KUALA LUMPUR 11 Jun - Ketua Pembangkang, Datuk
Seri Anwar Ibrahim masih unggul sebagai pelakon hebat menggunakan taktik
lama dengan mengheret individu tertentu bagi mengelak untuk menjawab
tuduhan mengawal 20 akaun induk bernilai RM3 bilion.
Walaupun taktik itu dilihat cuba mengalih perhatian rakyat terhadap
isu yang sedang dihadapi namun banyak pihak percaya rakyat sudah lali
dan bijak menilai perwatakannya yang suka memutar belit isu yang
membabitkan beliau.
Malah kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir, taktik itu juga adalah amalan ahli pakatan pembangkang dengan menuding jari kepada pihak lain.
''Ini taktik yang selalu digunakan dan saya fikir rakyat tidak mudah
tertipu dan faham perwatakan dan keperibadian Anwar yang sering berdolak
dalik melabel diri sendiri lebih mulia walhal rakyat tahu dia tidak
semulia yang digambarkan,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Kelmarin, Anwar yang dikaitkan dengan isu mengawal 20 akaun induk
bernilai RM3 bilion cuba mengheret Muhyiddin dengan mendakwa akan
mendedahkan akaun tersebut jika Timbalan Perdana Menteri juga berbuat
demikian.
Dalam pada itu Mukhriz turut hairan dengan sikap pihak pembangkang
yang sering menuntut kerajaan telus terhadap gejala rasuah tetapi tidak
menuntut perkara yang sama apabila ia berlaku terhadap Anwar.
''Seolah-olah Anwar ada keistimewaan dan imuniti terhadap sebarang
salah laku dan apabila isu pokok tidak dijawab maka mereka menuding jari
kepada pihak lain,'' katanya.
Beliau turut mencabar Anwar untuk menyaman pihak-pihak yang
membongkar kembali isu berkenaan seperti mana beliau menyaman bekas
rakan baiknya, Datuk S. Nallakaruppan berhubung saman fitnah berjumlah
RM100 juta yang mengaitkannya dengan aktiviti biseksual.
Sementara itu, Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin
berkata, Anwar sekali lagi menampilkan siri-siri drama penipuan kepada
rakyat Malaysia melalui lakonan terbarunya yang paling hebat.
''Saya harap rakyat buka mata dan minda lihat lakonan Anwar ini,
beliau berpolitik hanya untuk jadi Perdana Menteri bukan memperjuangkan
rakyat kerana perjuangan dan meningkatkan martabat rakyat adalah perkara
terakhir dalam fikirannya,'' katanya.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir juga menyifatkan Anwar sebagai pelakon handal dalam memutar belitkan isu.
''Ini perkara biasa bila kita minta dia dedahkan isu mengaitkan diri
dia seperti biasa dia akan kaitkan orang lain, biasalah kaki putar belit
dia tidak akan jawab secara telus,'' katanya.
/hwa: utusan.com.my | 12/6/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan