Pages

14 Jun 2012

Nurul Izzah digesa pujuk ibu adakan sidang akhbar bersama Shamsidar

KUALA LUMPUR 11 Jun - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar digesa supaya memujuk ibunya yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan isteri Timbalan Presiden parti itu, Shamsidar Taharin supaya mengadakan sidang akhbar bersama dengan segera.
Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Noraini Abd. Khalil Saferi berkata, sidang akhbar itu bagi menjawab segala dakwaan oleh Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan berhubung hubungan sulit antara Shamsidar dan suami Wan Azizah, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Ia juga bagi menjawab dakwaan Nallakaruppan bahawa seorang biseksual tidak boleh menjadi ketua pembangkang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Baru-baru ini, Nallakaruppan mendakwa Anwar mempunyai hubungan sulit dengan Shamsidar selain merupakan seorang biseksual.
Sehubungan itu, pelbagai pihak mendesak agar Wan Azizah dan Shamsidar menjawab pertuduhan tersebut.
Noraini berkata, Nurul Izzah perlu mengambil tindakan memujuk ibunya bagi membersihkan imej PKR yang kini dianggap orang ramai sebagai sebuah parti seks bebas.
"Nurul Izzah juga diminta memberi gambaran sebenar mengenai hubungan antara Wan Azizah dan Shamsidar," katanya.
/hwa: utusan.com.my | 12/6/12

Tiada ulasan:

Catat Ulasan