini mengeluarkan perintah itu dalam kamar semalam selepas mendengar penghujahan oleh peguam Abdul Azim, Sunil Abraham, berhubung penilaian bagi ganti rugi itu selepas Abdul Azim mendapat penghakiman tanpa kehadiran Raja Petra pada 8 Ogos tahun lepas.
Sunil memberitahu pemberita hari ini bahawa mahkamah membuat keputusan itu selepas Raja Petra gagal membela diri dan juga tidak memfailkan kenyataan pembelaan dalam kes itu.
Peralihan Kuasa Secara Aman Hadiah Berharga Kepada Rakyat
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama)-- Peralihan kuasa secara aman antara Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dianggap hadiah yang amat berharga daripada seorang pemimpin berjiwa besar kepada rakyat.
Najib warisi sifat mulia Tun Razak: Aishah Ghani

Najib angkat sumpah Perdana Menteri ke enam

YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak
Perdana Menteri Malaysia
Najib, 55, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.
Segak berbaju Melayu hitam, Najib tiba di Istana Negara pada 9.42 pagi diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Mereka berdua kemudian memasuki Balairong Seri pada 10 pagi diikuti Abdullah dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah.
Kenamaan lain yang turut hadir termasuklah anggota Kabinet, Menteri Besar dan Yang Dipertua Dewan Negara serta Speaker Dewan Rakyat.
Seramai 319 tetamu kehormat hadir pada majlis bersejarah itu termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Penyambung legasi Tun Razak
RENCANA UTAMA
Penglibatan Najib dalam politik tanpa dirancang akhirnya membawa beliau menyambung legasi keluarga Razak. Inilah kali pertama anak seorang Perdana Menteri menduduki jawatan tertinggi yang pernah dipegang oleh bapanya.

MENJADI anak kepada seorang Perdana Menteri mungkin impian ramai orang, tetapi mendapat peluang menjawat jawatan yang sama pastinya satu takdir dan pencapaian luar biasa buat empunya diri.
Itulah takdir yang tertulis buat Datuk Seri Najib Tun Razak. Jasa bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein kepada bangsa Malaysia tidak dapat dinilai dengan kata-kata, dan kini beliau berpeluang untuk menghulurkan jasa seperti yang pernah bapanya sumbangkan.
Sudah 33 tahun Tun Razak meninggalkan kita. Tempoh enam tahun memimpin dimanfaatkan oleh Allahyarham dengan menyediakan platform kukuh dari aspek pembangunan sosial, ekonomi dan fizikal negara.
Bangkit daripada pengalaman hitam 13 Mei 1969, Tun Razak bersama barisan kabinetnya merencana pelan terbaik untuk membina satu warga yang bersatu. Biarpun mereka dipisahkan oleh sempadan rumpun bangsa, bahasa dan kepercayaan yang berbeza.
Bapa Pembangunan itu juga amat sinonim dengan inisiatifnya mengukuhkan kedudukan ekonomi orang Melayu menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan pembukaan tanah-tanah rancangan Felda.
Hakikatnya, Tun Razak tidak hanya meninggalkan semua itu untuk kita. Malah, beliau mewariskan kepada negara satu lagi 'hadiah' yang tidak ternilai harganya - seorang insan bernama Najib.
Memetik tulisan yang diabadikan dalam buku berjudul Tun Abdul Razak: A Personal Portrait terbitan Utusan Publications & Distributors, di dalamnya Najib pernah berkongsi satu cerita tentang bapa kesayangannya itu:
"Masih ingat sewaktu masih kanak-kanak dulu, kami ingin sekali mempunyai sebuah kolam renang. Tetapi selepas puas menunggu selama kira-kira sebulan, permintaan itu ditolak.
"Setelah meneliti anggaran belanja yang disediakan oleh Jabatan Kerja Raya, beliau akhirnya memberitahu, 'Tidak boleh. Nanti apa pula orang kata?'
"Beliau (Allahyarham Tun Razak) berpegang kepada prinsip, hingga menidakkan banyak perkara yang diingini oleh keluarga, semata-mata supaya tiada orang bercakap mengenainya. Atas sebab itu jugalah orang melihatnya sebagai seorang yang sederhana keinginannya."
Tangga hierarki politik dalam UMNO dan kerajaan didaki oleh Tun Razak pada tahun 1950-an hingga beliau menjadi Perdana Menteri pada tahun 1970. Kini legasi itu diteruskan oleh anak sulungnya, Datuk Seri Najib.
Biarpun begitu, penglibatan Najib dalam arena politik tempatan boleh dianggap sebagai tidak sengaja.
Pemergian mendadak dan tidak terduga Tun Razak pada usia 54 tahun, iaitu pada 14 Januari 1976, akibat penyakit leukemia, telah mengubah laluan kerjaya beliau secara dramatik.
Mendapat sokongan padu daripada UMNO Pahang, kekosongan kerusi Parlimen Pekan kemudian diisi oleh Najib, graduan jurusan Ekonomi Industri dari Universiti Nottingham, England yang ketika itu baru berusia 23 tahun.
Najib sekali gus memegang rekod dipilih menjadi Ahli Parlimen termuda dalam sejarah Malaysia. Sebelum itu, beliau sempat berkhidmat di Bank Negara dan Petronas selaku Pengurus Hal Ehwal Awam.
Di kalangan pemimpin senior, tidak ramai yang yakin Najib mampu mengharungi segala sepak terajang politik nasional tanpa bekal nama gah Allahyarham bapanya. Namun, Najib membuktikan beliau berjaya berdiri di atas meritnya sendiri.

Sebenarnya nama Tun Razak hanya memberikan beliau permulaan yang hebat, tetapi apa yang dicapainya adalah liku-liku perjuangan yang terpaksa ditempuhinya sendiri.
Buktinya, anak muda itu terus diberi kepercayaan untuk memegang jawatan penting dalam kerajaan. Dalam tempoh setahun selepas bertanding kerusi Parlimen Pekan pada 1976, Najib diberi kepercayaan dengan dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos, sebelum berkhidmat selaku Timbalan Menteri Pendidikan dan Timbalan Menteri Kewangan.
Najib kemudian dipilih untuk menerajui kerajaan negeri Pahang sebagai Menteri Besar selepas pilihan raya 1982. Bintang ahli politik kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu terus bersinar apabila beliau mula memegang portfolio sebagai menteri penuh di beberapa kementerian termasuklah Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pertahanan (dua kali) dan Kementerian Pendidikan.
Benar, Najib menyambung legasi ayahnya. Namun, harus diingat bahawa mereka berdua berjuang dalam dua era yang sangat berbeza.
Tun Razak memainkan peranannya dalam zaman mengisi kemerdekaan, sedangkan Najib kini memikul tugas memastikan UMNO terus relevan dan ekonomi Malaysia terus gah di pentas antarabangsa.
"Kita tidak boleh lihat Najib dan Allahyarham Tun Razak secara tertutup. Najib pasti akan mengutamakan perpaduan selain gaya kepimpinan yang disifatkan sebagai berjiwa rakyat sebagaimana Tun Razak. Sesuai dengan pepatah Melayu, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
"Selain itu, agenda pendidikan dan ekonomi pasti akan diberi perhatian khusus di bawah kepimpinan Najib. Harus diingat juga bahawa satu realiti dalam kepimpinan ialah apabila seseorang menjadi perdana menteri, beliau pasti akan mencipta satu agenda tersendiri yang sesuai dengan kehendak zaman dan tuntutan rakyat," kata Presiden Yayasan Kajian dan Strategi Melayu, Datuk Dr. Radzi Abd. Latiff.
Pengalaman berjuang begitu lama dalam politik sehingga dilantik sebagai orang nombor satu negara sememangnya menjadi aset paling berharga buat Najib.
Sepanjang menyaksikan kepimpinan empat orang Perdana Menteri silih berganti, Najib tentunya memperoleh banyak pendedahan tentang cara terbaik menyelesaikan masalah dan memaksimumkan peluang.

Ketika ditanya mengenai hubungan antara Najib dengan Perdana Menteri sebelum ini, Radzi menyatakan saat paling signifikan kepada rakyat adalah ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Najib membuktikan beliau merupakan seorang Timbalan Perdana Menteri yang setia kepada ketuanya. Beliau tidak tergesa-gesa dan tidak pernah cuba membuktikan dirinya lebih handal. Ciri-ciri seorang pengikut yang baik sentiasa ada dalam dirinya.
"Pada masa yang sama, kita boleh lihat Najib cukup fokus untuk menyempurnakan tugas yang dipertanggungjawabkan ke atasnya. Tidak kira ketika menjawat apa-apa jawatan pun. Najib tidak melakukan sesuatu demi populariti atau bersikap retorik," katanya.
Biar apa pun tanggapan serta harapan rakyat terhadap seorang lelaki bernama Najib, yang pastinya beliau datang daripada 'benih' terbaik dan akan terus berusaha membawa Malaysia ke satu tahap yang lebih tinggi.
Terima kasih semua - Abdullah

Penghargaan itu disampaikan pada satu majlis di Sri Perdana di sini sejurus selepas beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara bagi memaklumkan hasrat meletak jawatan Perdana Menteri.
''Saya mengambil kesempatan mengucapkan berbanyak terima kasih atas sokongan kepada saya sepanjang memegang dan berkhidmat sebagai Perdana Menteri.
''Jika ada apa-apa salah dan silap, minta maaf," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pertemuan dengan kira-kira 130 kakitangan Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Pertahanan di sini.
Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Jeanne Abdullah.
Abdullah melepaskan jawatan Perdana Menteri yang disandangnya selama lima tahun lima bulan kepada timbalan beliau, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia keenam di Istana Negara pagi esok.
Pada majlis itu, Abdullah turut melahirkan penghargaan kepada kakitangan Pejabat Perdana Menteri atas khidmat yang mereka berikan sepanjang beliau bertugas.
''Saya berharap saudara-saudari dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sebaik mungkin supaya dapat maju dalam kerjaya masing-masing," katanya.
Najib angkat sumpah hari ini
Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM saiful.hasam@utusan.com.my

*****
KUALA LUMPUR 2 April – Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keenam di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, esok.
Istiadat pengurniaan suratcara pelantikan dan mengangkat sumpah serta menyimpan rahsia itu dijadual berlangsung di Balairong Seri bermula pukul 10 pagi.
Majlis bersejarah yang dihadiri semua anggota Jemaah Menteri itu akan disiarkan secara langsung oleh TV1.
Najib yang mengambil alih jawatan Presiden UMNO daripada Abdullah pada Perhimpunan Agung parti minggu lalu, dijangka mengumumkan senarai menteri Kabinet pada Rabu depan.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dalam kenyataannya hari ini mengumumkan Tuanku Mizan telah memperkenankan pelantikan Najib sebagai Perdana Menteri.
Selepas upacara angkat sumpah, pada sebelah petang, Abdullah yang menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri pada 30 Oktober 2003 dijadual menyerahkan nota serah tugas kepada Najib di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.
Selain dihadiri anggota Jemaah Menteri turut dijadual bersama pada majlis berkenaan ialah Mohd. Sidek dan semua ketua setiausaha kementerian.
Najib kemudiannya akan menyampaikan ucapan sulungnya kepada kakitangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) sejurus majlis penyerahan nota serah tugas itu selesai.