KUALA LUMPUR 6 Sept. - Rakyat seharusnya menghormati pemimpin negara
walaupun mempunyai agenda dan fahaman politik yang berbeza demi menjamin
keamanan dan keharmonian negara.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, apa
yang ditunjukkan oleh peserta Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka
pada 30 Ogos lalu jelas menggambarkan tindakan yang tidak bertamadun dan
dipengaruhi oleh pemimpin pembangkang.
Jelasnya, peserta himpunan itu mungkin terdidik dengan sikap
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Penasihatnya, Lim Kit Siang yang
pernah memijak gambar ahli politiknya yang keluar dari parti itu.
"Tindakan peserta himpunan itu memijak gambar tersebut adalah pengaruh daripada perbuatan pembangkang.
"Oleh demikian, saya menyeru semua rakyat menghormati pemimpin
negara, baik pemimpin kerajaan atau bukan walaupun mempunyai perbezaan
agenda dan fahaman politik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan
Minggu Orientasi Siswa (MOSIS) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
(UPNM) di sini hari ini.
Katanya, jika kepimpinan atasan dan pemuda pakatan pembangkang
mengajar cara beradab yang betul kepada pengikut-pengikut (peserta) yang
menyertai himpunan itu, mereka tidak akan berkelakuan demikian.
"Guan Eng sendiri diajar oleh Kit Siang untuk memijak gambar orang,
jadi tidak hairan kebiadaban itu diikuti oleh para pengikut mereka,"
katanya.
/hwa: utusan.com.my | 7/9/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan