PUTRAJAYA 9 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari
ini menandatangani kad ucapan Hari Bidan dan Jururawat 2012 di bilik
tetamu Pejabat Perdana Menteri bangunan Perdana Putra di sini.
Majlis menandatangani kad ucapan sebagai tanda terima kasih itu
diadakan sempena Hari Bidan dan Jururawat yang disambut setiap 12 Mei
sebagai penghargaan terhadap khidmat bakti lebih 96,000 jururawat dan
bidan di seluruh negara.
Turut menurunkan tanda tangan di atas kad ucapan besar berukuran
lebih satu meter itu ialah barisan menteri yang akan menghadiri
mesyuarat Kabinet sejurus selepas majlis tersebut.
Perdana Menteri sempat bergambar dengan beberapa pegawai kanan
bahagian kejururawatan dari Kementerian Kesihatan dan juga dari Hospital
Putrajaya, Hospital Kuala Lumpur serta hospital-hospital Sime Darby,
yang menghadiri majlis.
Sejurus kemudian, beliau mempengerusikan mesyuarat Kabinet. - BERNAMA.
/HWA: utusan.com.my | 9/5/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan