30 Mac 2008

Sengihlah sepuas-puasnya.


Kusyuk berdoa ke dok khayal 'Aku lah MB dah... sengihlah kau Mat Said Mat Yeh.

23 Adun hadir majlis hari ini


Bodek jangan tak bodek...

KUALA TERENGGANU: Semua 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Terengganu, termasuk bekas Menteri Besar, Datuk Idris Jusoh, akan menghadiri istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar di Istana Maziah, di sini hari ini.
Pada majlis yang dijadualkan bermula jam 9 pagi itu, Adun Kijal, Datuk Ahmad Said, akan mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar di hadapan Pemangku Sultan Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Istiadat mengangkat sumpah itu hanya untuk jawatan Menteri Besar. Satu lagi istiadat mengangkat sumpah akan diadakan untuk ahli Exco Kerajaan Negeri selepas Ahmad membuat pelantikan mereka dalam tempoh terdekat.

"Semua 23 Adun BN akan hadir esok (hari ini),” kata Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Rosol Wahid, ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Sambutan Ketibaan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dari ibu negara di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini semalam.
Ketibaan baginda di LTSM disambut anggota Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Laksamana Raja Tengku Sulaiman Sultan Ismail.
Turut menyambut baginda ialah Ahmad; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Farid Wan Salleh, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail; Adun BN negeri, ketua jabatan dan pegawai kanan kerajaan negeri.
Setengah jam sebelum itu, Pemangku Raja Terengganu yang juga putera sulung baginda, Tengku Muhamad Ismail, tiba di LTSM juga menaiki pesawat khas diiringi anggota MPPR yang juga bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman yang turut disertai tiga lagi anakanda baginda iaitu Tengku Nadhirah Zahra, 12, Tengku Muhammad Mua'az, 8, dan Tengku Fatimatuz Zahra', 6.
Pelantikan Menteri Besar Terengganu menimbulkan kontroversi apabila Ahmad, 51, menerima watikah perisytiharan pelantikan daripada MPPR dalam satu upacara tertutup di Istana Tetamu di sini, pada 23 Mac lalu.
Dua hari selepas menerima watikah itu, Ahmad memulakan tugas sebagai Menteri Besar di Wisma Darul Iman, tetapi beliau tidak masuk ke pejabat Menteri Besar di tingkat 16, sebaliknya hanya masuk ke pejabatnya yang lama iaitu ketika beliau menjadi ahli Exco pada penggal lalu.
Bagaimanapun, pelantikan Ahmad itu telah dipertikaikan oleh beberapa pihak, termasuk 22 Adun BN yang sebulat suara menyokong Idris sebagai Menteri Besar untuk penggal kedua, malah ada di antara mereka menyatakan kesediaan meletak jawatan sebagai Adun jika Idris tidak dilantik semula.
Rosol berkata, beliau menerima keputusan pelantikan Ahmad dengan hati terbuka dan berharap melaluinya Umno akan kembali bersatu demi kebaikan rakyat Terengganu keseluruhannya.
"Seperti yang saya kata sebelum ini, kami menerima keputusan dengan hati terbuka dan mendoakan agar dengan keputusan ini Umno kembali bersatu untuk kebaikan rakyat negeri ini.
"Ini adalah satu titik pertemuan yang cukup bermakna selepas kemelut yang berlarutan lebih dua minggu, Alhamdulillah Allah SWT dah buka satu ruang dan jalan untuk kita kembali bersatu," katanya.
Beliau berkata, ada rahmat di sebalik kemelut dan kejadian yang berlaku serta perlu akur dengan setiap ketentuan.
"Bak kata pepatah carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum juga," katanya.
Sementara itu, lebih 15,000 orang membanjiri perkarangan dan sekitar kawasan LTSM sejak jam 7 pagi untuk menyambut kepulangan Tuanku Mizan.
Baginda pulang ke Terengganu untuk menyertai FEI/ISN/EAM-Malaysia Endurance Circuit 2008 di Terengganu International Endurance Park, Lembah Bidong yang berlangsung jam 4 petang semalam.
Sambutan keberangkatan pulang Tuanku Mizan dianjurkan Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) bagi menyatakan sokongan tidak berbelah bagi rakyat terhadap baginda.
Laungan ‘Daulat Tuanku' daripada rakyat jelata yang menyambut kepulangan baginda turut bergema di LTSM sebaik saja pesawat khas yang membawa baginda mendarat kira-kira jam 10 pagi.
Rakyat di negeri ini juga turut memasang riben kuning pada kenderaan sebagai melahirkan tanda sokongan terhadap baginda
Beberapa jalan di bandar ini, turut sesak terutama di Jambatan Sultan Mahmud sejak jam 8 pagi berikutan beribu-ribu kenderaan bersesak menghala ke LSTM untuk menyambut keberangkatan pulang Tuanku Mizan.
- Utusan Malaysia 29/Mac/2008

29 Mac 2008

Raja Adil Raja Disembah

Institusi raja merupakan lambat kedaulatan bangsa Melayu sejak zaman berzaman. Bagaimana bangsa Melayu menpertahankan kedaulatan raja-raja semestinya memberi keinsafan kepada institusi ini yang bukan sahaja didaulatkan sebegini rupa dengan kemewahan yang tiada tolak banding.
Persoalannya sekarang, adakah pihak istana membalas setimpal dengan apa yang telah rakyat korbankan?
Berlajarlah dari kejatuhan institusi raja-raja dalam sejarah dunia. Berapa buah negara hari ini yang masih beraja? Kalau ada cuma sebagai boneka.
Kita perlu menilai semula kekebalan institusi ini kalau ia sering merugikan Bangsa, Agama dan Negara.
"Selamat Aman dan Makmur"

26 Mac 2008

Idris Sedia Terima Apa Jua Keputusan Pucuk Pimpinan

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Jerteh, Datuk Seri Idris Jusoh berkata beliau bersedia menerima apa jua keputusan pucuk pimpinan berhubung kedudukan Menteri Besar Terengganu demi kebaikan rakyat.Idris yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu berkata keputusan itu termasuk tidak dilantik semula sebagai menteri besar.Bagaimanapun, beliau berkata keputusan itu hendaklah dibuat berasaskan kepada prinsip demokrasi berparlimen dan Raja berpelembagaan yang diamalkan di negara ini."Saya redha dengan apa jua keputusan dan hormati konsep demokrasi berparlimen dan Raja berperlembagaan...saya terima apa juga keputusan untuk kebaikan rakyat," katanya kepada pemberita berhubung kemelut pelantikan Menteri Besar Terengganu di Saujana Golf Subang dekat sini hari hari.Beliau juga sedia memohon maaf kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin yang juga Sultan Terengganu, jika diberi peluang menghadap, bagi menyelesaikan isu pelantikan itu yang tidak menguntungkan mana-mana pihak."Bila-bila masa, saya sanggup menghadap Tuanku dan mohon maaf," katanya.Krisis pelantikan Menteri Besar Terengganu bermula apabila pihak Istana tidak melantik semula Idris sebagai Menteri Besar dan digantikan dengan Adun kawasan Kijai Datuk Ahmad Said, walaupun Idris mendapat sokongan 22 Adun Barisan Nasional (BN) yang lain.Ahmad, 51, menerima watikah pengisytiharan pelantikan sebagai Menteri Besar Terengganu daripada Majlis Penasihat Pemangku Raja dalam satu upacara tertutup di Istana Tetamu di Kuala Terengganu, Ahad lepas.Pelantikan itu sekaligus mengenepikan Idris selaku pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu yang sebelum ini mendapat watikah pelantikan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadi Menteri Besar bagi penggal kedua.Mengulas lanjut, Idris berkata kali terakhir beliau diberikan peluang menghadap Tuanku Mizan ialah pada 23 Feb lepas bagi mengemukakan senarai calon yang akan bertanding pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.Idris berkata beliau mempunyai hubungan yang baik dengan Tuanku Mizan.Beliau enggan mengulas mengenai pandangan sesetengah pihak bahawa tindakan 23 Adun BN membantah pelantikan Ahmad yang dipilih pihak Istana sebagai menderhaka kepada Raja.Idris juga menasihatkan semua pihak supaya bersikap rasional dan bertenang.-- BERNAMA 25/Mac/2008