NAJIB Tun Razak bergambar bersama
Sheikh Abdullah Al-Jalaly dan Sheikh Suleiman As-Salumi (kanan) ketika
menerima kunjungan ziarah balas kedua tokoh agama itu di Bangunan
Perdana Putra, Putrajaya, semalam. Turut sama, Jamil Khir Baharom
(kiri). - BERNAMA
PUTRAJAYA 11 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari
ini menerima kunjungan hormat tokoh ulama Salafi, Sheikh Abdullah
Al-Jalaly dan mufti Masjidil Haram, Sheikh Suleiman As-Salumi, di
pejabatnya.
Kunjungan itu merupakan lawatan balas kedua-dua tokoh agama terhadap
Najib semasa beliau menghadiri sesi keempat Sidang Kemuncak Luar Biasa
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Mekah, Arab Saudi, pada 14 dan 15
Ogos lalu.
Najib menemui kedua-dua tokoh agama itu pada persidangan tersebut.
Hadir sama di pertemuan itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. - BERNAMA.
/hwa: utusan.com.my | 12/9/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan