PULAU PINANG 11 Jun - Kerajaan DAP Pulau Pinang diselar kerana cuba
menjadi 'juara' politik dengan mengelirukan rakyat dalam isu tanah Tan
Hak Ju.
Pengerusi Biro Politik Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Dr. Teng
Hock Nan berkata, keputusan mahkamah baru-baru ini berhubung kes
tersebut menunjukkan kerajaan negeri cuba menutup kelemahannya dengan
menuding jari kepada BN.
"Sudah jelas mereka cuba meraih publisiti politik dengan mengelirukan rakyat.
"Mereka juga cuba untuk menunjukkan kepada umum kononnya pentadbiran
kerajaan BN lemah dengan membentangkan Kertas Putih di Dewan Undangan
Negeri (DUN) berhubung kes tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini
hari ini.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebelum ini memberitahu, kerajaan negeri
telah mendepositkan sebanyak RM14 juta kepada Mahkamah Tinggi Pulau
Pinang pada 18 Mei 2009 seperti diperintahkan mahkamah.
Namun, pada 11 Januari lalu, Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi supaya membayar RM40 juta kepada Hak Ju.
Sebaliknya, kerajaan hanya perlu membayar RM500,000 kepada Hak Ju
sebagai bayaran kos yang ditanggungnya sepanjang perbicaraan kes itu.
Terbaru, Mahkamah Persekutuan pada 7 Mei lalu mengekalkan keputusan
Mahkamah Rayuan sebelum ini yang mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi
supaya membayar RM40 juta kepada Hak Ju.
Menurut Hock Nan, Guan Eng perlu menjelaskan kepada rakyat langkah
yang diambil untuk mendapatkan semula RM14 juta yang telah dibayarnya
kepada Hak Ju.
Katanya, tindakan itu perlu kerana ia melibatkan wang rakyat.
/hwa: utusan.com.my | 12/6/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan