14 April 2009

Jaminan polis: 10 Adun tetap tidak hadiri sidang DUN

[BERITA - 14/04/09]
KUALA TERENGGANU: Meskipun diberi jaminan polis keselamatan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) terjamin, sepuluh wakil rakyat tetap bertegas tidak akan hadir pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini selagi suspek yang menghantar SMS ugutan bunuh tidak dikenakan tindakan.
Adun Ajil, Datuk Rosol Wahid yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri ketika dihubungi menjelaskan kumpulan itu bertegas untuk tidak hadir pada sidang dewan hari ini.
Pada jam 1 tengah hari tadi, Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Shukri Dahlan, dalam sidang medianya menjelaskan polis menjamin keselamatan semua Adun BN berkenaan dan keadaan adalah tenang dan terkawal.
Katanya, Adun BN berkenaan tidak perlu bimbang kerana polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh mengenai SMS berbau ugutan bunuh yang diterima tiga daripada mereka.
-

Tiada ulasan: