27 Februari 2009

Memang Singh sorang banyak CELAKA!

Memang Singh yang seorang ni banyak CELAKA! Kenapa tidak? Raja-Raja Melayu dihina dan dia punya anak juga sudah mahu kena CELAKA juga.
Ayuh PEMUDA UMNO... kita tentang habis-habisan manusia yang sebenarnya CELAKA!

Sekarang sudah tiba masanya KERIS DIHUNUS... DEMIA MARUAH!
HIDUP MELAYU... HIDUP UMNO!

'Pernahkah kita maki dia Singh celaka’ - Exco Pemuda UMNO

SHAH ALAM 27 Feb. — “Pernah kita maki dia Singh celaka. Bayangkan bagaimana orang Singh rasa Singh celaka.” Itulah kata-kata anggota Exco Pemuda Umno Datuk Reezal Merican Naina Merican bagi melahirkan rasa terguris hati dan marah anggota pergerakan itu terhadap Pengerusi DAP Karpal Singh yang semalam menyifatkan Pemuda Umno sebagai
“celaka”.
Selain menggunakan perkataan itu semasa satu perbahasan pada persidangan Dewan Rakyat, Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu juga menuduh Pemuda Umno bertanggungjawab mengirim dua butir peluru ke kediamannya di Pulau Pinang baru-baru ini.
Reezal Merican berkata Karpal tidak sepatutnya berselindung di sebalik undang-undang atau kekebalan sebagai wakil rakyat untuk menuduh dan menghina Pemuda Umno.
Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo pula berkata Pemuda Umno merasa kecewa dengan tindakan Karpal kerana sebagai seorang yang sudah lanjut usia, beliau sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada golongan muda.
“Tetapi sejak kebelakangan ini Karpal menunjukkan contoh yang kurang baik dan menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia,” katanya.
— Bernama, 27/02/2009 12:05pm

Celupar Karpal Boleh Makan Diri : Annuar Musa

By: Ramjit-->
KOTA BAHARU, 26 Feb (Bernama) -- Pengerusi DAP Karpal Singh diminta supaya beringat bahawa setiap kenyataan melulu dan keceluparannya yang menyinggung perasaan orang lain boleh memakan diri sendiri.
"Beliau perlu ingat pada hukum karma, dia sebut Pemuda (Umno) celaka, nanti kecelakaan kembali kepadanya," katanya Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Tan Sri Annuar Musa kepada pemberita di sini, Khamis.
Mengulas kenyataan Karpal menggunakan perkataan "celaka" terhadap Pemuda Umno semasa perbahasan di Dewan Rakyat semalam, beliau berkata sebagai seorang peguam berpengalaman, Karpal tidak sepatutnya membuat tuduhan melulu mendakwa Pemuda Umno bertanggungjawab mengirim peluru sebagai ancaman kepadanya baru-baru ini.
Annuar berkata Karpal tidak sepatutnya menyalah guna kekebalannya sebagai anggota Dewan Rakyat untuk bercakap apa sahaja yang beliau mahu.
"Mungkin juga dia guna itu sebagai provokasi terhadap Umno. Sebab itu Umno tidak boleh terikut-ikut. Kalau dia lakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang, biar undang-undang yang uruskan dia," katanya.
-- BERNAMA, 27/02/09.

Pemuda beri tempoh 24 jam buktikan dakwaan dalang pengiriman peluru

Oleh SAIFUL AFFENDY SAPRAN
saiful.sapran@kosmo.com.my
KEKECOHAN yang berlaku antara Pemuda UMNO Selangor dan ahli Parlimen DAP di lobi bangunan Parlimen semalam.
KUALA LUMPUR - Lobi Parlimen semalam kecoh apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh 'dikepung' oleh sekumpulan Pemuda UMNO Selangor semasa beliau tiba di pekarangan bangunan itu.
Tindakan itu kerana mereka ingin meminta Karpal memohon maaf berikutan tuduhan bahawa pergerakan tersebut dalang di sebalik pengiriman dua butir peluru kepadanya.
Mereka juga meluahkan rasa tidak puas hati dengan kata-kata 'celaka' yang diungkapkan oleh Karpal di Dewan Rakyat kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 petang itu, kumpulan terbabit yang diketuai Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara, Latt Sharizan Abdul dan Ketua Pemuda UMNO Gombak, Megat Zulkarnain Omar Din mengepung Karpal sambil mendesak beliau meminta maaf, namun Pengerusi DAP itu berdiam diri dan enggan berbuat demikian.
Keadaan selepas itu menjadi kecoh apabila beberapa ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat seperti Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang), N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) serta Lim Lip Eng (DAP-Segambut) datang sehingga berlaku kejadian tolak menolak.
Anggota keselamatan yang bertugas di bangunan Parlimen kemudian bertindak membawa Karpal masuk ke dalam dewan persidangan.
- Kosmo, 27/02/09.

26 Februari 2009

Siapa yang Celaka?

Singh is King! King apa? King of setan?
Perkataan celaka yang dilemparkan kepada Pemuda UMNO oleh Karpal Singh dalam Parlimen semalam (25 Feb) merupakan yang perkataan yang menjadi tasbih kepada Yang Berhormat bebal ini.
Terhamburnya ayat berkenaan dalam Parlimen membuktikan sikat perkauman yang ditunjukkan oleh Karpal dan lebih dikesali ianya berlaku dalam Parlimen sebuah institusi yang mulia dan dianggotai oleh pemimpin-pemimpin yang diberi mandat oleh rakyat.
Rupanya mandat rakyat diterjemaahkan dengan perbuatan dan kata-kata yang tak sepatutnya disebut dalam kamus manusia beradat, cuma ianya menjadi amalan manusia yang amat biadap.

Karpal (Singh is King) maki Pemuda

KUALA LUMPUR: Sikap biadap Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berlarutan di Dewan Rakyat, semalam, apabila Pengerusi DAP itu berulang kali memaki Pemuda Umno sebagai 'celaka' sebelum menarik balik perkataan itu.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu yang menuduh pergerakan berkenaan mengugutnya dengan menghantar dua peluru, juga dengan angkuh memberi amaran kepada Pemuda Umno supaya tidak memperlekehkannya.
"Ada 100 laporan polis dan dua peluru saya terima... barang kali ini rekod dalam dunia. Saya mahu tahu di mana Pemuda Umno, celaka ini dapat dua peluru yang dihantar kepada saya.
"Siapa buat semua laporan polis... saya beri amaran kepada Pemuda Umno jangan main-main dengan saya. Saya Singh dan Singh is King," katanya dipercayai merujuk filem Bollywood Singh Is Kinng.
Sekurang-kurangnya tiga kali Karpal menyebut celaka yang ditujukan kepada Pemuda Umno ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong sebelum menarik balik perkataan itu selepas diarahkan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee.
Terdahulu, tindakan Karpal menggunakan perkataan celaka dan menuduh Pemuda Umno menghantar peluru kepadanya, menghangatkan Dewan apabila dibantah beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), terutama yang mewakili Pemuda Umno.
Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) meminta Karpal menarik balik perkataan itu, manakala Datuk Abd Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) meminta pemimpin DAP itu mengemukakan bukti yang Pemuda Umno menghantar peluru berkenaan.
Kelakuan Karpal turut dibantah Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) hingga Kiandee terpaksa menenangkan keadaan.
"Saya tak nak dengar lagi `celaka', sepatutnya (perkataan itu) tidak dipakai," kata Kiandee, tetapi Pengerusi DAP itu menegaskan beliau ada hak untuk bercakap dan tidak mahu diganggu sesiapa dalam perbahasannya.
"Ini perkara benar, saya tak mahu sesiapa ganggu saya... saya ada hak untuk cakap... Pemuda Umno adalah celaka," kata Karpal sebelum sekali lagi diminta oleh Timbalan Speaker supaya menarik balik perkataan berkenaan.
"Minta tarik balik `celaka'... saya sudah minta jangan sebut, tapi masih lagi keluar perkataan itu... itu saja," kata Kiandee sebelum Karpal akur dan memberitahu beliau tiada masalah menarik balik perkataan berkenaan.
Karpal berkata, semua laporan polis yang dibuat terhadapnya berpunca daripada kenyataannya bahawa Sultan Perak boleh dibawa ke mahkamah berdasarkan peruntukan Perkara 181(2) Perlembagaan Persekutuan. "Seratus laporan polis kerana saya katakan Sultan Perak boleh dibawa ke mahkamah. Tak payah laporan polis, baca Perlembagaan," katanya sambil menjelaskan kandungan Perkara 181(2) berkenaan.
Beliau juga mengulangi desakan supaya Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Tun Azmi segera meletak jawatan kerana didakwa terbabit rasuah. Beliau turut memainkan rakaman audio yang didakwa mengaitkan Zaki dengan perlakuan itu.
"Saya buat laporan pada 13 November 2008, tetapi sampai kini tiada siapa yang datang, sama ada polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk ambil keterangan saya," katanya.
Dalam perbahasannya itu, Karpal turut merujuk kenyataannya sebelum ini yang mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menjelaskan beliau tidak mempunyai perselisihan faham dengan Ketua Pembangkang itu yang dianggap masih Ketua Pakatan Rakyat.
- Berita, 26/02/09.

24 Februari 2009

DAP hina Islam?

Oleh HASNURUL MOHAMED
utusanpenang@utusan.com.my
NIBONG TEBAL 23 Feb. – Penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama oleh kerajaan negeri Pulau Pinang mesti dihentikan kerana ia meletakkan Islam sama taraf dengan agama-agama lain.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Shabudin Yahaya berkata, cubaan menyamakan Islam dengan fahaman agama lain ternyata menghina Islam dan tindakan seperti itu mesti dihentikan.
Katanya, MAINPP berasa cukup tersinggung apabila ada beberapa ahli jawatankuasa (AJK) majlis tersebut terdiri daripada orang Melayu.
‘‘Saya difahamkan ada tiga orang AJK Melayu beragama Islam duduk dalam majlis tersebut yang kononnya mahu menuntut kesamarataan agama.
‘‘Ini sesuatu yang cukup menakutkan kerana agama Islam dipandang sama seperti Buddha yang diasaskan oleh manusia bernama Gautama Buddha, disamakan juga dengan Kristian, Taoism dan Bahai,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika diminta mengulas ucapannya semasa majlis penyerahan Dana Zakat Program Didik Cemerlang Akademik 2009 di Sungai Dua di sini semalam.
Ketika berucap pada majlis tersebut, Shabudin melahirkan rasa kurang senangnya terhadap penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama Pulau Pinang yang bertujuan meletakkan semua agama, termasuk agama Islam sebagai sama rata dengan agama-agama lain.
Majlis tersebut ditubuhkan tahun lalu iaitu selepas kerajaan pakatan pembangkang yang diterajui Ketua Menteri, Lim Guan Eng mula memerintah negeri itu.
Majlis itu dipengerusikan Guan Eng sendiri. Mengulas lanjut, Shabudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Tasek Gelugor berkata, agama Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya.
- Utusan, 24/02/09.

22 Februari 2009

Hormati Abdullah sebagai pemimpin agung: Mukhriz

KOTA BHARU: Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir meminta semua rakyat terutama ahli Umno menghormati Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai pemimpin agung selepas era kepemimpinannya yang berakhir pada Perhimpunan Agung Umno, Mac ini.
Beliau berkata apa yang berlaku terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas menyerahkan jawatan pemimpin nombor satu negara kepada Abdullah tidak seharusnya berlaku lagi sebaliknya semua pihak perlu meletakkan mereka di tempat sewajarnya.
"Jangan lagi perlakukan Pak Lah seperti mana yang berlaku terhadap Tun Dr Mahathir kerana akhirnya Umno akan dibenci rakyat kerana tidak menghormati pemimpin.
"Kita mesti memberikan penghormatan tinggi kepada Pak Lah kerana dia adalah bekas Perdana Menteri dan pemimpin kita, " katanya kepada pemberita selepas majlis memperkenal calon kepada perwakilan Pemuda Umno Kelantan di Bangunan Umno di sini, hari ini.
Mukhriz yang juga calon Ketua Pemuda Umno berkata menjadi adat bangsa Melayu mengenang budi bekas pemimpin mereka terutama kepada pemimpin yang sangat berjasa untuk bangsa dan negara.
Beliau berkata apa yang berlaku kepada Dr Mahathir sebelum ini perlu dielakkan kerana ada dakwaan yang mengatakan Kedah tewas di tangan pembangkang pada pilihan raya umum disebabkan anggota Umno tidak mengenang budi bapanya.
"Semua rakyat di Kedah marah dan kecewa dengan apa yang berlaku terhadap Tun Dr Mahathir dan diterjemahkan melalui undi pada pilihan raya," katanya.
Ketika ditanya mengenai saranan agar Dr Mahathir dilantik sebagai penasihat sama ada di dalam kerajaan atau parti, Mukhriz berkata sebagai anak adalah tidak wajar untuk beliau memberikan pendapat.
"Terpulanglah kepada parti untuk berbuat demikian seperti mana dilakukan parti lain apabila bekas pemimpin mereka dilantik sebagai penasihat parti selepas tidak lagi menjadi presiden," katanya.
Mukhriz juga berharap proses peralihan kuasa itu nanti akan berjalan denganbaik dan berharap kepimpinan baru nanti akan meneruskan kesinambungan pemimpin sedia ada bagi memperbaiki parti dan memakmurkan negara.
Sementara itu, dalam satu majlis lain di Bentong, Pahang, Mukhriz berharap pucuk pimpinan Barisan Nasional meletakkan calon Umno untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah pada 7 April nanti.
"Pimpinan parti hendaklah membuat pemilihan yang tepat dengan meletakkan calon anak tempatan bagi memenuhi aspirasi pengundi di DUN berkenaan," katanya.
- Bernama, 22/02/09.

21 Februari 2009

Ada bukti kes dakwaan salah guna kuasa kereta Lexus, lembu

KENDERAAN SUV Lexus milik Khalid yang didakwa diselenggara menggunakan dana kerajaan negeri Selangor.
*****
PULAU PINANG - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam berkata, ia telah mempunyai bukti dan keterangan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar kecil) dalam penyelenggaraan sebuah kereta mewah dan pembelian lembu korban.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, suruhanjaya itu telah selesai menjalankan siasatan dan kini terserah kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengambil tindakan.
"SPRM boleh buat keputusan tetapi eloklah jika kita serah kepada Peguam Negara untuk mempertimbangkan dan mengambil tindakan, ini melibatkan orang kenamaan dan kita perlu adil kepada semua orang," katanya di sini.
Ahmad Said berkata, dari segi teknikalnya memang terdapat keterangan berhubung dakwaan itu.
Abdul Khalid sebelum ini didakwa menggunakan dana kerajaan negeri untuk menyelenggara kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Lexus milik peribadinya yang bernombor WQR 779 serta pembelian 46 ekor lembu korban bernilai RM110,400 menggunakan wang kerajaan negeri.
Selain itu, Ahmad Said berkata, SPRM juga akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar kerana menggantung Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam anggota Exconya daripada menghadiri sidang DUN negeri itu.
Katanya, kes salah guna kuasa Sivakumar itu akan disiasat mengikut Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 2009.
- Bernama, 21/02/09.

20 Februari 2009

Gantung MB Perak tak sah

Oleh ZULKIFLI JALIL dan ZABRY MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my
PUTRAJAYA 19 Feb. – Pedulikan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar yang ternyata amat teruk dan tidak masuk akal.
Demikian reaksi spontan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mengulas tindakan Sivakumar menggantung dan melarang Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir bersama enam anggota Exconya daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri berkuat kuasa serta-merta.
Tegas Perdana Menteri, apa yang harus dilakukan oleh Zambry sekarang adalah terus menjalankan fungsi pentadbiran negeri sebagai kerajaan sah seperti mana dikehendaki rakyat.
Malah, beliau menyelar perlakuan Sivakumar yang juga ADUN DAP kawasan Tronoh itu sebagai tidak menghormati keputusan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang berkenan melantik Zambry dan barisan Exconya mengetuai kerajaan negeri.
‘‘Ini merupakan usaha terakhir pakatan pembangkang mahu menggulingkan kerajaan BN yang sah di Perak.
‘‘Oleh itu kerajaan negeri Perak (diterajui Zambry) perlu membuat laporan polis kerana apa yang dilakukan oleh Speaker DUN Perak itu sesuatu yang menyalahi atau menolak apa yang telah dilaksanakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak dan perlembagaan negeri,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Tabung Kemanusiaan Untuk Kanak-Kanak Gaza di Sri Perdana di sini hari ini.
Semalam, Sivakumar mengambil tindakan mengejutkan dan dianggap tidak mengikut peraturan apabila menggantung dan melarang Zambry bersama enam Exco kerajaan negeri daripada menghadiri sidang DUN berkuat kuasa serta-merta.
Tindakan itu dibuat melalui Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diketuai oleh Sivakumar.
Sivakumar dalam kenyataannya menegaskan, pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar dan enam Exco dalam kerajaan negeri yang baru itu tidak sah kerana tidak mengikut peraturan.
Ekoran itu, Zambry digantung dan dilarang menghadiri sidang DUN selama 18 bulan manakala enam Exco pula dikenakan hukuman sama selama 12 bulan.
Abdullah berkata, tindakan Sivakumar itu juga bermotif untuk mengurangkan bilangan wakil rakyat BN dalam DUN menjadikannya daripada 28 kepada 21 ADUN sahaja.
‘‘Ertinya 21 dan kalau ada undi, mereka berharap kemenangan akan berpihak kepada parti-parti dalam pakatan pembangkang. Niatnya tidak ada yang baik, hanya untuk menggulingkan kerajaan BN yang diwujudkan,” katanya.
Justeru, kata Abdullah, dalam situasi sekarang adalah lebih baik BN meneruskan pemerintahannya supaya kerajaan negeri terus stabil sekali gus memastikan perkhidmatan yang berterusan untuk rakyat.
- Utusan, 20/02/09.

Speaker Perlu Dapat Kelulusan Dun Terlebih Dahulu - Karpal

By: Ramjit
Oleh Alan Ting
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak perlu mendapat kelulusan DUN terlebih dahulu sebelum menggantung Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan DUN.
Beliau berkata Speaker V. Sivakumar sepatutnya memanggil persidangan DUN bagi membolehkan keputusan menggantung itu dibahas dan kemudian dibuat undian."Mengikut perlembagaan negeri Perak, apabila DUN tidak bersidang, Speaker boleh merujuk sebarang aduan kepada jawatankuasa hak dan kebebasan yang diketuainya.
"Sekiranya beliau mendapati ada kes prima facie, sebarang dapatan dan keputusan mesti dirujuk kepada DUN. Ini pada pandangan saya, bermakna Speaker perlu merujuk perkara ini kepada DUN untuk dibahas dan diluluskan," katanya.
Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu berkata, kes ini adalah seperti ketika beliau digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat pada 2004, setelah dituduh cuba menyeleweng fakta kepada Dewan, apabila berkata Anggota Parlimen mesti mengangkat tangan kanan ketika mengangkat sumpah jawatan.
"Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Rakyat kemudiannya membuat keputusan menggantung saya selama enam bulan. Ini dilakukan selepas perkara itu dikemukakan kepada Dewak Rakyat, dibahas dan dibuat keputusan," katanya.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar juga berkata Sivakumar silap apabila mengumumkan keputusan jawatankuasa itu menggantung Menteri Besar dan enam exco kerajaan negeri.
Beliau berkata Sivakumar sepatutnya merahsiakan perkara itu sehingga DUN bersidang.Beliau juga berkata jumlah keahlian jawatankuasa itu adalah tidak tepat.
"Ia lima berbanding satu selepas 8 Mac. Tetapi pada 2009, ia berbeza. Sekurang-kurangnya ia sepatutnya empat berbanding dua, bagi menggambarkan jumlah wakil daripada parti yang menguasai DUN sekarang," katanya.
Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn yang juga Pengerusi Gerakan Perak, berkata cara terbaik bagi menyelesaikan isu ini ialah menerusi mahkamah.
Ini berikutan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah membawa ke mahkamah untuk mempertikaian kesahihan kerajaan negeri yang baru.
Beberapa ahli politik pembangkang turut tidak bersetuju dengan tindakan Sivakumar.
"Ia lebih kepada tindakan sorang peguam atau ahli politik. Saya bimbang ia akan memberi kesan timbal balik kepada kami terutama oleh pengundi Melayu," kata seorang Wakil Rakyat DAP.
Seorang Wakil Rakyat Parti Keadilan Rakyat bersetuju dengan pendapatnya.
"Anda tidak boleh melakukan seperti ini. Biar mahkamah yang menentukan," kata beliau.
Tetapi Naib Pengerusi DAP, Chong Chieng Jien berkata keputusan Speaker tidak boleh dipersoalkan.
Beliau yang juga Anggota Parlimen Bandar Kuching berkata perkara itu juga tidak boleh dibawa ke mahkamah kerana ia akan membuka lebih banyak kes dibawa ke mahkamah.
-- BERNAMA, 20/02/09.

Ummah wajib mentaati pemerintah

Bersama Wan Zahidi Wan Teh
IMAM Ibnu Hajar Al-Makky A-Haitamy, seorang ulama syafi’e terkemuka menyebut dalam kitabnya Al-Zawajir ‘An Iqtiraf Al-Kabaair bahawa menderhaka kepada pemerintah adalah satu dosa besar.
Beliau menyebut beberapa dalil, antaranya hadis riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud:
“Tiga golongan Allah tidak berkata-kata dengan mereka pada hari kiamat, tidak melihat kepada mereka, tidak membersihkan dosa mereka dan mereka akan menerima azab yang pedih.”
Diriwayatkan lagi yang bermaksud:
“Seorang yang mengaku setia kepada seorang pemerintah, ia berbuat demikian kerana keduniaan; jika diberi, ia tunaikan kesetiaannya, tetapi jika tidak diberi, ia menderhaka.”Imam Ibnu Hajar juga memetik perkataan Saidina Ali yang bermaksud:
“Dosa besar itu ialah mensyirikkan Allah, membunuh manusia, makan harta anak yatim, menuduh seseorang berzina, menderhaka kepada dua ibu bapa dan membatalkan kesetiaan kepada pemerintah.”
Perhatikan bagaimana menderhaka kepada pemerintah diletakkan sama dengan dosa besar yang utama seperti syirik, membunuh, derhaka kepada ibu bapa, makan riba dan seterusnya.
Apa yang disebut Ibnu Hajar ini adalah pendapat yang ijmak di kalangan ulama, seperti dinyatakan Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam kitabnya Fathul Baari:
“Sesungguhnya fuqaha sudah sependapat mengatakan wajib taat kepada sultan yang memerintah dan berjihad bersamanya.”Ijmak ulama itu bersandarkan dalil al-Quran dan sunnah seperti berikut:
l Firman Allah yang bermaksud:
“Wahai orang beriman, taatilah Allah, taatilah Rasul-Nya dan ulil amri daripada kalangan kamu.” – (Surah an-Nisaa, ayat 59) Imam al-Mawardi sewaktu mengulas ayat ini menyatakan, melalui ayat ini Allah mewajibkan kita taat kepada ulil amri, iaitu pemimpin negara yang memerintah kita. (Al-Ahkam al-Sultaniyah)
l Selain daripada itu ada hadis yang banyak menjelaskan kewajipan ini. Antaranya, hadis sahih riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Hibban dan Thabarani yang meletakkan ketaatan kepada pemerintah setara dengan rukun Islam. Ketika berkhutbah pada Haji Wida’, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Demi sesungguhnya hendaklah kamu beribadat kepada Tuhanmu, tunaikan solat lima waktu, berpuasalah pada Ramadan, keluarkan zakat harta dengan suci hatimu, dan taatilah pemerintah kamu; maka dengan itu kamu akan memasuki syurga Tuhanmu.”
Perhatikan bagaimana kemasukan ke syurga diikat juga dengan mentaati pemerintah di samping menunaikan rukun Islam.Berpandukan nas yang ada dalam al-Quran dan sunnah, Imam Abu Bakar Al-Turtusyi dalam kitabnya Siraj Al-Muluk merumuskan:
“Orang yang keluar daripada garis ketaatan akan terputus perlindungan Allah, terlepas daripada jaminan-Nya, serta menukar nikmat dengan kufur (nikmat). Taat kepada pemerintah adalah tali Allah yang kukuh, agama-Nya yang lurus, perisai-Nya yang melindungi dan pemeliharaan-Nya yang tinggi.”
Bertolak daripada keterangan di atas juga, maka sebarang bentuk tunjuk perasaan bertujuan mencabar pemerintah adalah haram seperti dinyatakan dalam sebuah hadis sahih riwayat al-Bazzar yang bermaksud:
“Mana-mana kumpulan manusia berarak ke arah sultan dengan tujuan merendahkannya, maka mereka akan dihina oleh Allah sebelum hari kiamat.”
Dengan demikian, adalah jelas bahawa kenyataan dibuat oleh Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria baru-baru ini mengenai kewajipan mentaati titah Sultan Perak adalah benar dan mengikut hukum syarak seperti yang disepakati ulama berasaskan dalil daripada al-Quran dan sunnah.
-Penulis ialah Mufti Wilayah Persekutuan

18 Februari 2009

Buktikan jika BN terbabit kes gambar: Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini mencabar pihak pembangkang supaya mengemukakan bukti terhadap dakwaan mereka bahawa Barisan Nasional (BN) terbabit dalam penyebaran gambar bogel Ketua Penerangan Wanita Parti Keadilan Rakyat, Elizabeth Wong, baru-baru ini.
Sambil menegaskan BN tidak terlibat sama sekali dalam insiden itu, Timbalan Perdana Menteri berkata pembangkang sewajarnya tidak menuduh sembarangan jika tidak mempunyai bukti. "Tuduh apa... bukti siapa yang buat, saya tidak tahu menahu tentang hal ini tiba-tiba meletus dalam surat khabar.
"Kalau hendak menuduh kena keluarkan bukti, jangan cakap macam itu sahaja, jangan tuduh sewenang-wenangnya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet untuk Meliberalisasi Sektor Perkhidmatan di Bangunan Parlimen, di sini hari ini.
Sebelum ini beberapa anggota PKR, termasuk Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendakwa BN menjadi dalang dalam penyebaran gambar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan itu.
Berikutan penyebaran gambar itu, Wong, 37, menawarkan diri untuk meletak jawatan sebagai Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Pengguna Selangor serta Adun Bukit Lanjan.
- Bernama, 18/02/09.

Tindakan Speaker Sivakumar 'Kelakar' - Nazri

By: Ramjit
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Sambil menyifatkan tindakan speaker Dewan Undangan negeri (DUN) Perak V. Sivakumar hari ini sebagai kelakar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, berkata speaker itu berkelakuan mempersenda dewan berkenaan.
Nazri berkata, seluruh episod itu adalah satu "komedi" kerana keputusan oleh Sivakumar itu "amat tidak masuk akal".
Dalam tindakan di luar jangkaan sama sekali itu, Sivakumar menggantung dan melarang Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan anggota exconya dari menghadiri sesi DUN Perak selama 18 bulan berkuatkuasa serta merta.
Pergolakan terbaru dalam kemelut politik Perak ini tercetus selepas speaker memutuskan bahawa Zambry dan enam exconya telah menghina DUN."Speaker bertindak sendiri menjadi hakim dan juri sedangkan beliau tidak langsung mempunyai bidang kuasa itu.
"Ini benar-benar kelakar dan satu persendaan dalam seluruh episod," kata Nazri pada sidang akhbar di bangunan Parlimen di sini.
"Saya rasa untuk menghentikan ini semua, anggota-anggota DUN Barisan Nasional hendaklah ke mahkamah untuk menyelesaikan kebuntuan dan menjelaskan situasi," kata Nazri.
-- BERNAMA, 8 Februari, 2009 21:43 PM

Politik bebal lagi tak bermoral

Pemimpin jenis inikah yang ingin dibela oleh Pakatan Rakyat (PR)? Belum reda dengan perletakan oleh ADUN Bukit Selambau, Kedah sebagai Exco dan ADUN oleh V. Arumugam kerana skandal tidak bermoral, politik tanah air dikejutkan lagi oleh Elizabeth Wong yang juga Exco kerajaan PR Selangor (ADUN Bukit Lanjan).
Apa yang menarik kedua-kedua ADUN di atas dari parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dipimpin oleh Wan Azizah Wan Ismail selaku Presiden dan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Penasihat.
Ini mengingatkan kita pepatah orang tua-tua, "bapa borek, anak rentek", "bapa kecing berdiri, anak kencing berlari".
Apa yang lebih menghairankan ialah pemimpin-pemimpin Muslimat PAS nampaknya berdiri teguh di belakang Elizabeth Wong bagi mempertahankan salah laku moral yang mengaibkan dunia politik tanah air.
Saya percaya selepas pada ini akan terbongkar lagi kisah-kisah tidak bermoal dikalangan pemimpin PR kerana ramai yang dipilih untuk menjadi YB dalam pilihanraya umum ke-12 lepas dilakukan tanpa meneliti nilai kepimpinan dan peribadi mereka.
Kepada pemimpin-pemimpin BN, jangan terjebak dengan skandal yang memalukan ini dan berhati-hatilah kerana akan ada usaha oleh PR untuk 'perangkap' pemimpin BN dalam insiden memalukan ini.
Kalau kita ikuti sidang akhbar oleh Anwar Ibrahim, beliau dengan wajah yang bengis nampaknya menuding jari kepada BN, kononnya memulakan angkara ini.
Kekecewaan dan kemarahan Anwar sudah tidak boleh disembunyikan lagi nampaknya. Nampaknya gelaran 'Pak Shikh' sudah tak releven lagi untuk Anwar.
- hwa

Exco Selangor terkejut gambar bogelnya tersebar di internet


Oleh Syuhada Choo Abdullah dan Ifwan Tun Tuah
choo@bharian.com.my
KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor, Elizabeth Wong Keat Ping (gambar) terkejut apabila gambar dan video ketika beliau tidur dalam keadaan separuh bogel, disebarkan melalui internet.
Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Hal-Ehwal Pengguna negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan berusia 37 tahun itu mendakwa, gambar dan video berkenaan diambil oleh seseorang untuk memalu dan mencemarkan nama baiknya.“
Ini ialah serangan berniat jahat terhadap peribadi saya dan dilakukan oleh mereka yang keji. Saya menjadi mangsa dan sudah membuat laporan polis semalam (malam kelmarin).
Saya sedia memberi kerjasama penuh membantu siasatan, katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
Wong menegaskan, perbuatan itu jelas berniat untuk menceroboh kehidupan peribadinya tetapi beliau enggan membuat spekulasi terbuka mengenai siapa yang bertanggung jawab melakukan tindakan berkenaan.Gambar separuh bogel Wong dalam pelbagai posisi itu diambil ketika beliau tidur di atas sofa dipercayai di rumahnya.
Gambar dirakam oleh kamera telefon bimbit itu dikatakan tersebar menerusi internet sejak beberapa hari lalu.
Wong berkata, beliau hanya mengetahui mengenai kewujudan gambar dan video itu apabila dimaklumkan wartawan sebuah akhbar tabloid berbahasa Inggeris Jumaat lalu, yang mendakwa memiliki gambarnya dan akan menerbitkan berita mengenainya.
Malah, katanya, beliau juga diberitahu ada pihak cuba menyebarkan gambar serta rakaman video berkenaan.“
Malah, saya menerima banyak simpati daripada kawan, rakan sekerja dan masyarakat di kawasan saya dan berterima kasih terhadap keprihatinan mereka. Ahli keluarga juga berdiri teguh di belakang saya.“
Saya meminta media memberi ruang kepada kami untuk menghadapi cabaran besar ini. Dalam pada itu, saya akan terus melaksanakan tugas berkhidmat kepada rakyat Selangor,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan pihaknya menerima laporan mangsa dan siasatan sudah dimulakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK).“
Kita akan memanggil beberapa individu termasuk Wong, bekas teman lelakinya dan wartawan sebuah akhbar tabloid berbahasa Inggeris bagi membantu siasatan berhubung penyebaran gambar separuh bogel itu.“
Kita perlu mengambil keterangan semua pihak yang ada kaitan untuk mendapatkan gambaran jelas kerana polis pun belum melihat gambar yang didakwa separuh bogel itu.“Saya difahamkan gambar itu disebarkan melalui khidmat pesanan multimedia (MMS). Selagi kita belum melihat gambar itu, sukar untuk mengklasifikasikan siasatannya,”katanya pada sidang media di sini, semalam.?
Arjunaidi berkata, laporan polis yang dibuat Wong juga tidak lengkap kerana mangsa sendiri hanya diberitahu pihak ketiga bahawa gambarnya sedang tidur diedarkan, tetapi tidak menyebut dalam bentuk apa.
Sementara itu, sumber memberitahu Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman turut menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan iaitu mengedar bahan lucah.
- BH, 17/02/09.

17 Februari 2009

Elizabeth Wong Sedia Letak Jawatan

PETALING JAYA, 17 Feb (Bernama) -- Anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong menawarkan diri untuk meletak jawatan dan juga mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Lanjan setelah gambar bogelnya tersiar dalam Internet.
Beliau akan membincangkan soal penyerahan tugasnya itu dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, katanya pada satu sidang akhbar.
Khalid pula berkata dalam satu kenyataan bahawa beliau akan memohon menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk mendapatkan nasihat baginda berhubung tawaran Wong untuk meletak jawatan.
Katanya beliau telah meminta Wong supaya bercuti bagi menenangkan fikiran.Wong, 37, yang merupakan pengerusi jawatankuasa pelancongan, hal ehwal pengguna dan alam sekitar negeri, berkata terdapat pihak tertentu yang mahu mencemarkan nama baiknya.
Katanya beliau tidak melanggar sebarang undang-undang."Saya tak merasa malu hanya kerana saya tidak berkahwin," katanya.Wong, daripada Parti Keadilan Rakyat, berkata tawarannya untuk meletak jawatan adalah untuk kebaikan parti.
"Walaupun kempen memburukkan nama saya ini ditujukan kepada saya, tapi saya sedar matlamatnya adalah untuk memburukkan Parti Keadilan Rakyat," katanya.
Wong telah membuat laporan di balai polis Damansara pada Ahad lepas.
Beberapa Anggota Parlimen pula dan menghormati hasrat Wong untuk meletak jawatan.
Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) menyifatkan keputusan itu merupakan satu tanggungjawab beliau untuk menyelamatkan parti manakala Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabantangan) berkata tindakan Wong harus diterima kerana beliau sudah memikirkan soal kepentingan rakyat setempat serta negeri Selangor khususnya.
"Saya bersimpati dengan apa yang menimpa beliau. Pada saya bukan itu yang dia mahu, namun ada pihak telah mengambil kesempatan di atas kelemahan beliau," katanya.
Yusmadi Mohd Yusof (PKR-Balik Pulau) menyifatkan keputusan Wong sebagai sesuatu yang rasional.
Dr Lo'lo Mohd Ghazali (PAS-Titiwangsa) pula menyalahkan media berhubung penyebaran gambar bogel Wong.
"Media yang memperbesar-besarkan isu ini dan mendedahkan gambar-gambar sedemikian. Cukuplah, kita ada banyak agenda hendak dilakukan...nak menangani krisis ekonomi lagi, masalah rakyat...sepatutnya krisis sebegini tidak ditimbulkan, " katanya.
Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar memberitahu Bernama bahawa polis akan merakam keterangan Wong petang ini bagi mengenal pasti orang yang menyiarkan gambar bogelnya itu.
"Jika perlu polis akan mendapatkan kerjasama Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi bagi menentukan kesahihan gambar-gambar itu," katanya.
Khalid berkata walaupun Wong telah menyatakan hasrat untuk meletak jawatan, polis akan menjalankan siasatan rapi dan tidak akan melengahkan siasatan.
"Peletakan jawatannya tidak akan menjejaskan siasatan polis," katanya.
Khalid berkata siasatan adalah masih di peringkat awal dan polis tidak dapat memberikan maklumat lebih lanjut.
-- BERNAMA, 17 Februari, 2009 15:26 PM

Sekarang siapa BEBAL?

Guano ni Pak Sheikh! orang demo lepas sorang, sorang buat hal ni.
Elizabeth Wong - Exco Selangor. Exco Terlampau!

Kalau anda pernah melayari blog Elizabeth Wong - Exco Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, kata-kata bebal, benggong dan sebagainya semacam satu 'tag line' beliau dalam mengecam pemimpin BN.
Sekarang bila heboh tersebar gambar bogel beliau di internet, baru tahu siapa sebenarnya yang BEBAL!
Seronok mengata orang, bila kena batang hidung sendiri. Bogel pun bogel lah!

16 Februari 2009

Wanita MCA Kutuk Pengedaran Gambar Bogel Adun

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Walaupun berbeza pendirian politik, Wanita MCA hari ini melahirkan rasa simpati terhadap anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Lanjan Elizabeth Wong yang menjadi mangsa dalam skandal pengedaran gambar bogel.
Ketuanya Datin Chew Mei Fun mengutuk mereka yang bertanggungjawab mengedar gambar Wong kerana perbuatan itu melanggar hak kebebasan peribadi wanita dan merupakan tindakan mengeksploitasi wanita bagi tujuan politik.
"Kami terkejut dengan perbuatan ini yang menjadikan wanita sebagai objek seks. Ia secara terang-terangan menceroboh hak peribadi wanita serta mengeksploitasi wanita bagi tujuan politik," katanya dalam kenyataan di sini mengenai penyiaran gambar bogel Wong di Internet yang didakwa dilakukan bekas kekasih anggota Exco Selangor itu dan pihak yang ingin membunuh kerjaya politik Wong.
Chew berkata perbuatan merakam gambar anggota tubuh wanita tanpa kebenaran atau pengetahuannya adalah menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan hukuman mengikut Kanun Keseksaan (Akta 574), manakala perbuatan menyiarkannya bagi tatapan umum juga, melanggar akta itu.
"Kami ingin menasihati semua wanita supaya berhati-hati. Kami juga menggesa kerajaan supaya menguatkuasakan dengan tegas Akta berkenaan agar ia benar-benar dapat mencegah perbuatan tidak bermaruah ini," katanya.
-- BERNAMA, 16/02/09

DIRGAHAYU TUANKU

PESERTA perhimpunan melaungkan ‘Daulat Tuanku’ semasa majlis menyerahkan memorandum sokongan dan taat setia terhadap Sultan Selangordi hadapan Istana Bukit Kayangan di Shah Alam, semalam.
*****
Seramai 500 ahli Pergerakan Pemuda UMNO Selangor dan lapan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu berhimpun di hadapan Istana Bukit Kayangan, Shah Alam semalam bagi menzahirkan sokongan dan taat setia kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Mereka juga menyerahkan memorandum sokongan terhadap Sultan Sharafuddin yang baru-baru ini memberi titah peringatan kepada rakyat supaya tidak keterlaluan dalam reaksi kepada isu peralihan kuasa baru di Perak.
Memorandum itu diserahkan oleh Presiden Kesatuan Pelajar-Pelajar Melayu Selangor (KPPMS), Mat Yasir Ihsan kepada Pegawai Pengiring Sultan Selangor, Komander Ahmad Ramli Kadir.
- Utusan, 16/02/09.

15 Februari 2009

Berambus!

100 hadiri perhimpunan taat setia: Sebahagian peserta melaungkan 'Daulat Tuanku' sambil membawa sepanduk menyokong kedaulatan Raja Melayu pada Perhimpunan Taat Setia Kepada Institusi dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu, di Kuala Lumpur, semalam. Perhimpunan disertai kira-kira 100 peserta itu mendesak kerajaan mengenakan tindakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh dan pemimpin Pakatan Rakyat berhubung hasrat Karpal menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. - Foto Bernama

8 Februari 2009

Karpal anggap Anwar tidak layak jadi ketua Pakatan Rakyat

GEORGETOWN: Pengerusi DAP, Karpal Singh, menganggap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak layak menjadi ketua dalam Pakatan Rakyat kerana mempromosikan tindakan lompat parti.
Karpal, dalam sidang media di sini hari ini, berkata tindakan Anwar mengalu-alukan Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim, melompat ke Pakatan Rakyat sebelum masuk semula ke Umno mencetuskan ketegangan di kalangan parti dalam pakatan sehingga menyebabkan Perak jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN).
- Berita Minggu, 08/02/09.

'Melayu Perak bukan patung wayang kulit'

KUALA LUMPUR 7 Feb. - Pengerusi DAP Karpal Singh dan pemimpin pakatan pembangkang hari ini diberi amaran keras supaya berhenti memperlekehkan Raja-raja Melayu dan jangan menjadikan Melayu Perak patung wayang kulit.
Orang Melayu di negeri itu juga diingatkan supaya tidak lagi membiarkan diri mereka diperkudakan untuk menyanggah institusi beraja yang merupakan 'urat nadi' orang Melayu selama ini.
Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu memberi amaran tersebut ekoran sikap biadap pemimpin pakatan pembangkang sewenang-wenangnya 'memijak' Raja-raja Melayu ekoran keengganan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida), Jamaludin Yusof berkata, tindakan Karpal dan sekutunya yang melakukan provokasi termasuk menyaman Sultan Perak sebenarnya adalah satu bentuk penghinaan amat dahsyat kepada orang Melayu.
Tegas beliau, pihaknya melihat penderhakaan secara terang-terangan terhadap Sultan Azlan Shah sebagai malapetaka terhadap kaum Melayu.
Lebih menyedihkan, katanya, orang Melayu yang berjubah dan berserban telah dihasut untuk berdemonstrasi menentang titah baginda.
"Seolah-olah orang Melayu menjadi patung wayang kulit, Karpal pula menjadi 'tok dalang', manakala Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak mengadu domba," ujar beliau ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan liar penyokong pakatan pembangkang yang merusuh di perkarangan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar selepas solat Jumaat semalam untuk menghalang pelantikan Menteri Besar baru daripada Barisan Nasional (BN) yang diperkenan oleh Sultan Azlan.
Terdapat antara mereka yang berdemonstrasi itu bertindak berbaring di atas jalan raya bagi menghalang kenderaan rasmi Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah selain menghamburkan kata-kata kesat.
Hampir keseluruhan mereka yang menyertai perhimpunan haram untuk mempertahankan kerajaan pakatan pembangkang yang didominasi oleh parti DAP itu terdiri daripada orang Melayu.
Menurut Jamaludin, Pekida berpendapat, Pengerusi DAP itu mungkin mempunyai motif lain untuk menimbulkan kekacauan dan menarik perhatian masyarakat dunia bahawa Sultan Azlan adalah seorang raja yang berat sebelah.
Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail pula berkata, tindakan biadap Karpal mahu mengemukakan saman terhadap Sultan Azlan Shah dikhuatiri boleh menanam perasaan benci terhadap institusi beraja.
Presiden Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP) dan Persatuan Darul Ridzuan di Selangor dan Wilayah Persekutuan itu menegaskan, tindakan DAP itu seolah-olah menggambarkan Sultan Perak membelakangkan peruntukan undang-undang.
"Dalam hal ini, saya mengingatkan pemimpin pembangkang terutama Anwar, Karpal dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang agar bertindak secara profesional dan menerima hakikat kegagalan mereka memerintah negeri ini," tegas beliau.
Dalam perkembangan berkaitan, Mohd. Hilmi berkata, GMP telah membuat laporan di Balai Polis Sea Park, Ipoh, semalam kerana perbuatan Karpal itu dilihat sebagai ugutan bagi menghalang Sultan Perak melaksanakan bidang kuasa di bawah peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.
Menurutnya, tindakan saman itu jika dibiarkan sudah pasti akan mengakibatkan kaum Melayu bangkit membuat bantahan keras.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, menyifatkan tindakan Karpal Singh itu seolah-olah cuba menjolok sarang tebuan perasaan orang Melayu.
''Beliau boleh membawa kes tersebut ke mahkamah namun implikasi yang akan ditanggung nanti begitu besar kerana orang Melayu sudah semestinya tidak akan berdiam diri melihat keadaan tersebut,'' katanya.
Ibrahim meminta Karpal Singh agar jangan bersikap emosional secara membabi-buta memandangkan negara ini merupakan sebuah kerajaan raja berperlembagaan.
''Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung, jika beliau masih berdegil dengan tindakannya, lihatlah nanti bagaimana orang Melayu akan bersatu serta bangun menentangnya,'' katanya.
Sementara itu, Presiden Pertubuhan Generasi Profesional Pewaris Bangsa (Prowaris), Feriz Omar menyifatkan cadangan saman itu merupakan strategi Anwar dalam menggunakan Karpal sebagai wakil pembangkang.
Katanya, Anwar mungkin berasa masih perlu 'bersembunyi' dan tidak mendedahkan diri sebagai dalang dalam cadangan saman itu.
"Anwar dan Karpal sama sahaja, misi mereka untuk menjatuhkan kerajaan dan sanggup melakukan apa sahaja termasuk memalukan kaum Melayu.
"Tindakan mereka berdua membuktikan pembangkang berada dalam keadaan paling tertekan dan kehabisan idea untuk menipu rakyat," ujarnya.
Justeru, tegas Feriz, kerajaan perlu menggunakan badan perisikan yang ada untuk membuktikan peranan Anwar dalam pelbagai isu yang memporak-perandakan keamanan negara.
- Mingguan Malaysia, 08/02/09.

Wajah Manusia Angkuh!


  1. * Sewajar ditahan di bawah ISA.
  2. * Wajib dilucut sebagai kerakyatan Malaysia.
  3. * Haram menjejak kaki ke Bumi Perak.

Rakyat marah

  • Menghina raja patut kena tindakan ISA
  • Kaji kewajaran lucut kerakyatan Karpal Singh
  • Syor penderhaka diharam jejak kaki di Perak
KUALA LUMPUR: Tindakan biadab, sombong dan angkuh pemimpin serta penyokong Pakatan Rakyat yang menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dengan menggugut baginda untuk dibawa ke muka pengadilan, selain memulaukan majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak, benar-benar menimbulkan kemarahan rakyat.
Kemarahan mereka meluap sehingga ada yang mencadangkan pihak terbabit dikenakan tindakan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), selain dilucutkan kewarganegaraan dan bagi mereka yang bermastautin di Perak, diusir keluar.
Berita Minggu turut menerima panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada orang ramai yang marah dengan tindakan pemimpin dan penyokong parti pembangkang itu.
Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam kenyataannya semalam, memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak sekali-kali menyentuh serta menjatuhkan martabat, maruah dan kedudukan Raja-Raja Melayu yang selama ini menjadi payung kepada seluruh rakyat.
Beliau yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) berkata, apa yang berlaku di Perak tidak pernah berlaku dalam sejarah negara apabila institusi raja dibabitkan dengan begitu agresif sehingga diugut dibawa ke peringkat perundangan.“
Perkembangan di Perak cukup merimaskan semua pihak... sepatutnya perubahan teraju pentadbiran negeri berlaku dalam situasi penuh kematangan, tetapi tercemar dengan insiden yang bermula dengan protes, demonstrasi dan akhirnya keinginan menyaman Sultan Perak.“
Kegelojohan mengheret Sultan ke mahkamah dengan hanya bersandarkan kepada sentimen politik adalah tindakan tidak bertanggungjawab dan jelas tidak menghormati institusi raja seperti terkandung dalam prinsip Rukun Negara,”katanya di sini semalam.Kelmarin, Pakatan Rakyat memulaukan majlis angkat sumpah Menteri Besar yang baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir di Istana Iskandariah, manakala penyokong gabungan itu pula mencetuskan kekecohan di luar Masjid Ubudiah.
Pengerusi DAP, Karpal Singh pula dilaporkan mengugut akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Sultan Azlan Shah dan BN jika masih berkeras untuk melantik Menteri Besar BN.
Hishammuddin berkata, perbuatan itu tidak boleh dibiarkan menjadi budaya baru kerana gelagat seperti itu sedang diperhatikan oleh generasi muda. Katanya, Sultan Azlan Shah adalah pakar perundangan dan keputusan yang dibuat adalah atas kapasiti dan kedudukan baginda sebagai Sultan.“
Rakyat harus faham bahawa kematangan berpolitik penting dalam menghadapi sebarang perubahan luar jangka. Dalam pilihan raya umum lalu, BN tidak menjangka mengalami kekalahan yang begitu pahit untuk ditelan.“
Bagaimanapun, BN tidak pernah guna sebarang pengaruh atau tekanan kepada institusi raja bagi membolehkan kita terus kekal berkuasa, sebaliknya menerima situasi itu dengan lapang dada dan penuh keinsafan... di sinilah kematangan kita,” katanya.
Beliau berkata, kumpulan yang mengganggu ketenteraman di Perak itu bergerak atas dasar kepentingan dan kuasa politik semata-mata, tetapi BN tidak pernah membuat kecoh ketika lima negeri diambil alih Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum lalu.“
Bagi BN apa yang penting ialah kesejahteraan dan kebaikan untuk rakyat, jadi rakyat seharusnya membandingkan keadaan ini untuk membuat penilaian mudah mengenai parti mana yang sebenarnya boleh membawa aspirasi mereka,” katanya.
Hishammuddin berkata, beliau sudah meminta Pemuda Umno dan BN Perak mempertahankan Sultan Perak yang memerintah mengikut Perlembagaan dan lunas undang-undang negara.“
Saya yakin Sultan Perak membuat keputusan dengan penuh bijaksana dan sudah menimbang semua aspek dalam isu ini. Hanya baginda lebih tahu apa yang terbaik untuk rakyat dan negeri baginda,” katanya.Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff, berkata menderhaka kepada Raja memang jenayah berat dan di Thailand boleh dihukum bunuh atau penjara seumur hidup.“
Tidak timbul soal sama ada kesalahan itu di Thailand atau Malaysia kerana perbuatan terbabit sememangnya jenayah berat. Di Thailand, sesiapa menghina Raja boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup,” katanya, ketika dihubungi semalam.
Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan berkata, Pakatan Rakyat kurang ajar, tidak beradab serta mengingkari janji untuk akur dan mematuhi titah Sultan Perak.“
Ia bukan ciri integriti pada pemimpin yang sepatutnya memberi contoh baik kepada rakyat. Kalau mereka sendiri derhaka kepada Sultan dan mungkir janji... dikhuatiri generasi akan datang mencontohinya.“
Pada pandangan saya, jika betul-betul tak bersetuju, ingkar dan tak mahu patuh titah Sultan di negeri sendiri, mereka tidak patut tinggal lagi di negeri itu atau wajar dibuang negeri,” katanya.
Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Reezal Merican Naina Merican pula meminta Majlis Raja-Raja Melayu mengeluarkan usul keras terhadap Karpal Singh, termasuk mengkaji kewajaran kerakyatannya dilucutkan.
Katanya, Pengerusi DAP itu secara nyata menghasut agar timbul ketidaksetiaan kepada raja apabila mengugut mengheret Sultan Perak ke mahkamah atas isu politik.
Ketua Umum Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar berkata, tindakan menghina institusi Raja-Raja Melayu, termasuk melalui laman web rasmi Sultan Perak menggambarkan pelaku itu tiada adab.
Beliau juga menyifatkan Karpal sebagai penderhaka dan selayaknya dikenakan tindakan ISA selain ditarik balik kewarganegaraan atau diharamkan menjejak kaki di Perak kerana berani mencabar institusi Raja Berperlembagaan.
- BH, 08/02/09.

'Kami akan berlumba masuk pejabat'

Kereta Camry ini akan digunakan oleh Mohd. Nizar untuk 'berlumba' dengan Dr Zambry ke pejabat Menteri Besar besok (Isnin).
*****
IPOH: "Saya biasanya datang awal (ke pejabat) .... kami (jika Datuk Dr Zambry Abdul Kadir datang pada masa sama) akan berlumba-lumba siapa yang masuk dulu," kata Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang masih menganggap dirinya Menteri Besar Perak.
Katanya, beliau akan datang ke pejabat seperti biasa Selasa depan dan terus mendiami kediaman rasmi Menteri Besar bersama keluarganya.“
Kita mahu perisytiharan mahkamah bahawa kerajaan ini (Pakatan Rakyat) adalah sah dan jika mahkamah memutuskan sebaliknya, kami akan akur, katanya yang sehingga kini masih enggan mengiktiraf Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang baru.
Mohammad Nizar berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan apa yang dipanggilnya Mesyuarat Khas Exco Kerajaan Negeri’di kediaman rasmi Menteri Besar di sini, bermula jam 11.15 pagi dan berakhir kira-kira jam 12.40 tengah hari.
Pakatan Rakyat sehingga semalam masih menganggap mereka memerintah Perak, walaupun Zambry sudah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar baru di depan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, kelmarin.Bagaimanapun, mesyuarat yang diadakan itu tanpa kehadiran Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim; Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid dan Pegawai Kewangan Negeri, Jamalludin Al Amini Ahmad, selain tidak merujuk kepada Sultan Perak seperti kebiasaan mesyuarat Exco kerajaan negeri.
Dua bekas Exco yang kini menjadi Adun Bebas, Jamaluddin Mohd Radzi dan Osman Mohd Jailu, juga tidak hadir.Mohammad Nizar berkata, mesyuarat berkenaan tidak perlu merujuk kepada Sultan Perak terlebih dulu kerana ia adalah mesyuarat khas, manakala kehadiran pegawai kanan negeri juga tidak perlu kerana mereka bersifat pemerhati atau ex-officio’iaitu tidak boleh mengundi dan membuat keputusan.
Ditanya mengenai kesahihan mesyuarat itu, beliau mendakwa ia sah dan segala keputusan yang dibuat dalam mesyuarat berkenaan perlu dilaksanakan oleh agensi kerajaan berkaitan sambil menegaskan tidak mengiktiraf kerajaan negeri di bawah kepemimpinan Dr Zambry.
Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Perak berkata, pada mesyuarat itu pihaknya meluluskan empat dasar yang perlu dilaksanakan oleh agensi kerajaan negeri iaitu meluluskan pemanjangan tempoh pajakan tanah industri daripada 30 dan 60 tahun sekarang kepada 99 tahun.Kedua, meluluskan peruntukan RM2.7 juta setahun kepada syarikat penerbangan tambang murah, Firefly, supaya mengadakan penerbangan terus dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) ke Singapura dan Kuala Lumpur bermula 15 Mei ini, untuk mengaktifkan semula lapangan terbang berkenaan.
Ketiga, meminta semua 342 Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dipilih Pakatan Rakyat meneruskan majlis angkat sumpah seperti biasa serta meneruskan tugas rasmi mereka seperti sebelum ini dan keempat, memperuntukkan RM1 juta untuk program Kifalah iaitu sumbangan RM1,000 bagi kos dan urusan pengebumian warga negeri ini yang berusia 65 tahun ke atas dan miskin.
Beliau berkata, minit mesyuarat berkenaan akan diserahkan kepada agensi kerajaan berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) untuk pelaksanaan segera.
Ditanya adakah dasar itu boleh dilaksanakan, Mohammad Nizar berkata: Jabatan kerajaan perlu akur kepada dasar kerajaan yang ada... sebagai agensi bertanggungjawab, saya yakin mereka akan melaksanakan dasar itu.
- BH, 08/02/09.

Penderhaka!

Wayang Kulit Negeri Perak
Pendokong-pendokong Utama
Tok Dalang (Pak Karpal)

Patung Wayang (Pak Dogol)


Tukang Gedang/Tukang Serunai

Jangan hina Raja Melayu


MARAH... SEBAHAGIAN ahli-ahli UMNO Bahagian Ampang Jaya dan NGO mengadakan demonstrasi membantah tindakan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang disifatkan menderhaka kepada Sultan Perak di hadapan IPD Ampang dekat Kuala Lumpur, semalam.
– Utusan/Wahidah Zainal

Sebagai seorang Melayu, saya juga terguris, tidak gembira dengan perkembangan terbaru ini terutama tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. – DR. MAHATHIR MOHAMAD (Bekas Perdana Menteri)
Tindakan mahu menyaman Sultan Perak adalah suatu langkah yang tidak bijaksana, berbaur politik, agenda pakatan pembangkang dan tidak menghormati hak raja di dalam Perlembagaan. Ia adalah amat memalukan, raja perlu dihormati. – MUHYIDDIN YASSIN (Naib Presiden UMNO)
Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kita, institusi raja dilibatkan begitu agresif sehingga ke peringkat perundangan hanya akibat daripada kekecewaan politik segelintir pihak. – DR. AHMAD ZAHID HAMIDI (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
Seolah-olah kita (orang Melayu) jadi patung wayang kulit, Karpal Singh pula menjadi `tok dalang’, manakala Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mengadu domba. – JAMALUDIN YUSOF (Presiden Pekida)
Tindakan Karpal Singh itu seolah-olah cuba menjolok sarang tebuan. Beliau boleh membawa kes tersebut ke mahkamah namun implikasi yang akan ditanggung nanti begitu besar kerana orang Melayu tidak akan berdiam diri. – IBRAHIM ALI (Presiden Perkasa)
Anwar dan Karpal sama sahaja, misi mereka untuk menjatuhkan kerajaan dan sanggup melakukan apa sahaja termasuk memalukan kaum Melayu. Tindakan mereka membuktikan pembangkang berada dalam keadaan paling tertekan dan kehabisan idea untuk menipu rakyat. – FERIZ OMAR (Presiden Prowaris).
- Utusan, 08/02/09.

7 Februari 2009

Tahniah!

Tahniah diucapkan kepada
YAB. Datuk Dr. Zambry bin Abd. Kadir
diatas perlantikan Menteri Besar Perak yang ke-11

- Putra Lembah Utara.

Nyah kau dari Tanah Melayu ini!

"Pakatan pembangkang akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Sultan Perak dan Barisan Nasional (BN) jika masih berkeras untuk melantik Menteri Besar BN yang baru, kata Pengerusi DAP, Karpal Singh."

Petikan sidang akhbar Karpal Singh yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 07 Februari 2009 sekali lagi memperlihatkan sikat biadap dan angkuh pemimpin DAP ini.
Berambuslah kamu dari bumi Malaysia ini dengan segera. Kami tak perlu manusia jenis semacam ini.
Sudah banyak kerugian kepada negara akibat sikap tidak bertanggungjawab manusia jenis ini.
Kita ingin hidup aman damai bukan dengan retorik murahan kamu.
Jangan sentuh mana-mana daulat Sultan Melayu. Jangan sampai keris dihunus!.
Daulat Tuanku, Hidup Melayu!


BISIK-BISIK

‘‘TERSERAH kepada Tuanku... Yakin Sultan Perak akan buat keputusan adil.’’ Itulah antara kata-kata Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin selepas beliau menghadap Sultan Azlan Shah pada petang Rabu lalu.
Namun lain pula jadinya kelmarin – beliau enggan melepaskan jawatan Menteri Besar, setelah baginda menitahkan supaya beliau dan barisan Exconya meletakkan jawatan berkuatkuasa serta-merta ekoran Pakatan Rakyat tidak lagi memperoleh sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri.
Kenyataan dan tindakan Mohammad Nizar itu menampakkan politik mainannya penuh celaru. Bayangkan, sebelum menghadap Sultan pada Rabu lepas lagi, beliau terlebih dahulu mengumumkan pembubaran Dewan tanpa memperoleh perkenan Sultan.
Awang percaya Mohammad Nizar semasa mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar selepas pilihan raya umum Mac lepas, turut melafazkan taat setia kepada raja dan cinta kepada negeri.
Bagi Awang, tindak-tanduk sedemikian rupa sudah tentu menjejaskan lafaz taat setia berkenaan yang jika tidak dihentikan segera boleh diterjemah sebagai penderhakaan.
Awang – Taat dan setia.

Pulihkan keyakinan rakyat

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL

rencana@utusan.com.my

ANGGOTA Dewan Undangan Negeri Pangkor, Zambry Abdul Kadir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di hadapan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun ketika Majlis Angkat Sumpah Pelantikan Menteri Besar Perak di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar semalam.
*****
KEDUDUKAN rapuh kerajaan campuran Perak yang dibentuk oleh parti DAP-PKR-Pas sebenarnya sudah dapat ditelah dari awal lagi.
Pada pilihan raya umum ke-12 yang lalu, pakatan parti itu berjaya membentuk kerajaan hanya dengan kelebihan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila memenangi 31 kerusi berbanding 28 kerusi Barisan Nasional (BN).
Kekalutan dalam pakatan parti itu semakin ketara pada episod pemilihan Menteri Besar Perak yang beberapa kali tertangguh ekoran rasa tidak puas hati terutamanya DAP.
Bagaimanapun kerana Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak memperuntukkan jawatan tertinggi dalam kerajaan negeri itu mesti disandang oleh seorang Melayu yang beragama Islam, maka Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dilantik sebagai Menteri Besar Perak seperti yang diperkenan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Umum mengetahui jawatan Menteri Besar yang disandang beliau sebelum ini bukan keputusan majoriti, tetapi sebaliknya adalah kehendak Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.
Kerana itu juga, pemerintahan Mohammad Nizar sentiasa dibelenggu kontroversi apabila beberapa keputusan kerajaan Perak kelihatan cenderung memperjuangkan dasar-dasar yang ditentukan oleh DAP.
Paling mengejutkan apabila Mohammad Nizar menganugerahkan tanah seluas 400 hektar kepada sekolah persendirian Cina.
Alasannya supaya sekolah-sekolah Cina tersebut dapat memajukan tanah berkenaan bagi menambah pendapatan sekolah.
Rakyat Perak juga dikejutkan dengan pendedahan abang Mohammad Nizar, Mohd. Fazil Jamaluddin mengenai Perjanjian Pangkor II yang dibuat dengan DAP.
Perjanjian itu antara lain melarang Mohammad Nizar menyebut negeri Perak diperintah oleh Islam. Beliau juga dikatakan tidak dibenarkan menyebut terma-terma politik yang berkaitan dengan Pas atau bahasa Arab seperti hudud dan qisas.
Sebelumnya, Mohammad Nizar mengumumkan cadangan untuk memberi hak status pemilikan tanah selama 999 tahun kepada penduduk lot-lot tanah di Kampung Baru.
Cadangan itu mendapat tentangan banyak pihak kerana ia disifatkan tidak munasabah serta bertentangan dengan semangat Kanun Tanah Negara.
Isu-isu itu jugalah yang bakal menjadi cabaran kepada Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir, 47, yang dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang baru.
Lebih mencabar, Zambry mengepalai sebuah kerajaan yang sangat rapuh.
BN terikat kuasanya dengan pakatan pembangkang apabila masing-masing menguasai separuh daripada majoriti kerusi DUN.
Apa yang membolehkan BN merampas Perak hanyalah sokongan daripada tiga bekas wakil rakyat pakatan pembangkang.
Itu pun wakil rakyat berkenaan tidak menyatakan secara rasmi mahu menyertai BN, sebaliknya hanya menyokong tetapi berdiri di atas tiket ADUN Bebas.
Untuk menunggu sehingga pilihan raya umum baru yang dijangka dalam tempoh tiga atau empat tahun dari sekarang, banyak perkara yang boleh terjadi.
Tidak mustahil dalam tempoh terdekat bakal ada ahli BN yang bertindak melompat parti dan kerajaan Perak sekali lagi akan berubah tampuk pemerintahan.
Situasi panas itu seperti dijelaskan oleh pensyarah di Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Ahmad Nidzammuddin Sulaiman, hanya merugikan rakyat Perak sendiri.
Ini kerana tumpuan di kalangan wakil rakyat kini adalah untuk memujuk wakil rakyat lawan menyertai parti mereka seterusnya membentuk kerajaan.
Dalam keadaan itu, agenda-agenda pembangunan dan memperkasakan pentadbiran tidak lagi menjadi keutamaan, katanya.
Keadaan itu juga membawa kepada kewajaran bahawa kemelut politik Perak ketika ini harus dikembalikan kepada rakyat jelata.
Dalam erti kata yang lain perlu diadakan semula pilihan raya negeri.
Namun, pastinya Sultan Azlan Shah mempunyai sebab tersendiri mengapa baginda merasakan bahawa pilihan raya negeri itu tidak perlu.
Secara logik akal juga, peralihan kuasa kepada BN itu tidak bercanggah dengan peraturan dan dibenarkan dari sudut perlembagaan.
Ini kerana BN kini memiliki majoriti kerusi DUN. Penguasaan BN di Perak sebenarnya lebih kukuh melihat kepada keputusan pilihan raya umum ke-12 yang lalu.
Walaupun gagal merebut majoriti kerusi DUN, namun BN memenangi lebih banyak kerusi berbanding parti-parti dalam kerajaan campuran iaitu sebanyak 28 kerusi.
Sebaliknya DAP hanya memenangi 18 kerusi, PKR (tujuh) dan Pas (enam). Walaupun jumlah kerusi yang dimenangi oleh Pas, DAP dan PKR itu tinggi iaitu 31 kerusi, tetapi ia tidak boleh dianggap majoriti kerana parti-parti itu bukan daripada satu parti yang bertanding.
Justeru, kerusi yang dimenangi parti-parti itu perlu dikira secara berasingan. Namun atas keputusan berhemah Sultan Azlan Shah yang melihat majoriti ketika itu berpihak kepada pakatan DAP-PKR-Pas, maka pakatan parti tersebut berjaya membentuk kerajaan campuran.
Sikap berhemah Sultan Azlan Shah sekali lagi terserlah dalam isu ketika ini apabila BN yang kembali mempunyai suara majoriti diberikan hak untuk menubuhkan kerajaan.
Menurut Ahmad Nidzammuddin, sewajarnya Mohammad Nizar dan penyokong parti pakatan DAP-PKR-Pas menyanjung tinggi keputusan itu.
Tindakan Mohammad Nizar menyembah derhaka untuk tidak melepaskan jawatan Menteri Besar mengguris hati orang Melayu apabila ia dilihat membelakangkan titah Sultan.
''Bagi orang Melayu yang sangat tinggi kesetiaan dan menjunjung kasih ke bawah duli yang maha mulia Raja, tindakan Mohammad Nizar itu sukar diterima," ujar beliau.
Bagaimanapun dalam keghairahan merampas kembali Perak, BN perlu menyedari realiti sebenar kedudukan mereka terutamanya dari sudut sokongan rakyat kebanyakan.
Rakyat Perak terutamanya pengundi di tiga kawasan ADUN yang berpaling tadah menilai perbuatan wakil rakyat mereka melompat parti adalah satu pengkhianatan kepada kepercayaan yang diberikan.
Dari sudut moral, ketiga-tiga wakil rakyat itu tidak lagi mempunyai kredibiliti yang tinggi untuk mewakili rakyat jelata.
Soal kredibiliti juga menjadi persoalan apabila dua daripada tiga wakil rakyat yang menyatakan sokongan kepada BN itu terbabit dengan isu rasuah.
Jamaluddin Mohd. Radzi, 52, dan Kapten (B) Mohd. Osman Mohd. Jailu, 57 sebelum ini dituduh di mahkamah atas dakwaan meminta dan menerima rasuah untuk mempercepatkan kelulusan permohonan bagi membangunkan tanah seluas 36 hektar bernilai RM180 juta di Seri Iskandar.
Dalam ketika BN sudah sedia bergelut dengan isu kredibiliti seperti rasuah dan korupsi di mata kebanyakan masyarakat, kehadiran wakil rakyat itu sedikit-sebanyak mengikis kepercayaan terhadap kredibiliti BN.
Begitu juga 'kepulangan' penuh misteri ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang beberapa hari sebelum peralihan kerajaan Perak mengumumkan keluar parti BN dan menyertai PKR.
Tindakan sekelip mata itu membuatkan rakyat Perak tertanya-tanya apa nilai kesetiaan yang dipegang oleh Nasaruddin?
Perkara-perkara sebeginilah yang meletakkan kerajaan baru BN di Perak berdepan dengan sokongan yang sangat meruncing dan tipis.
Bukan sedikit usaha yang perlu dilakukan oleh Zambry terutamanya untuk menarik kembali keyakinan dan kepercayaan rakyat Perak keseluruhannya menyokong kerajaan BN.
Bagaimanapun ia bukanlah sesuatu yang mustahil sekiranya BN berjaya mencari formula bagaimana untuk merakyatkan parti itu dan menjadikannya sesuai untuk semua golongan.
Menurut Ahmad Nidzammuddin, BN Perak perlu keluar dari kepompong yang selama ini memperlihatkan diri mereka seolah-olah kumpulan elit dan hanya sesuai untuk mereka dari kelas atasan.
''Sesuatu yang boleh dipelajari daripada kepimpinan kerajaan campuran sebelum ini ialah bagaimana mereka bersungguh-sungguh menambat hati rakyat dengan menumpukan kepada usaha meningkatkan kebajikan," katanya.
Lebih penting, BN Perak boleh mengembalikan keyakinan rakyat dengan memberi tumpuan kepada isu-isu utama yang sebelum ini menjerat kedudukan kerajaan campuran.
Isu-isu itu termasuk penyerahan tanah seluas 400 hektar kepada sekolah persendirian Cina dan cadangan untuk memberi hak status pemilikan tanah selama 999 tahun kepada penduduk lot-lot tanah di Kampung Baru.
Seandainya kedua-dua perkara ini masih di peringkat cadangan, adalah wajar untuk BN Perak tidak meneruskannya dan mempertimbangkannya semula berdasarkan survival semua kaum.
- Utusan, 07/02/09.

Mohammad Nizar buat kecoh dalam pejabat MB

Oleh Ahmad Zaini Kamaruzaman, Ridzuan Yop, Shamsul Kamal Amaruddin, Jalal Ali Abdul Rahim, Mohd Feroz Abu Bakar dan Nurhayati Abllah
bhnews@bharian.com.my
Pengawal peribadi tengking Setiausaha Kerajaan Negeri
IPOH: Kekecohan berlaku di Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan pejabat Menteri Besar semalam, apabila bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan bekas Exco yang tiba untuk memasuki pejabat mereka dihalang memasuki pekarangan kompleks pejabat berkenaan.
Sejurus tiba pada jam 9.50 pagi, rombongan Mohammad Nizar dihalang memasuki pekarangan bangunan itu tetapi selepas berunding dengan pengawal, beliau dibenarkan masuk dan terus mengadakan sidang media dalam pejabat Menteri Besar yang dihadiri kira-kira 30 wartawan.Kira-kira jam 10.05 pagi, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim masuk ke pejabat Menteri Besar dan mengarahkan semua wartawan keluar.
"Excuse me! Excuse me! (maafkan saya), Saya minta semua reporter (wartawan) meninggalkan bilik ini sekarang!" katanya.
Pengawal peribadi Mohammad Nizar kemudian menengking dan cuba mendekati Dr Abdul Rahman, tetapi beliau keluar dengan dikawal polis.
Mohammad Nizar kemudian meninggalkan pejabatnya untuk ke pejabat bekas Exco Kanan Negeri, Datuk Ngeh Koo Ham di tingkat satu bangunan dengan diikuti wartawan. Kira-kira jam 10.20 pagi, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias memasuki pejabat Exco kanan itu dan meminta semua wartawan keluar.
Mohammad Nizar kemudian turut keluar untuk kembali ke pejabatnya sambil disapa Dr Abdul Rahman yang mahu berbincang sesuatu.
"Datuk Seri, boleh berjumpa saya sekejap," katanya tetapi Mohammad Nizar tidak menjawab.
Pada jam 10.35 pagi, kereta rasmi Menteri Besar, jenis Toyota Camry dengan nombor pendaftaran AGS 10 membawa Mohammad Nizar meninggalkan Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Ketika ditanya dalam perjalanan keluar sama ada beliau diminta meninggalkan pejabat oleh Datuk Dr Abdul Rahman atau Azisman, Mohammad Nizar berkata: Tidak ada. Saya ada mesyuarat. Saya nak bagi bertenang saja.”
Mohammad Nizar kemudian dilihat keluar untuk bersembahyang Jumaat pada jam 1.05 petang tetapi enggan menjawab pertanyaan wartawan berhubung perkembangan terkini politik di Perak. "Saya pergi sembahyang dulu...tidak tahu lagi di masjid mana (solat Jumaat). Terima kasih kerana jaga," katanya.
Sementara itu, Mohammad Nizar masih menduduki kediaman rasmi Menteri Besar Perak sehingga petang semalam. Pintu masuk utama ke kediaman berkenaan dikawal 24 jam oleh anggota Unit Amal Malaysia, sebuah pasukan Dewan Pemuda Pas.
Hanya mereka yang dikenali, bekas Exco negeri dan pemimpin Pakatan Rakyat dibenarkan masuk. Tinjauan juga mendapati tiada sebarang pemindahan keluar barangan atau peralatan kepunyaan keluarga Mohammad Nizar dilakukan.
- BH, 07/02/09.

Semua pulangkan Camry kecuali Nizar

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

azli.adlan@kosmo.com.my
MOHAMMAD Nizar masih menggunakan kenderaan rasmi Toyota Camry semalam walaupun beliau bukan lagi Menteri Besar Perak.
IPOH - Setelah kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Perak, bekas Menteri Besarnya, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menjadi satu-satunya bekas pemimpin kerajaan negeri itu yang masih belum memulangkan kenderaan rasmi, Toyota Camry 2.4 bernombor plat AGS 10.
Beliau bertegas untuk terus menggunakan kereta itu kerana mendakwa masih lagi Menteri Besar yang sah.
"Saya akan terus menggunakan kenderaan rasmi dan duduk di kediaman rasmi Menteri Besar sehingga saya menghantar surat rasmi peletakan jawatan atau hilang majoriti pada sidang Dewan Undangan Negeri.
"Esok (hari ini) saya akan terus menggunakan Toyota Camry tersebut untuk ke pejabat," katanya pada sidang media di Kediaman Rasmi Menteri Besar di sini semalam.
Terdahulu, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Abdul Rahman Hashim telah mengarahkan semua Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri memulangkan aset milik kerajaan termasuk kenderaan rasmi yang baru dibeli kira-kira sebulan lalu.
Arahan itu sudah dipatuhi oleh 10 bekas Exco Pakatan Rakyat (PR) yang telah memulangkan kenderaan mereka melainkan Mohammad Nizar.
- Kosmo, 07/02/09.

Perusuh kepung Raja Nazrin, Zara

Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI, AZLI ADLAN dan NAZATUL SHIMA RAZALI
berita@kosmo.com.my

BEBERAPA penyokong Pakatan Rakyat bertindak mengepung kenderaan yang membawa Raja Nazrin ke Istana Iskandariah di Kuala Kangsar semalam.
*****
KUALA KANGSAR - Benarkah sebilangan rakyat Perak kini sudah tidak menghormati raja mereka dek mengikut emosi selepas dihasut oleh sesetengah pemimpin politik?
Namun itulah yang berlaku di bandar diraja ini petang semalam apabila 3,000 penyokong Pakatan Rakyat mengikut kata hati bertindak liar merusuh termasuk tergamak menghalang kereta Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah daripada meneruskan perjalanan ke Istana Iskandariah.
Ada yang bagaikan hilang pertimbangan dengan sanggup berbaring di depan kereta Raja Nazrin kerana sukar menerima hakikat bahawa Pakatan Rakyat kini sudah kehilangan kuasa di Perak. Isteri Raja Nazrin, Raja Puan Besar Zara Salim turut berada dalam kenderaan itu.
Kekecohan berlaku ketika Raja Nazrin dan beberapa kereta rasmi orang kenamaan sedang dalam perjalanan ke upacara angkat sumpah Menteri Besar baru Perak di laluan utama menuju ke Istana Iskandariah berhadapan Masjid Ubudiah di sini semalam.
Perhimpunan haram Pakatan Rakyat tersebut dipercayai dirancang bagi menghalang upacara mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar baru, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir yang dijadualkan berlangsung pukul 3.30 petang.
- Kosmo, 07/02/09.

Saman Sultan Perak perbuatan hina raja - Najib

IPOH 6 Feb. - Tindakan pakatan pembangkang mahu menyaman Sultan Perak di mahkamah merupakan satu perbuatan menghina raja yang tidak wajar sama sekali dilakukan oleh sesiapa yang menyanjung tinggi Raja Berperlembagaan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, perbuatan itu jelas mempersoalkan maruah dan imej Sultan Azlan Shah sebagai raja pemerintah yang mempunyai hak membuat tafsiran dari segi perlembagaan berhubung kedudukan seseorang Menteri Besar.
''Keputusan yang dibuat oleh Tuanku berdasarkan pengamatan Tuanku bahawa ia menepati Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.
''Jika sekiranya Mohammad Nizar dan pakatan pembangkang nak saman Tuanku, ia mempersoalkan maruah dan imej Tuanku sebagai raja pemerintah," kata beliau kepada Utusan Malaysia di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di sini petang ini sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.
Terdahulu Najib bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri majlis angkat sumpah Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak ke-11 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
Ditanya perasaannya selepas kejayaan BN menguasai kerajaan negeri, Najib yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak berkata, perkembangan terbaru itu memberi kesempatan kepada BN untuk berkhidmat kepada rakyat Perak.
''Saya anggap ini bukan kemenangan peribadi tapi sebagai satu kemenangan kepada rakyat Perak untuk memulakan satu era baru demi masa depan mereka," katanya.
Di Kuala Lumpur, Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh berkata, pakatan pembangkang akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Sultan Perak dan BN jika masih berkeras untuk melantik Menteri Besar baru.
Katanya, pakatan pembangkang tidak mempunyai pilihan bagi mengambil tindakan itu kerana pelucutan jawatan Datuk Seri Ir. Jamaluddin Mohammad Nizar oleh Sultan Azlan Shah dikatakan mengikut Artikel 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri adalah jelas di luar batas kuasa peruntukan artikel itu.
- Utusan, 07/02/09.

HILANG KEWARASAN

BEBERAPA penyokong pembangkang bertindak nekad berbaring di tengah jalan sambil memegang bendera menghalang kereta peronda polis yang mengiringi kenderaan Raja Muda Perak di belakang berhampiran Istana Iskandariah, Perak, semalam. –UTUSAN/MOHD NAJIB MOHD NOR
*****
Akibat terlalu taksub dengan dakyah kepimpinan politik, segelintir rakyat Perak semalam bertindak di luar batasan termasuk sanggup berbaring di jalan raya semata-mata mahu menghalang kenderaan yang dinaiki oleh Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.
Tindakan itu menyebabkan kenderaan baginda yang dalam perjalanan ke majlis mengangkat sumpah Menteri Besar Perak baru, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir di Balai Istiadat Istana Iskandariah, Perak terlewat tiba pada majlis tersebut.
- Utusan. 07/02/09.

6 Februari 2009

Tindakan Karpal Singh Sudah Diduga, Kata Rais

By: Ramjit
KUALA KLAWANG, 6 Feb (Bernama) -- Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata beliau sudah menduga tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk mengemukakan saman terhadap Sultan Perak, Sultan Azlah Shah berhubung keputusan baginda menitahkan Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan dan tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Kita sudah menduga tindakan saman menyaman ini kerana itu sudah menjadi budaya mereka (pembangkang). Jadi, kita jangan gentar dan perlu berhati-hati mengenai aspek perlembagaan dan perundangan dalam setiap tindakan yang diambil," katanya mengulas mengenai tindakan Pakatan Rakyat yang mahu memfailkan saman terhadap Sultan Azlan Shah, di Mahkamah Tinggi Ipoh, Selasa ini dengan alasan baginda bertindak di luar bidang kuasanya dalam mengenepikan kerajaan negeri pimpinan Mohammad Nizar.
Rais berkata demikian selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-14 Badan Kebajikan dan Pelajaran (Baka) Jelebu di Dewan Wisma Umno Jelebu, di sini, Jumaat.
Rais yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno berkata dalam suasana kuasa raja ketika ini, penasihat perundangan Menteri Besar yang baru tidak mengabaikan aspek perlembagaan dan perundangan dalam setiap tindakan bagi mengelak daripada dipertikai Pakatan Rakyat (PR) hingga membawanya ke mahkamah.
Karpal, dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur, berkata Pakatan Rakyat akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Sultan Perak dan Barisan Nasional kerana pelucutan jawatan Mohammad Nizar oleh Sultan Azlan Shah, yang dikatakan mengikut Artikel 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri, adalah jelas di luar batas kuasa dalam peruntukan artikel itu.
-- BERNAMA, 06 Februari, 2009 21:27 PM

Pakatan Rakyat Tidak Akan Saman Sultan Perak - Anwar

By: Ramjit
PETALING JAYA, 6 Feb (Bernama) -- Pakatan Rakyat (PR) tidak akan memfailkan saman terhadap Sultan Perak seperti yang didakwa oleh Pengerusi DAP Karpal Singh, kata pemimpin PR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata dakwaan menyaman Sultan Perak itu hanyalah menurut laporan media sahaja.
"Ini semua laporan media yang cakap kita nak saman Sultan Perak. Keputusan kita adalah untuk meminta Paduka Sultan Perak melihat semula peruntukan perlembagaan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Satu laporan hari ini menyebut bekas Menteri Besar Perak Mohammad Nizar Jamaluddin akan memfailkan saman terhadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah di Mahkamah Tinggi Ipoh pada Selasa ini.Anwar berkata Pakatan Rakyat berpendirian Mohammad Nizar masih lagi Menteri Besar Perak yang sah mengikut undang-undang dan perlembagaan negeri Perak.
Beliau mendakwa pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr Zambry Kadir sebagai Menteri Besar tidak sah dan bercanggah dengan perlembagaan.
"Kami berpendirian supaya pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dibuat bagi membolehkan rakyat membuat pemilihan semula," katanya.
-- BERNAMA, 06 Februari, 2009 21:23 PM

Karpal Cemari Institusi Raja, Perlu Dikenakan Tindakan

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Kementerian Dalam Negeri diminta mengambil tindakan tegas terhadap Pengerusi DAP Karpal Singh kerana mencemar institusi Raja Berpelembagaan negara ini apabila mengugut untuk menyaman Sultan Perak Sultan Azlan Shah dalam isu pelantikan Menteri Besar yang baru.
Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali AlHabshee berkata seseorang itu tidak layak menjadi warga negara ini sekiranya bertindak sesuka hati mencemar institusi tertinggi di negara ini untuk kepentingan peribadi dan partinya.
"Tidak ada gunanya negara mempunyai rakyat yang tidak tahu menghormati Sultan sebagai ketua pemerintah dan dalam hal ini kerajaan tidak harus teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap kebiadabannya itu," katanya kepada Bernama di sini.
Syed Ali mengulas kenyataan Karpal bahawa Pakatan Rakyat akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Sultan Perak dan Barisan Nasional jika melantik Menteri Besar daripada BN bagi menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada Pakatan Rakyat.
Syed Ali berkata kenyataan Karpal kononnya tindakannya itu adalah untuk menjaga kepentingan rakyat Perak adalah satu pembohongan.
"Sebenarnya beliau hendak menjaga kepentingan DAP yang mempunyai 18 kerusi Dewan Undangan Negeri di Perak dan menguasai kerajaan negeri itu sungguhpun menteri besarnya ialah dari PAS," katanya.
Beliau meminta Mohammad Nizar serta semua anggota PAS dan PKR yang berbangsa Melayu dan beragama Islam supaya tidak terperangkap dengan mainan sandiwara DAP.
-- BERNAMA, 06 Februari, 2009 18:53 PM

Dr. Zambry angkat sumpah sebagai MB ke-11

06/02/2009 4:13pm
KUALA KANGSAR 6 Feb. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, 47, baharu sahaja selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-11 di hadapan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Balai Istiadat Istana Iskandariah, di sini.
- Utusan, 06/02/09.

Zambry MB Perak Ke-11 Sejak 1950
IPOH, 6 Feb (Bernama) -- Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pangkor, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, 47, merupakan Menteri Besar Perak ke-11 sejak kerajaan negeri Perak ditubuhkan pada tahun 1950.
Beliau mengangkat sumpah memegang jawatan hari ini bagi mengambil alih daripada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat yang memegang jawatan Menteri Besar ke-10 hanya selama 10 bulan.
Sultan Perak Sultan Azlan Shah semalam menitahkan Mohammad Nizar meletak jawatan setelah berpuas hati beliau tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti anggota dewan selepas empat wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat keluar parti masing-masing dan mengisytiharkan sokongan kepada Barisan Nasional.

Menteri Besar Perak yang lain ialah:
+ Datuk Panglima Bukit Gantang Abdul Wahab Toh Muda Abdul Aziz (1950-1957)
+ Tan Sri Mohd Ghazali Jawi (1957-1960)
+ Datuk Shaari Shafie (1961-1964)
+ Datuk Seri Ahmad Said (1964-19 Mac 1970).
+ Datuk Seri Kamaruddin Mat Isa (19 Mac 1970-Ogos 1974)
+ Tan Sri Mohd Ghazali Jawi (4 Sept /1974-Sept 1977)
+ Datuk Seri Wan Mohammad Wan Teh (1 Okt 1977-1 Mac 1983)
+ Tan Sri Ramli Ngah Talib (1 Mac 1983-11 Nov 1999)
+ Datuk Seri Dr Mohd Tajol Rosli Ghazali (2 Dis 1999- Mac 2008).

-- BERNAMA, 06 Februari, 2009 18:33 PM

Derhaka Nizar tidak boleh dipandang ringan - Muhyiddin

KOTA BHARU 6 Feb. — Kenyataan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mahu derhaka terhadap Sultan Perak Sultan Azlah Shah tidak boleh dipandang ringan, kata Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Saya begitu terperanjat apabila beliau membuat kenyataan mahu derhaka kepada raja, sesuatu yang langsung tidak menggambarkan beliau menghormati Perlembagaan dan kedudukan Sultan Azlan Shah sebagai Raja bagi negeri Perak,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Muhyiddin berkata ’keberanian’ Mohammad Nizar menyanggah keputusan Sultan Azlan Shah berhubung perkara itu, malah mahu mencabar Baginda di mahkamah, amat dikesali.
Mengulas lanjut, beliau berkata semua pihak sepatutnya menghormati keputusan Sultan Perak kerana Baginda juga amat arif dalam bidang perundangan selaku bekas Ketua Hakim Negara.
“Lagipun ini demokrasi yang kita amalkan. Walaupun keputusan itu tidak memihak kepada pembangkang, kita mesti hormatinya,” kata Muhyiddin.
Katanya pemilihan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pangkor, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, 47, sebagai Menteri Besar kerajaan BN di negeri itu adalah pilihan terbaik.
“Beliau adalah seorang tokoh berpengalaman kerana pernah menjadi exco di negeri itu sebelum ini, mempunyai kelulusan yang tinggi dan orang yang paling sesuai. Saya yakin dia dapat memberikan apa yang diharapkan oleh masyarakat di Perak ini,” kata Muhyiddin.
— BERNAMA, 06/02/2009 6:43pm

Mohammad Nizar diarah keluar dari Bangunan Perak Darul Ridzuan

IPOH 6 Feb. - Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang masih menganggap dirinya Menteri Besar Perak yang sah diarah keluar dari pejabat Menteri Besar di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pagi ini.
Beliau diarah keluar oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim.
Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10.06 pagi ketika Mohammad Nizar sedang mengadakan sidang akhbar di pejabat Menteri Besar sebelum Abdul Rahman masuk dan meminta semua yang berada dalam bilik termasuk termasuk wartawan keluar.
Tindakan Abdul Rahman itu menaikkan kemarahan sekumpulan lelaki dipercayai penyokong pakatan pembangkang yang bertindak menyerbunya tetapi berjaya dihalang oleh anggota polis.
Malah, Mohammad Nizar sempat menjerit `What the hell' bagi menunjukkan rasa tidak puas hatinya terhadap tindakan Setiausaha Kerajaan Negeri itu.
Mohammad Nizar bersama beberapa `Exco kerajaan negeri' kemudiannya keluar meninggalkan Bangunan Perak Darul Ridzuan pada pukul 10.40 pagi.
- Utusan, 06/02/2009 11:55am

Patik mohon derhaka – Nizar

Mohammad Nizar Jamaluddin enggan melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Perak dengan alasan masih menyandangnya secara sah mengikut Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.
“Saya dengan rendah hati mohon derhaka dengan berkata kepada baginda ’patik sebagai MB dan pemimpin kerajaan, mohon tidak letak jawatan’.
Akan meneruskan tugasnya seperti biasa dan akan masuk pejabatnya hari ini.
Kerajaan negeri bersama pemimpin kerajaan campuran pembangkang akan memohon untuk menghadap Sultan Azlan Shah untuk merayu agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.
- Utusan, 06/02/09.