Pages

15 Ogos 2012

Segerakan siasatan dalaman - JMM

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) menggesa Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyegerakan siasatan dalaman berhubung video seks yang dikaitkan dengan timbalannya, Azmin Ali.
Pengarah Kebangsaan JMM, Noraini Abdul Khalil Saferi berkata, siasatan dalaman itu penting bagi menepis tanggapan masyarakat bahawa parti yang dipimpin Wan Azizah merupakan parti seks bebas.
Katanya, JMM juga menggesa isteri Azmin, Shamsidar Taharin membuat penjelasan berhubung dakwaan hubungan sulitnya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang didedahkan oleh Datuk S. Nallakaruppan sebelum ini.
"Sempena bulan Ramadan ini, kita merayu agar Wan Azizah dan Shamsidar tampil segera membuat sidang akhbar bagi menafikan apa yang telah didakwa itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sebelum ini, beberapa laman blog menyiarkan gambar seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang melakukan seks oral bersama seorang wanita di dalam sebuah tandas.
Bagaimanapun, Azmin segera menafikan beliau adalah lelaki dimaksudkan dan pada masa sama, menuduh UMNO sebagai dalang dalam penyebaran gambar panas tersebut.
Sementara, Nallakaruppan pula sebelum ini mendakwa bahawa Shamsidar mempunyai hubungan sulit dengan Anwar dan mempunyai bukti namun perkara itu masih belum diperjelaskan sendiri oleh Shamsidar ataupun Anwar sehingga kini.
/hwa: utusan.com.my | 12/8/12 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan