TUMPAT 17 Mei - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO),
Tukar Kerajaan Pas Demi Rakyat (Gerakan Tukar) akan mengadakan program
jelajah Jejak Janji Pas di seluruh negeri bagi menerangkan kepada rakyat
tentang pembohongan kerajaan Pas Kelantan sejak 22 tahun lalu.
Pengerusinya, Kamarudin Kasim berkata, program itu adalah rentetan
daripada kegagalan kerajaan Pas Kelantan memberi maklum balas mengenai
memorandum menuntut 22 janji kerajaan Pas yang diserahkan pertubuhan itu
sebelum ini.
Menurutnya, siri jelajah tersebut akan bergerak ke seluruh pelosok
negeri termasuk kawasan pedalaman dalam menjejaki janji kosong Pas itu.
Katanya, siri jelajah berkenaan akan diadakan dua kali seminggu di
lokasi-lokasi pembangunan yang dijanjikan Pas seperti di tapak stadium
di Bukit Merbau, Pasir Putih, tapak pelabuhan darat Kuala Krai, kawasan
bandar baru Pengkalan Kubor dan banyak lagi.
"Kami akan mendedahkan kepada rakyat segala janji retorik Pas yang gagal ditunaikan sejak 22 tahun memerintah.
"Kami juga akan membongkar mengenai kegagalan kerajaan Pas selama ini
yang tidak berupaya mengurus tadbir negeri dengan berkesan," katanya
kepada pemberita selepas melancarkan program Jejak Janji Pas di Tapak
Batu Asas Jambatan Sultan Ismail Petra di Palekbang di sini hari ini.
Pembinaan jambatan itu merupakan salah satu janji kerajaan Pas pada
1996 yang dikatakan akan menghubungkan Palekbang-Kampung Cina, namun
gagal ditunaikan sehingga sekarang.
Tapak batu asas Jambatan Sultan Ismail Petra itu kini hanya dipenuhi dengan semak samun dan menjadi tempat lembu berkeliaran.
Sementara itu, Kamarudin menambah, beliau berharap siri jelajah itu
akan mampu membuka mata rakyat Kelantan agar melakukan perubahan dengan
memilih kerajaan yang boleh memberi manfaat kepada mereka.
"Lakukan perubahan segera pada pilihan raya nanti. Rakyat perlu
memilih kerajaan yang berpotensi membantu mereka bukannya mengkhianati
mereka," katanya.
/HWA: utusan.com.my | 18/5/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan