SEPANG 22 Ogos - Seramai 15 perenang dan krew berlepas ke Dover,
United Kingdom malam ini untuk melakukan persediaan terakhir sebelum
memulakan Ekspedisi Renangan Perpaduan Selat Inggeris 1Malaysia (RPSI
1Malaysia) pada 16 September ini.
Penganjur program itu, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata,
aktiviti di Dover akan menumpukan kepada ujian ketahanan sejuk dan
latihan renang selama enam jam yang akan mengukuhkan lagi stamina
perenang.
"Latihan ini adalah penting sebagai persediaan untuk menghadapi
pelbagai cabaran termasuk suhu air sekitar 16 hingga 18 darjah celsius
dan arus Selat Inggeris yang deras.
`"Setiap perenang juga perlu bersedia untuk berdepan dengan pelbagai
keadaan luar jangka seperti cuaca yang tidak menentu," katanya kepada
pemberita sebelum berlepas ke Dover di Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur (KLIA) di sini.
Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Akmar Hisham Mokhles yang
juga penasihat ekspedisi tersebut turut hadir untuk memberi kata-kata
semangat kepada kumpulan pertama perenang dan krew terbabit.
Dalam pada itu, Akmar Hisham berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak yang merupakan penaung program mendoakan kejayaan
ekspedisi tersebut yang diadakan sempena Hari Malaysia.
Kumpulan perenang dan krew RPSI 1Malaysia yang kedua dijangka
bertolak ke Dover pada 24 Ogos ini untuk menyertai latihan bersama. -
Utusan.
/hwa: utusan.com.my | 22/8/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan