7 Februari 2009

HILANG KEWARASAN

BEBERAPA penyokong pembangkang bertindak nekad berbaring di tengah jalan sambil memegang bendera menghalang kereta peronda polis yang mengiringi kenderaan Raja Muda Perak di belakang berhampiran Istana Iskandariah, Perak, semalam. –UTUSAN/MOHD NAJIB MOHD NOR
*****
Akibat terlalu taksub dengan dakyah kepimpinan politik, segelintir rakyat Perak semalam bertindak di luar batasan termasuk sanggup berbaring di jalan raya semata-mata mahu menghalang kenderaan yang dinaiki oleh Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.
Tindakan itu menyebabkan kenderaan baginda yang dalam perjalanan ke majlis mengangkat sumpah Menteri Besar Perak baru, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir di Balai Istiadat Istana Iskandariah, Perak terlewat tiba pada majlis tersebut.
- Utusan. 07/02/09.

1 ulasan:

demimaruah berkata...

Ini semua ambe rase bukan orang Perak. Ini semua import dari luar. Apahal nak tunjuk hero kat negeri orang nih... Alaa bersemangat tak tentu tempat.
Kalau betul-betul nak perjuang Islam yangh sebenar, jom pergi Gaza.