5 Mei 2008

Kalau Dah Nyanyuk!

KOTA BAHARU, 5 Mei (Bernama) -- Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata pembentukan Majlis Muafakat Melayu Malaysia (MMMM) di Johor adalah satu tanda bahawa Umno gagal dalam mempertahankan kedaulatan Melayu dan agama Islam.
"Umno sudah gagal jaga Melayu, tidak boleh diharap...agama gagal, Melayu pun tak jadi, sehingga terpaksa mengadakan kongres," katanya kepada pemberita selepas menutup Kempen Kesedaran Penyakit Kanser Untuk Kaum Wanita di sini hari ini.
Itulah petikan berita daripada Bernama mengulas resolusi Kongres Permuafakatan Melayu di Johor Bharu dua tiga hari lepas. Bagi saya komen Datuk Nik Aziz seperti kritikan beliau sebelum ini yang lebih bersandarkan nafsu dan kejahilan seorang pemimpin yang mengelarkan dirinya ulama.
Persoalan awal saya ialah, pernahkan PAS yang didokong oleh Nik Aziz dalam sejarah penubuhannya mengada seminar, konvensyen atau apa juga seumpamanua untuk membincangkan untung nasib bangsa Melayu selama ni?
Menyentuh soal agama... apa yang dilakukankan oleh PAS atau Nik Aziz selama ini?
Jawapannya ringkas sahaja. Apa jua yang dilakukan oleh UMNO untuk memartabat umat Melayu semuanya telah digagalkan oleh PAS. Oleh parti yang mengelar diri membila Islam... PAS sejak penubuhannya pada tahun 1951 lagi.
Contoh terbaru, 5 negeri yang elok diperintah oleh orang Malayu, PAS sanggup bersekongkol dengan PKR dan DAP untuk menjatuhkannya.
Pada hakikatnya di Kedah, Perak dan Selangor dipimpin oleh Menteri Besar dari PAS dan PKR. Tetapi tidak lebih dari boneka kepada DAP.
Saya amat hairan kenapa PAS masih lagi nak berketuakan pemimpin seperti Nik Aziz? Apa hebat sangat beliau... sebenarnya dah nyanyuk pun.
Putra Lembah Utara, 05/05/08.

Tiada ulasan: