Pertamanya, saya ingin menyampaikan rasa
kesyukuran yang tidak terhingga terhadap Allah yang telah mengizinkan
kita bertemu pada pagi ini.
Bagi seorang yang mempunyai pengalaman sedikit sebanyak dalam
menerajui Kementerian Pelajaran, saya menyedari bahawa tugas untuk
membentangkan satu Pelan Pembangunan Pendidikan yang bersifat futuristik
dan jangka panjang adalah amat mencabar kerana ia melibatkan
kepentingan 28 juta rakyat Malaysia dalam hal pendidikan negara.
Malah, bukan itu sahaja tetapi mahu tidak mahu setiap daripada kita mengakui, kita adalah pakar dalam bidang pendidikan.
Justeru, apabila tugas untuk menyediakan pelan ini sudah sampai ke
peringkat untuk dibincangkan bersama rakyat, ia merupakan satu pelan
yang komprehensif dan demokratik kerana mengambil input daripada
pelbagai golongan dan merupakan satu pelan yang telus dan berani kerana
mengambil pandangan daripada pakar-pakar dari dalam dan luar negara.
Di samping itu pelan ini dan kedudukan serta pencapaian sistem pendidikan di bench mark
dengan pencapaian negara-negara lain dan penilaian dibuat secara
objektif. Saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin
Yassin selaku Menteri Pelajaran dan kementeriannya.
Pembentangan kena pada masanya sebab kita mempunyai cita-cita dan impian yang besar.
Ya, jumlah pelaburan penting, ia penambahan perdagangan antarabangsa
yang boleh menyuntik pada pertumbuhan ekonomi negara tetapi kalau segala
tidak diasaskan pada kualiti pendidikan rakyat Malaysia yang mempunyai
ilmu dan kemahiran yang mencukupi, nilai, sikap dan pembangunan
intelektual kerohanian maka impian mungkin tidak kesampaian.
Sebab itu kalau nak katakan ada satu bidang yang amat penting lagi
kritikal untuk masa depan, tidak lain tidak bukan adalah bidang
pendidikan negara kita.
Saya tertarik dengan 11 anjakan paradigma yang dihuraikan kerana ada
juga daripadanya penegasan kepada soal nilai-nilai masyarakat.
Sehari dua ini keadaan amat tipikal, demonstrasi jalanan bukan nilai
Malaysia yang patut kita pupuk apatah lagi melondehkan seluar di
khalayak ramai, ia bukan nilai yang boleh kita banggakan.
Jadi kalaulah dalam rombakan sistem pendidikan kita hendak tekan
perkara-perkara seperti ini maka kita berminat untuk melahirkan generasi
yang boleh membawa kita ke mercu kejayaan.
Pelaburan kerajaan dalam bidang pendidikan sejak 55 tahun merdeka
bukanlah kecil, seawal tahun 1980, Kerajaan Persekutuan telah
membelanjakan peruntukkan yang tinggi daripada Keluaran Dalam Negara
Kasar (KDNK) untuk pendidikan rendah, menengah dan tinggi. Pelaburan ini
adalah antara peruntukan yang tertinggi di rantau Asia.
Pada 2011 perbelanjaan pendidikan merupakan 3.81 peratus daripada
KDNK dan 8.7 peratus daripada perbelanjaan kerajaan. Barangkali apabila
hendak melaksanakan blue print ini peruntukan perlu ditambah.
Keadaan ini selaras dengan trend negara-negara maju seperti Jepun,
Korea, Singapura dan lain-lain dan ia sudah sampai masanya. Kita bukan
saja melihat dari segi kuantitatif tetapi juga kualitatif.
Sebagai Menteri Kewangan saya memberi perhatian pada soal value for money dan return of invesment akan
kita gunakan untuk pastikan setiap ringgit duit yang datang daripada
pembayar cukai digunakan untuk menentukan keberhasilan sebaik mungkin.
Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab kita sentiasa tangani isu
pendidikan dan isu ini mesti dilihat sebagai isu yang melampaui politik.
Perkiraan pendidikan tidak seharusnya dibuai dengan sentimen kepartian
tapi lebih kepada pengiraan nasional.
Matlamat kita adalah untuk pastikan setiap anak Malaysia mampu
merealisasikan potensi kurniaan Tuhan yang dimiliki dan apa yang
membezakan mereka adalah sama ada dia sanggup berusaha atau tidak.
Jadi untuk pastikan masa depan yang lebih baik untuk anak-anak
Malaysia keseluruhannya, maka kita sebagai pemimpin perlu ada keberanian
moral sebanyak mungkin untuk depoliticise bidang pendidikan. Ini
bagi memastikan kita membuat keputusan berdasarkan kepentingan
anak-anak kita dan negara bukannya bersifat populis.
Laporan yang dilancarkan adalah laporan awal bagi menjemput cadangan,
makluman balas, komen, kritikan dan sokongan. Ia sesuai dengan ucapan
saya sebelum ini bahawa era kerajaan mengetahui segala-galanya dan
memiliki monopoli terhadap kebijaksanaan telah berakhir. Kerajaan
menjemput agar semua rakyat Malaysia untuk bersama memberi pandangan
dalam pelan yang amat penting ini.
Rupa bentuk negara di masa depan akan ditentukan dari langkah dan
pelan yang diambil hari ini dan kenyataan ini cukup signifikan dalam
bidang pendidikan sebab apa yang diputuskan akan menjangkau masa yang
lama.
Justeru, kita tidak mampu menangguhkan apa yang kita perlu atau
mengambil sikap perubahan yang berdikit-dikit. Untuk mengaut laba masa
depan kita perlu berani melabur dan menyemai secara bijak dan perubahan
yang perlu dilakukan dalam mencapai keberhasilan yang bersifat lonjakan
berganda.
Kemeriahan sambutan kemerdekaan masih lagi terasa. Sejak merdeka
hasil sikap pragmatik dan penolakan kita terhadap kaedah yang dogmatik
dalam hal ehwal nasional menyebabkan kita telah menempa kejayaan demi
kejayaan.
Dalam beberapa dekat di awal kemerdekaan, kita telah berjaya lakukan
transformasi dari ekonomi pertanian yang berpendapatan rendah kepada
ekonomi perindustrian yang berpendapatan sederhana tinggi. Setiap dekad
kemerdekaan menyaksikan cabaran bitara dan kita telah berjaya
mengharunginya.
Era awal kemerdekaan telah menyaksikan bagaimana kita tangani masalah
buta huruf diikuti cara kita tangani era ekonomi berasas pertanian dan
kemudian perindustrian.
Hari ini Malaysia adalah negara dalam transisi ke arah negara maju
berpendapatan tinggi dengan ekonomi berasaskan paradigma yang berbeza
dengan ekonomi yang berasaskan pengetahuan dan pada pengamatan saya ada
dua corak dalam ekonomi akan datang dan ekonomi dahulu.
Satu, waktu di bangku sekolah bila belajar krisis ekonomi kita diperkenalkan dengan tradisional factors production tapi hari ini tradisional factors of production telah digantikan dengan pengetahuan dan ia berteraskan tiga nilai iaitu pengetahuan, teknologi dan inovasi.
Jadi bila merombak sistem pendidikan mesti faham the new economic yang terasnya adalah ketiga-tiga nilai itu.
Jadi sistem pendidikan kita mesti mampu disesuaikan untuk hadapi cabaran-cabaran semasa.
Dua, mesti lakukan hari ini, kita menyediakan anak-anak kita untuk mengisi pekerjaan yang belum lagi wujud.
Dua cabaran ini penting untuk kita mengolah sistem pendidikan kita
supaya mampu menyediakan apa yang dikatakan untuk masa depan era yang
berubah dengan perubahan yang begitu pantas.
Dalam laporan, kerajaan mengambil sikap bertanggungjawab, kita tidak
rasa segan dan takut untuk mengatakan apabila kita dinilai dalam Ujian
Programme for Internasional Student Assessment (PISA) berada di kohort
1\3 paling bawah.
Kita sedar adalah lebih baik mengakui daripada menutup dan ini
menunjukkan keberanian moral dengan mengaku kesalahan apatah lagi berani
untuk melakukan perubahan dan anjakan. Kita perlu mencari penyelesaian
yang kreatif dan inovatif.
Kita perlukan komitmen dan kepakaran, perlukan pengorbanan dan
sumbangan semua segmen masyarakat dalam menyelesaikan sebarang masalah.
Kita tak nafikan kita telah melakukan banyak perubahan. Tiang seri
utama sistem pendidikan kita telah diterapkan semenjak Penyata Razak
diikuti Penyata Rahman Talib dan terkini ditegaskan dalam Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan.
Kita bertuah kerana hidup dalam negara yang unik. Kepelbagaian kita
anggap sebagai satu kekuatan pada negara yang kita cuba tangani sebaik
mungkin, walaupun tak kurang hebatnya cabaran itu.
Kita terima sebagai generasi terkemudian bahawa pengatur, bapa-bapa
kita yang telah mengasaskan negara ini melalui kebijaksanaan mereka
telah memilih jalan integrasi - berbeza dengan sesetengah negara lain.
Ini jalan yang telah dipilih dan kita tak boleh berpatah balik tapi
terima sebagai legasi dan tidak ada bidang yang dapat mencermin perkara
ini dengan jelas berbanding apa yang kita lihat dalam pendidikan
nasional kita.
Begitu banyak jenis sekolah dalam sistem kita. Ada sekolah
kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Tamil, sekolah agama, sekolah
persendirian Cina, sekolah mubaligh, sekolah swasta dan antarabangsa.
Saya tak fikir ada negara lain mempunyai sistem sekolah seperti yang
kita ada iaitu banyak jenis sekolah. Kita kena urus perkara ini sebab ia
sudah merupakan legasi kita.
Oleh itu melalui pelan yang baru ini, saya telah mendapat penegasan
daripada Menteri Pelajaran, setiap perubahan harus membawa manfaat dan
kesan yang disasarkan pada semua jenis sekolah yang ada. Kita tidak mahu
ia akan dijadikan bahan politik mana-mana pihak.
Saya nak sebut setelah 55 tahun merdeka, Kita mesti pastikan setiap
rakyat mampu bertutur dalam bahasa kebangsaan dengan baik. Kalau tidak
boleh menulis tetapi dari segi pertuturan, cakap dan sebutannya mestilah
baik.
Suka saya tegaskan kepada semua sekolah mesti menguasai bahasa
kebangsaan ini. Ini bukan soal politik tetapi nasional. Kita juga hendak
tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris.
Saya fikir nak belajar Bahasa Inggeris kena bermula dengan sastera
Inggeris secara berperingkat malah penguasaan bahasa ketiga amat
digalakkan. Saya sendiri menggalakkan anak-anak saya untuk kuasai
Mandarin.
Kita sebuah negara berbilang kaum dan bangsa. Kita boleh kuasai kepelbagaian yang orang lain tak boleh kuasai. Kenapa loose kelebihan itu.
Melalui sistem pendidikan kita tak mungkin dapat realisasikan apa
yang diharapkan. Oleh itu kita ada banyak aspirasi dan tidak kurang
prinsip pendemonstrasian pendidikan nasional. Sebab kita mahu akses
terhadap pendidikan berkualiti dapat dinikmati semua rakyat tak kira di
mana mereka berada. Sama ada di Kampung Bantal Ulu Tembeling atau Rumah
Panjang Ulu Lacau di Sarawak.
Semua tempat mesti mendapat akses pendidikan berkualiti tapi ia
bergantung kepada guru besar dan pengetua yang berkualiti tetapi mahukah
guru kita ke kawasan luar bandar. Nak?
Tapi jangan pula menulis surat kecil minta ditukar ke tempat lain.
Jangan pula datang berjumpa dengan menteri, dengan Saya, jumpa dengan
wakil rakyat tempatan. Kalau disuruh berkhidmat demi negara,
berkhidmatlah.
/hwa: utusan.com.my | 12/9/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan