KUALA LUMPUR 17 Mei - Keengganan Azmin Ali
bersumpah laknat dan membuat laporan polis berhubung isu rakaman video
seks yang dikaitkan dengan beliau jelas membuktikan Timbalan Presiden
Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu seorang pengecut, bacul dan dayus.
Pesuruhjaya Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Selangor/Wilayah Persekutuan, Wan Indra Putra Ahmad berkata, keengganan Azmin berbuat demikian jelas menunjukkan beliau seperti ada sesuatu yang ingin disembunyikan.
Jelasnya, sikap keras kepala Azmin itu sekali gus membuktikan beliau seorang yang 'bacul dan dayus'.
"Ini semua kerana terlalu mengagung-agungkan individu bernama Datuk
Seri Anwar Ibrahim hingga Penasihat PKR itu berjaya merosakkan peribadi
Azmin, menjatuhkan maruah beliau serta menghilangkan nilai-nilai murni
seorang anak, pemimpin dan rakyat negara ini.
"Selain itu, kita merasakan keengganan Azmin menafikan penglibatannya
adalah takut kepercayaan penyokong akan hilang terutamanya silent voter menjelang pilihan raya umum akan datang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan Azmin yang masih enggan bersumpah laknat dan
membuat laporan polis berhubung penyebaran gambar skandal seks beliau
dengan seorang gadis misteri baru-baru ini.
Mengulas isu sama, bekas Ketua Penerangan PKR Ampang, Mohd. Isa Mohd. Saidi
berkata, selagi Azmin tidak bersumpah laknat mahupun membuat laporan
polis untuk mempertahankan diri, Ahli Parlimen Gombak itu tidak wajar
sesekali mempersalahkan orang ramai yang mempertikaikan kedudukannya.
"Saya merasakan beliau tidak berani. Tetapi jika tidak terlibat dalam
skandal seks itu, beliau perlu membuat laporan polis atau bersumpah
laknat," katanya.
Sementara itu, bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Ng Lum Yong
berkata, Azmin mahupun Anwar mempunyai taktik lapuk dalam menyelesaikan
kes berkaitan mereka.
Jelas beliau, Azmin akan mengambil taktik berdiam diri dan beranggapan lama-kelamaan rakyat akan lupa dengan isu tersebut.
"Azmin akan terus menggunakan taktik lapuk dengan menuduh ini merupakan konspirasi UMNO untuk mencantas karier politik beliau.
"Dia hanya mahu salahkan UMNO. Kalau Azmin bukan pemimpin kita pun
tidak kisah tetapi beliau pemimpin kanan. Oleh sebab itu beliau perlu
pertahankan jika tidak terlibat," katanya.
/HWA: utusan.com.my | 18/5/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan