31 Oktober 2008

Selamat Menunai Ibadat Haji

Selamat Menunai Ibadat Haji... semoga mendapat Haji yang Mabrur. Jangan lupa berdoa untuk kesejateraan umat Islam seluruhnya dan keselamatan dan keamanan untuk bumi Malaysia tercinta. Demi Maruah...

Lambaian Kaabah...

JEMAAH haji kumpulan pertama berbaris untuk menaiki bas dari Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk ke Mekah, semalam.
******
Rombongan pertama 355 jemaah haji Malaysia berangkat ke Tanah Suci Mekah, semalam.
Sebelum itu, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah berkenan mengucapkan selamat jalan kepada rombongan tersebut dalam satu majlis di Kompleks Haji Kelana Jaya, Selangor.
Pada tahun ini, kira-kira 27,000 jemaah haji Malaysia akan menunaikan ibadah tersebut dengan kumpulan pertama berlepas semalam dan dijangka pulang ke tanah air pada 13 Disember ini.
- UM, Jumaat 31/10/08.

30 Oktober 2008

Debat Terbuka Hanya Beri Peluang Pembangkang Manipulasi Umno, Kata Mukhriz

ALOR STAR, 28 Okt (Bernama) -- Calon Ketua Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata debat terbuka bagi calon yang bertanding jawatan dalam parti itu hanya mendedahkan soal dalaman parti kepada umum yang akan dimanipulasi oleh pembangkang.
Katanya perdebatan terbuka ala-Amerika hanya untuk pemilihan dalaman parti tidak sesuai pada masa pencalonan berjalan lancar dan perwakilan telah mengenali rapat calon-calon yang menawarkan diri bertanding.
"Tidak guna bercakap tentang misi, visi dan rancangan masa depan jika soal rasuah politik yang lebih penting terus berleluasa," katanya ketika diminta mengulas cadangan Naib Ketua Pemuda yang juga calon Ketua Pergerakan itu, Khairy Jamaluddin supaya diadakan debat terbuka di kalangan calon yang akan bertanding jawatan tersebut.
Khairy ketika membuat cadangan itu baru-baru ini berkata Umno perlukan satu forum apabila menjadi parti terbuka supaya setiap calon dapat menampilkan diri kepada seluruh rakyat Malaysia dan cadangan itu disokong seorang lagi calon jawatan itu Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo tetapi ditolak Mukhriz.
Mukhriz yang ditemui pada majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri KEMAS Jerlun di Jerlun, 30 km dari sini, hari ini, berkata pembangkang pasti mengambil kesempatan memanipulasi perdebatan itu dan ia akan memberi kesan kepada Umno pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) kelak.
Mukhriz juga ingin tahu pandangan calon-calon yang menawarkan diri bertanding mengenai rasuah politik dan cadangan mereka bagi membanterasnya sebelum bercakap mengenai perdebatan terbuka.Beliau yang juga anggota Parlimen Jerlun berkata jika ada calon yang ingin meneruskan perdebatan itu beliau tidak akan menghalangnya.
"Perkara pokok ialah setiap calon bukan sekadar pandai bercakap tetapi mesti ada ciri-ciri penting iaitu sifat jujur, amanah, sanggup berkorban untuk rakyat, berwawasan dan bercakap benar," katanya.
Beliau yakin perwakilan akan menimbangkan perkara ini untuk memilih calon Ketua Pemuda pada pemilihan Umno Mac tahun depan.
"Apa yang hendak dibuat mulai sekarang hingga Mac tahun depan mestilah ada unsur yang boleh mengukuhkan parti dan saya yakin debat ini akan menyebabkan sebaliknya," kata Mukhriz.
Sementara itu, Mukhriz berkata beliau bimbang dengan laporan, khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengugut dan menyampaikan berita tidak tepat, fitnah dan salahguna kuasa kerna melanggar hak demokrasi ahli.
Bagaimanapun tindakbalas perwakilan peringkat bawah sekarang yang berani bersuara dan enggan menerima arahan bahagian adalah perkembangan positif menandakan kebijaksanaan dan 'keagungan' perwakilan, katanya.
Mengenai pencalonan yang diterimanya, Mukhriz berkata perkembangan terkini yang meletakannya sebagai calon pilihan bukan kelebihan kerana pencalonan terbanyak belum menjamin akan menerima undi terbanyak.
Beliau menjangka rentak pencalonan terhadapnya akan perlahan pada minggu akan datang dan beralih kepada dua lagi calon iaitu Khairy dan Mohamad Khir.

-- BERNAMA, 30/10/08.

Aristotle dan Debat

Aristotle... Berdebat adalah amalannya. Perlukan UMNO mengikut jejaknya?

Tiga ahli falsafah silam teragung adalah Aristotle, Plato (gurunya), dan Socrates (c. 470-399 SM), yang corak pemikirannya banyak mempengaruhi Plato. Antara lain, ia menukar falsafah Yunani awal (Pre-Socratic) kepada asas falsafah Barat sebagaimana yang terdapat masa kini. Socrates--kemungkinannya disebabkan pendapatnya yang menentang menulis falsafah sebagaimana yang diterangkan dalam penulisan perbualan Plato, Phaedrus--tidak menulis apapun, dan ideanya sampai kepada kita secara tidak langsung melalui Plato dan beberapa penulis silam lain. Tulisan Plato dan Aristotle membentuk teras falsafah silam (Ancient philosophy).
Hasil penulisan mereka, walaupun berkait dalam kebanyakan asasnya, amat berbeza dalam gaya dan bahan kandungan. Plato menulis beberapa dozen perbualan falsafah--perdebatan dalam bentuk perbicaraan, biasanya dengan Socrates sebagai ahli--dan beberapa pucuk surat. Walaupun perbualan awal menjurus kepada kaedah mendapatkan ilmu pengetahuan, dan kebanyakan yang terakhir mengenai keadilan dan moral pratikal (practical ethics), hasil kerjanya yang paling penting menggambarkan pandangan (synoptic view ) mengenai moral (ethics), metafizik, sebab (reason), pengetahuan, dan kehidupan manusia. Idea pentingnya adalah pengetahuan diterima melalui deria selalunya mengelirukan dan tercemar, dan pengetahuan sebenar didapati oleh mereka yang berfikir jauh dari urusan dunia. Mereka ini yang mempunyai pengetahuan mengenai bentuk, pati sebenar sesuatu, manakala apa yang terdapat di dunia ini hanyalah salinan cacat. Pengetahuan sedemikian mempunyai kepentingan moral dan saintifik. Plato boleh digelar sebagai mendokong idealisme dan rationalisme.
Aristotle, sebaliknya, lebih mementingkan pengetahuan yang didapati dari deria, dan lebih sesuai dikelaskan di kalangan ahli empirisisme (empiricists) moden (lihat materialisme dan empirisisme). Dengan itu, Aristotle meletakkan asas bagi apa yang akhirnya berkembang kepada kaedah saintifik beberapa abad kemudiannya. Walaupun dia menulis perbualan awal pada kerjayanya, tidak banyak perca yang terselamat sehingga hari ini. Hasil penulisan Aristotle yang wujud masakini adalah dalam bentuk karangan (treatise) dan, kebanyakannya, teks yang tidak diterbitkan. Ini mungkin merupakan nota syarahan, atau teks yang digunakan oleh pelajarnya, dan hampir pasti disunting beberapa kali kembali sepanjang beberapa tahun. Hasilnya, tulisan ini padat, dan sukar dibaca. Antara yang terpenting adalah Fizik, Metafizik, moral Nicomachean, Politik, De Anima (Berkenaan Roh), dan Poetik.
Aristotle dikenali sebagai beberapa tokoh yang mempelajari hampir kesemua bidang yang mungkin pada masa itu. Dalam sains, Aristotle mempelajari anatomi, astronomi, embriologi, geografi, geologi, meteorologi, fizik dan zoologi. Dalam falsafah, Aristotle menulis berkenaan estetik, ekonomi, moral (ethics), kerajaan, metafizik, politik, psikologi, retorik, teologi; juga pendidikan, adat asing, penulisan, dan sastera. Gabungan kerjanya boleh dikatakan merupakan ensiklopedia pengetahuan Yunani.
- Wikipedia.

Reaksi cadangan debat UMNO - Hishammuddin bimbang

KAJANG 29 Okt. – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bimbang debat yang tidak terkawal di antara calon Ketua Pemuda UMNO akan menjejaskan maruah dan imej pergerakan itu yang dibinanya sejak 10 tahun lalu.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan calon-calon terbabit supaya tidak meneruskan hasrat tersebut sehinggalah diberi ‘lampu’ hijau oleh kepimpinan tertinggi Pemuda UMNO.
Katanya, ia bagi mengelakkan calon yang berdebat gagal mengawal emosi sehingga mengemukakan hujah yang tidak berpijak di bumi nyata atau bercanggah dengan perancangan parti.
“Mereka kena meyakinkan saya kerana saya adalah Ketua Pemuda sehingga Mac ini dan ia (debat) tidak akan berlaku sehingga kepimpinan tertinggi Pemuda mengiakannya, jika nak jalankan terus tanpa merujuk atau dibawa berbincang, tuan punya badan kena pikul tanggungjawab sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini.
“Saya tidak mahu menjejaskan maruah dan imej Pemuda yang telah saya bina selama 10 tahun untuk diserahkan kepada barisan kepimpinan baru,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Program Bumi Hijau Peringkat Kebangsaan yang disempurnakan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Long di sini hari ini.
Idea untuk menganjurkan debat di antara calon Ketua Pemuda dikemukakan oleh Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan ia dipersetujui oleh bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.
Seorang lagi calon, Datuk Mukhriz Mahathir yang juga Ahli Parlimen Jerlun bagaimanapun tidak bersetuju kerana berpendapat debat itu tidak akan mengukuhkan parti.
Dalam perkembangan berkaitan, Hishammuddin menjelaskan sokongan yang diterima Mukhriz di bahagian Pekan dan Khairy di Sembrong tidak boleh ditafsirkan sebagai petunjuk mereka adalah calon pilihan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau sendiri.
Katanya, fenomena yang berlaku di peringkat bahagian pada persidangan kali ini agak berbeza kerana kebanyakan pencalonan untuk semua jawatan dibuat melalui proses pengundian.
“Ini bermakna ketua bahagian dan pemimpin tertentu termasuk saya sendiri sebagai Ketua Bahagian Sembrong tidak dapat menentukan si polan A, B dan C akan dicalonkan.
“Dalam suasana sebegitu rupa, saya rasa mustahil mana-mana pihak termasuk Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Pemuda UMNO menentukan pencalonan,” katanya.
- UM, 30/10/08

Debat bukan budaya UMNO

Kenapa Khairy Jamaluddin (KJ) membuka gelanggang bagi perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO Pusat dengan mengajak lawanya untuk mengadakan debat secara terbuka?
Ini timbul bila percalonannya jauh ketinggalan berbanding lawan sebenar Mukriz Mahathir.
Sebenarnya debat ini bukan budaya UMNO, bukan budaya orang Melayu dan bukan amalan dalam Islam.
Ianya kalau dikaji dalam sejarah manusia adalah amalan memilih pemimpin zaman jahiliah peradaban barat.
Kepada kepimpinan UMNO, nasihat saya jangan melalut terlampau sangat. Hari ini ajak berdebat lepas tu ajak bersilat pula kot.
Berpada-padalah...
- HWA, 30/10/08.

28 Oktober 2008

Debat Terbuka Tidak Sesuai, Kata Khaled Nordin

PUTRAJAYA, 28 Okt (Bernama) -- Apa yang dialami Umno selepas membenarkan siaran langsung sesi perbahasan Perhimpunan Agung parti itu diadakan tahun lepas perlu dijadikan iktibar sebelum ingin mengadakan apa-apa perdebatan terbuka.
Anggota Majlis Tertinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata bagi anggota orang Umno siaran langsung itu bagus, tetapi terdapat rakyat Malaysia kurang menyenanginya.
"Perkara itu menyebabkan ada di kalangan rakyat Malaysia menyimpan perasaan dendam sehingga ada yang menolak Umno dan Barisan Nasional.
Sebab itu perlu ada kebijaksanaan dan kalau nak buat perbahasan, kena buat secara tertutup dan bukannya secara terbuka," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Peralihan Daripada Pengajian Tinggi ke Pekerjaan di sini, Selasa.
Mohamed Khaled, yang juga Menteri Pengajian Tinggi, berkata demikian sebagai mengulas cadangan debat terbuka melibatkan calon pemimpin tertinggi parti diadakan bagi membolehkan perwakilan memilih pemimpin berwibawa.
-- BERNAMA, 28 Oktober 2008.

Pas jumpa MB bincang isu pengurus besar PKNS

SHAH ALAM: Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali hari ini mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi membincangkan isu pemilihan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berikutan persaraan Datuk Harun Salim, hujung bulan ini.
Kekosongan jawatan Pengurus Besar PKNS menimbulkan kontroversi apabila semalam Abdul Khalid mengumumkan pelantikan Timbalan Pengurus Korporat dan Akaun PKNS, Low Siew Moi memangku jawatan itu selama setahun.
Hari ini, wakil pegawai dan kakitangan PKNS yang diketuai Presiden Persatuan Pegawai Kanan PKNS ,Idris Ishak juga menyerahkan memorandum bantahan kepada Menteri Besar mengenai pemangkuan jawatan itu oleh Low.
Pada sidang media selepas pertemuan itu, Dr Hasan berkata Menteri Besar menyatakan kesediaan memendekkan tempoh pemangkuan Low jika Pas mampu mendapatkan calon pengganti pengurus besar yang berkaliber, profesional dan mempunyai pengalaman mengendalikan organisasi bersaiz seperti PKNS.
Pas juga berbincang dengan Abdul Khalid mengenai kenapa dua pegawai paling kanan PKNS iaitu Timbalan Pengurus Besar Pentadbiran, Md Nasir Md Arshad dan Timbalan Pengurus Besar Teknikal, Abdul Ghani Hassan tidak dipertimbangkan untuk mengisi jawatan itu.
Beliau berkata Abdul Khalid menjelaskan pemilihan Low kerana profesionalisme dan keupayaan mentadbir yang ditunjukkannya di dalam PKNS.
Bagaimanapun, Dr Hasan berkata Pas mahukan pemilihan dibuat daripada kalangan orang kanan dalam PKNS atau bakat luar untuk mengisi jawatan itu.
Sehubungan itu, katanya Pas Selangor akan bermesyuarat bagi memilih calon yang sesuai untuk diketengahkan untuk mengisi jawatan itu dan menurutnya setakat ini parti itu sudah mempunyai dua calon untuk mengisi jawatan itu.
Dr Hasan tidak menolak jika calon itu adalah orang politik dan menurutnya apa yang penting ialah calon itu bersikap profesional dan dapat menjalankan tugas dengan baik.
Ditanya mengapa Pas membantah pelantikan Low, Dr Hasan berkata parti itu berpendapat Md Nasir dan Abdul Ghani lebih layak dipertimbangkan kerana mereka sudah lebih 30 tahun berkhidmat dan menyumbang kepada PKNS.
- Bernama, 28/10/08.

27 Oktober 2008

Kepimpinan bertukar

SEDEKAD yang lalu, ahli-ahli UMNO mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad terus memimpin parti dan kerajaan dalam menghadapi cabaran politik dan ekonomi negara.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Yusof Noor berkata, berdasarkan senario semasa amatlah wajar Perdana Menteri tidak berundur daripada memikul tanggungjawab itu.
Menurutnya, hasrat itu disuarakan oleh para perwakilan UMNO yang menghadiri Kursus Penerangan dan Sesi Taklimat Khas Bersama Perdana Menteri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Katanya lagi, Dr. Mahathir harus meneruskan tanggungjawabnya memimpin negara ini supaya keharmonian berparti terpelihara dan sekali gus mengelakkan perpecahan di kalangan ahli UMNO.Sedekad telah berlalu.
Kini Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 8 Oktober lalu mengumumkan keputusannya untuk melepaskan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti Mac 2009. Pengumuman beliau itu sekali gus memberi laluan kepada bakal penggantinya, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri selepas itu.
Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri, Abdullah tetap tabah dan tenang menghadapi cabaran politik semasa dan ekonomi di peringkat global. Apa pun pemimpin datang dan pergi.
Namun perjuangan parti tetap berterusan bak kata pepatah Melayu "Yang patah tumbuh, yang hilang berganti".
- Utusan Malaysia 9 Oktober 1998

Pemimpin UMNO Sekarang Banyak Melalut

Melalut dan tanda-tanda nak nyanyuk! Itu kesimpulan yang dapat dibuat kepada kepimpinan UMNO atasan pada masa ini lebih-lebih lagi dalam musim merebut jawatan tertinggi parti.
Ada yang ajak lawan berdebat, jawatan dalam parti ditender, yang belum dapat apa-apa percalonan dah canang nak rebut jawatan berkenaan, hapuskan sistem kuota, yang sekejap canang seluruh negara nak rebut jawatan itu, bila percalonan tak menjadi ubah haluan.
Macam-macam tingkah laku. Barangkali kepanasan di serang 'demam nak bertanding'.
Yang hebatnya setakat ini macam mana demam sekali pun, tidak ada lagi yang terkena serangan jantung walaupun tewas mengejut dalam pertandingan peringkat bahagian.
Saya teringat kepada ucapan Tan Sri Yusof Nor bekas Ketua Penerangan UMNO Malaysia(bekas Ketua UMNO Bahagian Besut) dalam ucapan ringkas semasa tangguhan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Besut pada 11 Oktober 2008 lepas.
Katanya, pemimpin UMNO ini ada hayatnya dalam memimpin UMNO, apabila hayatntya hampir tamat, berilah laluan kepada pemimpin pelapis. Maka yang pergi seronok dengan pemergiannya dan pemimpin baru menerima tanggungjawab dengan penuh keinsafan dan amanah.
Masalahnya pemimpin UMNO tidak tahu yang hayat politiknya dan nak berkubur kerana dia masih kuat dan bertenaga. Susah juga nak bagitahu pemimpin jenis ini kalau menyentuh soal peralihan kuasa kerana yang biasa berlaku ialah perebutan kuasa.
Rasanya bukan nak bermegah. UMNO Besut boleh dijadikan teladan dalam soal peralihan kuasa ini. Dia sudah berlaku sejak dulu lagi. Sebab itulah di bahagian ini sentiasa harmoni. Jiwa UMNO berasa di sini.
Besut Best Bestari...
- Hwa, 28/10/2008.

21 Oktober 2008

Wartawan Malaysiakini letak jawatan, mengaku bertanggungjawab

KUALA LUMPUR: Wartawan portal Malaysiakini, Wong Choon Mei yang menulis mengenai laporan berhubung manifesto yang kononnya dikeluarkan Datuk Seri Najib Razak, Ahad lalu, hari ini meletakkan jawatan.
Dalam kenyataan yang disiarkan oleh Malaysiakini jam 11.13 pagi ini, Wong berkata: "Ia kesalahan saya dan saya bersedia mengambil tanggungjawab penuh terhadap laporan itu dan meletakkan jawatan.
"Beliau yang dilaporkan berpengalaman 10 tahun dalam bidang kewartawanan, baru tiga bulan menyertai Malaysiakini.Wong pernah berkhidmat dengan The Edge, Reuters and Channel News Asia.
Laporan portal itu juga memetik Ketua Pengarangnya, Steven Gan, sebagai berkata mereka terkejut dengan laporan itu dan menambah ia tidak sepatutnya disiarkan.
"Ia kesilapan yang serius di pihaknya dan kami menerima peletakannya jawatannya," katanya.
Semalam, Pejabat Timbalan Perdana Menteri menegaskan laporan yang disiarkan portal itu adalah usaha pihak tertentu untuk mencemarkan imej Najib.
- BH, 21/10/08.
SULTAN Kelantan, DYMM Tuanku Ismail Petra Sultan Yahya Petra bertitah merasmikan Persidangan kali ke 3 (Belanjawan) bagi tempoh penggal pertama Dewan Negeri Kelantan, Kota Bharu, yang ke 12 tahun 2008 di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Kota Darulnaim, Kota Bharu semalam. - Foto Zaman Huri Isa

KOTA BHARU: Tuanku Ismail Petra semalam menegur kerajaan Pas Kelantan kerana masih gagal mengurus dan membangunkan negeri ini dengan cekap, termasuk dalam pengurusan hasil serta kewangan.
Sultan Kelantan turut mengingatkan kerajaan negeri supaya memartabatkan institusi masjid dan tidak menggunakannya untuk kepentingan pihak tertentu.
"Beta ingin menarik perhatian kepada pengisytiharan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) sebagai bandar raya Islam sejak 2006. Perancangan dari aspek kebersihan dan keselamatan perlu dinilai semula kerana beta melihat beberapa elemen belum mencapai matlamat.
"Beta berharap MPKB memberi fokus kepada elemen terbabit bagi menjamin pencapaian matlamat itu," titah baginda ketika menyempurnakan Persidangan Kali Ketiga (Belanjawan) Dewan Negeri Kelantan di Kota Darulnaim di sini. Hadir sama, Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.
Tuanku Ismail Petra bertitah, pertumbuhan sektor pelancongan negeri juga masih bergantung kepada segmen domestik yang menyumbang 80 peratus kemasukan pelancong ke Kelantan.
“Beta menyarankan peranan Pusat Penerangan Pelancongan Negeri dinilai semula sesuai dengan kepentingan sektor ini dalam menyumbang kepada ekonomi negeri. Sudah sampai masa, entiti baru yang lebih berkesan ditubuhkan supaya dapat bersaing dengan lebih kompetitif," titah baginda.
Bagi mengimbangi tanggungjawab pembangunan negeri pula, baginda menyarankan Enakmen Perbadanan Menteri Besar Kelantan serta Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dikaji semula supaya tidak wujud pertindihan dan persaingan.
Baginda turut menyentuh Laporan Ketua Audit Negara mengenai kedudukan kewangan Kelantan yang tidak kukuh apabila mengalami defisit akaun hasil disatukan pada akhir 2007 sebanyak RM326.34 juta berbanding RM155.86 juta pada akhir 2003.
"Kerajaan negeri hendaklah mengelak membuat keputusan yang boleh mengurangkan kemasukan hasil. Agensi dan perbadanan kerajaan negeri tidak harus diberi keistimewaan lagi, manakala syarikat swasta yang gagal membuat pembayaran perlu diambil tindakan tegas.
"Kerajaan negeri tidak boleh terus bergantung kepada sumber hasil sedia ada. Usaha perlu digembleng untuk meneroka punca hasil baru dalam setiap sektor untuk membiayai kos pengurusan dan pembangunan yang semakin meningkat," tegas baginda.
Tengku Ismail Petra juga menegur mengenai masalah tanah terbiar di seluruh Kelantan yang ketika ini mencapai keluasan 21,458 hektar dan 910 hektar saja yang dibangunkan.
"Beta berharap, kerajaan negeri mengambil peluang daripada peruntukan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM2.5 bilion untuk memulihkan tanah terbiar bagi menjamin bekalan makanan negeri khususnya dan negara amnya," titah baginda.
Selain itu, Sultan Kelantan tidak puas hati dengan pembangunan projek yang dirancang mengikut Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di negeri ini kerana agak perlahan dan ada yang belum dimulakan.Ini termasuk pembinaan kampus Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Bachok dan Jeli serta projek Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra.
“Beta juga mendapat maklum, Kelantan adalah antara negeri yang disenarai dengan projek hab halal dalam RMK-9 membabitkan peruntukan RM17 juta. Bagaimanapun, projek ini belum dilaksanakan dan beta berharap ia dapat disegerakan.
"Beta menyarankan kerajaan negeri turut menekankan pelaksanaan pembangunan hab halal bagi mewujudkan pusat pengumpulan, pengeluaran dan pemasaran makanan halal," titahnya.Sultan Kelantan juga berharap rangkaian perhubungan dibaiki, dinaiktaraf dan ditambah bagi memastikan kelancaran pelaksanaan 53 program di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di Kelantan.
"Sukacita beta mencadangkan Kerajaan Persekutuan mempercepatkan pembinaan fasa ketiga Lebuh Raya Pantai Timur dari Terengganu ke Tumpat, laluan kedua Kota Bharu-Kuala Krai dan pelebaran Jalan Gua Musang-Kuala Lipis.
"Beta difahamkan, pelabuhan tidak disenaraikan sebagai projek infrastruktur di bawah ECER di Kelantan. Bagaimanapun, beta dimaklumkan kerajaan negeri meluluskan tiga projek pembinaan pelabuhan Tok Bali, pangkalan bekalan luar pesisir Kemasin dan pangkalan bekalan Kuala Besar.
"Beta berharap kerajaan boleh memberi kerjasama dan bantuan sepenuhnya bagi menjayakan projek ini, titah baginda sambil melahirkan rasa amat gembira dan berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana memberi peruntukan dana khas sebanyak RM32.1 juta bagi meningkatkan sosio-ekonomi rakyat menerusi Projek D'Raja Kelantan.B
aginda turut menyarankan rakyat supaya berbelanja dengan berhemat bagi menangani kesan kenaikan kos sara hidup akibat krisis kewangan, kekurangan makanan dan kenaikan harga minyak dunia.
- BH, 21/10/08.

20 Oktober 2008

Jangan cuba buli UMNO

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
KUALA LUMPUR 19 Okt. - Parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) terutama MCA dan Gerakan diberi amaran jangan cuba hendak membuli UMNO semata-mata mahu meraih kembali populariti di kalangan kaum masing-masing selepas pilihan raya umum lalu.
Beberapa pemimpin UMNO berkata, tindakan parti terbabit sengaja memainkan sentimen hak Melayu dan bumiputera yang telah termaktub dalam kontrak sosial amat tidak sihat.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, tindakan pemimpin parti komponen itu yang terpengaruh dengan dakyah parti pembangkang bahawa UMNO membuli mereka mampu menggugat keharmonian kaum di negara ini.
Beliau berkata, persepsi bahawa UMNO membuli rakan komponen tidak boleh diterima sama sekali kerana parti terbesar kaum Melayu itu sering berkompromi mengenai hak-hak kaum lain dalam pelbagai hal.
''Kalau UMNO membuli parti lain, UMNO tidak akan memberi peluang kepada wakil rakyat dari parti komponen untuk bertanding dalam pilihan raya di kawasan yang majoritinya penduduk Melayu.
''Hakikat yang kita lihat, wakil rakyat Gerik (Datuk Tan Lian Hoe-Gerakan) merupakan wakil rakyat yang bukan dari UMNO dan beliau menang di situ," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Khairul Group of Associates di sini hari ini.
Sebelum itu beliau diminta mengulas kenyataan pakatan pembangkang yang mengatakan UMNO sebagai parti pembuli dalam BN.
Mohamed Khaled memberitahu, apa yang menyedihkan ialah persepsi sebegitu turut disuarakan oleh beberapa parti komponen BN yang secara jelas terpengaruh dengan dakyah pembangkang.
Menurutnya, dakyah yang disuarakan oleh pakatan pembangkang itu didorong oleh matlamat mereka untuk melemahkan BN selain tidak memahami sejarah perjuangan bapa-bapa kemerdekaan daripada UMNO, MCA dan MIC.
''Pakatan pembangkang sebenarnya tidak mempunyai dasar dan hanya memberikan reaksi terhadap pergerakan BN.
''Jika dikaji sejarah penubuhan Malaysia serta hak-hak dalam kontrak sosial, ia sebenarnya mencerminkan komposisi kaum di negara ini yang mana 60 hingga 70 peratus penduduknya adalah kaum Melayu dan bumiputera," tegasnya.
Dalam pada itu, Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Idris Haron menyelar usul Pemuda MCA Perak yang mahukan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berhubung kenyataannya mengenai kuota biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
''Kenyataan Khairy bukan mahu menafikan hak biasiswa bukan Melayu sebaliknya beliau mahu kuota biasiswa bagi Melayu dan bumiputera tidak dikurangkan selari dengan pertambahan hak biasiswa bukan Melayu," katanya.
Gesaan tersebut, kata beliau, mencerminkan Pemuda MCA tidak mempunyai modal dalam usaha meraih kembali sokongan kaum Cina di negara ini selepas pilihan raya umum Mac lalu.
Menurutnya, Pemuda MCA Perak dan Pemuda MCA Kebangsaan perlu bermuhasabah diri dan jangan mengeksploitasi perkara-perkara yang tidak benar.
''Jika mereka (Pemuda MCA) berjaya memenangi kembali kerusi-kerusi yang dirampas oleh DAP di bandar-bandar besar, barulah suara mereka boleh diterima," jelasnya.
Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Norza Zakaria berkata, gesaan Pemuda MCA itu mencerminkan kedangkalan pemikiran pemimpin pergerakan tersebut.
Menurutnya, suara pemimpin kecil itu yang mahu menjadi wira bagi kaum Tionghua tidak perlu diberikan perhatian.
''Ini merupakan contoh parti komponen yang mahu membuli UMNO terutama selepas pilihan raya 8 Mac lalu," jelasnya.
- Utusan, 20/10/08

19 Oktober 2008

Kejohanan Piala Monsun tiada unsur rasuah: BPR

Oleh Abdul Razak (Raaffraaffar@bharian.com.my)

Semakan kertas siasatan dapati bebas kes penyelewengan
PUTRAJAYA: Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengesahkan tiada sebarang penyelewengan dan jenayah rasuah dikesan berhubung penganjuran kejohanan kapal layar Piala Monsun di Pulau Duyong, Terengganu.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, berkata ia disahkan selepas beberapa kali semakan dan penelitian terhadap kertas siasatan kes berkenaan.
"Kita dapati tiada wujud kesalahan atau jenayah rasuah mengenai kejohanan kapal layar Piala Monsun di Terengganu selepas melakukan beberapa kali semakan. Bagi BPR memang sudah jelas tidak ada apa-apa...kita sudah buat yang terbaik.
"Kita perlu perjelaskan perkara ini dengan baik kerana ia boleh menjejaskan imej bukan saja Terengganu, malah Malaysia," katanya pada sidang media pada Majlis Gerak Mesra Aidilfitri anjuran agensi itu di sini semalam. Ahmad Said ditanya hasil siasatan BPR berhubung dakwaan wujud penyelewengan dalam penganjuran kejohanan itu. Isu itu dibangkitkan beberapa pihak sebelum ini, termasuk Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said pada 27 Julai lalu ketika BPR menyiasat isu penyelenggaraan kereta Proton Perdana V6 Eksekutif milik kerajaan negeri itu yang mencecah RM1.07 juta sejak 2004.
Ahmad berkata, BPR perlu menyiasat penganjuran Piala Monsun sejak 2005 di lokasi yang dibina dengan kos RM250 juta dan pelaksanaan projek Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man yang bernilai RM249.3 juta, bukan hanya isu penyelenggaraan kereta rasmi kerajaan negeri.
Ogos lalu, BPR mengambil keterangan daripada beberapa individu termasuk Ahmad dan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh bagi membantu siasatan dakwaan penyelewengan pelaksanaan projek berkenaan.
Mengenai dakwaan penyelewengan pembelian helikopter Eurocopter EC725 bernilai lebih RM2 bilion bagi kegunaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Ahmad Said berkata BPR juga akan melihat perkara itu."Jika perlanggaran jenayah rasuah, kita akan lihat dan siasat...sama seperti kes lain," katanya.
- BH, 19/10/08.

Muhyiddin terbaik - Nazri

Oleh Zaini Raban
KUALA KANGSAR 18 Okt. - Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin adalah calon terbaik menjadi Timbalan Presiden UMNO berbanding dua lagi calon yang menawarkan diri iaitu Tan Sri Muhammad Muhd. Taib dan Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, faktor utama yang menjadikan Muhyiddin individu terbaik memegang jawatan berkenaan adalah kerana beliau merupakan satu-satunya calon yang merupakan seorang Ahli Parlimen.
''Kita kena ingat bahawa siapa yang bakal dilantik menjadi Timbalan Presiden UMNO bakal juga dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri malah boleh jadi Perdana Menteri kalau apa-apa berlaku kepada Perdana Menteri.
''Melihat kepada ketiga-tiga calon Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin seorang saja Ahli Parlimen manakala Ali Rustam cuma Ahli Dewan Undangan Negeri dan Mat Taib pula hanya Senator.
''Macam mana Ali Rustam dan Mat Taib hendak jadi Timbalan Perdana Menteri? Mereka tidak layak dan kalau hendak juga kita terpaksa berdepan dengan pilihan raya kecil, ia akan jadi masalah nanti," katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Padang Rengas dekat sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mohamed Nazri yang menang tanpa bertanding Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas berkata, Muhyiddin merupakan seorang pemimpin yang berpengalaman luas dan cukup berkaliber.
Jelas beliau, selain pernah menjadi Menteri Besar Johor, Muhyiddin merupakan penyandang jawatan Naib Presiden UMNO selama tiga penggal dan menjadi menteri pelbagai portfolio selama hampir 20 tahun.
''Berdasarkan pengalamannya itu saya rasa Muhyiddin layak menjadi Timbalan Presiden UMNO malah saya yakin beliau boleh menjadi Perdana Menteri secara semula jadi pada masa akan datang," katanya.
Justeru, katanya, UMNO Bahagian Padang Rengas sebulat suara mencadangkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden manakala Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden parti.
Kata beliau, pihaknya juga mencadangkan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta Datuk Shafie Apdal selaku calon Naib Presiden.
- Utusan, 19/10/08.

Kepimpinan bertukar

SEDEKAD yang lalu, ahli-ahli UMNO mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad terus memimpin parti dan kerajaan dalam menghadapi cabaran politik dan ekonomi negara. Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Yusof Noor berkata, berdasarkan senario semasa amatlah wajar Perdana Menteri tidak berundur daripada memikul tanggungjawab itu. Menurutnya, hasrat itu disuarakan oleh para perwakilan UMNO yang menghadiri Kursus Penerangan dan Sesi Taklimat Khas Bersama Perdana Menteri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Katanya lagi, Dr. Mahathir harus meneruskan tanggungjawabnya memimpin negara ini supaya keharmonian berparti terpelihara dan sekali gus mengelakkan perpecahan di kalangan ahli UMNO.
Sedekad telah berlalu. Kini Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 8 Oktober lalu mengumumkan keputusannya untuk melepaskan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti Mac 2009. Pengumuman beliau itu sekali gus memberi laluan kepada bakal penggantinya, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri selepas itu.
Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri, Abdullah tetap tabah dan tenang menghadapi cabaran politik semasa dan ekonomi di peringkat global. Apa pun pemimpin datang dan pergi. Namun perjuangan parti tetap berterusan bak kata pepatah Melayu "Yang patah tumbuh, yang hilang berganti".
- Utusan Malaysia 9 Oktober 1998

Berakhir hegemoni AS

Oleh Aznan bakar
SEPANJANG Oktober ini dunia melihat campur tangan paling besar oleh kerajaan negara-negara kuasa ekonomi dunia dalam sistem kewangan dan perbankan mereka. Pelbagai pakej menyelamatkan dapat disaksikan sama ada yang berasaskan kepada polisi kewangan atau ketegasan politik yang mana ia dilihat oleh banyak pihak sebagai berakhirnya era liberalisasi dan kapitalis yang diperjuangkan oleh barat selama ini.
Krisis ekonomi yang bermula dengan sub prima di Amerika Syarikat (AS) pada hujung tahun lalu berterusan menghantui sistem kewangan barat hingga menyebabkan institusi kewangan mereka runtuh satu persatu. Bayangkan hampir semua institusi kewangan terkemuka yang menjadi nadi kepada sistem ekonomi dan kewangan barat terpaksa diselamatkan oleh kerajaan masing-masing - satu dasar yang sama sekali bertentangan dengan liberalisasi kewangan dan sistem kapitalis.
Di AS, syarikat Lehman Brothers yang berusia 160 tahun, kumpulan perbankan City Group, Merryl Lynchm, Morgan Stanly dan beberapa lagi semuanya menuju kemuflisan jika tidak diselamatkan. Di Eropah gergasi kewangan seperti Standard Chartered, HSBC, Barclays dan Royal Bank of Scotland (RBS) semuanya 'lemas' dan perlu diselamatkan. Kini pelbagai pihak terutama negara-negara membangun dan dunia ketiga tertanya- tanya apa jadi dengan sistem yang dulu menjadi kemegahan barat. Ketika krisis ekonomi Asia kuasa-kuasa besar yang diterajui AS ini menentang sebarang campur tangan kerajaan dalam sistem kewangan masing-masing kononnya atas nama liberalisasi dan pasaran bebas.
Pada hal krisis ekonomi Asia pada 1997-98 bukan berpunca daripada masalah dalaman, tetapi akibat penyangak mata wang yang memanipulasi sistem pasaran bebas dan liberalisasi itu untuk mengaut keuntungan. Usaha 'menyelamat' yang dilakukan oleh negara-negara lemah tersebut demi menjaga kepentingan nasional supaya tidak terlepas ke pihak luar dianggap sebagai menolong kroni. Malah kebanyakan negara Asia terutama Indonesia, Thailand dan Korea Selatan dipaksa mendapatkan bantuan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) hingga menyebabkan separuh daripada kepentingan nasional tergadai kepada pihak luar.
Tentu kita ingat bagaimana Pengerusi IMF ketika itu, Micheal Camdesus dengan lagaknya berpeluk tubuh menyaksikan Presiden Suharto menandatangani perjanjian untuk mendapatkan pinjaman. Hasil daripada bantuan IMF itu banyak saham syarikat besar milik negara itu terlepas ke tangan pihak asing.
Kepentingan
Dalam kes Korea Selatan, kepentingan syarikat gergasinya Daewoo juga terpaksa dijual kepada pihak luar. Malaysia juga dikritik hebat kerana bertindak menyelamatkan syarikat-syarikat utama terutama sektor perbankan hingga dituduh sebagai membantu kroni. Tuduhan yang turut disokong oleh pemimpin politik pembangkang. Tetapi lihat hari ini. Apa sudah jadi dengan liberalisasi, deregulasi dan pasaran bebas yang menjadi kebanggaan AS dan sekutunya kira-kira 11 tahun dahulu? Semuanya rebah dan tersungkur ekoran terlalu percaya dengan liberalisasi dan deregulasi hingga boleh dikatakan tidak ada peraturan yang mengawal aktiviti kewangan mereka.
Kini kerajaan AS, Perancis, Jerman dan beberapa yang lain merupakan pemilik utama bank-bank terkemuka dunia. Malah ia juga menandakan berakhirnya penguasaan atau hegemoni ekonomi AS dan krisis kali ini dikatakan bakal mewujudkan satu sistem pasaran kewangan baru. Ia dikatakan akan menyaksikan peralihan kuasa ekonomi daripada AS dan sekutunya kepada negara- negara seperti China, India, Brazil dan Russia. Kekuatan ekonomi negara-negara ini menjadi pengimbang kepada krisis sekarang yang mampu mengelakkan ekonomi dunia menuju petaka lebih besar.
Keempat-empat negara itu yang semakin aktif dalam pengeluaran, tenaga dan teknologi tertentu merupakan penampan kepada krisis yang sedang berlaku sekarang. Bayangkan simpanan China yang bernilai AS$1.9 trilion, simpanan petroleum Asia Barat AS$1.3 trilion dan Russia AS$500 bilion. Kemudian ditambah pula dengan simpanan yang ada di Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong dan Singapura yang melebihi AS$5 trilion sudah tentu boleh digunakan untuk mengambil alih kuasa ekonomi dunia. Negara-negara ini akan menjadi pusat sistem kewangan dunia melalui keupayaan untuk mengambil alih bank dan institusi kewangan ketika pasaran kewangan AS dan Eropah merudum.
Bagi AS dan negara-negara Eropah, krisis yang berterusan menyebabkan kerajaan mereka tidak mempunyai pilihan. Mereka terpaksa campur tangan dan menyelamatkan bank-bank yang sedang tenat. Seluruh dunia dapat melihat perubahan bagaimana kuasa politik campur tangan dengan urusan perniagaan di Washington, London, Paris dan Berlin.
Bank-bank di negara terbabit juga tidak mempunyai pilihan. Ketua-ketua mereka dipanggil diberitahu bahawa kerajaan akan menyuntik kecairan sama ada mereka suka atau tidak atas dasar nasionalisme.
Setiausaha Kewangan AS, Hank Paulson pada 13 Oktober lalu berkata, itu bukan apa yang hendak mereka lakukan tetapi mereka tidak mempunyai pilihan. Katanya, kerajaan terpaksa membeli saham bank-bank terbabit kerana alternatif lain langsung tidak boleh diterima. Ini merupakan pengakuan jujur bahawa pasaran bebas kini berkubur bersama leburnya sistem perbankan terhebat dunia di AS hingga usaha menyelamatkannya dianggap sebagai tugas nasional. Di United Kingdom, tugas nasional itu ialah menyelamatkan bank kedua terbesarnya RBS dan bank keenam terbesar HBOS yang kini sudah di bawah kawalan kerajaan. Kerajaan negara itu yang sebelum ini mengkritik langkah menyelamat yang dilakukan Malaysia 11 tahun dulu kini menguasai 60 peratus saham RBS.
Malah bank kelima terbesar di UK, Lloyds juga kini sedang dijadikan milik kerajaan begitu juga dengan bank-bank kecil lain. Sebelum ini, Northern Rock dan Bradford & Bingley 100 peratus dijadikan milik negara. Ia bukti jelas yang menunjukkan negara-negara kuasa besar ini sekadar cakap tidak serupa bikin. Mereka akan melakukan apa sahaja demi menyelamatkan syarikat-syarikat mereka, iaitu tindakan yang akan dilakukan oleh mana-mana kerajaan pun dalam dunia ini. Pengerusi Federal Reserve AS, Ben Bernan berkata, untuk menangani krisis itu kerajaan AS tidak akan berundur sama sekali.
Matlamat
Katanya, mereka akan melakukan apa sahaja untuk mencapai matlamat itu. Setakat ini AS telah mengepam AS$700 bilion untuk menyelamatkan pasaran kewangannya. Secara keseluruhannya negara itu telah menyuntik AS$1 trilion dengan terma yang digunakan ialah menyuntik kecairan bukannya menyelamat. Setakat ini tidak ada siapa dapat meramalkan berapa banyak bank akan dijadikan milik kerajaan atau milik negara - satu pendekatan yang ditentang keras oleh pasaran bebas yang diterajui AS tidak lama dulu.
Di AS setakat ini semua nama besar sudah menjadi milik negara iaitu Bank of America, CitiGroup, Wells Fargo, JP Morgan Chase, Goldman Sacks, Morgan Stanley, Merrill Lynch, Bank of New York Mellon dan State Street. Sehingga kini krisis itu belum menampakkan tanda- tanda akan pulih. Kerajaan AS dan Eropah terus memerhati dengan teliti kedudukan sistem kewangan mereka yang semakin rapuh dan tidak lagi mampu bertahan dengan asakan yang berpunca daripada liberalisasi dan deregulasi yang diperjuangkan sebelum ini.
Kini negara-negara terbabit terpaksa menelan kembali segala kritikan mereka terutama terhadap Malaysia yang menggunakan pendekatan konservatif untuk mengatasi krisis kewangan 1997-98. Ketika itu kerajaan Malaysia juga 'menyuntik kecairan' bukannya menyelamat syarikat-syarikat kewangannya. Sama seperti yang dilakukan oleh AS dan UK sekarang. Ketika itu juga kerajaan Malaysia menambat nilai ringgit pada RM3.80 berbanding dolar AS untuk mengelakkan ia daripada terus merudum diheret liberalisasi dan pasaran bebas. Semua itu dilakukan bukan untuk kepentingan kerajaan atau pemimpinnya. Tetapi atas kepentingan nasional dan rakyat. Alasan yang digunakan oleh AS pada 13 Oktober lalu untuk menjustifikasikan pengambilalihan sembilan bank utamanya oleh kerajaan.
Nampaknya, tidak ada apa yang salah dengan tindakan yang diambil oleh Malaysia 11 tahun lalu. Yang pasti krisis yang melanda itu menyaksikan berakhirnya hegemoni AS ke atas sistem kewangan global. Malah tidak mustahil ia bakal menyaksikan peralihan paksi ekonomi dari barat ke timur.
- Utusan, 19/10/08.

18 Oktober 2008

Ahli PKR dihadap atas dakwaan rasuah seks

Fairul Azrim Ismail dibawa oleh anggota polis selepas didakwa atas tuduhan rasuah seks di Mahkamah Sesyen di Ipoh, semalam.
- Gambar HANAFI KHAMIS

IPOH 17 Okt. – Seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sebelum ini mengaku mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita China dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana didakwa melakukan perbuatan tersebut secara rasuah.
Tertuduh, Fairul Azrim Ismail, 30, didakwa menerima daripada Mohamad Imran Abdullah suapan wanita tersebut bagi tujuan mengadakan hubungan seks.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada 14 Ogos lalu kira-kira pukul 8.10 malam di No. 401, Tingkat 4, Sri Sayang Apartmen (Seaview Agency), Jalan Batu Feringgi, Pulau Pinang.
Suapan seks itu adalah sebagai dorongan kepada tertuduh yang merupakan seorang kontraktor bagi membantu Mohamad Imran mendapatkan satu projek iaitu cadangan membangunkan tanah seluas 36.42 hektar bernilai RM180 juta di pusat bandar Seri Iskandar dekat sini secara usaha sama dengan Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT).
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 10(a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta yang sama.
Hakim Rasidah Chik yang mendengar kes tersebut kemudian membenarkan Fairul Azrim dibebaskan dengan jaminan RM3,000.
Beliau juga membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Badan Pencegah Rasuah (BPR), How Mei Ling supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen 3 Ipoh.
Langkah itu dibuat bagi membolehkan kes itu dibicarakan serentak dengan kes rasuah berkaitan membabitkan empat lagi tertuduh termasuk dua Exco Kerajaan Negeri Perak.
Selepas kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Sesyen 3, Hakim Tan Hooi Ling yang akan mendengar perbicaraan itu juga bersetuju menetapkan ia dibicara serentak dengan kes rasuah berkaitan iaitu pada 10, 11 dan 12 Februari depan.
Tertuduh diwakili peguam Mohd. Asri Othman.
Fairul Azrim pada 23 September lalu mengaku membuat hubungan seks dengan seorang wanita China dalam satu surat aduan kepada Jabatan Agama Islam Perak.
- Utusan, 18/10/08.

'Henti persoal hak Melayu'

Oleh HERMAN HAMID
KUALA LUMPUR 17 Okt. - Pergerakan Pemuda UMNO menyeru semua pihak memberi perhatian serius terhadap peringatan raja-raja Melayu supaya tidak mempersoalkan asas kenegaraan dan kemakmuran yang dinikmati selama ini.
Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sebab itu Pemuda UMNO mahu jangan ada lagi pada masa depan, suara-suara yang mempertikai perkara yang telah termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan berhubung institusi raja, hak keistimewaan Melayu, kedudukan agama Islam dan bahasa Melayu.
"Kenyataan (raja-raja Melayu) itu membuktikan tahap keseriusan suasana yang berlaku hari ini boleh menjurus kepada sesuatu yang boleh mengancam kedudukan negara jika tidak dihentikan," katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan akhbar khas raja-raja Melayu mengenai peranan Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran raja-raja Melayu, agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut Perlembagaan Persekutuan.
Kenyataan akhbar khas itu dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah semalam.
Sementara itu Hishammuddin berharap tidak ada mana-mana pihak menyalah anggap kenyataan raja-raja Melayu itu dan mengaitkannya dengan agenda atau kepentingan kaum-kaum tertentu saja.
Kata beliau, sebaliknya peringatan yang penting ini sememangnya perlu diberi perhatian oleh semua rakyat negara ini supaya Malaysia sentiasa berada pada landasan keamanan dan keharmonian sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Katanya, selain itu secara tidak langsung kenyataan itu juga mengingatkan pihak atau individu yang cauvinis, berkepentingan peribadi dan mahukan populariti supaya berhenti daripada menodai keharmonian dan asas kenegaraan.
"Berhentilah daripada mengkhianati kalau mahu terus hidup bersama dan nikmati keharmonian yang ada. Elakkanlah pergeseran dan pertelingkahan, khususnya hal ehwal berkaitan mana-mana sentimen kaum dan agama.
"Kita sudah tiada masa untuk cauvinisme dan populariti. Malaysia perlu terus mengorak langkah maju dan meredah pelbagai cabaran domestik dan global," jelasnya.
Dalam pada itu Hishammuddin berkata, kenyataan khas itu juga merupakan tanda kasih dan sayang serta keprihatinan raja-raja Melayu untuk melihat rakyat negara ini hidup dalam keadaan aman dan makmur.
Kata beliau, sememangnya juga peranan raja-raja selama ini telah membuktikan pengorbanan, jasa, legasi dan kedaulatan kesultanan Melayu dalam apa jua keadaan tetap memberi makna yang besar kepada negara.
"Kenyataan dan pendirian ini sememangnya dinantikan dan saya amat bersyukur kerana saya yakin institusi raja-raja adalah kekuatan negara kita di mana ia bukan hanya melindungi orang-orang Melayu sahaja, malah memayungi rakyat Malaysia keseluruhannya.
"Saya percaya rakyat Malaysia juga amat berbangga dan berterima kasih dengan peringatan yang dibuat kerana ia mencerminkan bahawa yang sedang kita pertahankan adalah institusi raja-raja sebagai lambang perpaduan di negara ini dan bukan kepada mana-mana individu atau kumpulan," ujarnya.
- Utusan, 18/10/08.

'Jangan sentuh kontrak sosial'

Majlis Raja-Raja bersuara lindung hak Islam, MelayuKUALA TERENGGANU: Majlis Raja-Raja mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak lagi mempertikai dan mempersoalkan kontrak sosial, apa lagi menyemak semula atau mengubahnya kerana ia menjadi asas utama pembentukan negara ini.
Dalam kenyataan khas selepas mesyuarat ke-215 di Istana Maziah di sini semalam, Majlis Raja-Raja menegaskan, kaum bukan Melayu tidak perlu bimbang mengenai hak sah mereka kerana ia dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.“
Adalah diharapkan dengan penegasan itu, segala kekeliruan berhubung perkara ini di kalangan rakyat dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara,” kata kenyataan itu. Kenyataan khas Majlis Raja-Raja itu disampaikan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah dan dikeluarkan oleh Bernama.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat menghadiri mesyuarat itu dengan diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Mesyuarat dua hari yang berakhir semalam, dipengerusikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.Engku Ibrahim menjelaskan, Raja-Raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta kepentingan sah kaum lain di negara ini.“
Tindakan pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara itu yang menjadi asas utama pembentukan negara dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan, telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.“
Sebagai tindak balas, beberapa pihak terutama pemimpin Melayu, sama ada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan, telah menyuarakan rasa tidak puas hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan menganjurkan forum-forum berkenaan, katanya.
Beliau berkata, gejala itu jika tidak ditangani segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum hingga menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.“
Untuk itu, Raja-Raja Melayu wajar mengingatkan supaya isu berkaitan kontrak sosial tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.“
Majlis Raja-Raja juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, melindungi agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.“
Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok, katanya.
Engku Ibrahim berkata, perkara berkaitan pertahanan, keselamatan, kedudukan ekonomi negara, Biasiswa Yang di-Pertuan Agong termasuk cadangan pelantikan Ketua Hakim Negara Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Malaya turut dibincangkan dalam mesyuarat itu. Semua Sultan dan Yang Dipertua Negeri menghadiri mesyuarat itu kecuali Pahang, Johor, Terengganu, Perlis dan Negeri Sembilan.
Sultan Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Sultan Johor diwakili Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar dan Sultan Terengganu diwakili Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.
Negeri Sembilan diwakili Pemangku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Naquiyuddin Ibni Tuanku Jaafar dan Perlis diwakili Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
Turut hadir, Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua menteri kecuali Sarawak yang diwakili Menteri II Perancangan dan Pengurusan Sumber Datuk Seri Awang Tengah Ali Hasan.

15 Oktober 2008

Percalonan Terkini UMNO Pusat

Presiden
01. Datuk Seri Najib Tun Razak (29)

Timbalan Presiden
01. Tan Sri Muhyiddin Yassin (24)
02. Tan Sri Mohammad Mohd. Taib (2)
03. Datuk Seri Mohd Ali Rustam (3)

Naib Presiden
01. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (26)
02. Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (10)
03. Datuk Seri Rais Yatim (5)
04. Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal (17)
05. Datuk Seri Syed Hamid Albar (6)
06. Tan Sri Annuar Musa (2)
07. Datuk Seri Shahidan Kasim (3)
08. Datuk Seri Zahid Hamidi (13)
09. Datuk Seri Mohamad Hassan (2)
10. Datuk Seri Jamaluddin Jarjis (2)
11. Tan Sri Isa Samad (4)

Ketua Wanita
01. Tan Sri Rafidah Aziz (52)
02. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (13)

Ketua Pemuda
01. Datuk Mukhriz Mahathir (40)
02. Khairy Jamaluddin (20)
03. Datuk Seri Mohamad Khir Toyo (14)
04. Datuk Zahidi Zainul Abidin (1)

Ketua Puteri
01. Datuk Shahaniza Shamsuddin (24)
02. Rosnah Abdul Rashid Shirlin (19)
03. Bibi Sharlizah Mohd. Khalid (11)
04. Datin Ismalina Ismail (11)
05. Azlina Mehtab (3)

Ahli Majlis Tertinggi
01. Datuk Mustapha Mohamad [27]
02. Datuk Seri Musa Aman [27]
03. Datuk Noh Omar [25]
04. Datuk Abdul Ghani Othman [24]
05. Datuk Dr Latiff Ahmad [24]
06. Datuk Ismail Sabri Yaacob [23]
07. Datuk Seri Adnan Yaacob [22]
08. Datuk Zainal Abidin Osman [21]
09. Datuk Azian Osman [21]
10. Datuk Shahrir Samad [20]
11. Datuk Tajuddin Ab Rahman [20]
12. Datuk Dr Mohd Zamry Ab Kadir [17]
13. Datuk Ir Mohd Zin Mohamed [17]
14. Datuk Hamzah Zainuddin [17]
15. Datuk Seri Azalina Othman Said [16]
16. Datuk Seri Mohamad Hasan [16]
17. Datuk Dr Awang Adek Hussin [15]
18. Senator Datuk Mohd Puad Zarkashi [15]
19. Datuk Idris Haron [15]
20. Datuk Aziz Sheikh Fadzir [15]
21. Datuk Syed Ali Alhabshee [15]
22. Datuk Seri Mahadzir Khalid [15]
23. Datuk Norza Zakaria [12]
24. Datuk Saifuddin Abdullah [12]
25. Datuk Anifah Aman [11]
26. Datuk Johari Baharom [11]
27. Datuk Seri Idris Jusoh [11]
28. Datuk Noraini Ahmad [10]
29. Datuk Ahmad Said [10]
30. Datuk Husni Hanadzlah [10]
31. Datuk Ahmad Shaberi Cheek [9]
32. Datuk Lajim Ukin [9]
33. Datuk Radzi Manan [9]
34. Datuk Shaziman Abu Mansor [8]
35. Datuk Isa Sabu [8]
36. Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis [7]
37. Datuk Seri Shahrizat Jalil [7]
38. Datuk Dr Norraesah Mohamed [7]
39. Datuk Zulhasnan Rafique [7]
40. Datuk Latif Mirasa [6]
41. Datuk Hassan Malek [6]
42. Datuk Seri Dr Hilmi Yahya [5]
43. Datuk Seri Shahidan Kassim [5]
44. Datuk Seri Mohd Shariff Omar [5]
45. Datuk Abdul Rahman Bakar [4]
46. Kapt (B) Datuk Abu Zahar Hashim [4]
47. Datuk Ishak Ismail [4]
48. Datuk Raja Ahmad Zainuddin [4]
49. Datuk Marsidi Manjun [4]
50. Datuk Azeez Abdul Rahim [4]
51. Datuk Bung Mokhtar Radin [4]
52. Datuk Mohd Salleh Said Keruak [3]
53. Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin [3]
54. Datuk Astamam Abdul Aziz [3]
55. Datuk Subahan Kamal [3]
56. Datuk Seri Mohammed Nazri Aziz [3]
57. Datuk Dr Wan Adnan Wan Mohammad [3]
58. Tan Sri Abd Rahim Tamby Chik [2]
59. Datuk Lillah Yassin [2]
60. Datuk Seri Syed Hamid Albar [2]
61. Datuk Khalid Yunus [2]
62. Datuk Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman [2]
63. Datuk Zainal Abidin Kadir [2]
64. Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad [2]
65. Datuk Seri Rais Yatim [2]
66. Datuk Azhar Ibrahim [2]
67. Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali [2]
68. Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin [2]
69. Datuk Halimah Mohamed Sadique [2]
70. Datuk Ahmad Lebai Sudin [2]
71. Datin Paduka Seripah Noli Syed Hussin [2]
72. Datuk Azimi Daim [2]
73. Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar [1]
74. Datuk Mohd Alwi Che Ahmad [1]
75. Tan Sri Napsiah Omar [1]
76. Datuk Shaharudin Moin [1]
77. Adam Hamid [1]
78. Datuk Abdullah Hishan [1]
79. Datuk Dr Abdul Malik Hanafiah [1]
80. Datuk Razali Ismail [1]
81. Datuk Ghazali Ibrahim [1]
82. Datuk Seri Shafie Apdal [1]
83. Datuk Sazmi Miah [1]
84. Datuk Shaikh Mansor [1]
85. Datuk Abdul Azizi Abdul Rahim [1]
86. Datuk Seri Azmi Khalid [1]
87. Datuk Maznah Mazlan [1]
88. Datuk Suhaili Abdul Rahman [1]
89. Datuk Zein Isma Ismail [1]
90. Datuk Ser Dr Ibrahim Saad [1]
91. Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri [1]
92. Datuk Tengku Putera Tengku Awang [1]
93. Datuk Tengku Putera Tengku Awang [1]
94. Datuk Mohd Said Yusof [1]
95. Datuk Dr Abdullah Md Zin [1]

13 Oktober 2008

Barisan Jawatankuasa UMNO Bahagian Besut Sesi 2008-2011

PENGERUSI TETAP
Haji Mohamad bin Haji Ibrahim

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Haji Wan Aziz bin Wan Idris

KETUA BAHAGIAN
YB. Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh

TIMBALAN KETUA BAHAGIAN
YB. Tuan Haji Nawi bin Mohamad

NAIB KETUA BAHAGIAN
YB. Tuan Haji Muhammad Pehimi bin Yusof

AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN
01 Abdullah bin Hassan
02 Harun bin Abdul Aziz
03 Baharum bin Said
04 Haji Ahmad bin Haji Yusof
05 Razali bin Omar
06 Wan Mohd Ariff Rashiddin bin Wan Jusoh
07 Ali Haidzir bin Mustafa Kamal
08 Zahanapi bin Sagaf
09 Anuar bin Mahmud
10 Mohd Razif bin Abdul Majid
11 Adnan bin Mohd Noor
12 Mahussin bin Abdullah
13 Rashid bin Jusoh
14 Mohammed Zaid bin Jusoh
15 Haji Zahari bin Mohd Din
16 Ghazali bin Che Noh
17 Raja Ayub bin Raja Kechik
18 Ghazali bin Ismail
19 Ismaaon bin Muhammad
20 Shaikh Muhamad bin Shaikh Keramat

PEMERIKSA KIRA-KIRA
01 Adnan bin Said
02 Haji Ismail bin Omar

WAKIL KE PERHIMPUNGAN AGUNG
01 Hasmadi bin Hassan
02 Salleh Ab. Latif
03 Haji Ahmad bin Haji Yusof
04 Harun bin Abdul Aziz
05 Ali Haidzir bin Mustafa Kamal
06 Abdul Rahim bin Awang
07 Anuar bin Mahmud

Forum Utusan: Minta Muhammad, Ali tarik diri

SESIAPA juga yang berfikir secara rasional akan membuat kesimpulan adalah membuang masa dan wang bagi Tan Sri Muhammad Muhd. Taib dan juga Datuk Seri Mohd. Ali Rustam untuk terus bertanding menyaingi Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO yang secara automatik akan menjadikan orang yang berada pada kedudukan itu sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Bagi seorang lagi, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang menjadi penulis tamu portal berita Malaysian Insider yang dijalankan oleh Kalimullah Hassan, bekas Ketua Pengarang NST dan rakan-rakannya, biarlah dia bertanding supaya dia akan dapat melihat baju yang sesuai bagi badannya selepas berakhir pertandingan.
Dalam membuat pemilihan kelak, saya percaya perwakilan UMNO akan membuktikan kepada dunia sekali lagi akan kematangan mereka sebagai anggota sebuah parti yang tua, berpengalaman dan mengutamakan kepentingan bangsa, agama dan negara lebih daripada segalanya.
Memang tidak dapat dinafikan dari satu mesyuarat ke satu mesyuarat Perhimpunan Agung UMNO yang membuat pemilihan pucuk pimpinan, wang menjadi faktor penting dalam menentukan kemenangan calon. Tetapi terbukti juga bahawa sentimen dan ‘hutang wang’ telah memberikan laluan kepada kematangan dan kewarasan dalam menentukan pemilihan.
Dalam sebuah masyarakat demokrasi, permainan wang dalam pilihan raya adalah menafikan realiti kuasa. Pas dan Parti Keadilan belum berkuasa lama dan rakyat tidak akan meminta pada yang tiada. Namun, suatu masa mereka juga akan menghadapi masalah dan tekanan yang sama daripada ahli parti dan rakyat.
Keputusan yang tidak adil dan menimbulkan kesan kemarahan berpanjangan dan menjadi duri dalam daging ialah jika pucuk pimpinan membuat penekanan dalam menentukan ahli-ahli membuat pemilihan sendiri sehingga ke peringkat mencegah seseorang untuk bertanding.
Penampilan
Pada umumnya rakyat dan juga ahli UMNO sendiri melihat daripada tiga calon yang bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO (seorang lagi tidak perlu dimasukkan dalam perkiraan ini), Muhyiddin mempunyai kekuatan dan kelebihan yang sendiri.
Penampilannya sebagai tokoh yang berani menyuarakan hasrat akar umbi untuk peralihan kuasa yang lebih cepat telah mengangkat namanya ke puncak populariti sebagai pemimpin berani yang mengutamakan kepentingan Melayu dan negara.
Ini adalah kriteria yang tidak ada pada calon lain. Selain itu, beliau juga mempunyai status nasional dan antarabangsa yang dibuktikan menerusi kedudukannya sebagai Menteri Kabinet yang begitu lama dan juga kedudukan penting dalam pucuk pimpinan parti. Beliau tidak gagal dalam tugas yang diberikan kepadanya.
Ketokohan, keperibadian dan keupayaan intelek adalah juga kualitinya yang menyebabkan rakyat dan ahli UMNO lebih yakin kepadanya daripada orang lain. Kemampuan bahasa Inggerisnya yang amat diperlukan sebagai Timbalan Perdana Menteri bagi peranan antarabangsa adalah terbukti kepada umum dan tidak perlu dipersoalkan lagi.
Tan Sri Muhammad terlalu jelas kepada umum beliau ialah calon proksi selepas Dr. Ahmad Zahid Hamidi menarik diri.
Datuk Seri Mohd. Ali Rustam adalah calon bebas tetapi lebih baik untuk masa depan Melaka jika beliau kekal sebagai Ketua Menteri untuk membawa negeri itu ke era baru sebagai sebuah bandar pelancongan utama yang terindah penuh bersejarah di Malaysia.
Saya yakin Datuk Seri Najib Tun Razak juga sebagai bakal Perdana Menteri tentulah lebih maklum kualiti yang diperlukan bagi seorang yang bakal membantunya sebagai Timbalan Perdana Menteri, iaitu seorang pemimpin yang berwibawa dengan daya intelek yang tinggi dan amat tajam.
Sebagai pemimpin yang teliti dalam tindakan dan membuat keputusan tentulah akan memakai arca pertimbangan yang sejalan dengan kecerdikan dan rasional rakyat yang mengutamakan kualiti kepemimpinan yang dapat menyumbang kepada kekuatan dan juga integriti bangsa, negara dan agama.
Demi kepentingan bangsa dan negara, saya dengan rasa penuh hormat memohon kepada Tan Sri Muhammad dan juga Datuk Ali Rustam supaya menarik diri daripada terus bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO.
Perpaduan
Penarikan diri ini akan benar-benar membuktikan kepada parti dan rakyat bahawa mereka lebih mementingkan kekuatan parti, perpaduan orang Melayu dan kekuatan negara dengan memastikan sokongan yang jitu kepada pucuk kepimpinan.
Ini juga akan memudahkan Datuk Ali Rustam untuk bekerjasama dengan bakal Timbalan Perdana yang dapat diramalkan dari sekarang bagi mempercepatkan kemajuan negeri Melaka.
Bagi peringkat Naib Presiden UMNO hingga ke bawah biarlah wujud pertandingan tetapi pemilihan Presiden dan Timbalan Presiden tanpa pertandingan atas kehendak ahli parti sendiri akan sekali gus memberikan kesan psikologi yang sangat efektif kepada perpaduan parti.
Gambaran ini amat diperlukan dalam keadaan UMNO menghadapi krisis keyakinan dan bangsa Melayu menghadapi cabaran terbesar sejak 50 tahun merdeka dari dalam dan luar negara.
TAN MELAKA
Kuala Lumpur

Mukhriz ada aura kejutan

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
JELEBU 12 Okt. - Keputusan luar jangka bagi pencalonan yang diterima oleh Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir untuk bertanding Ketua Pergerakan Pemuda UMNO kerana beliau dilihat sebagai calon 'bebas' yang tidak bergantung dengan sesiapa.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, ia juga memperlihatkan suara hati generasi muda yang mahu melihat perubahan dalaman diperbaiki.
"'Saya melihat termasuklah di Jelebu, sokongan kepada Mukhriz agak di luar jangka. Ini sebenarnya akar umbi Pemuda mahukan perubahan drastik," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Jelebu di sini hari ini.
Pada persidangan itu 119 perwakilan mencalonkan Mukhriz sebagai calon Ketua Pemuda dan lapan lagi mencalonkan Khairy Jamaludin.
Rais yang juga Ahli Parlimen Jelebu menjelaskan, ahli Pergerakan Pemuda UMNO kini mencari pemimpin yang bercirikan pejuang sebenar tanpa bersandarkan satu alasan besar.
''Alasan besar itu ialah kebergantungan kepada jawatan, keluarga atau jawatan saudara mara. Saya fikir Mukhriz ada aura itu," kata beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO negeri.
Semalam, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jempol turut mencalonkan Mukhriz dengan jumlah pencalonan sebanyak 170 berbanding Khairy yang cuma memperoleh enam undi, sementara Pemuda UMNO Bahagian Rasah mencalonkan Mukhriz dengan jumlah undi sebanyak 70 berbanding 61 yang diberikan kepada Khairy.
''Saya melihat ini dari dekat dan merasakan bahangnya. Saya berharap sistem dan aura baru ini akan memberi kebaikan yang amat dimahukan oleh Pemuda UMNO dan parti ini keseluruhannya," kata Rais.
Mengenai tawaran beliau untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO, Rais berkata: "Orang lama seperti Rais Yatim' tidak perlu lagi.
- Utusan, 12/10/08.

Percalonan Terkini UMNO Pusat

Presiden
Datuk Seri Najib Tun Razak (25)

Timbalan Presiden
1. Tan Sri Muhyiddin Yassin (21)
2. Tan Sri Mohammad Mohd. Taib (2)
3. Datuk Seri Mohd Ali Rustam (2)

Naib Presiden
1. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (17)
2. Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (6)
3. Datuk Seri Rais Yatim (4)
4. Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal (8)
5. Datuk Seri Syed Hamid Albar (5)
6. Tan Sri Annuar Musa (1)

Ketua Wanita
1. Tan Sri Rafidah Aziz (39)
2. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (8)

Ketua Pemuda
1. Datuk Mukhriz Mahathir (38)
2. Khairy Jamaluddin (17)
3. Datuk Seri Mohamad Khir Toyo (10)
4. Datuk Zahidi Zainul Abidin (1)

Ketua Puteri
1. Datuk Shahaniza Shamsuddin (24)
2. Rosnah Abdul Rashid Shirlin (19)
3. Bibi Sharlizah Mohd. Khalid (11)
4. Datin Ismalina Ismail (11)
5. Azlina Mehtab (3)
Ahli Majlis Tertinggi
01. Datuk Seri Musa Aman
02. Datuk Mustapa Mohamed
03. Datuk Dr. Latif Ahmad Datuk Abdul Ghani Othman
04. Datuk Noh Omar
05. Datuk Azian Osman
06. Datuk Seri Adnan Yaakob
07. Datuk Zainal Abidin Osman
08. Datuk Tajuddin Abd. Rahman
09. Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir
10. Dr. Mohd. Puad Zarkashi
11. Datuk Syed Ali Alhabshee Datuk Shahrir Samad
12. Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed
13. Datuk Azalina Othman Said
14. Datuk Idris Haron
15. Datuk Saifuddin Abdullah
16. Datuk Noraini Ahmad

Mara diarah hapuskan kerenah birokrasi

KUALA TERENGGANU 12 Okt. - Semua pegawai dan kakitangan Majlis Amanah Rakyat (Mara) diminta menghapuskan kerenah birokrasi dalam memastikan proses penyaluran pinjaman kepada golongan bumiputera dapat dipercepatkan.
Pengerusi Mara, Datuk Seri Idris Jusoh (gambar) berkata, kaedah pengurusan terbaik seharusnya dibentuk bagi memastikan semua permasalahan yang berlaku di agensi itu dapat dirungkai sebaik mungkin.
''Harapan saya agar semua kes termasuk kerenah birokrasi yang berlaku dapat diatasi bagi memastikan golongan bumiputera mendapat pembelaan," katanya selepas majlis Konvokesyen Ke-11 Institut Kemahiran Mara (IKM) Besut di di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar semalam yang kecewa dengan kelewatan pengurusan Mara menyalurkan pinjaman.
Menurut Noh, beliau tidak faham kenapa masih ramai pemohon yang mengadu tentang kelambatan kelulusan pinjaman di ibu pejabat sedangkan kuasa telahpun diturunkan kepada Pegawai Mara Daerah untuk meluluskan pinjaman di bawah RM20,000.
Idris seterusnya mengakui sebagai sebuah organisasi, Mara tidak dapat lari daripada masalah tetapi yakin segala apa yang berlaku akan dapat diatasi selaras dengan tuntutan semasa.
Katanya, agensi itu tidak seharusnya merasa selesa dengan keadaan dan persekitaran yang lalu kerana keadaan kini sudah mengalami perubahan.
''Kita sememangnya berazam untuk menjadikan Mara sebagai satu agensi yang terbaik antara yang terbaik bukan sahaja di peringkat tempatan malah antarabangsa.
''Dalam hal ini saya sebenarnya sudah menilai banyak aspek, segala masalah yang berlaku dikaji mengapa ia berlaku dan penyelesaian dicari bagi memastikan ia tidak berulang," katanya.
Idris menegaskan, beliau bersedia menerima kritikan secara jujur dan ikhlas dalam membangun dan meletakkan Mara pada tahap yang betul ke arah memastikan ia menjadi organisasi terulung.
Ditanya mengenai beberapa kekurangan yang dialami Kolej Polytech Mara, sebuah institusi pengajian tinggi tajaan Mara, beliau mengakui ia sememangnya dalam perhatian dan berusaha membaikinya dari semasa ke semasa.
Katanya, segala kekurangan termasuk asrama dan pusat pembelajaran yang tidak selesa akan dibaiki. Ini semua dalam perhatian dan perkara yang serupa dipastikan tidak berlaku pada masa depan.
- Utusan, 12/10/08

11 Oktober 2008

Najib, Muhyiddin dapat pencalonan satu lagi bahagian

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima satu lagi pencalonan daripada Umno bahagian Besut, Terengganu yang bersidang hari ini untuk masing-masing bertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti, Mac depan.
Semalam kedua-dua mereka mendapat dua pencalonan setiap seorang daripada Umno Bahagian Machang, Kelantan dan Kimanis, Sabah.
Mesyuarat Umno Bahagian Besut hari ini adalah bahagian ketiga daripada 191 bahagian Umno di seluruh negara yang mengadakan mesyuarat perwakilan mereka
Umno Bahagian Besut turut mencalonkan Ketua Pergerakan Pemuda Umno yang juga Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohd Khaled Nordin dan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal untuk jawatan Naib Presiden Umno.
Dengan pencalonan itu, Hishammuddin kini mendapat tiga pencalonan, Khaled (2)dan Shafie (1).
Selain mereka, Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Tan Sri Annuar Musa, Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar turut mendapat satu pencalonan setiap seorang untuk merebut jawatan Naib Presiden Umno.
Sementara itu Umno bahagian Tumpat yang dijadualkan bermesyuarat hari ini menangguhkan mesyuarat itu ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Setiausaha bahagian, Ariffin Ismail ketika dihubungi di Kota Bharu berkata penangguhan dibuat kerana jawatan kuasa bahagian itu tidak sempat untuk membuat persediaan kerana mereka terpaksa menjadi pemerhati kepada Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Machang yang diadakan semalam.
Beliau berkata, surat penangguhan mesyuarat telah dikeluarkan Ahad lalu dan pihaknya akan mengadakan mesyuarat khas dalam tempoh terdekat bagi menetapkan tarikh baru persidangan perwakilan bahagian itu.
Esok, 25 bahagian Umno dijangka mengadakan mesyuarat perwakilan, termasuk Bahagian Umno Pagoh yang diketuai Muhyiddin.
Sekurang-kurangnya 58 pencalonan diperlukan untuk layak bertanding jawatan presiden parti, 38 pencalonan untuk jawatan timbalan presiden dan 19 pencalonan untuk jawatan naib presiden.
Sementara itu bagi jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, sehingga jam 7 malam ini, Exco Pemuda Datuk Mukhriz Mahathir mendahului dengan mendapat 19 pencalonan, Naib Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin (9 pencalonan) dan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo (6 pencalonan) setelah 34 daripada 191 bahagian Pemuda Umno bermesyuarat sejak Khamis lalu.
Bagi jawatan Ketua Pergerakan Puteri Umno, setakat ini Naib Ketua pergerakan itu, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin mendahului dengan mendapat 14 pencalonan dengan enam pencalonan baru hari ini dari bahagian Taiping, Semporna, Kota Belud, Libaran, Kota Kinabalu dan Bachok.
Ketua Penerangan pergerakan itu Datuk Shahaniza Shamsuddin pula mendapat 11 pencalonan, Setiausaha pergerakan itu Bibi Sharliza Mohd Khalid (4 pencalonan) dan Exconya Datin Ismalina Ismail ( 2 pencalonan).
Setakat ini 32 bahagian pergerakan itu telah mengadakan mesyuarat, bagaimanapun hari ini mesyuarat pergerakan Puteri Bahagian Sandakan diumumkan tidak sah.
Ketua Umno bahagian Sandakan, Datuk Ampong Puyung dalam satu kenyataan hari ini berkata keadaan itu berlaku disebabkan beberapa masalah teknikal, termasuk tidak mendapat kelulusan untuk mengadakan mesyuarat daripada bahagian.
Sementara itu, Ketua Pergerakan Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz menerima 25 pencalonan untuk mempertahankan jawatannya, sementara naib ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menerima 24 pencalonan untuk mempertahankan jawatan naib ketua.
Shahrizat juga turut dicalonkan untuk bertanding jawatan ketua pergerakan itu oleh lima bahagian termasuk empat bahagian hari ini iaitu Teluk Kemang, Kinabatangan, Kalabakan dan Bukit Gelugor.
Semalam hanya bahagian Beruas mencalonkan beliau ke jawatan itu.
Sementara Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said menerima dua pencalonan sebagai Naib Ketua, termasuk yang terbaru dari Teluk Kemang hari ini.
Exco pergerakan itu Datuk Kamilah Ibrahim turut dicalonkan oleh bahagian Bukit Gelugor hari ini untuk jawatan Naib Ketua Wanita.
Sehingga hari ini 30 daripada 191 bahagian Wanita Umno sudah mengadakan mesyuarat perwakilan mereka.
- Bernama

Anggota Umno Diingat Tolak Pemimpin Guna Politik Wang, Kata Idris Jusoh

October 11, 2008
BESUT, 11 Okt (Bernama) -- Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh mengingatkan anggota Umno supaya sentiasa berwaspada dan menolak mereka yang menggunakan wang bagi merebut jawatan pada pemilihan parti Mac tahun depan.
Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Besut berkata jika ramai pemimpin Umno dipilih dengan cara sedemkian, lambat laun ia akan hanya memusnahkan parti.
Sambil menyifatkan golongan berkenaan sebagai pemimpin "munafik", beliau berkata Umno tidak akan dilihat relevan jika mereka tidak berubah dalam usaha mendapatkan sokongan rakyat.
"Jika Umno mempunyai pemimpin yang tidak bertanggungjawab, rakyat sendiri akan bertindak membuat perubahan dengan menolak Umno," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Besut di Dewan Majlis Daerah Besut di sini hari ini.
Idris berkata dalam keadaan politik sekarang Umno perlu berdepan cabaran dengan membuat perubahan dan bersikap terbuka, seperti yang ditunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang akan menyerahkan jawatan Presiden Umno kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak, Mac tahun depan.Beliau berkata rakyat menghargai sikap yang ditunjukkan Perdana Menteri, yang menjalankan tugas dengan ikhlas dan bertanggungjawab.
-- BERNAMA

9 Oktober 2008

Pak Lah lepas jawatan Mac

Oleh Norfatimah Ahmad, Anwar Hussin, Magendran Rajagopal, Nahar Tajri dan Khairul Azran Hussinbhnews@bharian.com.my
Tidak pertahan kerusi Presiden Umno

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno pada perhimpunan agung parti Mac depan, sekali gus membuka laluan kepada Datuk Seri Najib Razak untuk menggantikannya sebagai Perdana Menteri jika menang dalam pemilihan itu.
Keputusan yang menyaksikan proses peralihan kuasa setahun lebih awal itu diumumkan Abdullah selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, petang semalam.
“Keputusan ini muktamad dan saya buat ini semua untuk Umno dan BN kerana saya sayangkan kedua-dua parti ini,” kata Perdana Menteri pada sidang media selepas mesyuarat kira-kira 90 minit itu.
Hadir sama ialah Najib dan semua pemimpin tertinggi parti komponen BN. Pada mesyuarat itu, semua pemimpin parti komponen BN turut menyampaikan pandangan dan ucapan terima kasih sebagai menghargai jasa serta sumbangan Abdullah kepada negara dan rakyat.
Sebelum ini, Abdullah menetapkan Jun 2010 sebagai tarikh untuk berundur daripada parti dan kerajaan, tetapi Majlis Tertinggi Umno pada mesyuarat khasnya baru-baru ini membuat keputusan menunda pemilihan dan perhimpunan agung parti dari Disember ini ke Mac tahun depan bagi mempercepatkan proses peralihan kuasa itu.
Terdahulu, dalam kenyataan lapan perenggan yang dibacakannya, Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, berkata kepentingan negara dan rakyat sentiasa menjadi keutamaan sepanjang tempoh perkhidmatannya selama 45 tahun sebagai penjawat awam dan wakil rakyat.
“Oleh itu, saya tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno dalam Perhimpunan Agung akan datang. Saya tidak mahu melihat Umno dan BN berpecah belah.
“Umno dan BN perlu bersatu dan kukuh bagi menangani cabaran global supaya kita berjaya menjadi negara maju dan menjamin kesejahteraan serta adil untuk semua. Tempoh saya sebagai Presiden Umno akan tamat pada Mac 2009, katanya.Abdullah berkata, sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau melihat negara melangkah maju dari sebuah negara miskin kepada negara moden dan disegani.
“Walaupun prestasi negara membanggakan, ia masih berada di persimpangan. Kita perlu berani membuat perubahan dan mempercepatkan evolusi serta proses kematangan.
“Jika kita gagal membuat perubahan itu, segala pencapaian selama lebih 50 tahun mungkin tergadai. Oleh itu dalam menghadapi perubahan dan transformasi ini, rakyat perlu berdiri teguh dan bersatu hati,” katanya.
Ditanya perasaan beliau kerana terpaksa berundur sebelum tempoh Parlimen sekarang, Abdullah berkata: Saya rasa biasa saja. Parti BN masih kekal memimpin kerajaan dan saya percaya kerajaan ini akan kekal kukuh untuk menghadapi pilihan raya umum yang seterusnya dan Insya Allah kita akan menang.”
Mengenai tarikh sebenar beliau akan berundur sebagai Perdana Menteri, Abdullah berkata penggantinya akan mengambil alih jawatan itu dan beliau berharap Najib akan menang pada pemilihan parti akan datang.
“Saya kata harap kerana Najib perlu bertanding sebagai Presiden dan saya percaya dia boleh menang. Lepas Najib jadi Presiden, saya akan serah pada Najib. Kami akan bincang perkara itu,” katanya sambil mengakui pemimpin BN menerima baik Najib sebagai penggantinya.
Abdullah menjelaskan, semua pemimpin komponen BN melahirkan pandangan tanpa sebarang paksaan dan beliau tidak memujuk mereka supaya menyokong Najib.
“Lebih baik anda semua tanya mereka sendiri. Saya bukan kempen untuk Najib,” katanya sambil menegaskan beliau tidak akan memilih pemimpin yang akan menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Mengenai kemungkinan ada bahagian Umno mencalonkan beliau untuk jawatan Presiden, Abdullah berkata: Saya dah maklumkan lebih awal... buat apa nak calonkan lagi.”
Abdullah juga mengakui prestasinya yang kurang baik pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Mac lalu adalah antara sebab beliau membuat keputusan berundur lebih awal. "Sudah tiba masanya untuk pemimpin di kalangan generasi baru mengambil alih. Saya tidak pernah menyesal dengan apa yang saya lakukan dan apa juga maklum balas yang diterima daripada pelbagai pihak itu adalah hak individu, katanya.
- Berita

8 Oktober 2008

Haji Wan Aziz pertahankan jawatan

Haji Wan Aziz Wan Idris - Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Besut akan mempertahankan jawatan yang disandang oleh beliau sejak sedekad lepas.
Dalam pemilihan yang akan diadakan pada 11 Oktober nanti beliau akan ditentang oleh Abdullah Shikh Ahmad bekas Pengerusi Tetap Pemuda UMNO Besut.

Haji Wan Aziz juga menawarkan diri untuk calon G7, sebagai wakil bahagian ke Perhimpunan Agung UMNO yang akan datang.

Beliau memakai No. 02 bagi jawatan Timbalan Pengerusi Tetap dan No. 11 bagi calon ke Perhimpunan Agung 2008 nanti.

Beliau berharap sokongan para perwakilan pada 11 Oktober 2008 nanti.


- HWA

Tiada Pertandingan Jawatan Utama Di UMNO Bahagian Besut

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Besut pada 11 Oktober nanti memperlihatkan sekali lagi suasana harmoni yang menjadi tradisi di UMNO Bahagian Besut.
Tiada pertandingan bagi jawatan utama iaitu Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua, Ketua Pergerakan Wanita, Naib Ketua Wanita, Ketua Puteri dan Naib Ketua Puteri kerana diberi laluan mudah.
Bagi jawatan Ketua Pergerakan Pemuda, 3 calon menawarkan diri, naib ketua 2 calon.
Bagi jawatan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian seramai 37 calon menawarkan diri untuk merebut 20 jawatan, manakala 28 calon menawar diri sebagai wakil bahagian (G&) ke Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur nanti.
Pengerusi Tetap UMNO Bahagian menyaksi 3 calon berentap dan Timbalan Pengerusi Tetap 2 calon menawarkan diri. Pada mesyuarat perwakilan kali ini jawatan pemeriksa Kira-kira juga mempunyai 4 calon menawar diri.
- Hwa.

Keputusan Abdullah satu pengorbanan besar: Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk tidak mempertahankan jawatan sebagai Presiden Umno adalah satu pengorbanan yang besar dan harus dihormati.
Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata keputusan yang dibuat Abdullah itu mempamerkan bahawa beliau lebih mementingkan parti daripada diri sendiri.
“Kita dimaklumkan bahawa beliau (Abdullah) tidak berhasrat mempertahankan jawatan presiden pada pemilihan parti Mac akan datang dan semua pemimpin komponen BN nampaknya memiliki perasaan berbelah bagi, tetapi menghormati perasaan Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu.
“Ini (tugas Presiden) akan terus diambil oleh (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) sebagai orang yang ditunjuk olehnya, dan selepas diambil kira banyak perkara yang berlaku, saya percaya ia dibuat atas kepentingan parti dan Barisan Nasional,” katanya kepada pemberita di Menara Datuk Onn, di sini hari ini. Beliau menyifatkan keputusan Abdullah sebagai pengorbanan yang cukup besar kerana tindakan melepaskan kepemimpinan bukan sesuatu yang mudah.
“Saya kira beliau mengambil kira semua sudut iaitu mengambil kepentingan parti melebihi kepentingan peribadi,” katanya mengenai keputusan Abdullah itu.Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata beliau akan mengumumkan Jumaat ini sama ada untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti nanti.
Beliau berkata langkah itu adalah susulan daripada keputusan Abdullah hari ini untuk tidak mempertahankan jawatan presiden parti, dan wujudnya kekosongan jawatan Timbalan Presiden parti dengan Najib dijangka bertanding merebut jawatan Presiden parti pada pemilihan Umno nanti.
Semalam, Muhyiddin dilaporkan berkata akan mengumumkan pendiriannya bertanding jawatan Timbalan Presiden selepas Abdullah dan Najib menyatakan pendirian masing-masing. - Bernama

Abdullah tak pertahan jawatan Presiden Umno

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno dan akan melepaskan jawatan Perdana Menteri pada Mac tahun depan.
Abdullah mengumumkan keputusannya untuk tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti Mac depan selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di sini, hari ini.

Katanya beliau akan melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Najib Razak selepas perhimpunan agung Umno pada Mac nanti.Secara tradisinya, Presiden Umno menjadi Perdana Menteri dan juga Pengerusi Barisan Nasional.

Ini bermakna peralihan kuasa kepada Najib yang sebelum ini ditetapkan pada Jun 2010, akan diawalkan setahun.Pada satu mesyuarat khas baru-baru ini, Majlis Tertinggi (MT) Umno membuat keputusan menangguhkan perhimpunan agung parti dari Disember ini ke Mac tahun depan bagi melincinkan proses peralihan kuasa itu.

Mengulas mengenai rancangannya sebelum meletak jawatan, Abdullah berkata beliau ingin melihat misinya diteruskan dan berharap penggantinya akan meneruskan agenda itu.

“Saya mahu menyerahkan tugas dan tanggungjawab kepada pengganti saya sebuah negara Malaysia yang mampu mengharungi cabaran ekonomi global, negara Malaysia yang tidak kaya dan tidak miskin, tidak mengira muda atau tua atau bandar atau kampung, bukan Utara dan Selatan dan bukan hanya sebuah agama atau lain-lain tetapi sebuah negara yang bersatu padu dan harmoni.

“Ini bukan masanya untuk bergaduh atau mempunyai pandangan politik sempit tetapi untuk kejayaan, perpaduan dan kerjasama,” katanya.

Abdullah juga berjanji bahawa dalam tempoh lima bulan akan datang beliau akan meneruskan usaha pembaharuan dalam bidang kehakiman dengan menubuhkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang akan diberi mandat untuk mencadangkan pelantikan para hakim dengan cara yang telus dan berdasarkan merit.

Abdullah mengajak semua rakyat Malaysia untuk bersatu dan turut serta bersama-samanya bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju, Abdullah berkata beliau akan membentangkan Rang Undang-undang untuk menubuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Parlimen menjelang akhir tahun ini sebagai usaha berterusan untuk membanteras gejala rasuah secara efektif.

Mengulas mengenai rancangannya sebelum meletak jawatan, Abdullah berkata beliau ingin melihat misinya diteruskan dan berharap penggantinya akan meneruskan agenda itu.

“Saya mahu menyerahkan tugas dan tanggungjawab kepada pengganti saya sebuah negara Malaysia yang mampu mengharungi cabaran ekonomi global, negara Malaysia yang tidak kaya dan tidak miskin, tidak mengira muda atau tua atau bandar atau kampung, bukan Utara dan Selatan dan bukan hanya sebuah agama atau lain-lain tetapi sebuah negara yang bersatu padu dan harmoni.

“Ini bukan masanya untuk bergaduh atau mempunyai pandangan politik sempit tetapi untuk kejayaan, perpaduan dan kerjasama,” katanya.

Abdullah juga berjanji bahawa dalam tempoh lima bulan akan datang beliau akan meneruskan usaha pembaharuan dalam bidang kehakiman dengan menubuhkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang akan diberi mandat untuk mencadangkan pelantikan para hakim dengan cara yang telus dan berdasarkan merit.

Dalam mengajak semua rakyat Malaysia untuk bersatu dan turut serta bersama-samanya bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju, Abdullah berkata beliau akan membentangkan Rang Undang-undang untuk menubuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Parlimen menjelang akhir tahun ini sebagai usaha berterusan untuk membanteras gejala rasuah secara efektif. - Bernama