Pages

20 Mei 2012

TIBAI: Azmin jelas terbukti pengecut, bacul, dayus

KUALA LUMPUR 17 Mei - Keengganan Azmin Ali bersumpah laknat dan membuat laporan polis berhubung isu rakaman video seks yang dikaitkan dengan beliau jelas membuktikan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu seorang pengecut, bacul dan dayus.
Pesuruhjaya Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Selangor/Wilayah Persekutuan, Wan Indra Putra Ahmad berkata, keengganan Azmin berbuat demikian jelas menunjukkan beliau seperti ada sesuatu yang ingin disembunyikan.
Jelasnya, sikap keras kepala Azmin itu sekali gus membuktikan beliau seorang yang 'bacul dan dayus'.
"Ini semua kerana terlalu mengagung-agungkan individu bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga Penasihat PKR itu berjaya merosakkan peribadi Azmin, menjatuhkan maruah beliau serta menghilangkan nilai-nilai murni seorang anak, pemimpin dan rakyat negara ini.
"Selain itu, kita merasakan keengganan Azmin menafikan penglibatannya adalah takut kepercayaan penyokong akan hilang terutamanya silent voter menjelang pilihan raya umum akan datang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan Azmin yang masih enggan bersumpah laknat dan membuat laporan polis berhubung penyebaran gambar skandal seks beliau dengan seorang gadis misteri baru-baru ini.
Mengulas isu sama, bekas Ketua Penerangan PKR Ampang, Mohd. Isa Mohd. Saidi berkata, selagi Azmin tidak bersumpah laknat mahupun membuat laporan polis untuk mempertahankan diri, Ahli Parlimen Gombak itu tidak wajar sesekali mempersalahkan orang ramai yang mempertikaikan kedudukannya.
"Saya merasakan beliau tidak berani. Tetapi jika tidak terlibat dalam skandal seks itu, beliau perlu membuat laporan polis atau bersumpah laknat," katanya.
Sementara itu, bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Ng Lum Yong berkata, Azmin mahupun Anwar mempunyai taktik lapuk dalam menyelesaikan kes berkaitan mereka.
Jelas beliau, Azmin akan mengambil taktik berdiam diri dan beranggapan lama-kelamaan rakyat akan lupa dengan isu tersebut.
"Azmin akan terus menggunakan taktik lapuk dengan menuduh ini merupakan konspirasi UMNO untuk mencantas karier politik beliau.
"Dia hanya mahu salahkan UMNO. Kalau Azmin bukan pemimpin kita pun tidak kisah tetapi beliau pemimpin kanan. Oleh sebab itu beliau perlu pertahankan jika tidak terlibat," katanya.
/HWA: utusan.com.my | 18/5/12

Tiada ulasan:

Catat Ulasan