Pages

9 Mei 2012

Pas akui sukar saingi UMNO di luar bandar

IPOH 6 Mei - Pas mengakui masih berdepan pelbagai masalah untuk bersaing dengan UMNO dalam mendapatkan sokongan pengundi Melayu terutama di kawasan luar bandar dan Felda dalam pilihan raya umum akan datang.
Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, UMNO dilihat masih dominan di kedua-dua kawasan itu termasuk di kalangan pengundi atas pagar.
"Sehingga saat ini, kita masih berdepan pelbagai masalah terutama pengundi di luar bandar dan Felda. Namun, ada waktunya mereka (penduduk luar bandar) tidak perlu zahirkan sokongan asalkan sanggup mengundi kita pada pilihan raya," katanya.
Beliau berucap merasmikan Konvensyen Pas Negeri Perak kali Ke-16 di sini hari ini yang turut dihadiri Pesuruhjaya Pas negeri, Abu Bakar Hussain.
Tuan Ibrahim berkata, gerak kerja Pas mesti dilakukan sebelum Parlimen dibubarkan bagi bersaing memperoleh kek pengundi Melayu yang terpaksa dikongsi bersama banyak pihak termasuk UMNO.
Menurut beliau, salah satu punca Pas kurang mendapat sokongan termasuk di kawasan luar bandar adalah kerana pendekatan parti itu yang dilihat inklusif dan masih tidak keluar dari kepompong lama.
"Sebahagian pendakwah (Pas) bukan menarik tetapi menolak kepada kita. Di sesetengah peti undi, dengan ahli Pas sahaja sudah tentu tidak akan menang. Kita perlu tarik sokongan pengundi atas pagar dan sebahagian pengundi UMNO," katanya.
Menurut beliau, persepsi untuk mengubah kebergantungan orang Melayu kepada kerajaan perlu dilakukan seperti mana orang Cina yang lebih bersifat berdikari sekali gus berani untuk menyatakan bantahan.
"Saya telah kata kepada mahasiswa, persepsi ini perlu diubah. Bukan bekerja untuk kerajaan tetapi mengerjakan kerajaan," katanya.
/HWA: utusan.com.my | 7/5/12

Tiada ulasan:

Catat Ulasan