26 Mac 2008

Idris Sedia Terima Apa Jua Keputusan Pucuk Pimpinan

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Jerteh, Datuk Seri Idris Jusoh berkata beliau bersedia menerima apa jua keputusan pucuk pimpinan berhubung kedudukan Menteri Besar Terengganu demi kebaikan rakyat.Idris yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu berkata keputusan itu termasuk tidak dilantik semula sebagai menteri besar.Bagaimanapun, beliau berkata keputusan itu hendaklah dibuat berasaskan kepada prinsip demokrasi berparlimen dan Raja berpelembagaan yang diamalkan di negara ini."Saya redha dengan apa jua keputusan dan hormati konsep demokrasi berparlimen dan Raja berperlembagaan...saya terima apa juga keputusan untuk kebaikan rakyat," katanya kepada pemberita berhubung kemelut pelantikan Menteri Besar Terengganu di Saujana Golf Subang dekat sini hari hari.Beliau juga sedia memohon maaf kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin yang juga Sultan Terengganu, jika diberi peluang menghadap, bagi menyelesaikan isu pelantikan itu yang tidak menguntungkan mana-mana pihak."Bila-bila masa, saya sanggup menghadap Tuanku dan mohon maaf," katanya.Krisis pelantikan Menteri Besar Terengganu bermula apabila pihak Istana tidak melantik semula Idris sebagai Menteri Besar dan digantikan dengan Adun kawasan Kijai Datuk Ahmad Said, walaupun Idris mendapat sokongan 22 Adun Barisan Nasional (BN) yang lain.Ahmad, 51, menerima watikah pengisytiharan pelantikan sebagai Menteri Besar Terengganu daripada Majlis Penasihat Pemangku Raja dalam satu upacara tertutup di Istana Tetamu di Kuala Terengganu, Ahad lepas.Pelantikan itu sekaligus mengenepikan Idris selaku pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu yang sebelum ini mendapat watikah pelantikan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadi Menteri Besar bagi penggal kedua.Mengulas lanjut, Idris berkata kali terakhir beliau diberikan peluang menghadap Tuanku Mizan ialah pada 23 Feb lepas bagi mengemukakan senarai calon yang akan bertanding pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.Idris berkata beliau mempunyai hubungan yang baik dengan Tuanku Mizan.Beliau enggan mengulas mengenai pandangan sesetengah pihak bahawa tindakan 23 Adun BN membantah pelantikan Ahmad yang dipilih pihak Istana sebagai menderhaka kepada Raja.Idris juga menasihatkan semua pihak supaya bersikap rasional dan bertenang.-- BERNAMA 25/Mac/2008

Tiada ulasan: