NAJIB Tun Razak (duduk kanan) dan
Sultan Hassanal Bolkiah (duduk kiri) mengetuai kedua-dua delegasi
Malaysia dan Brunei pada majlis taklimat oleh Unit Pengurusan Prestasi
dan Perlaksanaan (Pemandu) di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya,
semalam. - BERNAMA
PUTRAJAYA 4 Sept. - Malaysia dan Brunei hari ini melakukan pertukaran
dokumen mengenai jalinan kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara.
Dokumen perjanjian itu ditandatangani oleh Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed manakala Brunei
diwakili Menteri Luar dan Perdagangan Kedua Brunei, Pehin Datuk Lim Jock
Seng kelmarin.
Penyerahan dokumen itu disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.
Acara pertukaran dokumen dilakukan antara Timbalan Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir yang
mewakili Mustapa manakala Brunei oleh Jock Seng.
Sultan Brunei mengadakan lawatan kerja ke Malaysia sempena rundingan tahunan selama dua hari mulai semalam.
/hwa: utusan.com.my | 5/9/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan