15 Mei 2008

Skim Cepat Kaya Ahli Politik

“hidup senang-lenang sehingga tiga generasi."
Demikianlah kata Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan mendedahkan tawaran oleh pemimpin parti pembangkang dalam usaha memancing Yang Berhormat dari Barisan Nasional (BN) agar menyertai mereka dalam usaha menukar kerajaan BN yang memerintah hari ini.
Nilainya sudah tentu melebihi jutaan ringgit dan usaha pihak pembangkang ini bukan untuk seorang dua YB dan jumlahnya melebihi 50 orang dan kita buatlah kira-kira berapa ratusan juta wang akan dibelanjakan oleh pihak pembangkang khasnya PKR untuk merasuahkan YB dari BN.
Daripada manakah wang sebegini banyak untuk dibelanjakan oleh pembangkang diperolehi?
Tidak boleh dibayangkan betapa rendahnya moral YB dari BN sekira menerima tawaran ini dan lebih malang ianya akan membawa satu kehancuran sebuah kerajaan yang diakui berwibawa dalam memerintah sebuah negara kalau nak dibandingkan dengan pakatan parti pembangkang yang ada di negara ini.
Rupanya dalam politik juga sudah mula diresapi 'skim cepat kaya' apabila harta menjadi senjata untuk bertakta.
Bukan tiga generasi boleh bertahan, seratus hari belum tentu cukup dengan rezeki cara ini. Kerana duit panas ini akan memakan diri dan dilaknati.
-- Putra Lembah Utara, 05/08

Tiada ulasan: