28 Julai 2009

ADUN BN buat laporan polis terhadap Sivakumar

[Bernama - 28/07/2009 5:48pm]
IPOH 28 Julai - Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) hari ini membuat laporan polis terhadap bekas Speaker yang juga ADUN Tronoh, V. Sivakumar kerana menggunakan kepala surat rasmi Yang Dipertua Dewan Negeri Perak.
Pengerusi Kelab Penyokong BN, Datuk Nadzri Ismail berkata, tindakan Sivakumar melakukan perbuatan itu adalah kesalahan yang serius dan berunsur jenayah.
“Kami menggesa pihak berkuasa menyiasat dan seterusnya mengambil tindakan segera bagi membendung salah laku seperti ini... seperti biasa Sivakumar dan gerombolan daripada pakatan pembangkang bertindak mengikut ’undang-undang rimba’.
“Mereka telah mengenepikan proses bertamadun dan tindakannya itu adalah satu tindakan ’penyamaran’ yang merupakan perlakuan jenayah,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.
Nadzri yang juga ADUN Manjoi berkata, Sivakumar tidak mempunyai sebarang hak untuk memanggil mana-mana individu ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan kerana beliau bukan lagi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan bukan juga pengerusi jawatankuasa berkenaan.
#

Al-Kisah Nyanyuk Bonggok

Tok Guru ke ini macam? Kajilah sejarah Islam dari Nabi Adam AS hingga Nabi Muhammad SAW adakah manusia jenis ini digelar Tok Guru? Tok Guru keluk kelik!

'Pergi jahanamlah UMNO' - Nik Aziz

[Utusan - 27/07/09]
Oleh AZRAN FITRI RAHIM azran.rahim@utusan.com.my
Nik Aziz... Dahlah nyanyuk bonggok... gila pulok dah!
.....
KOTA BHARU 27 Julai - ''Salam ini bukan di antara UMNO dengan Pas, tetapi antara kerajaan Kelantan dan Pusat, tak timbul masalah UMNO ini, pergi jahanamlah UMNO.''
Demikian reaksi Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika diminta menjelaskan lebih mendalam mengenai 'salam' yang dihulurkan beliau kelmarin.
Malah, Mursyidul Am Pas itu tetap dengan pendiriannya menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan UMNO kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam.
Beliau berkata, kesediaan untuk bekerjasama disebabkan negara ini mengamalkan sistem persekutuan dan di antara kerajaan negeri atau Pusat mempunyai kewajipan masing-masing.
"Sistem yang diamalkan kita ialah federalisme, bukan kerana apa, Pusat ada kewajipan kepada negeri dan negeri ada kewajipan kepada Pusat.
"Kerana apa nak sekat (peruntukan dan kerjasama), ada menteri sekat pegawainya beri kerjasama dengan kementeriannya, ini bukan menteri," katanya kepada pemberita selepas melawat Taman Ternakan sempena Hari Peladang peringkat di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas pandangan pelbagai pihak terhadap kenyataannya sebelum ini yang mahukan sebarang sengketa di antara kerajaan negeri dan Pusat diselesaikan demi kepentingan rakyat.
Kenyataan itu juga disambut baik oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengalu-alukan kesediaan Nik Abdul Aziz untuk menjalin hubungan baik dengan Kerajaan Pusat.
Nada Nik Aziz amat berbeza dengan kenyataannya pada kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai yang menyamakan UMNO sebagai tunjang utama kepada Barisan Nasional (BN) dengan ajaran sesat Ayah Pin dan pengganas komunis, Chin Peng.
Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz turut mempertikaikan tindakan Kerajaan Pusat yang tidak menyalurkan terus peruntukan kepada kerajaan negeri untuk membangunkan negeri ini kerana ia jelas melanggar Perlembagaan.
"Memang tidak ada dalam Perlembagaan, negeri pembangkang dihalang oleh Pusat, apa kata kalau parti lain kuasai Pusat.
"Kami juga buat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan halang peruntukan, tujuan apa tak bagi duit terus kepada kerajaan," jelasnya.
Katanya lagi, walau apa sekali pun, Kerajaan Pusat perlu membantu kerajaan negeri kerana ia termaktub dalam Perlembagaan di bawah sistem federalisme.
"Negeri ini bukan hak UMNO, kalau tak bantu, dia kena bantu negeri ini bukan dengan sukarela, tetapi dengan Perlembagaan.
"Kalau tak buat kita gulinglah. Pandailah kita guling, misal yang selalu saya kata, nak pergi ke Kuala Krai, tapi pemandu bawa bas ke Terengganu. Adakah boleh dengan riuh rendah sahaja. Kita kena tolak pemandu ambil stereng dan pandailah kita buat," katanya.
#

25 Julai 2009

191 UMNO bahagian diarah anjur program penerangan setiap bulan

[Utusan - 25/07/09]
JOHOR BAHRU 24 Julai – Kesemua 191 UMNO bahagian di seluruh negara diarah menganjurkan sekurang-kurangnya satu program penerangan setiap bulan.
Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, program penerangan mengenai isu-isu semasa kepada rakyat itu akan dilaksanakan bulan depan.
‘‘Ini bermakna sebanyak 191 program akan dianjurkan setiap bulan khususnya di kawasan-kawasan UMNO mengalami kekalahan pada pilihan raya lalu,’’ katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sesi penerangan bersama empat peringkat UMNO Johor di sini hari ini.
Katanya, program penerangan wajar dianjurkan dengan lebih kerap agar UMNO dapat menawan kembali kawasan-kawasan terbabit.
Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya akan mengeluarkan surat arahan kepada Biro Penerangan UMNO bahagian di setiap negeri mengenai arahan itu pada minggu hadapan.
Mengenai sejauhmana program itu akan dilaksanakan, Ahmad berkata, UMNO menyedari kerja-kerja parti seumpama itu dilakukan secara sukarela.
‘‘Tetapi kalau kita tidak bekerja kuat, UMNO tidak dapat diperkasakan dan orang ramai tidak akan mendapat penjelasan isu-isu semasa.
‘‘Kita meminta semua bahagian seluruh negara mengadakan sekurang-kurangnya satu program dan bagi bahagian yang ingin mengadakan lebih daripada satu program, kita akan mencadangkan ceramah umum di tepi jalan besar dan pada bulan seterusnya di peti undi yang berlainan pula,” jelasnya.
Ahmad memberitahu, pihaknya menyerahkan kepada ketua penerangan bahagian untuk menganjurkan program itu secara bersepadu bersama ketua penerangan Pemuda, Wanita dan Puteri.
Jelas beliau, antara program yang boleh diadakan adalah ceramah umum, ceramah kelompok, forum isu semasa, bengkel atau kursus, tazkirah atau kuliah, dialog bersama jabatan dan agensi kerajaan.
Katanya, program lain ialah pelancaran laman web, buletin penerangan, kempen kain rentang, pertandingan pidato, menulis esei, khemah kerja, kembara masuk kampung dan kelas bimbingan.
#

SPRM terima maklumat

[Utusan - 25/07/09]
KUALA LUMPUR 24 Julai – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menerima maklumat mengenai sebuah laman blog yang mendedahkan dakwaan penyelewengan seorang Exco kerajaan negeri Selangor yang mempunyai kaitan dengan kematian Teoh Beng Hock.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed yang mengesahkan perkara itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
‘‘Saya ada dimaklumkan berhubung laman blog itu namun saya belum lagi melihatnya,’’ katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Laman blog http://www.t4tbh.blogspot.com dalam pendedahannya hari ini mendakwa berlaku penyelewengan lebih 300 projek kecil bernilai ratusan ribu ringgit di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Exco berkenaan.
Dakwa laman blog itu, Exco berkenaan dikatakan telah mencipta projek, syarikat dan invois palsu bagi membolehkan mereka mengeluarkan peruntukan ADUN sebanyak RM500,000.
“Ini sebenarnya kes kecurian kerana jika rasuah, seseorang itu memperoleh duit secara haram daripada individu yang lain,” dakwa blog itu.
Antara lain, blog itu mendakwa seorang individu telah memperoleh sehingga 84 projek berlainan bernilai lebih RM200,000 secara rundingan terus bagi tahun 2008 di kawasan DUN Exco tersebut.
Penulis blog itu yang hanya mahu dikenali sebagai ‘T4TBH’ atau ‘truth for Teoh Beng Hock (kebenaran untuk Teoh Beng Hock)’ turut mendakwa mendiang telah meninggalkan salinan bukti berupa senarai lebih 300 projek kecil tersebut.
“Bagi menyelamatkan diri, Beng Hock telah membuat salinan semua dokumen, lengkap dengan nama syarikat yang mempunyai kaitan langsung dengan parti pembangkang dan Exco Selangor.
“Mendiang kemudiannya meninggalkan maklumat lengkap mengenai aktiviti penyelewengan tersebut yang disimpan di dalam cakera keras kepada seseorang,” dakwa blog itu lagi.
Dalam pada itu, Pengerusi DAP Selangor, Ean Yong Hian Wah menafikan dakwaan beliau terlibat dalam aktiviti mengelapkan wang peruntukan pembangunan ADUN.
Katanya, dakwaan tersebut yang disiarkan dalam laman blog hari ini adalah tidak berasas dan satu cubaan untuk memburukkan imej beliau serta ADUN DAP di Selangor.
“Saya nak jelaskan dakwaan dalam blog mengenai saya adalah tidak benar, tidak berasas dan hanya mahu memburukkan nama saya serta ADUN pakatan pembangkang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Hian Wah yang juga Exco kerajaan negeri menjelaskan mungkin ada pihak tertentu yang mahu mengenakannya dengan mengambil kesempatan atas kejadian yang menimpa Beng Hock.
#

24 Julai 2009

Nik Aziz Akui Pegang Lilin Meragukan Tetapi Bukan HaramBy

[Bernama - 23 Julai, 2009 23:43 PM]
KOTA BAHARU, 23 Julai (Bernama) -- Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui perbuatan memegang lilin di majlis memperingati kematian orang bukan Islam adalah "sesuatu yang meragukan" tetapi berpendapat perbuatan itu tidak haram di sisi Islam.
Beliau mengulas tindakan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin yang memegang lilin dalam majlis memperingati kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik kepada seorang anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor.
Menteri Besar Kelantan itu juga menegaskan perbuatan itu tidak bercanggah dengan agama jika umat Islam dapat membezakan antara adat resam dan budaya dengan agama sesuatu kaum."Tapi saya, selalu (apabila) orang (beragama) Hindu jemput saya pergi ke majlis dia, Cina jemput pergi majlis dia, saya akan tanya ini agama ke atau adat resam.
"Saya kata kalau agama saya tak boleh pergi tapi kalau adat resam saya boleh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan 2009 di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV, di sini, Khamis.
Sebelum itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa dalam laporan akhbar mempertahankan tindakan Mohd Nizar dengan menyatakan ia tidak menyalahi ajaran Islam manakala Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pula mahukan ulama Pas mengeluarkan satu fatwa berhubung tindakan Mohd Nizar itu.Nik Abdul Aziz berkata, lilin ini sudah menjadi budaya kepada orang Melayu di mana anak-anak turut menggunakan lilin sewaktu menyambut hari jadi dan ia sudah menjadi perkara biasa dalam masyarakat sekarang.
"Jadi lilin digunakan sebagai satu simbolik untuk masalah umur," katanya.
Sementara itu, ketika ditanya pandangannya mengenai tindakan seorang model yang rela dirotan selepas didapati bersalah kerana minum arak oleh Mahkamah Majistret Kuantan kelmarin, Nik Aziz berkata tindakan itu wajar kerana menunjukkan pesalah terbabit sudah insaf.
Menurutnya, jika model itu boleh menerima hukuman sebat, maknanya dia sudah terlepas hukuman di akhirat dan ini bertepatan dengan langkah Pas mahu melaksanakan hukum hudud.
Catatan:
Kalau puak dia semua HALAL! Kalau dah nyanyuk...

23 Julai 2009

Nizar sepatutnya tidak hadir nyalakan lilin – Dewan Ulama Pas

[Utusan - 23/07/09]
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 22 Julai – Dewan Ulama Pas menyifatkan majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lalu yang turut disertai oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai meragukan.
Sehubungan itu Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu sepatutnya tidak hadir pada majlis tersebut kerana sifatnya yang meragukan itu.
Menurutnya, Rasulullah sendiri amat menitikberatkan perkara berkenaan seperti sabdanya yang bermaksud tinggalkan perkara yang engkau ragu dan ambillah perkara yang engkau tidak ragu.
“Hadis ini menyuruh kita meninggalkan perkara-perkara yang meragukan iaitu sesuatu yang hukumnya tidak jelas sama ada halal atau haram. Seperti majlis ini adakah ini upacara agama atau sebaliknya?
“Sebenarnya Pas telah pun membuat satu garis panduan bahawa majlis-majlis yang meragukan tidak harus dihadiri oleh pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli kita,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan Mohammad Nizar menyertai majlis menyalakan lilin anjuran DAP Perak semasa memperingati kematian Beng Hock di Ipoh, Jumaat lepas dan gambar majlis itu disiar oleh New Straits Times pada Sabtu lepas.
Bagaimanapun Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa dalam laporan akhbar hari ini mempertahankan tindakan Mohammad Nizar dengan menyatakan ia tidak menyalahi ajaran Islam.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir pula ketika mengulas isu itu telah meminta ulama Pas mengeluarkan satu fatwa berhubung tindakan Mohammad Nizar.
Dalam pada itu, Harun berkata, beliau tidak pasti sama ada Mohammad Nizar sedar atau tidak mengenai garis panduan berkenaan.
“Ini bukan satu fatwa tetapi inilah ketetapan atau garis panduan yang telah kita putuskan selama ini.
#

16 Julai 2009

Ahmad Said tidak rombak barisan Exco Terengganu

[Utusan - 16/07/09]
KUALA TERENGGANU 15 Julai - Menteri Besar, Datuk Ahmad Said hari ini menafikan spekulasi kononnya akan berlaku rombakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).
"Saya tidak pernah merancang untuk merombak kedudukan Exco sedia ada malah berpuas hati dengan prestasi yang mereka tunjukkan.
"Bagaimana kita hendak rombak Exco yang baru pegang jawatan dua tahun, kita tidak boleh menilai prestasi mereka berdasarkan tempoh ini," katanya selepas mempengerusi mesyuarat Exco di Wisma Darul Iman di sini hari ini.
Beliau mengulas khabar angin akan berlaku rombakan Exco negeri ekoran terdapat anggotanya yang gagal melaksanakan tugas dengan baik.
Ahmad berkata, prestasi ahli-ahli Exco akan dinilai selepas satu penggal melaksanakan tugas masing-masing.
"Kita tidak boleh menilainya sekarang kerana tahun pertama adalah tahun bulan madu, tahun kedua adalah tahun perancangan. Jadi tidak adil kita menilai dalam tempoh ini," ujarnya.
Ahmad berkata, beliau memberi peluang selama satu penggal untuk melaksanakan tugas sebelum melihat sejauh mana prestasi ahli EXCO terbabit.
#

15 Julai 2009

9 ditahan cuba tukar agama pelajar Islam

KUALA LUMPUR: Seorang peguam berkata, polis menahan sembilan penganut Kristian kerana cuba menukar agama penuntut Islam di sini, semalam.
Annou Xavier, yang mewakili suspek terbabit berkata, semua mereka bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan.Kegiatan menukar agama orang Islam adalah satu kesalahan jenayah yang serius di negara ini.
Xavier berkata, polis menahan sembilan suspek terbabit di sebuah bilik asrama sebuah univeristi berdekatan Kuala Lumpur, lewat semalam.
Xavier berkata, suspek terbabit sebenarnya melawat rakannya tetapi salah seorang daripada penuntut beragama Islam terbabit membuat laporan polis bahawa mereka cuba dipengaruhi untuk menukar agama.
- AFP

PENCEMARAN ...

Seekor ikan ditemui menggelupur di gigi air kawasan pertembungan Sungai Nilai dan Sungai Labu di Sepang semalam, mungkin disebabkan airnya tercemar. Ikuti laporan khas di dalam Utusan Malaysia mengenai air Sungai Labu yang dicemari ammonia. - Utusan

'Rintis penyatuan Melayu'

[Utusan - 15/07/09]
Oleh ANI AWANG pengarang@utusan.com.my
IPOH 14 Julai - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah mahu usaha penyatuan umat Melayu dirintis bagi membina keupayaan kaum itu dalam semangat serumpun bangsa dan sealiran agama.
Bagi memastikan hasrat murni itu tercapai, baginda bertitah semua pihak harus mengetepikan kesetiaan kepada individu atau kumpulan.
"Berpijaklah kepada kenyataan, berpandulah kepada akal fikiran. Semarakkan semangat silaturahim, hayati semangat bermaaf-maafan, bahawa Melayu itu bangsamu dan Islam itu agamamu.
"Bersatulah dalam semangat dan roh agama suci Islam yang sama-sama mengakui hakikat keesaan Allah, Tuhan yang satu dan Nabi Muhammad SAW itu ialah Rasul Junjungan, al-Quran itu kitab pegangan dan secara bersama menghadap kiblat melakukan ibadat sembahyang, serta menerima orang Islam itu sebagai saudara," titahnya.
Baginda menyatakan demikian dalam titah utama bertajuk Islam dan Melayu: Modal Pengupayaan Umat pada majlis perasmian Muzakarah Cendekiawan Islam 2009 oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Dewan Bankuet bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.
Raja Nazrin menegaskan, budaya berpolitik yang sedang berlaku menyebabkan ketaksuban baru sehingga menjelma budaya assabiyah, yang mengutamakan kesetiaan kepada kumpulan berbanding kelangsungan ummah.
Titah baginda, keadaan itu akhirnya menyebabkan Melayu Islam terperangkap dalam perlumbaan mencari kesalahan dan kelemahan antara satu sama lain.
Lebih malang lagi, menurutnya, apabila kata-kata yang diungkapkan mahupun tindakan yang dilakukan, semakin hari semakin mengheret bangsa jatuh ke lembah.
"Akibatnya modal pengupayaan umat menjadi semakin lemah. Berapakah ketirisan yang akan terus berlaku lagi? Berapa ramai lagi yang tergamak menjadi pelakon opera, memakai topeng Islam dan topeng Melayu, mempersendakan umat, memperdaya bangsa demi memenuhi nafsu sendiri?" titah baginda.
Raja Nazrin mengingatkan, jika perkara itu terus berlaku maka bangsa Melayu hanya menghitung hari untuk kehilangan tampuk kuasa.
"Jika pertelingkahan terus memuncak, jika perbalahan terus berlanjutan akan bertambah binasalah bangsa dan pada akhirnya tidak ada lagi pihak yang menang.
"Ini kerana yang menang telah menjadi arang sementara yang kalah menjadi abu," titahnya.
Baginda bertitah, umat Melayu Islam kini sedang menghadapi cabaran besar menyentuh identiti, maruah, martabat dan kelangsungan bangsanya.
"Melayu dan Islam adalah dua ramuan sakti yang amat penting untuk disatukan dalam hasrat membina modal keupayaan umat yang kuat.
"Namun, bilangan Melayu Islam di bumi ini bukannya ramai. Melayu Islam yang berilmu, yang profesional, yang kaya, yang memiliki sifat-sifat personaliti melangit jauh lebih kecil.
"Pemisahan Melayu dan Islam dalam kafilah yang berbeza, masing-masing di bawah kepimpinan yang enggan bertemu, semestinya menambahkan lagi kelemahan ummah," titah baginda.
Lebih malang lagi, menurutnya, apabila kata-kata yang diungkapkan mahupun tindakan yang dilakukan, semakin hari semakin mengheret bangsa jatuh ke lembah.
“Akibatnya modal pengupayaan umat menjadi semakin lemah. Berapakah ketirisan yang akan terus berlaku lagi? Berapa ramai lagi yang tergamak menjadi pelakon opera, memakai topeng Islam dan topeng Melayu, mempersendakan umat, memperdaya bangsa demi memenuhi nafsu sendiri?” titah baginda.
Raja Nazrin mengingatkan, jika perkara itu terus berlaku maka bangsa Melayu hanya menghitung hari untuk kehilangan tampuk kuasa.
“Jika pertelingkahan terus memuncak, jika perbalahan terus berlanjutan akan bertambah binasalah bangsa dan pada akhirnya tidak ada lagi pihak yang menang.
“Ini kerana yang menang telah menjadi arang sementara yang kalah menjadi abu,” titahnya.
Baginda bertitah, umat Melayu Islam kini sedang menghadapi cabaran besar menyentuh identiti, maruah, martabat dan kelangsungan bangsanya.
“Melayu dan Islam adalah dua ramuan sakti yang amat penting untuk disatukan dalam hasrat membina modal keupayaan umat yang kuat.
“Namun, bilangan Melayu Islam di bumi ini bukannya ramai. Melayu Islam yang berilmu, yang profesional, yang kaya, yang memiliki sifat-sifat personaliti melangit jauh lebih kecil.
“Pemisahan Melayu dan Islam dalam kafilah yang berbeza, masing-masing di bawah kepimpinan yang enggan bertemu, semestinya menambahkan lagi kelemahan ummah,” titah baginda.
#

11 Julai 2009

100 hari sebagai PM, Najib buat 11 pengumuman mesra rakyat

[Bernama - 11/07/09]

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menanam pokok Doa selepas menyampaikan amanatnya pada majlis 100 Hari Najib Bersama Rakyat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini. Turut hadir Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiusaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan. - Foto Abdullah Yusof
......

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak, hari ini membuat 11 pengumuman "mesra rakyat" sempena genap 100 hari beliau menjadi Perdana Menteri, antaranya pemberian diskaun kepada pengguna jalan bertol, peluang pemilikan rumah untuk golongan berpendapatan rendah, pengurangan caj bayaran latihan penunggang motosikal serta satu tabung unit amanah baru.

Berucap di majlis "100 Hari Najib Bersama Rakyat" di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, Perdana Menteri berkata, bagi meringankan beban pengguna lebuh raya yang menggunakan kad prabayar Smart Tag dan Touch n Go yang membayar tol 80 kali atau lebih sebulan, mereka akan layak menerima diskaun 20 peratus.

Najib berkata, ini adalah satu keputusan atau penyelesaian sementara saja, sementara menunggu kajian keseluruhan mengenai kadar tol yang menurutnya akan mengambil masa.Katanya, beliau pernah diberitahu seorang pengguna jalan bertol yang dirinya terpaksa membayar tol lebih kurang RM300 sebulan manakala gaji bulanannya RM3,000, yang menurut Perdana Menteri:

"Orang ini hanya mendapat gaji 11 bulan saja setahun, kerana gaji satu bulan lagi habis dibelanjakan untuk pembayaran tol setahun."Ini (diskaun) saya percaya akan memberi kelegaan pada rakyat terutamanya yang menggunakan jalan tol setiap hari," katanya yang disambut dengan tepukan gemuruh lebih 5,000 hadirin di dalam dan luar pusat konvensyen itu yang penuh sesak.

Dalam ucapan hampir 50 minit yang dimulakan tepat jam 11.11 pagi yang menandakan 11 Julai, genap 100 hari menjadi Perdana Menteri selepas dilantik pada 3 April lalu, Najib juga mengumumkan bahawa penyewa rumah di bawah Program Perumahan Rakyat di Wilayah Persekutuan akan diberi peluang dan pilihan untuk membeli rumah di bawah program itu.Katanya, sejumlah 44,000 unit rumah ditawarkan yang memberi peluang golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.

Satu lagi pengumuman mesra rakyat Perdana Menteri membabitkan masyarakat penjaja dan peniaga kecil, di mana mereka akan menikmati potongan 50 peratus bagi pembaharuan lesen dan lesen baru.Najib berkata, ini sebagai memenuhi permohonan Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia bagi pengurangan bayaran lesen yang dikemukakan kepada beliau pada satu majlis di Tanjung Karang, Selangor bulan lalu.

"Ini akan memberi banyak kelegaan... saya harap negeri-negeri lain akan ikut langkah di Wilayah Persekutuan ini. Mudah-mudahan (bayaran) lesen-lesen lain juga akan dikurangkan," katanya.Selain itu, Najib turut mengumumkan bahawa kerajaan akan menambah 3,000 lagi permit teksi untuk individu dalam masa tiga bulan ini, pertambahan daripada 7,000 permit teksi individu yang sudah diberikan setakat ini.

Menurut Perdana Menteri, dasar membantu pemandu teksi dibuat memandangkan pada masa sekarang terdapat ramai pemandu teksi yang terpaksa menyewa harian dengan pembayaran seperti RM50 sehari, di samping kos lain seperti minyak.

Najib juga mengumumkan bahawa caj bayaran latihan untuk penunggang motosikal kelas B2 iaitu 250 cc ke bawah dikurang menjadi RM211 seorang.Menurutnya, beliau mendapati ramai penunggang terutama anak-anak muda yang "ke hulu dan ke hilir dengan motosikal kapcai" tidak memiliki lesen memandu kerana kos mendapatkan lesen termasuk latihan adalah tinggi, di antara RM500-RM700 seorang.

"Selepas berunding dengan sekolah-sekolah memandu, caj (kadar) bayaran latihan (belajar) dikurang kepada RM211. Dan berdasar riak tadi, saya membayangkan memang tepat keputusan tadi," katanya sebagai mengulas reaksi tepukan gemuruh daripada ramai hadirin sebaik saja beliau mengumumkan pengurangan itu.

Perdana Menteri juga mengumumkan bahawa menjelang 2010, seramai 10,000 isi rumah miskin tegar di bandar akan diberi 10,000 unit Skim Amanah Saham Wawasan untuk isi rumah di bawah senarai E-Kasih dalam usaha memerangi kemiskinan bandar.

Najib juga berkata, satu lagi tabung unit amanah baru dinamakan "Amanah Saham 1Malaysia" akan dilancarkan sedikit masa lagi dengan saiz sehingga 10 bilion unit.Ia dibuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, katanya.

Najib juga mengumumkan peruntukan skim TEKUN ditambah RM150 juta lagi dan juga mengumumkan peruntukan RM15 juta khusus untuk program pembangunan usahawan muda kaum India di negara ini.

Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan akan mengambil langkah drastik ke arah mengurangkan jenayah dan rasuah di negara ini, dan maklumat mengenainya akan diumumkan hujung bulan ini.

Satu lagi pengumuman mesra rakyat Perdana Menteri hari ini, adalah berkaitan pendaftaran kelahiran, yang menurutnya ramai juga yang lambat mendaftarkan kelahiran dan kerajaan akan terus mempergiatkan usaha memperbaiki keadaan itu.

Najib berkata, di Sabah, sejak 2005, sebanyak 36,000 permohonan pendaftaran telah diterima dan daripada jumlah itu 92 peratus diluluskan.Di Sarawak pula, sejak 2005, sebanyak 19,000 permohonan telah diterima dan dari jumlah itu, 80 peratus permohonan telah diluluskan.

Dalam pengumuman mengenai kewarganegaraan pula, Najib mengumumkan bahawa jumlah permohonan tertangguh pada 1 November 2008 adalah sebanyak 34,000, dan sehingga bulan lalu, sebanyak 46 peratus telah selesai dibuat keputusan dan usaha akan dipergiatkan lagi untuk menyelesaikan baki permohonan.

Di majlis itu, Najib turut membuat pengumuman mengenai infrastruktur luar bandar di Sabah dan Sarawak, dan menurutnya kerajaan akan menggandakan pembinaan jalan luar bandar di kedua-dua negeri, daripada 750 kilometer yang dibina di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sekarang kepada 1,500 kilometer dalam tempoh RMK-10.

Dalam konteks infrastruktur ini, Najib juga berkata, liputan bekalan air minum yang kini berada pada tahap 52 peratus di Sabah dan 61 peratus di Sarawak, akan dipertingkatkan, begitu juga bekalan elektrik, dan pengumuman mengenainya akan dibuat hujung bulan ini.

Najib yang menyifatkan majlis hari ini sebagai "perjumpaan yang sangat bersejarah" berkata keputusan-keputusan yang dibuat itu adalah "keputusan istimewa untuk rakyat Malaysia".

"Saya ingin mengajak tuan-tuan dan puan-puan serta anak-anak muda sekalian untuk bersama-sama saya melakar masa depan Malaysia yang menjanjikan peluang yang lebih baik dan adil untuk semua dengan satu harapan," katanya.
- #

Najib hadiri majlis ijtimak

[Bernama - 11/07/2009 8:17pm]
NILAI 11 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menghadiri majlis Ijtimak di sebuah tanah lapang di sini.
Najib yang tiba di majlis itu pada 5.10 petang bersembahyang Asar sebelum beramah mesra dengan jemaah lain serta bermuzakarah mengenai soal agama dengan para ulama.
Kira-kira 100,000 pendakwah dari lebih 40 buah negara menghadiri perhimpunan itu yang diadakan di tanah lapang bersebelahan dengan Masjid Kuarters KLIA, di sini.
Perhimpunan tiga hari itu berakhir esok.
- #

9 Julai 2009

Jangan Permainkan Islam Dengan Politik

[UMNO Online - 09 Jul 2009]
KUALA LUMPUR, 9 Julai – Kenyatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan pertandingan secra sihat berlangsung pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri N.41 Manek Urai disambut baik oleh pemimpin PAS yang turut melahirkan hasrat sama.
Namun demikian, janji tersebut hanya ungkapan manis di bibir sahaja lantaran tindakan para pemimpin tertingginya yang terus-terusan melemparkan tuduhan dan fitanah kepada UMNO dan BN sekalipun mereka sendiri tahu kenyataan yang sebenarnya.
Dalam kempen terbarunya di Chuchoh Puteri, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat terus menjadikan UMNO sebagai sasaran kempennya dan menuduh UMNO amal ajaran sesat sebagaimana pertubuhan al-Arqam dan ajaran Ayah Pin.Sememangnya ini bukan kali pertama tuduhan dan fitnah sedemikian dilemparkan malahan UMNO juga pernah dilabel oleh para pemimpin PAS seperti kafir, munafik dan pelbagai lagi caci-maci kata nista.
Namun demikian, apa yang lebih penting adalah penilaian sendiri terhadap apa yang berlaku malah secara waras lihatlah sendiri bagaimana kedaan sebenar Islam yang direalisasikan antara PAS dan UMNO.
Tidak cukupkah tragedi sembahyang jemaah dua imam, suami isteri berlainan fahaman politik bercerai-berai dan tidak menziarahi jiran sekampung sama ada kematian atau kenduri, sebagai contoh, semuanya itu jelas merupakan kesan daripada ‘kiasan’ takfir Haji Hadi kepada UMNO.
Bagaimana pula dengan kenyataan dibolehkan berkawan dengan syaitan, umat Islam dibenarkan mencarut dan bersekongkol dengan DAP lantas melenting pula apabila soal perpaduan ditimbulkan.
Sesungguhnya, pengukuran Islam bagi PAS amat mudah, malah hanya dengan mengenakan jubah dan lilit serban di kepala maka akan nampaklah bahawa mereka lebih Islam dari yang lain.
Sememangnya, apa guna dari segi luaran nampak berlagak alim, bangga dengan ilmu yang ada akan tetapi hati dan lidah penuh dengan sifat mazmumah, penuh dengan nista seolah terlupa di akhirat kelak lidah menjadi kelu lantas anggota lain yang berbicara.
Bukan sekadar berkata tanpa fakta dan berhujah tanpa kata-kata sebaliknya kepincangan dalam kepimpinan PAS ini sendiri turut diakui oleh ahli-ahlinya.
Pada Muktamar PAS lalu juga, pelbagai hujah dan saranan termasuklah suara para perwakilan yang mewakili akar umbinya mahukan PAS kembali ke idealogi asal parti tersebut.
Menyusur kembali apa yang berlaku, ada antara perwakilannya sendiri yang menyelar tindakan PAS pusat kerana gagal berpegang kepada prinsip khususnya berkaitan isu akidah dan hasrat mewujudkan sebuah negara Islam.
Hal ini dikatakan semakin ketara apabila PAS mengadakan sekutu dengan pakatan pembangkang lain yang secara jelas menentang idealogi Islam.
Dilaporkan ada antara perwakilannya yang mengganggap usaha PAS terhadap idealoginya sebagai gagal lantaran terlalu menjaga hati rakan sekutu dalam pakatan campuran hinggakan sanggup mengenepikan gerakan perjuangannya sendiri.
Malahan, salah seorang perwakilannya turut mempersoalkan kenapa kini barisan kepimpinan PAS sendiri gagal untuk menyelesaikan isu-isu akidah yang dibuat sambil lewa seperti melepas batuk di tangga.
Jika dahulu PAS pernah melarang pengikutnya makan makanan yang disediakan oleh orang-orang UMNO, hari ini PAS berubah wajah. Mereka bukan setakat hanya makan semeja dengan DAP sambil bergelak ketawa tetapi juga turut menyokong parti terbabit, berdiam diri dalam isu azan dan tulisan jawi sehingga ketua muslimatnya pernah dirakamkan memeluk erat wakil rakyat DAP yang disabitkan dengan kesalahan gambar lucahnya.
Kalau dahulu PAS dengan lantangnya menentang keras penerbitan Bible dalam Bahasa Melayu, hari ini PAS bukan setakat angguk bersetuju malah turut membenarkan ‘God’ atau tuhan di dalam Bible digantikan dengan perkataan Allah.
#

7 Julai 2009

Tindakan Sultan Perak demi maruah negeri - Mahkamah

[Bernama - 07/07/2009 5:28pm]
PUTRAJAYA 7 Julai - Tindakan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah adalah betul semasa melaksanakan kuasa prerogatifnya untuk meredakan pergolakan politik Perak dan mengekalkan maruah negeri itu, kata Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Zainun Ali.
Hakim Zainun berkata, satu daripada kuasa eksekutif yang kritikal bagi seorang Raja dalam melaksanakan tanggungjawabnya mengikut perlembagaan bagi mengekalkan kententeraman awam demi kepentingan awam dan oleh itu kesedaran baginda berhubung signifikan daripada pelaksanaan kuasa prerogatifnya itu tidak boleh dipertikaikan.
“Keadaan di Perak pada masa itu boleh dianggap sebagai sudah tidak normal, tidak jika seseorang menganggapnya sebagai normal, ketegangan politik, tekanan politik yang memuncak, suspens dan pengkhianatan dan pertukaran kesetiaan politik, sebagai satu yang rutin dan semuanya dalam pekerjaan harian.
“Kematangan dan kebijaksanaan Raja adalah wajib. Pelaksanaan kuasa prerogatif ini adalah lebih kritikal jika jentera kerajaan yang normal mengalami masalah,” kata Hakim Zainun dalam penghakiman bertulisnya setebal 115 muka yang dikeluarkan hari ini.
Pada 22 Mei, tiga hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Datuk Raus Sharif, Zainun dan Datuk Ahmad Maarop telah memutuskan bahawa Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir adalah Menteri Besar Perak yang sah, yang mengubah keputusan Mahkamah Tinggi sebelum itu yang menyebelahi Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
#

6 Julai 2009

Pulau Pinang tulis surat minta bantuan Perdana Menteri

[Bernama - 06/07/09]
PULAU PINANG 5 Julai – Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menulis surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi meminta bantuan daripada Kerajaan Persekutuan untuk mengambil alih tanah di Kampung Buah Pala di sini.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri mengakui tidak mampu untuk mengambil alih tanah di kampung itu daripada sebuah koperasi dan pemaju untuk membolehkan 23 keluarga terus tinggal di situ kerana kosnya terlalu tinggi.
“Kita boleh ambil alih tanah itu melalui Akta Pengambilan Tanah, kita harap kerajaan Pusat boleh beri bantuan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Guan Eng berkata, walaupun kerajaan negeri prihatin terhadap nasib penduduk berkenaan yang diarahkan keluar dari kawasan itu, namun kos untuk mengambil alih semula tanah itu adalah terlalu tinggi memandangkan status tanah itu adalah pegangan bebas dan telah diluluskan untuk tujuan pembangunan.
Guan Eng bagaimanapun, tidak menyatakan kos untuk mengambil alih tanah itu.
Beliau berharap kerajaan Persekutuan dapat membantu kerajaan negeri mengambil balik tanah itu daripada Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang dan membayar pampasan kepada pemaju, Nusmetro Ventures (P) Sdn. Bhd.
Penduduk Kampung Buah Pala terpaksa berpindah setelah Mahkamah Persekutuan menolak rayuan mereka untuk kekal di tanah yang mereka duduki sejak sekian lama bagi memberi laluan kepada pemaju untuk membangunkan kawasan itu, bagaimanapun penduduk berkenaan enggan berpindah dan meminta kerajaan negeri membantu menyelesaikan masalah mereka itu.
#

Sewa ‘banglo mewah’, Guan Eng diminta buat penjelasan

[Utusan - 06/07/09]
PULAU PINANG 5 Julai – Belum pun berjaya menyelesaikan kontroversi pengambilalihan tanah di Kampung Buah Pala di sini, Ketua Menteri, Lim Guan Eng dibidas lagi.
Kali ini, isu perpindahan beliau dari kediaman rasmi di Seri Teratai ke sebuah banglo mewah di No. 25, Jalan Pinhorn di sini.
Tindakannya itu dikatakan mencerminkan sikap pemimpin itu yang ‘cakap tak serupa bikin’.
Guan Eng sebelum ini selalu menekankan bahawa kerajaan negeri pimpinannya akan mengamalkan budaya berjimat cermat dan berbelanja secara sederhana.
Pemuda Gerakan negeri pada sidang akhbar di pejabat parti di Jalan Macalister di sini hari ini mahu Guan Eng mendedahkan alasan sebenar beliau perlu berpindah ke rumah sewa mewah itu.
Naib Ketuanya, H’ng Khoon Leng berkata, pendedahan itu perlu dan bersesuaian dengan prinsip cekap, akauntabiliti dan telus (CAT) yang sering dilaung-laungkan Guan Eng supaya rakyat mengetahui perkara sebenar.
Menurut beliau, alasan Guan Eng masalah anai-anai, semut api dan musang di Seri Teratai menyebabkan beliau berpindah ke banglo mewah amat mengecewakan kerana kesemuanya itu hanya masalah kecil yang dapat diatasi dengan mudah.
‘‘Kita semua tahu, dia (Guan Eng) memang suka menyalahkan orang lain, namun alasannya menyalahkan binatang seperti anai-anai, semut api dan musang, kami rasa hanya masalah kecil.
‘‘Saya minta beliau memberi penjelasan secara telus mengapa perlu berpindah ke kediaman mewah itu,’’ ujarnya.
Menurutnya, walaupun kediaman baru Ketua Menteri itu hanya sebuah banglo biasa sebelum ini, namun selepas proses pengubahsuaian, ia sudah menjadi mewah dan dipercayai melibatkan kos ratusan ribu ringgit.
‘‘Masalahnya, siapakah yang membayar kos berkenaan. Saya minta dia jawab. Esok pun sudah boleh jawab,” kata Khoon Leng.
Menurut Koong Leong, Ketua Menteri itu harus memberi jawapan secepat mungkin dan bukannya mengelak setiap kali ditanya.
‘‘Kami juga mahu tahu tempoh perjanjian penyewaan, bila pengubahsuaian mula dilakukan, bila pembayaran elaun perumahan beliau bermula dan yang paling utama, bila beliau akan pulang ke Seri Teratai. Ini semua kita mahu penjelasan.
‘‘Saya percaya beliau akan terus mengelak menjawab soalan-soalan kami ini. Jika beliau tetap tidak mahu menjawab, kami akan mengambil tindakan susulan yang lain. Namun, ia akan dilakukan secara berperingkat-peringkat,” katanya.
Tambah Khoon Leng, sebagai ketua kerajaan negeri, tindakan Guan Eng cuba menghindarkan publisiti banglo mewah itu amat bertentangan dengan gaya pimpinan biasanya yang suka kepada publisiti.
Guan Eng pernah dibidas mengenai isu kediamannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri April tahun lalu apabila menyatakan akan tinggal di rumah milik keluarganya sebagai langkah berjimat cermat.
Bagaimanapun, beliau berpindah ke Seri Teratai pada 26 Jun tahun lalu.
Pada persidangan itu, Shabudin Yahya (BN-Permatang Berangan) berkata, tindakan Ketua Menteri itu berpindah ke rumah rasmi menyaksikan ia diubah suai dengan kos kira-kira RM122,000 dan ia tidak mencerminkan langkah untuk menjimatkan duit kerajaan.
#

4 Julai 2009

Zahrain sindir Guan Eng

[Utusan - 04/07/09]
Oleh NURUL HUDA HASSAN huda.hassan@utusan.com.my
PULAU PINANG 3 Julai - Selepas dikecam teruk kerana gagal menyelesaikan isu tanah di Kampung Buah Pala, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng disindir pula rakannya dalam pakatan pembangkang.
Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim semalam mendakwa, Ketua Menteri itu tidak mengotakan apa yang dikatakannya.
Menurutnya, Guan Eng sering merujuk Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai pemimpin Islam yang mempunyai sifat belas kasihan tetapi dia tidak mempraktikkan kata-katanya itu.
Beliau mengulas keengganan Guan Eng bertemu bekas Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Johari Kassim yang dipecat kerajaan negeri pada 26 Jun lalu kerana memboikot majlis angkat sumpah Yang Dipertua MPSP baru pada 4 Jun.
Tindakan Guan Eng itu disifatkan Zahrain sebagai tidak adil kerana Johari telah pun menyatakan kekesalan terhadap tindakan memulau majlis tersebut dan sanggup bertemu Ketua Menteri.
''Kita telah mendapat maklum balas daripada Ketua Menteri yang disampaikan melalui Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman bahawa beliau tidak mahu bertemu dengan Johari.
''Sikap ini langsung tidak menunjukkan sifat belas kasihan dan adil seperti Umar Abdul Aziz yang beliau sering laungkan.
''Kalau orang telah mengaku buat silap, kita harus ambil sikap bertolak ansur dan mahu mendengar, bukannya tak mahu berjumpa langsung," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat perhubungan PKR negeri di Bayan Baru di sini malam tadi.
Tegasnya, isu pemecatan Johari itu bukan pandangan peribadi beliau tetapi membabitkan semua anggota PKR termasuk kepimpinan di peringkat pusat kerana ia bukan isu pentadbiran tetapi satu perkara politik.
Beliau berkata, pihaknya juga bercadang bertemu Ketua Menteri bagi menyatakan pendirian berhubung perkara itu dan pada masa yang sama mahu merayu supaya mempertimbangkan semula keputusan memecat Johari.
''Mansor telah pun memaklumkan kepada kita sebentar tadi bahawa Ketua Menteri sudi bertemu kita semua (tidak termasuk Johari) iaitu seluruh kepimpinan parti di negeri ini khususnya Yang Berhormat semua, jadi kita ambil peluang ini untuk menyatakan pendirian PKR mengenai isu itu.
''Saya yakin pertemuan bersama Guan Eng dalam masa terdekat ini akan dapat menyelesaikan masalah ini,'' ujarnya.
Beliau berkata, PKR yakin dan percaya isu Johari boleh diselesaikan.
Menurutnya, pakatan pembangkang sebenarnya mempunyai agenda yang lebih besar iaitu menghadapi Barisan Nasional.
#

2 Julai 2009

Kenapa Bangsa Yahudi Bijak?

Sekadar berkongsi - yang baik dijadikan pelajaran., yang jahat dijadikan pengajaran. I cannot resist, but feel an urge to share this article to everyone whom I love here. It's never too late.
Di sini saya ada kisah dan renungan untuk dikongsi bersama adalah satu artikel menarik yang boleh dikongsi bersama-sama.
Ia adalah terjemahan oleh Dr. Stephen Carr Leon. Disebalik musibah menemui saudara ku sekelian, baru baru ini sekali lagi Yahudi bermaharajalela membantai penduduk Gaza, tanpa merasa belas kasihan, ini dapat difahami kerana bagi kaum Yahudi, Palestin adalah negera mereka, walaupun dari segi sejarah, memang mereka tahu, Israel memang bukan milik mereka yang mutlak, terima kasih kepada kerajaan British yang memberi mereka penempatan selepas dihalau oleh Hitler pada perang dunia kedua.
Tak perlulah saya mengulang lagi peri laku kaum Yahudi yang sekian lama di halau oleh umat manusia dari zaman Firaun lagi, berjuta juta kaum Yahudi telah dibunuh, tiada suatu bangsa di dunia ini yang dibunuh begitu ramai di muka bumi ini dan kini telah muncul pula di Amerika, kumpulan anti Yahudi, kerana mereka (pribumi Amerika)telah mulai sedar yang mereka telah menjadi hamba dibawah telunjuk Yahudi (proxy).
Hanya masa akan menentukan peledakan di mana kaum Yahudi pula akan menemui penghalauan beramai-ramai keluar dari bumi Amerika, mustahil? Jika anda lihat sejarah, tiada apa yang mustahil akan berlaku terhadap kaum Yahudi.
Setelah memantau beberapa laman web saya ada terbaca tesis mengenai kaum Yahudi dan saya tertarik untuk membaca dan menterjemahkanya ke bahasa Melayu, semoga ianya dapat memberi menafaat kepada kita dan jenerasi mendatang. Janganlah kita asyik mengutuk kaum Yahudi terus-terusan, sedang badan dunia (UN) tak dapat melakukan sesuatu.
Pembantaian secara zalim di Gaza akan segera dilupakan tanpa satu pun general tentera Israel dibawa ke pengadilan (sila lihat sejarah UN) maka itu kaum Yahudi bertambah bongkak, tujuan mereka hanyalah melemahkan kaum Arab disekeliling mereka.
Tesis itu bertajuk ? Why the jews so smart?
Suka cita saya alih bahasakanya secara rengkas. Setelah membaca tesis itu, ianya dapat mengubah cara diet saya, semuga pasangan muda dapat mengamalkanya demi melahirkan generasi yg baik.
Hakim Maaruf Bin Hj Abdul Kadir - Universiti Massachuset,USA.
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu?Mengapa Yahudi Bijak? Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, di mana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.
Ketika tahun kedua, akhir bulan Disember 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk PHD saya, di samping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni.
Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.
Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat.
DI AWAL KEHAMILAN
Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah matematik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku matematik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang matematik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau.
Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, ya. Ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak? Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya.
Berbalik kepada matematik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.
Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. (Catatan: Orang-orang yg menghafaz al Quran juga digalakkan mengambil kismis, badam, korma dan susu untuk meningkatkan daya ingatan).
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yang sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama bdam.Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama.
Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. (Ini juga merupakan sunnah Rasullullah supaya makan buah-buahan dahulu baru makanan yang berat).
KESIHATAN
Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan di rumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka.
Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genius, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak ( ***** atau lembab).
Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang genesis dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah, tekalah sendiri..!)
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever).
BAHASA & MUZIK
Di dalam pengamatan saya, kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris. Sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.
Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.
Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan.
Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi.
SUKAN
Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara di samping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara. (Ketiga-tiga sukan ini juga dianjurkan oleh Islam melalui hadith Rasullullah tetapi dilaksanakan oleh bangsa Yahudi yang tahu kebaikannya).
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid di tekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institut tinggi di Politeknik dan Universiti.
Satu lagi yang di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut di bidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta. Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan di taja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ? perniagaan di dunia!
Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
AGAMA
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif.
Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!
Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yang bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yang perniagaan mereka menurut landasan yang betul.
Maka itu lahirlah Starbuck, Dell compterr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York.
Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yang mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik.
Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berhasiat yang baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yang memerlukan konsentrasi yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
ROKOK & KESIHATAN
Merokok menjanjikan jenerasi yang ***** (goblok) dan sudah tentu genesis ***** akan mengikut ke jenerasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatgan sekali, di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$7! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda?
Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negera Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan.
Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi *****, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini.
Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$0.70 cent! dan hasilnya?
Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri?
Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka dipertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok?Anda fikirlah sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi?
Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja.
Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai tajuk, Mengapa saya gemarkan tomato!
Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
Ulasan: Mengapakah cerdik pandai Islam zaman lampau adalah mereka yang bijak dan pakar dalam pelbagai bidang adalah kerana mereka mengamalkan apa yang diajar oleh Rasullullah. Kebanyakan yang di ajar kepada masyarakat moden hari ini sebenarnya merupakan apa yang berlawanan dengan ajaran Rasulallah supaya kita tidak mendapat kebaikan tetapi bangsa Yahudi melaksanakannya untuk kebaikan bangsa mereka sendiri. Seperti contoh pengilang terbesar rokok adalah bangsa Yahudi tetapi mereka tidak menghisapnya.
Begitu juga, amalan makan di hotel-hotel, buah-buahan selepas makanan utama sedangkan Yahudi memakan buah terlebih dahulu sperti dianjurkan oleh Rasullallah.
Yang mungkin tidak di sentuh di sini ialah cara makan hari ini yang rata-rata menggunakan tangan kiri menggunakan garfu yang jelas bertentangan dengan ajaran Rasullalah.
Adakah kita akan terus menggunakan tangan kiri sambil memegang garfu semata-mata untuk mematuhi etika makan yang dicipta entah siapa.
Fikirkanlah: Makan dengan tangan kanan, seperti ajaran Islam , kita mendapat ganjaran pahala daripa Allah SWT. Makan dengan tangan kiri, walaupun tidak berdosa tetapi amalan yang sia-sia. Kita cuma berbangga kerana berjaya mematuhi etika makan yang tidak pernah kita selidiki berasal dari mana.
umusan dan kesimpulan yang saya dapat dari artikel ini, kita mampu menghasilkan generasi cerdik pandai. Ikut seperti yang disarankan Rasulullah. Sesungguhnya ada kebaikan di setiap yang di suruh oleh baginda.

1 Julai 2009

DAP Kedah keluar Pakatan Rakyat

[BH - 01/07/09]
ALOR SETAR: DAP Kedah hari ini mengesahkan parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat negeri berikutan rasa tidak puas hati terhadap cara kerajaan Pas menangani isu rakyat, khususnya bukan Melayu.
Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su, berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat tergempar yang dianggotai pemimpin DAP negeri ini di pejabat parti itu di sini, petang tadi.
Thomas berkata, keputusan itu dibuat berikutan rasa tidak puas hati DAP terhadap tindakan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) meroboh rumah penyembelihan babi di Kampung Berjaya, di sini, petang tadi.
Katanya, tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa tempatan itu tidak melambangkan dasar kerajaan Pakatan Rakyat yang memperjuangkan hak semua kaum di negeri ini.
#

Penduduk Manik Urai Tak Perlu Calon Berpendidikan Tinggi - PAS

[Bernama - 01 Julai, 2009]
KOTA BAHARU, 1 Julai (Bernama) -- PAS mendakwa penduduk di Manik Urai yang akan memilih Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) baru mereka pada pilihan raya kecil 14 Julai ini, tidak memerlukan wakil rakyat yang berpendidikan tinggi.
Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fattah Harun berkata tidak seperti anggota Parlimen yang mempunyai tanggungjawab di peringkat persekutuan, tugas Adun hanya terhad di kawasan yang diwakilinya sahaja.
"Wakil rakyat tidak semestinya berpendidikan tinggi. Lainlah sekiranya dia adalah wakil kerajaan Persekutuan (anggota Parlimen).
"Pengundi Manik Urai boleh terima dan tidak mengira isu pendidikan. Wakil rakyat nak jumpa (wakil) kerajaan tidak semestinya ada pendidikan tinggi," katanya kepada pemberita selepas berakhirnya persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.
PAS meletakkan pemborong ikan, Mohd Fauzi Abdullah, 50, yang juga Bendahari PAS Bahagian Kuala Krai sebagai calon mereka, manakala Barisan Nasional (BN) meletakkan Tuan Aziz Tuan Mat, 39, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai calon mereka pada pilihan raya kecil itu.
Pengumuman calon PAS dibuat Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat 26 Jun lalu sementara pengumuman calon BN dibuat Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin 28 Jun lalu.Ketika ditanya kenapa Mohd Fauzi setakat ini belum dapat ditemu bual pemberita, Abdul Fattah berkata calon itu kini begitu sibuk bertemu dengan rakyat.
"Masa tidak mengizinkan lagi untuk (pemberita) menemu bual calon kita. PAS Kelantan akan memperuntukkan satu masa yang sesuai untuk membolehkan pemberita mengadakan temu bual dengan beliau dalam tempoh secepat mungkin," katanya.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Ismail Yaakob dari PAS pada 22 Mei lepas. Penamaan calon ditetapkan pada 6 Julai.
#

Ekuiti Nasional ditubuh

[Utusan - 01/07/09]
Oleh MARHAINI KAMARUDDIN dan ROHANI IBRAHIM
Najib Tun Razak ketika memberikan ucaptama pada Invest Malaysia 2009 di Kuala Lumpur semalam. – Utusan / Mohd. Nazudeen Mahmud
*****
KUALA LUMPUR 30 Jun – Kerajaan hari ini mengumumkan penubuhan Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas), institusi pelaburan baru dengan modal permulaan RM500 juta dan sasaran dana sehingga RM10 bilion.
Ia akan menjadi satu instrumen untuk meningkatkan pegangan ekuiti bumiputera, fungsi yang gagal dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) sehingga menyebabkan ia tidak berganjak daripada paras 19 peratus selama 19 tahun.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagaimanapun berkata, Ekuinas berbeza dengan Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang memberi tumpuan kepada pelaburan saham amanah.
Sebaliknya, kata beliau, ia adalah dana ekuiti swasta yang akan menumpukan pelaburan di dalam sektor-sektor berpotensi mengalami pertumbuhan tinggi – pelancongan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), perubatan, minyak dan gas serta bioteknologi.
Perdana Menteri berkata, penubuhan Ekuinas adalah sebahagian daripada pendekatan baru kerajaan untuk memastikan penyertaan bumiputera yang bermakna dan efektif.
“Sehingga hari ini, jumlah penguasaan ekuiti bumiputera hanya sekitar 19.4 peratus, masih jauh ketinggalan berbanding sasaran awal sebanyak 30 peratus.
“Jadi kita ganti FIC dengan satu instrumen baru iaitu Ekuinas yang akan memberi tumpuan untuk meningkatkan pelaburan syarikat bumiputera yang berpotensi,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Invest Malaysia 2009 di sini hari ini. Persidangan itu dihadiri lebih 1,000 pengurus dana dan pemimpin korporat.
Pada 1990, ekuiti bumiputera berada pada tahap 19.3 peratus dan ia hanya meningkat kepada 19.4 peratus pada 2006 yang kekal sehinggalah ke hari ini.
Terdahulu dalam ucapannya, Najib berkata, Ekuinas akan melabur secara bersama dengan dana swasta lain bagi menggalakkan perkongsian tulen dan pendekatan komersial sepenuhnya.
“Justeru penyertaan bumiputera menerusi Ekuinas akan dibuat berasaskan merit,” tegasnya.
Menurut Najib yang juga Menteri Kewangan, sejak 1970, keupayaan profesional bumiputera semakin meningkat dan mereka kini berminat menyumbang serta bersaing secara aktif dalam pekerjaan, pengurusan juga sebagai vendor.
“Kita berharap menerusi pelaburan dana seperti Ekuinas, bumiputera yang berpotensi serta berkemampuan baik akan disokong dan dibantu,” katanya.
Menurut beliau, kerajaan akan menyediakan dana dan melantik pakar untuk menguruskan Ekuinas tidak lama lagi.
Bercakap pada sidang akhbarnya, Perdana Menteri menjelaskan matlamat 30 peratus penyertaan bumiputera dalam pertumbuhan dan pengagihan ekonomi negara masih kekal walaupun syarat pegangan ekuiti dalam syarikat tersenarai oleh Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) dimansuhkan.
“Apa yang berbeza, kita menganggap (penyertaan 30 peratus bumiputera) ini sebagai sasaran makro. Kita masih komited mewujudkan sebuah negara yang mengamalkan keadilan sosial.
“Apa yang penting, kita tidak mahu sesiapa pun merasa dipinggirkan atau tidak diberi perhatian,” katanya.
Najib berkata, tumpuan kini adalah penyertaan menyeluruh bumiputera dalam semua aspek dan tidak terhad kepada pegangan ekuiti semata-mata.
#

Kerajaan Perpaduan: Sandiwara PAS dan taktik lama yang jumud

"Selepas cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan ditolak oleh pakatan pembangkang, Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang kini menyalahkan UMNO pula dengan mendakwa parti itu gagal menjadi model perpaduan di kalangan orang Melayu dan rakyat negara ini."
Itulah petikan berita dari akhbar Utusan Malaysia pada 1 Julai 2009, sebagai mengulas kenyataan Hadi Awang mengenai 'kerajaan perpaduan' impiannya.
Beberapa pemimpin PAS pada mulanya bercakap mengenai perpaduan termauk Hadi Awang serta saf kanan dalam PAS dan mendapat tentangan dari Nik Aziz, nampaknya nilai-nilai murni perpaduan sudah menjadi petaka besar kepada pakatan pembangkang yang berlindung atas nama Pakatan Rakyat (PR).
Sejarah telah terbukti, mereka ini sama ada Nik Aziz, Hadi Awang, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang apabila mereka berkata mengenai peraduan, ianya adalah sandiwara politik semata-mata.
Nasaruddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS sehingga hari ini masih diam membisu mengenai kegagalan kerajaan perpaduan cadangannya. Impian tak kesampaian. Malah tekanan dari musuh-musuh politiknya semasa pertandingan jawatan dalam muktamar PAS lepas, menjadikan 'bisu' lebih memberinya keselesaan.
Cuma apa yang boleh diperkatakan, UMNO bukan bodoh dengan sandiwara PAS mengenai perpaduan, selama ini PAS dan pakatan pembangkang sentiasa menjadi pemusnah setiap usaha UMNO atau BN menyatu padukan rakyat berbilang kaum di negara ini.
UMNO ibarat lebah-lebah yang berpadu tenaga membina sarang serta membina generasi serta mencari manisan disetiap kelopak bunga untuk menjadikan madu. PAS tak ubah seperti terbuan yang sering kali menyerang sarang-sarang lebah dan menyegat tak kira mangsa.
Sejarah telah membuktikannya!
# demimaruah.blogspot

UMNO gagal jadi model perpaduan - Hadi

[Utusan - 01/07/09]
KUALA LUMPUR 30 Jun - Selepas cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan ditolak oleh pakatan pembangkang, Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang kini menyalahkan UMNO pula dengan mendakwa parti itu gagal menjadi model perpaduan di kalangan orang Melayu dan rakyat negara ini.
Katanya, UMNO tidak mungkin akan menjadikan Islam sebagai sumber perpaduan orang Melayu walaupun sebelum ini parti berkenaan menerima baik cadangan kerajaan perpaduan itu.
"Orang Islam perlu menunjukkan model perpaduan dalam kalangan kita sendiri.
"Perpaduan umat Islam adalah berdasarkan hubungan akidah, tetapi UMNO gagal bahagian itu," katanya ketika berucap pada ceramah perdana pakatan pembangkang di sini malam ini.
Beliau mendakwa UMNO tidak menggunakan al-Quran sebagai rujukan bagi mewujudkan perpaduan.
Hadi berkata, pakatan pembangkang akan terus menolak Barisan Nasional (BN) termasuk mengadakan sebarang kerjasama.
Sementara itu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terus membangkitkan persoalan mengenai projek- projek yang diusahakan oleh kerajaan BN demi kepentingan rakyat Malaysia sendiri.
Beliau terus mendakwa kerajaan BN hanya mengggunakan wang rakyat untuk melaksanakan projek- projek yang sedang dirancang termasuk pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang demi kepentingan politik.
Dakwanya, konsep 1Malaysia yang dianjurkan kerajaan BN masih belum jelas, manakala konsep perpaduan yang dianjurkan pakatan pembangkang adalah lebih baik.
#